Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PENGENALAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menghuraikan aspek latar belakang kajian

dan definisi konsep. Latar belakang kajian menjelaskan maksud bahasa basahan

manakala pada bahagian definisi kondep pengkaji akan menghuraikan maksud bahasa

basahan menurut tokoh.

1.1 Latar Belakang

Variasi bahasa merupakan perbezaan bentuk bahasa yang digunakan bagi

maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Variasi bahasa terdiri daripada

beberapa jenis. Contohnya seperti bahasa baku, bahasa formal, bahasa tak formal,

bahasa halus, bahasa kasar, bahasa istana, bahasa pasar, bahasa pijin, bahasa kreol,

bahasa basahan, bahasa mesra, bahasa slanga, dialek dan idiolek. Bahasa adalah alat

komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia dan

bahasa juga terdiri atas kata-kata atau kumpulan kata.

Bahasa Basahan merupakan sejenis bahasa yang digunakan sehari-hari dalam

keadaan tidak rasmi. Bahasa basahan juga bahasa yang bersifat percakapan atau

basahan. Bahasa basahan ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari yang tidak

mementingkan unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara

penutur dan pendengar. Oleh itu, ia tidak digunakan dalam tulisan atau ucapan rasmi.

Bentuknya pula sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daerah.

Bahasa basahan juga disebut sebagai bahasa kolokial. Menurut Kamus Dewan

Edisi Keempat, basahan basahan ialah bahasa yang digunakan dalam percakapan

sehari-hari. Za’ba mendefinisikan bahasa basahan sebagai bahasa cakap mulut. Hal

1
yang dilihat lebih penting ialah kefahaman antara penutur dengan pendengar. Di

samping itu, pencampuran kod juga dapat dilihat dengan jelas dalam penggunaan

bahasa basahan. Keadaan ini berkemungkinan berpunca daripada masyarakat

Malaysia sendiri yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan keturunan.

Pada masa ini, bahasa basahan sering digunakan oleh golongan dewasa

mahupun golongan remaja dalam pergaulan seharian. Justeru, satiap pengguna bahasa

perlu melatih diri menggunakan bahasa yang betul mengikut situasi tersebut sama ada

rasmi atau tidak rasmi. Oleh hal yang demikian, pengkaji akan membuat kajian

tentang pengguna bahasa basahan yang digunakan watak dalam novel Beijing, Aku

Cinta Dia!.

2
1.2 Definisi Konsep

Menurut Asmah Haji Omar (1988), bahasa ialah firasat atau petunjuk kepada

sesuatu kebudayaan. Bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya iaitu cara hidup

dan persekitaran fizikal serta sosial masyarakat tersebut.

Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat (2005:106) pula, bahasa ialah

sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam

lingkungan satu kelompok manusia. Seterusnya, bahasa basahan pula merujuk bahasa

yang digunakan dalam percakapan hari-hari iaitu bahasa kolokial.

Menurut Sapir (1921), bahasa kolokial merupakan kaedah manusia dalam

menyampaikan idea, perasaan, emosi dan keinginan melalui bahasa yang mudah

difahami.

Menurut Za’ba bahasa basahan ialah bahasa cakap mulut yang digunakan

sesama orang Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa basahan sering

digunakan untuk berinteraksi dengan rakan kenalan, ahli keluarga dan lebih bertujuan

untuk bertanyakan khabar, bergosip, bercerita, berjual beli dan sebagainya.

Menurut Ahmad Juhari Moain dalam Sosiolinguistik (2010:58) menyatakan

bahasa basahan sering digunakan dalam urusan harian dan wujud campuran unsur-

unsur bahasa lain dari segi perbendaharaan kata, sebutan mahupun ungkapan. Antara

contoh bahasa basahan adalah seperti nape (kenapa), cam mana (macam mana), tah

(entah), nak (hendak), ambik (ambil) dan sebagainya. Terdapat beberapa ciri yang

3
menjadikan sesuatu bahasa itu dianggap bahasa basahan iaitu penggunaan kolokial

iaitu pada kata nama dan kata-kata tertentu seperti kan (akan) dan dah (sudah).

Selain itu, bahasa ini sering memendekkan kata serta menggugurkan bahagian-

bahagian tertentu dalam ayat manakala imbuhan pula sering ditinggalkan sebaliknya

ia digantikan dengan unsur-unsur isyarat dan gerak-geri untuk difahami oleh

pendengar.

Akhir sekali, bahasa basahan memang sesuai digunakan sebagai bahasa yang

digunakan oleh masyarakat untuk berinteraksi dan menjalankan aktiviti harian tetapi

bahasa ini adalah tidak sesuai digunakan dalam urusan rasmi seperti yang ditegaskan

oleh Prof. Awang Sariyan (2002:103) dalam Ceritera Bahasa iaitu “kita mungkin

dapat menyatakan bentuk bahasa basahan yang meresap masuk ke dalam bahasa

rasmi. Namun, peresapan bentuk bahasa basahan ke dalam bahasa rasmi tidaklah

dapat dianggap sesuatu yang wajar”

4
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian bermaksud hala tuju dan matlamat yang hendak dicapai oleh pengkaji
dalam melaksanakan kajian. Pengkaji menjalankan kajian ini berlandaskan tiga
objektif berikut :

(a) Mengenal pasti dan menyenaraikan penggunaan bahasa basahan yang terdapat

dalam novel Beijing, Aku Cinta Dia!

(b) Mengelaskan setiap ciri dan menjadualkan peratusan bahasa basahan yang

digunakan dalam novel Beijing, Aku Cinta Dia!

(c) Membandingkan bahasa basahan yang digunakan dengan bahasa baku dalam

novel Beijing, Aku Cinta Dia!

5
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini penting untuk :

(a) Menambah dokumentasi kajian yang berkaitan dengan bahasa basahan

(b) Dijadikan sebagai bahan rujukan untuk kajian yang lain, khususnya kajian

tentang bahasa basahan dalam novel Beijing, Aku Cinta Dia!

(c) Menyedarkan masyarakat tentang penggunaan bahasa basahan secara meluas

dalam novel Beijing, Aku Cinta Dia!

6
4.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini perlu dilakukan bagi mengelak daripada permasalahan yang

dikaji tersasar jauh. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, skop kajian hanya

memfokuskan kepada penggunaan bahasa basahan yang terdapat dalam novel Beijing,

Aku Cinta Dia! iaitu mengenal pasti dan menyenaraikan penggunaan bahasa basahan,

mengelaskan setiap ciri dan menjadualkan peratusan bahasa basahan yang digunakan,

dan membandingkan bahasa basahan yang digunakan dengan bahasa baku dalam

novel Beijing, Aku Cinta Dia!. skop yang tertumpu kepada pengenalpastian dan

penyenaraian bahasa basahan dalam novel ini kerana terdapat beberapa bahasa

basahan yang digunakan watak semasa bergaul. Selain itu, setiap ciri bahasa basahan

yang didapati akan dipersembahkan dalam jadual peratusan. Akhir sekali, pengkaji

membandingkan bahasa basahan dengan bahasa baku supaya pelajar dapat

mengetahui makna asal setiap bahasa basahan yang digunakan dalam novel tersebut.

7
5.0 BATASAN KAJIAN

Batasan kajian dilakukan untuk menghadkan bidang kajian supaya tidak

terlalu luas. Dalam kajian ini, pengkaji tidak mampu untuk mengkaji sesuatu yang

besar dengan lebih luas. Oleh itu, pengkaji hanya membataskan kajian ini kepada

penggunaan bahasa basahan yang terdapat dalam novel Beijing, Aku Cinta Dia!

sahaja. Ia tidak melibatkan, kurikulum, bilik darjah, pentaksiran dan sebagainya.

Berdasarkan kajian, pengkaji hanya mencari pernyataan yang disenaraikan dalam

bahagian obejektif sahaja dan mengikut ketetapan muka surat yang ditandai daripada

novel Beijing, Aku Cinta Dia. Dalam novel ini, pengkaji mengumpul dapatan kajian

dari muka surat 332 sehingga muka surat 493 mengikut bab.

Selain daripada itu, pengkaji menjalankan kajian ini di kawasan sekolah sahaja

iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Belaga kerana terdapat sumber rujukan di

perpustakaan termasuk perpustakaan Tingkatan 6 sendiri. Pembatasan perlu dilakukan

berdasarkan kekangan dan had waktu yang dihadapi oleh pengkaji. Dari segi subjek

kajian pula, kajian ini terbatas kepada para pelajar Tingkatan Enam yang perlu

menyiapkan kerja kursus Bahasa Melayu.

8
6.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam bahagian ini, kaedah pemerolehan data dan kaedah penganalisisan data
akan dihuraikan.

6.1 Pemerolehan data


Maklumat dalam kajian ini diperoleh dengan cara yang berikut, iaitu:

(a) Kajian kepustakaan


Kajian kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan dan
buku yang berkaitan dengan bahasa basahan. Maklumat yang diperoleh daripada
hasil bacaan, pihak yang tertentu, dan orang perseorangan dikumpul dan diteliti
sebelum proses menulis dilaksanakan. Selain itu, kajian kepustakaan dijalankan
untuk mendapatkan sumber tambahan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian
kepustakaan ini juga melibatkan pencarian maklumat di laman sesawang yang
berkaitan untuk mempercepatkan proses mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan bahan bacaan ini.

(b) kajian internet


Internet juga dijadikan bahan atau sumber lain dalam kajian ini. Kaedah ini
digunakan dengan cara melayari laman-laman blog yang berkaitan dengan
maksud bahasa basahan. Selain itu, para pengkaji dapat mengelaskan bahasa
basahan dan mencari maksud-maksud di sebalik bahasa basahan di internet serta
dapat menyenaraikan bahasa basahan yang dikaji melalui teks moden ini ke dalam
kajian para perngkaji.

6.2 Pengumpulan Data


Semua sumber data kajian ini didapati selepas menelaah muka surat yang
ditandai daripada novel “Beijing, Aku Cinta Dia!”. Bahasa basahan yang
dijadikan asas kajian ini, dikenal pasti dan dikaji penggunaannya oleh pengkaji.
Selain itu data tersebut akan dikelaskan juga dalam bentuk peratusan mengikut
kekerapan penggunaanya.

9
7.0 DAPATAN KAJIAN

Pada bahagian ini, pengkaji akan menghuraikan dapatan kajian berlandaskan objektif

yang ditetapkan iaitu :

7.1 Mengenal pasti dan menyenaraikan penggunaan bahasa basahan yang terdapat

dalam novel Beijing, Aku Cinta Dia!. Dalam novel ini, terdapat beberapa

perkataan bahasa basahan yang digunakan oleh watak. Antaranya ialah :

Bahasa Basahan Makna sebenar

a) tau tahu

b) aje sahaja

c) ni ini

d) nak hendak

e) dah sudah

f) tak tidak

g) tu itu

h) kat dekat

i) naiki menaiki

j) Woolen Jumper jaket berbulu

k) ke kah

l) tapi tetapi

m) i saya

n) Big boss ketua

o) tawa ketawa

p) borak bercakap

10
q) mamat lelaki

Pada bahagian ini, pengkaji mendapati sebanyak 18 perkataan bahasa basahan

yang digunakan oleh watak dari muka surat 332 sehingga 493 pada novel yang dikaji.

Hal ini termasuk kependekkan kata, pengaruh dialek, dan pencampuran kod.

7.2 Mengelaskan setiap ciri dan menjadualkan peratusan bahasa basahan yang

digunakan dalam dalam novel Beijing, Aku Cinta Dia.

Bahagian yang terdapat dalam ciri bahasa basahan terbahagi kepada tiga iaitu

pengaruh dialek, pencampuran kod, dan kependekkan kata. Pengaruh dialek juga

dikenali sebagi loghat dan dipengaruhi oleh tempat asal seseorang individu.

Pencampuran kod pula merujuk kepada penekanan terhadap dua atau lebih bahasa

dalam satu ayat. Ciri ini biasanya kerap digunakan dalam perbualan. Seterusnya ialah

kependekkan kata iaitu merujuk kepada sebuah perkataan formal dipendekkan di

dalam perbualan untuk menjadikan sesebuah perbualan tidak kekok dan lebih mudah

difahami. Daripada hasil kajian, pengkaji mendapati bahawa :

Ciri bahasa basahan Bilangan perkataan Peratusan (%)

a) Pengaruh Dialek 4 4

b) Pencampuran Kod 84 84

c) Kependekkan Kata 12 12

Jumlah 100 100

Jadual 1: bilangan bagi setiap ciri dan peratusan bahasa basahan novel Beijing,
Aku Cinta Dia!

11
Ciri Bahasa Basahan

12% 4%
Pengaruh dialek
percampuran kod
kependekkan kata

84%

Graf 1:peratusan bilangan perkataan ciri bahasa basahan

Berdasarkan dapatan kajian, terdapat 100 patah perkataan yang didapati oleh pengkaji

mengikut ciri bahasa basahan dalam novel ‘Beijing, Aku Cinta Dia!’. Pengaruh dialek

mempunyai empat patah perkataan bersamaan 4%. Percampuran kod pula mempunyai

lapan puluh empat patah perkataan bersamaan 84% manakala bagi kependekkan kata

mempunyai dua belas patah perkataan bersamaan 12%. Selain itu, pengaruh dialek

merangkumi perkataan seperti mamat (lelaki), kocek (saku seluar), yikatong (sejenis

kod), dan syiuhh (perkataan mengusir). Bagi pencampuran kod pula ianya

termasuklah aunty (mak cik), now (sekarang), office (pejabat), words (perkataan) dan

sebagainya manakala kepedekkan kata merujuk kepada perkataan tak (tidak), dah

(sudah), tapi (tetapi), tu (itu) dan sebagainya.

12
7.3 Membandingkan kekerapan penggunaan bahasa basahan dan bahasa baku yang

digunakan dalam novel Beijing, Aku Cinta Dia!

Bahasa baku merupakan bahasa yang menekankan penggunaan bahasa yang lengkap

serta mematuhi peraturan tatabahasa. Jadual berikut menunjukkan hasil dapatan kajian

bagi perbandingan bahasa basahan yang digunakan dengan bahasa baku dalam novel

yang dikaji :

Bil Bahasa Basahan Bahasa Baku Kekerapan penggunaan

1 tau tahu 2

2 dah sudah 11

3 tak tidak 31

4 ni ini 27

5 aje sahaja 19

6 nak hendak 25

7 tu itu 13

8 kat dekat 2

9 ke Kah 9

10 tapi tetapi 2

Jadual 2: perbandingan antara bahasa basahan dengan bahasa baku

13
8.0 RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa penggunaan bahasa

basahan dalam penerbitan novel ‘Beijing, Aku Cinta Dia’ tidak menepati konteks

penggunaan bahasa melayu yang sebenar. Namun begitu, bahasa basahan yang

digunakan kelihatan mudah disampaikan dan senang untuk difahami oleh masyarakat.

Selain itu, bahasa basahan ini sering digunakan dalam situasi yang tidak formal.

Pendek kata, ianya digunakan semasa bersembang dan bergosip dengan kenalan rapat

sahaja. Tambahan pula penulis membuat watak utama dan watak sampingan dalam

novel ini kebanyakannya menggunakan bahasa basahan dalam pergaulan seharian.

Hal ini menyebabkan pembikinan novel Beijing, Aku Cinta Dia menarik minat

golongan remaja dan dewasa untuk membacanya.

Walau bagaimanapun, golongan kini tidak sepatutnya mudah terpengaruh dengan

percampuran bahasa seperti bahasa basahan dalam pergaulan seharian sehingga

mengabaikan bahasa melayu asli. Hal ini dapat mencemarkan kedaulatan bahasa

melayu di Malaysia. Semakin banyak penggunaan bahasa basahan digunakan,

semakin dilupakan bahasa melayu yang dahulu kerap digunakan oleh setiap lapisan

masyarakat. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu bertanggungjawab dengan

memainkan peranan masing-masing bagi mengekang masalah ini daripada terus

mengancam kedaulatan bahasa kebangsaan.

14
9.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, penggunaan bahasa basahan dalam novel Beijing, Aku Cinta

Dia! yang diterbitkan oleh penulis Ania Malna bertujuan untuk menarik minat

golongan remaja dan golongan dewasa bagi membacanya. Hal ini dikatakan demikian

kerana, bahasa basahan yang digunakan dalam novel ini mudah difahami kerana

ianya merangkumi percakapan harian mereka. Para pembaca turut mendalami

karaktor-karaktor yang telah diwujudkan oleh penulis dalam novel ini. Di samping

itu, penulis menekankan penggunaan bahasa basahan dalam pembikinan novelnya

untuk menyampaikan ekspresi-ekspresi setiap watak agar para pembaca senang

memahaminya. Sehubungan dengan itu, pengkaji merasakan kajian tentang

penggunaan bahasa basahan perlu diteruskan lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana

ianya penting bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menyedari kewujudan

dan pengaruh bahasa basahan terhadap Bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak dan

remaja terutanya pelajar sekolah pada masa kini .

15
BIBLIOGRAFI

Dr. D. Kathiran, 2015. Model Penulisan Esei Bahasa Melayu: Penerbitan Pelangi

Raminah Haji Sabran, Edisi Ketiga 2016: Contoh Karangan Terbaik. Selangor Darul
Ehsan

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Pelajar Bahasa Melayu, 2016, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Khairunnisa Khalil, 2018, Contoh kerja kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3
2017 (Stpm) (Penggunaan Bahasa Basahan dalam novel), Diakses pada Isnin, 4 Jun
2018, daripada https://kharunnisakhalil.blogspot.com/2018/06/contoh;-kerja-kursus-
bahasa-melayu.html

Hasyuda Abadi,2018, Bahasa melayu,bahasa basahan dan bahasa penulisan, Diakses


pada 21 Januari 2018, daripada https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-
sabah/20/08/21/28217506/534479

16
LAMPIRAN

17
LAMPIRAN

Gambar 1: Muka Depan Novel “Beijing, Aku Cinta Dia!”

18
Gambar2: Muka Belakang Novel “Beijing, Aku Cinta Dia!”

19
Gambar 3: Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

20
Gambar 4: Model Penulisan Esei Bahasa Melayu

21

Anda mungkin juga menyukai