Anda di halaman 1dari 2

1) Jelaskan perbezaan di antara al-Quran dengan kitab suci yang lain.

Al-Quran merupakan Kalam Allah yang bermukjizat dan berbeza dengan kitab-kitab
suci yang lain kerana Al Quran menjelaskan tentang hukum-hukum yang tidak
terdapat kekurangan, tiada batasan tertentu dan tidak terhad kepada zaman atau
tempoh masa malahan sesuai diamalkan kepada semua makhluk sama ada jin
mahupun manusia sehingga hari kiamat. Hal ini berbeza dengan kitab-kitab suci lain
seperti Zabur, Taurat dan Injil. Kitab-kitab samawi ini diturunkan dan tertumpu
hanya kepada umat, zaman dan tempat tertentu sahaja. Contohnya, apabila
turunnya kitab Zabur kepada Nabi Daud maka hukum-hukum yang ada di dalam
kitab Taurat termansuh dan tidak digunakan.

Al Quran juga berbeza dengan kitab suci lain kerana kandungan, hukum dan ayatnya
dijamin serta dipelihara oleh Allah sehingga hari kiamat menyebabkan kandungan
serta ayat di dalamnya tidak berubah walaupun setelah beratus-ratus tahun
diturunkan. Hal ini berbeza dengan kitab-kitab samawi ataupun kitab suci lain kerana
kandungannya telah diubah mengikut kehendak manusia sehingga berubah daripada
hukum yang asal. Contohnya Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa telah diubah
dan diberikan nama Bible.

2) Jelaskan peranan al-hadis sebagai rujukan selepas al-Quran.


Peranan hadis sebagai rujukan selepas al-Quran adalah pertama al-hadis
mengukuhkan hukum yang terdapat nasnya dalam al-Quran. Contohnya pada ayat

ُّ ‫ۙ َواجْ تَنِبُوْ ا قَوْ َل‬


‫الزوْ ِر‬ surah al-Hajr ayat 30 dikukuhkan dengan hadis yang
bermaksud awasilah persaksian dusta ‫اال و قول الزور‬...:)‫قال رسول هللا (ص‬:‫الحديث‬
Selain itu, al-hadis membantu menetapkan hukum yang tiada di dalam al-Quran.

Contohnya, ‫هني أن جيمع بني املرأة و عماهتا‬....


Erti: Haram menghimpunkan perempuan dengan ibu saudara sebelah bapa.
‫أما علمت أن هللا حرم من الرضاعة ما حرم من النسب‬
Erti: Haram berkahwin sebab susuan sebagaimana haram berkahwin sebab
keturunan
3) Islam menyediakan peraturan yang lengkap untuk menjamin pembentukan
sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera. Huraikan pernyataan ini beserta
contoh.

Islam merupakan agama yang yang syumul dan bersifat sejagat. Ia merangkumi
ibadah, aqidah,syariah, akhlak dan sebagainya. Dalam bidang akhlak ia merangkumi
hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan
alam. Akhlak dan nilai yang baik dalam diri manusia dapat melahirkan masyarakat
yang seimbang serta memberi manfaat kepada bangsa, agama, negara dan alam
semesta. Di dalam Islam, kita dituntut untuk berakhlak mulia kerana berakhlak mulia
merupakan perkara yang disukai Allah, dengan hadis, ‫أكمل المؤمنين اءيمانا أحسنهم خلقا‬
.Apabila kita berakhlak mulia maka kita akan diterima masyarakat malah digemari
ramai. Hal ini sekaligus dapat menjamin keharmonian dan kesejagatan masyarakat
apabila kita bersama-sama mengamalkan ajaran islam di dalam kehidupan seharian
kita.

Anda mungkin juga menyukai