Anda di halaman 1dari 2

2a) ii) Fungsi makmal arkeologi ialah melakukan pemunggahan dan pengisihan.

Pengisihan dibuat mengikut jenis artifak atau lapisan tanah di tapak artifak yang
ditemui. Kerja pembersihan dilakukan sebelum membuat kajian, membuat katalog
bagi setiap artifak dengan nombor pengenalan dan membuat analisis bagi
mendapatkan maklumat tentang sesuatu artifak.

b) Arkeologi bawah air ialah kajian santifik tentang sejarah peninggalan manusia
yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik. Contoh, mengkaji kapal dagang
yang tenggelam dan karam di dasar laut. Peralatan menyelam digunakan untuk
membantu ahli arkeologi bekerja di dalam air. Grid ekskavasi untuk merekod lokasi
penemuan dengan tepat. Paip udara digunakan untuk menyedut mendapan yang
menutupi hasil penemuan. Fotografi dibuat untuk merekodkan butiran ekskavasi.
Akrtifak diletakkan atas bekas dan diangkat ke permukaan air menggunakan beg
seperti belon berisi udara.

C) Pengiktirafan UNESCO terhadap tapak arkeologi di negara Malaysia akan


meningkatkan imej negara di mata dunia. Ini juga dapat memperkenalkan warisan
kepada warga tempatan dan dunia dan menarik kedatangan pelancong tempatan
dan luar negara ke tapak arkeologi tersebut. Selain itu, pengiktirafan UNESCO akan
mendorong kerajaan memuliharakan, memajukan dan membangunkan tapak
arkeologi tersebut, ini akan mengelakkan arkeologi tersebut daripada pupus dan
musnah. Generasi yang akan datang boleh menatap tapak arkeologi sekirannya
kerja membaik pulih tapak arkeologi berjaya. Di samping itu, pengiktirafan UNESCO
juga membentuk keperibadian bangsa dan meletakkan Malaysia antara negara
terawal yang melalui Zaman Prasejarah Dunia.

3a) Kepentingan tafsiran sejarah menggalakan kita menggunakan pelbagai sumber.


Selain itu, tafsiran sejarah bagi tujuan menghasilkan penulisan sejarah dengan bukti
yang kukuh. Tafsiran sejarah mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam
mengkaji peristiwa sejarah dengan menggunakan pelbagai sumber sejarah. Ini juga
dapat mengajak kita menilai sesuatu peristiwa sejarah itu bermakna, berfaedah atau
sebaliknya melalui menilai sesuatu peristiwa sejarah yang sama tetapi dilihat dari
sudut yang berbeza.

3b) Contoh tafsiran dalam sejarah seperti peristiwa penentangan Tok Janggut di
Pasir Puteh, Kelantan. Beliau menentang peraturan cukai tanah dan hasil hutan yang
diperkenalkan oleh penjajah British. Terdapat perspektif yang berbeza. Berdasarkan
perspektif sejarawan Barat, Tok Janggut dianggap sebagai pemberontak 叛徒
disebabkan enggan mematuhi arahan dan undang-undang. Berdasarkan perspektif
sejarahwan tempatan pula, Tok Janggut sebagai pejuang yang menentang dasar
British yang membebankan rakyat tempatan.

3C) Kepentingan mempelajari sejarah akan memberikan peluang kepada kita


mengenal asal usul kerana kita dapat mengenal asal usul keluarga dan negara kita
dapat mempelajari sejarah. Kita juga dapat memahami adat istiadat, tradisi dan
budaya bangsa negara kita. Selain itu, kita boleh mengambil iktibar kerana
mempelajari sejarah memberi iktibar dan pengajaran daripada peristiwa masa lalu
dan mereka yang tidak belajar sejarah mungkin akan mengulangi kesilapan masa
lalu. Tambahan pula, kita belajar sejarah dapat memupuk patriotisme, sejarah
mengajar kita menghargai warisan negara supaya terus kekal dan diwarisi oleh
generasi akan datang. Di samping itu, sejarah akan mengukuhkan perpaduan kerana
sejarah menjadi sumber kesedaran kepada masyarakat dalam mengekalkan dan
meneruskan adat resam dan tradisi kita. Ini akan menjadikan generasi masa kini
akan meneruskan kesinambungan hubungan harmoni antara kaum sudah terjalin.
Seterusnya, sejarah juga memainkan peranan penting untuk membangunkan negara
dan bangsa agar kita dapat belajar daripada kejayaan bangsa dan negara serta
membandingan budaya dahulu dan budaya kini yang menjadi perangsang untuk
mencapai kemajuan dan membangunkan negara pada masa depan. Kita boleh
mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah apabila kita dapat membuat tafsiran
terhadap sesuatu peristiwa sejarah secara kritis dan analitis. Sejarah mendorong
generasi masa kini memahami peristiwa sejarah secara empati (memahami
perasaan orang lain).

Anda mungkin juga menyukai