Anda di halaman 1dari 3

MEMBANGUNKAN ORGANISASI BERPENGETAHUAN DI SEKOLAH : ASPEK LATIHAN DAN PEMENTORAN.

ASPEK LATIHAN. Latihan ialah sebarang inisiatif yang diambil oleh organisasi untuk menggalakkan pekerjanya belajar dan menambah pengetahuan. Ia juga sebagai proses mendidik pekerja baru tentang kemahiran asas yang mereka perlukan dalam melaksanakan tugas. Latihan lebih menumpukan kepada pemerolehan pengetahuan bagi jangka masa pendek. Menurut Poon (1994), latihan adalah merujuk pada segala usaha terancang organisasi untuk memudahkan pembelajaran tingkah laku kerja yang tertentu. Usaha ini bertujuan memperbaiki prestasi semasa dan prestasi masa depan pekerja dengan meningkatkan kebolehan pekerja melakukan tugas-tugas mereka supaya objektif-objektif organisasi dapat dicapai. Kebolehan pekerja dapat dipertingkatkan dengan mengubah sikap mereka atau menambah kemahiran dan pengetahuan mereka. Menurut Cascio (1989), latihan terdiri dari program terancang yang direka bentuk untuk menambahbaikan prestasi diperingkat individu, kumpulan, dan organisasi. Prestasi yang bertambah baik, sebaliknya menyiratkan bahawa telah terdapat perubahan yang dapat diukur dalam pengetahuan, kemahiran, sikap dan kelakuan sosial. Sementara itu, menurut Truelove (1995), latihan adalah usaha atau ikhtiar untuk menambahkan pengetahuan , kemahiran dan tingkahlaku yang diperlukan dalam melaksanakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerja. Motifnya adalah untuk memperbaiki prestasi pekerja dengan cara yang khusus. Bagi Ricks, Ginn, dan Daughtrey (1995) berpendapat bahawa latihan adalah merujuk kepada aktiviti dan pengalaman yang direkabentuk untuk membangunkan kemahiran, pengetahuan, dan kelakuan atas arahan organisasi. Latihan selalunya berkait rapat dengan tugas-tugas yang khusus atau yang berkaitan dengan kerja dan ia direkabentuk untuk mengajar kemahiran yang baru atau mempertingkatkan kemahiran yang ada. Latihan juga termasuk dalam penyediaan pekerja untuk melakukan tugas baru. Manakala menurut Pertubuhan Perkhidmatan Tenaga Kerja ( Manpower Services Commission ) latihan boleh didefinasikan seperti berikut: "Satu proses perancangan untuk merubah tingkahlaku, pengetahuan atau kemahiran melalui pengalaman pembelajaran dalam mencapai kejayaan yang berkesan melalui sesuatu aktiviti

atau pelbagai aktiviti. Tujuanya adalah untuk, (dalam suasana kerja) meningkatkan keupayaan seseorang dan memuaskan kehendak semasa serta masa depan tahap guna tenaga organisasi tersebut" Latihan bukan sahaja penting kepada pekerja dan organisasi, malah telah menjadi salah satu agenda utama bagi Kementerian Pembangunan Sumber Manusia. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn dalam ucapannya semasa melancarkan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) berkata: Di dalam era pembangunan ekonomi yang berasaskan pengetahuan ini, latih an semula pekerja yang berterusan merupakan pemangkin utama dalam menentukan kejayaan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara. Latihan berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat akan terus digalakkan oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pekerja. Bagi organisasi sekolah, latihan amat diperlukan bagi melengkap dan menyediakan organisasi yang berpengetahuan. Latihan yang berterusan boleh meningkatakan kualiti pengetahuan dalam pengurusan organisasi dan proses pembelajaran di sekolah.

ASPEK PEMENTORAN Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh dipercayai. Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam

memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Mentee pula dirujukan kepada individu yang menerima pertolongan. Dalam memberi khidmat menolong, mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepada mentee yang memerlukan bantuan untuk menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam konteks pembentukan kerjaya, pendidikan, kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri. Terdapat pelbagai jenis program mentor-mentee. Program mentor-mentee boleh Sama ada program itu

diperkenalkan dalam konteks yang lebih formal atau informal.

diperkenalkan secara formal atau informal objektifnya adalah sama. Program mentor-mentee yang berbentuk formal mempunyai struktur yang lebih teratur dan ia sering diperkenalkan di organisasi-organisasi yang lebih mantap dan teguh. Program mentor-mentee yang formal mempunyai objektif yang tertentu, sistem pencapaian dan penilaian diatur untuk melihat keberkesanan program yang berkenaan. Setiap staf perlu mencapai sesuatu dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Tujuan utamanya ialah untuk membolehkan mentee (biasanya pekerja yang baru dan kurang berpengalaman) mendapat bimbingan yang betul dan berkesan tentang misi dan objektif organisasi demi untuk meningkatkan kualiti kerja dan imej organisasi yang berkenaan. Dalam situasi ini mentee yang menerima bimbingan dapat berpegang kepada objektif organisasi demi untuk menjaga kualiti yang berterusan. Program mentor-mentee yang informal biasanya tidak memerlukan struktur yang rigid. Ia lebih kepada membantu rakan sekerja mendapatkan nasihat, bimbingan yang betul tanpa mempunyai ekpektasi yang ditetapkan. Bagi organisasi sekolah, sistem pementoran boleh menjadi sistem yang berkesan untuk menambah pengetahuan dikalangan anggota organisasi. Guru-guru yang

berpengalaman membimbing dan mencurahkan ilmu dan pengalaman mereka kepada guruguru yang baru. Begitu juga bagi pihak pengurusan, mereka menjadi mentor kepada guruguru dan anggota organisasi yang lain.

Anda mungkin juga menyukai