Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN KEPADA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

1.0 PENDAHULUAN.

Latihan dan pembangunan merupakan aspek yang penting unuk mengukur


kemampuan sesebuah organisasi, atau negara. Setiap Individu yang terlatih
dengan baik dapat menyumbang kepada kemajuan sesebuah organisasi
mahupun sesebuah negara. Pekerja dapat dibahagikan kepada dua,
pertamanya pekerja tingkat rendah dan pekerja tingkat atas. Pekerja ditingkat
atas “dilatih” manakala pekerja tingkat atas “dibangunkan”.

2.0 DEFINISI LATIHAN.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga latihan bermaksud pelajaran
atau didikan untuk memikirkan (membiasakan) ajaran yang diterima. Latihan
boleh juga dirujuk sebagai perancangan yang sistematik untuk mengubah atau
mengembangkan pengatahuan, kemahiran dan sikap melalui pengalaman
bekerja, ia bertujuan untuk mencapai prestasi kerja yang efektif. Latihan juga
merupakan elemen yang penting untuk meningkatkan keupayaan seorang
pekerja dengan cara memastikan mereka memperoleh pengatahuan,
kemahiran, dan keupayaan untuk meningkatkan prestasi kerja.

Menurut Cascio (1989), latihan merupakan program terancang yang direka


untuk meningkatkan prestasi diperingkat individu, kumpulan, dan organisasi.
Prestasi yang berubah samaada bertambah baik atau sebaliknya menunjukkan
perubahan yang dapat diukur dalam pengatahuan, kemahiran, sikap dan
kelakuan sosial.

3.0 DEFINISI PEMBANGUNAN.

Pembangunan adalah merupakan proses pembelajaran yang menekankan


pekerjaan yang akan dilakukan pada masa akan datang, kebiasaanya
perancangan pembangunan yang dilaksanakan bersifat jangka panjang. Ia
juga boleh disamakan sebagai proses meningkatkan kemahiran, dan
kemampuan umum individu melalui pembelajaran secara sedar dan secara
tidak sedar.

1
Kebiasaanya proses pembangunan ini dilaksanakan melalui program yang
terperinci dengan menyertai seminar, bengkel, dan lain-lain. Ia juga kebiasaanya
dilaksanakan untuk pekerja yang akan dinaikkan pangkat sebagai pengurus.

4.0 FAEDAH-FAEDAH LATIHAN DAN PEMBANGUNAN.

4.1 FAEDAH KEPADA ORGANISASI.

Terdapat pelbagai faedah yang dapat diperoleh melalui latihan dan


pembangunan kepada sesebuah pengurusan organisasi sama ada organisasi itu
kecil atau besar. Impak yang dapat dikesan apabila dilaksanakan latihan dan
pembangunan adalah melalui aspek strategi, keberkesanan dan pengambilan
pekerja. Berdasarkan aspek strategi, segala perancangan dan strategi yang
ditetapkan oleh sesebuah organisasi dapat dicapai apabila mempunyai
perkaitan terhadap latihan. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang pekerja
menjalani latihan, dia akan mendapat pengalaman baru dan mampu untuk
mengaplikasikan di dalam pekerjaannya. Selain itu, pekerja juga dapat
merangka pelbagai strategi yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan oleh organisasi.

Seterusnya adalah aspek keberkesanan iaitu memberi kesan positif terhadap


pengurusan organisasi supaya lebih kompetitif dan berkesan dalam
menjalankan tugas. Secara tidak langsung dengan adanya latihan dan
pembangunan dapat meningkatkan persaingan antara pekerja untuk
melakukan tugas dengan lebih berkesan dan berkualiti.

Faedah yang terakhir kepada organisasi ialah dapat meningkatkan kefahaman


antara pekerja dan majikan. Selain itu, latihan dan pembangunan juga dapat
membina hubungan baik ketika bekerja, sama ada pekerja dengan pekerja
mahupun pekerja dengan majikan.

4.2 FAEDAH KEPADA PEKERJA.

Program latihan sebenarnya adalah sebagai pemangkin dalam merealisasikan


usaha dan matlamat sesebuah organisasi bagi mewujudkan pekerja yang
berdaya saing dan berkemahiran. Latihan dan pembangunan memberi kesan
yang baik kepada pekerja itu sendiri sama ada segi dalaman atau pun luaran.
Faedah dalaman adalah merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang baru
di mana mampu membantu meningkatkan prestasi para pekerja agar menjadi
lebih baik. Kajian telah menunjukkan bahawa latihan dapat memberi kesan

2
yang positif kepada prestasi pekerja. Tambahan pula, latihan juga dapat
meningkatkan pengetahuan, teknik, latihan pekerja serta keyakinan dan
kebolehan pekerja itu sendiri dalam melakukan pekerjaan atau tugas yang
diberikan. Dipercayai bahawa program latihan juga dapat memperbaiki
kelemahan pekerja itu sendiri di samping mempertingkatkan kemahiran dan
motivasi kepada pekerja.

Seterusnya, faedah luaran pula adalah seperti pekerja akan mendapat


pendapatan yang tinggi hasil daripada latihan yang dilalui oleh pekerja kerana
mungkin akan mendapat kenaikan pangkat setelah prestasi semangkin
meningkat. Selain itu, matlamat organisasi juga akan tercapai kerana dapat
melahirkan pekerja yang berkemahiran dan berkeyakinan. Oleh itu, hal ini
menunjukkan bahawa program dan latihan juga merupakan salah satu kaedah
bagi mempertingkatkan daya produktiviti organisasi.

4.3 FAEDAH KEPADA MASYARAKAT.

Latihan dan pembangunan juga dapat memberi kebaikan kepada masyarakat


misalnya menambahkan kemahiran dan prestasi serta ekonomi masyarakat itu
sendiri. Program latihan yang diadakan mampu mencipta peluang kepada
masyarakat untuk meningkatkan kemahiran serta pengetahuan. Hal ini mampu
mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dan berilmu serta
masyarakat yang berdaya saing. Selain itu, ia juga akan berguna kepada
kehidupan harian masyarakat itu sendiri serta setiap individu dalam masyarakat
akan lebih efektif untuk mengurus hidup mereka.

Di samping itu, masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi


dapat meningkatkan lagi ekonomi serta taraf hidup mereka. Pengetahuan dan
latihan dilihat mempunyai hubungan yang kuat dalam usaha meningkatkan
ekonomi serta memperbaiki taraf hidup masyarakat.

5.0 LATIHAN DAN PEMBANGUNAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.

Kepentingan dalam mencari pengetahuan.

Islam tidak meletakkan kerja sebagai elemen untuk seseorang berjaya dalam
hidup. Akan tetapi, islam menggalakkan agar manusia berusaha dan membuat
sesuatu pekerjaan dengan sempurna dan dengan bersungguh-sungguh untuk
mencapai kejayaan yang mereka kehendaki. Sudah menjadi kewajipan keatas

3
setiap umat islam untuk mencari ilmu pengetahuan dan mencapai
kecemerlangan dalam prestasi mereka. Hal ini memerlukan latihan dan
pengalaman yang cukup untuk menyempurnakan sesuatu kerja.

Dalam agama islam, latihan atau mencari ilmu pengetahuan merupakan kunci
untuk kejayaan dalam hidup mereka. Islam menggalakkan umatnya untuk
mencari ilmu pengetahuan dan perlu sentiasa membuat latihan bagi melahirkan
generasi yang hebat dan berkualiti baik dari segi individu tambahan lagi ummah.
Menurut Al-Quran, untuk mendapatkan keredhaan Allah, manusia harus mencari
ilmu, dengan ilmulah manusia akan mengawal diri mereka dari melakukan
perkara yang keluar dari nilai moral dan agama. Semua ilmu pengetahuan
adalah datangnya dari Allah yang maha mengetahui dan sesiapa yang
mengikut apa sahaja perkara walaupun curiga sebelum mereka belajar
tentangnya adalah salah dan islam amat menegaskan umatnya supaya meneliti
apa sahaja sebelum melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, Allah menurunkan
Nabi Untuk membimbing umatnya kearah kebaikan.

Latihan sebagai proses pembelajaran berterusan.

Di dalam sektor pekerjaan, latihan dan usaha untuk mencapai prestasi yang
cemerlang dalam sesuatu kerja dilihat sebagai suatu proses pembelajaran yang
berterusan dan ianya penting dalam memastikan kualiti kerja sentiasa mantap
dan bersesuaian dengan segala suasana kerja bukan hanya terhad kepada
suatu kerja sahaja. Apabila seseorang individu melakukan latihan dan secara
berterusan, maka apabila berhadapan dengan apa sahaja masalah sekalipun
mereka masih dapat mengatasi dengan tenang dan tidak melakukan kesalahan
yang boleh mencacatkan kerja yang dilakukan. Oleh itu, latihan secara program
yang baik perlu dititikberatkan terhadap pekerja bagi meningkatkan
pengetahuan mereka dalam mengendalikan kerja yang dilakukan oleh mereka.

Nabi Muhammad S.A.W menyifatkan seseorang yang menimba ilmu adalah


berada dijalan Allah. Hal ini di dirumuskan bahawa pentingnya mengejar ilmu
pengetahuan dan perlu dititikberatkan oleh setiap umat islam. Tugas untuk
menimba ilmu pengetahuan termasuklah individu, majikan dan kerajaan. Islam
menegaskan supaya individu mencari ilmu dan latihan bagi mencapai prestasi
cemerlang untuk majikan mereka. Manakala majikan dan kerajaan pula
bertanggungjawab untuk menyediakan peluang bagi pekerja supaya dapat
meningkatkan prestasi mereka iaitu dengan melalui menyediakan program
latihan dan sebagainya.
4
Seterusnya untuk mencapai prestasi yang bagus dan berjaya dalam bidang
yang diceburi, majikan perlu mengambil peluang untuk menambah
pengetahuan kepada pekerja. Bagi meastikan kemampuan untuk bersaing,
kebanyakan syarikat mengalakkan latihan dan melabur kewangan dalam
menyediakan latihan kenaikan pangkat dan menyediakan peluang
pengetahuan terhadap pekerja. Setiap manusia perlu memiliki pengetahuan,
pengalaman dan latihan yang cukup bagi menyesuaikan diri dalam keperluan
yang diperlukian dalam masyarakat.

6.0 KESIMPULAN.

Latihan dan pembangunan merupakan elemen yang penting untuk


meningkatkan prestasi kerja. Hal ini demikian kerana, sekiranya prestasi kerja
dapat ditingkatkan, maka akan berlaku peningkatan di dalam kualiti dan kuantiti
kerja. Selain itu, ia juga mempunyai banyak manfaat kepada organisasi,
masyarakat dan juga individu.

Menurut Lyton & Pareek (1990), latihan dapat membantu individu atau pekerja
untuk meningkatkan prestasi mereka. Manakala pembangunan pula melibatkan
pemahaman, kemahiran, dan tindakan individu. Fatid (1995), latihan dan
pembangunan dapat membantu individu meningkatkan pengetahuan, dan
menjadikan mereka seorang yang peka dengan situasi semasa dan situasi
sekelilingnya.

Anda mungkin juga menyukai