Anda di halaman 1dari 3

Kesan Hedonisme Dalam Masyarakat Kita

Hedonisme merupakan budaya yang mementingkan keseronokan dan kesenangan


dunia.Generasi muda mudah terpengaruh serta timbul perasaan ingin mencuba yang
berkobar-kobar di dalam diri.Budaya hedonisme menyumbang kepada keruntuhan rohani dan
jasmani tanpa kita sedar.Masyarakat serta negara juga turut terjejas jika budaya ini terus
diamalkan dan dipandang remeh oleh masyarakat.Jika dilihat dari aspek individu,seseorang
yang mengamalkan budaya hedonisme leka dengan tanggungjawab mereka kerana terlalu
mengejar dan cintakan dunia.Contohnya,tanggungjawab seorang muslim untuk menunaikan
solat fardhu lima kali sehari dipandang remeh dan menganggap budaya meninggalkan solat
itu suatu perkara biasa.Hal ini bukan sahaja akan mengundang kepada keruntuhan
akhlak,malah meninggalkan solat dengan sengaja adalah dosa besar dan tidak akan
diampunkan Allah sehinggalah individu tersebut bertaubat dan bertekad untuk tidak
mengulanginya.Tidak hairanlah jika kita lihat segelintir generasi muda yang malas
menunaikan solat dan ada yang tidak didedahkan cara solat dengan betul.Allah telah
menjelaskan bahawa setiap manusia wajib menunaikan solat fardhu 5 kali sehari dan sesiapa
yang meninggalkan dengan sengaja akan mendapat dosa besarAllah berfirman dalam surah
An Nisa’ ayat 103:

َ‫َّلوةَ كانَت َعلَى ال ُمؤ ِمنين‬ ٰ ‫َلى جُنوبِ ُكم ۚ فَِإ َذا اط َمأنَنتُم فََأقي ُموا الص‬
ٰ ‫َّلوةَ ۚ ِإ َّن الص‬ ٰ ‫َّلوةَ فَاذ ُكرُوا هَللا َ قِ ٰي ًما َوقُعودًا َوع‬
ٰ ‫ضيتُ ُم الص‬
َ َ‫فَِإذا ق‬
‫ِك ٰتبًا َّموقوتًا‬

Kemudian apabila kamu telah selesaikan mengerjakan sembahyang,maka hendaklah kmu


menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk,dan semasa kamu
berbaring.Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka
dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa).Sesungguhnya sembahyang
itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman,yang tertentu
waktunya.

Terbuktilah bahawa solat bukanlah perkara yang perlu dipandang remeh.Solat umpama
pertalian kita dan Allah.Allah juga menyebut tentang kecelakaan kepada mereka yang saja
melambat dan meninggalkan solat dengan sengaja.Allah berfirman dalam surah Al Ma’un
ayat 4 dan 5 :
َ ‫فَ َو ْي ٌل لِ ْل ُم‬
َ ‫ الَّ ِذينَ هُ ْم ع َْن‬. َ‫صلِّين‬
َ‫صاَل تِ ِه ْم َساهُون‬

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat.Iaitu orang-orang yang lalai dalam
solatnya”
Allah menjelaskan bahawa wajib seseorang itu mendirikan solat pada waktu dan tidak boleh
menangguhkan solat dengan sengaja apatah lagi meninggalkan solat.Sudah terang lagi
bersuluh bahawa isu ini akan meruntuhkan akhlak seseorang.
Selain itu,budaya hedonisme juga dapat dikaitkan dengan kelab malam yang mengundang
masalah kepada individu dan masyarakat.Kelab malam merupakan salah satu tarikan generasi
muda pada zaman kini.Kelab malam merupakan salah satu tempat hiburan dan tidak asing
lagi dengan budaya minum arak dan berjudi.Seperti yang telah didedahkan sejak di bangku
persekolahan lagi,terdapat pelbagai kesan arak kepada kesihatan mental dan fizikal.Hal ini
kerana kandungan alkohol yang mampu merosakkan organ dalaman manusia dan
menghalang fungsi otak untuk berfikir dengan waras.Allah telah memberitahu tentang
kandungan alkohol di dalam Al Quran.Allah berfirman dalam surah An Nahl ayat 67:

َ‫َّر ْزقًا َح َسنً ۗا اِ َّن فِ ْي ٰذلِكَ اَل ٰ يَةً لِّقَوْ ٍم يَّ ْعقِلُوْ ن‬
ِ ‫ب تَتَّ ِخ ُذوْ نَ ِم ْنهُ َس َكرًا و‬
ِ ‫ت النَّ ِخ ْي ِل َوااْل َ ْعنَا‬
ِ ‫َو ِم ْن ثَ َم ٰر‬

“Dan dari buah kurma dan anggur,kamu membuat minuman yang memabukkan dan rezeki
yang baik.Sungguh,pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi
orang yang mengerti.
Dalam ayat ini,Allah telah menjelaskan bahawa anggur yang diperam untuk diproses menjadi
arak mendatangkan pelbagai masalah kesihatan dan akal.Hal ini kerana kandungan alkohol
yang tinggi di dalam arak akan menghalang fungsi akal dan menyebabkan seseorang mabuk
tanpa disedari.Selain itu,penggemar arak menyumbang kepada kanser hati dan akhirnya hati
gagal untuk berfungsi.Terbuktilah bahawa meminum arak tidak mendatangkan sebarang
manfaat malahan merosakkan hidup seseorang.Allah telah menjelaskan dalam surah Al
Maidah ayat 90 :

َ‫صابُ َوااْل َ ْزاَل ُم ِرجْ سٌ ِّم ْن َع َم ِل ال َّشي ْٰط ِن فَاجْ تَنِبُوْ هُ لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْفلِحُوْ ن‬
َ ‫ٰيٓاَيُّهَا الَّ ِذ ْينَ ٰا َمنُ ْٓوا اِنَّ َما ْال َخ ْم ُر َو ْال َم ْي ِس ُر َوااْل َ ْن‬

“Hai orang-orang yang beriman,sesungguhnya (meminum) khamar,berjudi,(berkorban


untuk )berhala,mengundi nasib dengan panah ,adalah perkara buruk termasuk perbuatan
syaitan.Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan”

Isu ini bukan sahaja menjejaskan diri sendiri malahan orang disekeliling kita.Jika dilihat di
negara kita,banyak kes kemalangan jalan raya yang berpunca dari individu yang memandu
ketika mabuk sehinggakan meragut nyawa orang lain.Jika isu ini terus dipandang
remeh,statistik kemalangan di Malaysia yang berpunca dari pemandu mabuk akan lebih
meningkat dan kerap berlaku .Janganlah kita menjadi seperti kerana setitik nila,rosak susu
sebelanga.

Anda mungkin juga menyukai