Anda di halaman 1dari 3

2.

Konsep “Anak Yang Baik lagi


Cerdik” (ABC) – KPM
27 March 2023

x
ADVERTISEMENTS

“Anak Yang Baik lagi Cerdik” merupakan sebuah slogan yang sering diungkapkan
oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato Hj Pkharuddin Hj
Ghazali.

Ianya memfokuskan kepada kaedah untuk melahirkan pelajar yang cerdik semata-
mata, tetapi mempunyai sahsiah diri yng baik.

Slogan ini dihasilkan sebagai usaha KPM untuk memberikan pemahaman yang
mudah diterima oleh semua masyaratkat untuk dihayati.

Isi Kandungan  tunjuk 

Asas Konsep ABC – “Anak Yang Baik lagi


Cerdik”
Melalui konsep ABC, bukan sekadar belajar di sekolah, murid-murid kini dididik
untuk menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia sebagai pewaris negara
pada masa hadapan.

ADVERTISEMENTS

Berikut merupakan 4 asas utama melahirkan generasi “Anak Yang Baik lagi Cerdik”:
1. Hati – Bekerja dari Hati
2. Ibadah – Bekerja sebagai Ibadah
3. Trust and Inspirasi – Saling mempercayai dan memberi inspirasi
4. Manfaat – Sentiasa bermanfaat
Inspirasi Konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik”
(ABC)
Dato Hj Pkharuddin Hj Ghazali menjelaskan beliau mendapat inspirasi mengenai
konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik” ini sewaktu memangku jawatan sebagai
Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan.

ADVERTISEMENT

Pada ketika itu, beliau melihat kebanyakan pelajar menghadapi tekanan untuk
mencapai prestasi akademik yang cemerlang.

Ibu bapa dilihat sanggup memperuntukkan wang ringgit yang banyak untuk
memastikan anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang
akademik namun kurang memberi penekanan dalam usaha melahirkan anak-anak
yang mempunyai sahsia yang baik.

Selari Dengan Teras Utama KPM


Konsep “Anak Yang Baik lagi Cerdik” (ABC) ini juga selari dengan 7 teras utama
yang menjadi tunjang KPM, iaitu aspek “Karamah Insaniah” melalui pembentukan
adab, akhlak dan integriti dalam diri seseorang pelajar.

Baca lagi: Memahami Konsep “Karamah Insaniah” KPM


ADVERTISEMENT

Berikut merupakan 7 teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia:

1. Komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus


2. Memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah iaitu
pembentukan adab, akhlak dan integriti
3. Kemiskinan berbilang dimensi B40: Malnutrisi, peranti dan ruang
belajar
4. Keciciran pendidikan dan masalah literasi dan rapatkan kesenjangan
pendidikan
5. Kebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan
6. Ubah suai dan naik taraf sekolah daif terutama Sabah dan Sarawak
7. Peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah

Sumber: Youtube DidikTV

Strategi Melahirkan Generasi ABC


ADVERTISEMENT

Bagi mencapai matlamat melahirkan generasi ABC, Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan ibu bapa
dan komuniti dengan sekolah di dalam pembelajaran para pelajar:

1. Program yang meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan


pembelajaran anak-anak
2. Menggalakkkan pelibatan komuniti dengan sekolah seperti yang
termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025
3. Menasihatkan agar ibu bapa tidak bersikap lepas tangan dan
menyerahkan tanggungjawab pendidikan sepenuhnya kepada para
guru dan sekolah
4. Memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila
anak murid pulang ke rumah supaya proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dapat dilakukan secara berterusan
Rujukan: https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2023/02/19/12421/

Anda mungkin juga menyukai