Anda di halaman 1dari 3

MODUL TINGKATAN 2

AKTIVITI MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH TAHUN


2023 / 2024
19/3/2023 – Ahad
Energizer - Aktiviti Upin Kata - (1.30tgh – 2.30ptg)
Aktiviti :
1. Murid perlu mengikut arahan guru untuk melakukan sesuatu pergerakan jika
fasilitator menyebut “Upin Kata…”. Contohnya, Upin kata pegang hidung, (murid
akan pegang hidung).
2. Jika arahan guru tiada menyebut “Upin Kata” maka arahan itu tidak perlu diikut.
3. Aktiviti ini diteruskan dengan mengarahkan murid menyentuh mana-mana
anggota badan masing-masing.
Nilai / rasional aktiviti : Kepekaan memahami dan menerima sesuatu arahan.

19/3/2023 – Ahad
Senam Robik – (1.30ptg – 2.30ptg)
Objektif :

1.Meningkatkan tahap kecergasan murid.


2.Melahirkan masyarakat yang mengutamakan senaman dan kesihatan
3.Meningkatkan Kerjasama dan mengeratkan silaturahim antara warga sekolah
serta masyarakat setempat.
Aktiviti :
1. Murid - murid dan guru duduk di kerusi dalam susunan bentuk bulatan.
2. Guru memulakan dengan mengenalkan namanya serta nama panggilan.
3. Murid pertama di sebelah kanan guru memperkanalkan nama nama fasilitator
dan namanya.
4. Begitulah juga peserta yang kedua memperkenalkan nama guru , peserta
pertama dan dirinya.
5. Aktiviti begini diteruskan bergilir-gilir sehingga semua murid diperkenalkan.
6. Guru berbincang dengan murid - murid apakah pengajaran yang mereka
terima
melalui aktiviti tersebut. Antara isi perbincangan ialah seperti:
 Perkara yang disebut berulang-ulang senang untuk diingat.
 Kita merasa lebih selesa jika orang lain kenal dan memanggil kita dengan
sebutan nama.
 Menyedari bahawa manusia sukar mengingati banyak perkara dalam satu
jangka waktu yang singkat.

Wow Bestnya... Jom Kenali Subjek Bahasa Melayu – (3.40ptg – 4.20ptg)


Objektif :

1. Persediaan untuk pembelajaran pdpr dan bersemuka.


Aktiviti :
1. Guru subjek memberi taklimat tentang subjek dan persediaan bagi subjek
tersebut.

19/3/2023 – Ahad
Energizer - Kobau Booo Booo - (4.20tgh – 4.50ptg)
Aktiviti :
1. Murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan
Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “saya”
Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “suka”
Kumpulan 3 akan menyebut perkataan “susu”
Kumpulan 4 akan menyebut perkataan “lembu”

2.     2. Guru akan memberi arahan menggunakan isyarat tangan supaya setiap
kumpulan akan menyebut perkataan tersebut mengikut pergerakan guru secara
rawak.
Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar dan kepekaan menerima arahan.

19/3/2023 – Ahad
FANTASI KEJAYAAN– (4.50ptg – 6.20ptg)
Objektif :

1.Supaya peserta dapat meningkatkan konsep diri.


2. Supaya peserta dapat menikmati erti dan perasaan sesuatu kejayaan.
Aktiviti :
1. Guru mengarahkan supaya semua ahli kumpulan memejamkan mata, tarik
nafas dan hembuskan (beberapa kali). Cuba bertenang.
2. Cuba bayangkan satu hari anda berasa amat gembira sekali sepanjang hidup
anda. Tumpukan perhatian pada satu kejayaan waktu itu.
3. Cuba ingatkan kembali kejayaan itu. Di manakah ia berlaku ? Adakah anda
mencapainya secara berseorangan atau dengan bantuan orang lain ? Adakah
anda merancang untuk mencapainya atau ia berlaku secara spontan.
4. Sekarang, sedarkan diri anda.
5. Minta murid berkongsi kejayaan masing-masing.
FALSAFAH
1. Setiap manusia yang dilahirkan mahukan kejayaan di dunia dan di akhirat.
2. Setiap individu perlu yakin mereka akan berjaya jika berusaha dengan
bersungguh-sungguh.

Wow Bestnya... Jom Kenali Subjek Bahasa Inggeris – (6.20ptg – 6.40ptg)


Objektif :

1. Persediaan untuk pembelajaran pdpr dan bersemuka.


Aktiviti :
1. Guru subjek memberi taklimat tentang subjek dan persediaan bagi subjek
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai