Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN JENIS CATATAN ATAU DIARI

 Ia merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau peristiwa penting yang
berlaku kepada seseorang.
 Karangan ini terbahagi kepada dua jenis, diari sehari dan diari beberapa hari.
o Jika diari sehari, sertakan hari, haru bulan dan tahun. Kemudian, diikuti waktu
berlaku kejadian itu.
Contoh:
Kamu menyambut ketibaan Hari Raya Puasa dengan suasana meriah. Tuliskan
cacatan diari kamu bagaimana anda menyambut dan merayakan hari tersebut.

Berdasarkan soalan ini format catatan ialah masa atau jam.

o Jika diari beberapa hari, sertakan hari, hari bulan dan tahun. Waktu hanya disertakan
jika perlu.
Contoh:
Persatuan anda telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Anda diminta
menyediakan catatan mengenai lawatan itu.

Berdasarkan soalan, lawatan ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa beberapa


hari. Oleh itu format catatan mesti ditulis dalam hari.

 Catatan hendaklah ringkas, tepat dan padat.


 Peristiwa yang dicatat mesti penting dan berkaitan dengan tajuk.
 Tulis catatan mengikut urutan peristiwa. Urutan peristiwa dapat menimbulkan daya
tarikan untuk mengetahui peristiwa selanjutnya.
 Ayat-ayat seharusnya pendek dan mudah difahami.
 Hanya fakta-fakta penting sahaja yang perlu ditulis. Tidak perlu huraian.

Anda mungkin juga menyukai