Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang dalam Pelajaran

Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun demikian,
kecemerlangan tersebut tidak dating dengan sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha
yang bersungguh-sungguh.

Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang murid perlulah tekun
belajar. Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa
yang disampaikan oleh. Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang
disampaikan oleh guru.

Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di rumah, kita perlu
membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu topic itu akan kekal dalam
ingatan dan minda kita.

Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini kerana
melalui kelas tambahan, guru-guru akan member penekanan pada topic-topik yang sukar. Kesannya,
pemahaman terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat.

Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan. Contohnya, latihan-latihan berbentuk soalan
peperiksaan perlu kita lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita menjawab soalan-soalan
peperiksaan kerana sudah biasa dengan pola-pola soalan tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang cemerlang
dalam pelajaran. Kejayaan kita pasti akan menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.
Tulis syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang”

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para guru serta rakan
sekalian. Izinkan saya menyampaikan satu syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid cemerlang”.

Hadirin,

Kecemerlangan pasti mampu meningkatkan imej seseorang murid tersebut. Oleh itu, setiap murid
harus tahu cara-cara tertentu untuk mencapai kecemerlangan pendidikan ini.

Langkah awal ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka. Kefahaman akan
kelemahan diri ini membolehkan murid menyedari subjek yang perlu diberi penekanan lebih
mendalam. Oleh itu, murid akan belajar secara sistematik bagi menangani kelemahan tersebut.

Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar yang efektif. Kewujudan jadual sebegini menjadikan
murid tahu masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja berkaitan dengan
pelajaran tetapi aktiviti lain yang turut penting seperti berbual-bual dengan rakan dan bersukan.
Kepatuhan mematuhi jadual ini menjadikan murid akan mengalami satu kehidupan belajar yang
seimbang.

Hadirin yang budiman,

Setiap murid juga semestinya memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan. Semua subjek harus
diteliti dan latihan yang cukup dilaksanakan untuk memastikan murid memahami subjek itu secara
mendalam. Latihan yang sistematik menjadikan murid lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan
kelak.

Malah, aspek kesihatan diri secara peribadi harus ditekankan. Amalan pemakanan seimbang
bersama-sama ketenangan emosi penting dalam kejayaan seseorang murid itu. Keadaan ini boleh
menjadikan murid lebih yakin dan tenang menghadapi sebarang cabaran peperiksaan yang muncul.

Sesungguhnya, kecemerlangan tidak mungkin diperoleh dengan mudah sahaja. Semua murid harus
berusaha dan mematuhi amalan-amalan positif tertentu. Tanpa usaha sudah pasti kejayaan tidak
akan muncul begitu sahaja.

Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai