Anda di halaman 1dari 1

Rancangan Aktiviti Kaunseling Kelompok

Kelompok/Sesi : KK/002/3

Nama Aktiviti : Mari Bertindak !!!

Tempoh Masa : 1 jam 15 minit

Peralatan yang Diperlukan : Borang matlamat dan pen

Objektif : Di akhir aktiviti ini, ahli-ahli akan dapat :

- membina matlamat dengan lebih jelas

- merefleksi kembali kelemahan dan kelebihan


sikap masing-masing

- membina semangat berkobar-kobar untuk


mencapai matlamat

Langkah-langkah :

1) Ahli-ahli diminta untuk menyatakan matlamat atau cita-cita sendiri.

2) Fasilitator akan memberi ahli kelompok borangmatlamat.

3) Kemudian, fasilitator menerangkan secara ringkas kepada ahli kelompok tentang


borang matlamat yang diberikan. Sebarang pertanyaan daripada ahli kelompok
dialu-alukan.

4) Fasilitator akan memberikan arahan kepada ahli kelompok untuk melengkapkan


borang matlamat dalam masa 15 minit.

5) Setelah selesai, setiap ahli dikehendaki untuk membentangkan borang matlamat


yang telah diisi dengan lengkap kepada fasilitator dan ahli kelompok yang lain.

6) Setiap ahli kelompok digalakkan untuk bertanya kepada ahli kelompok yang siap
membuat pembentangan.

7) Akhir sekali, fasilitator merumuskan aktiviti ini secara keseluruhan.

Anda mungkin juga menyukai