Anda di halaman 1dari 1

TUTORIAL MINGGU KE-4

1. Apakah pandangan anda tentang orang yang melakukan solat fardu


dalam keadaan dipaksa bukan dengan kerelaannya?

= Pada pendapat saya apabila seseorang itu terpaksa melakukan solat


fardhu dalam keadaan dipaksa bukan dengan kerelaannya maka lama-
kelamaan seseorang itu akan mealukan ibadatnya dengan ikhlas.
Contohnya, ibu bapa perlu memaksa dan mengajar anak-anak sejak dari
kecil lagi untuk melakukan solat sama ada anaknya itu suka ataupun tidak
kerana alah bisa tegal biasa.

2. Terangkan kaitan solat dengan syukur.

=Ibn Khathir berkata : Beramallah kamu sebagai tanda bersyukur atas


segala nikmat yang diberikan kepada kamu dalam agama dan dunia. Abu
Abd Rahman al-Hubuli berkata : Solat adalah syukur,puasa adalah syukur
dan setiap kebaikan yang dikerjakan kerana Allah SWT adalah syukur.
Seafdhal-afdhal syukur adalah pujian. Hal ini menunjukkan bahawa apabila
seseorang muslim itu ingin menzahirkan rasa syukurnya kepada Allah maka
solat merupakan salah satu cara menzahirkan rasa syukur.

3. Solat memberikan ketenangan. Jelaskan kenyataan tersebut.

=Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hai manusia, sesungguhnya


datang kepadamu pelajaran dari Rabbmu (al-Quran) dan penyembuh bagi
penyakit-penyakit dalam dada (hati manusia) dan petunjuk serta rahmat
bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Yunus, ayat 57)
Hal ini menunjukkan bahawa solat merupakan salah satu penawar yang
memberi ketenangan dalam diri seseorang. Allah SWT adalah sumber
ketenangan dan penyelesai masalah kepada segala masalah yang dihadapi
hamba-hamba-Nya. Jika kita berada dalam keadaan tertekan dan sedih
maka solatlah, dan mohonlah pertolongan tuhan kerana solat merupakan
medium perantaraan antara manusia dengan tuhan. InsyaAllah masalah
dan beban dapat dikurangkan.

Anda mungkin juga menyukai