Anda di halaman 1dari 8

NAMA : NUR ELLYSHA DURANI MOHAMAD

NO. MATRIK : B2010012


SUBJEK : FIQH IBADAH
PENSYARAH : PUAN SHAHRINA BINTI ROMLI

SKRIP JAWAPAN BSS 3113

1. Bersuci menurut bahasa ialah bersih dari segala kotoran baik yang nyata seperti najis,
mahupun yang tidak nyata seperti aib. Menurut istilah para fuqaha beerti membersihkan
diri dari hadas dan najis, seperti mandi, berwudhu dan bertayammum. Bersuci adalah
syarat wajib yang harus dilakukan dalam melakukan ibadah. Firman Allah dalam surah
Al-Ma’idah ayat 6,

ۚ ‫ق َوا ْم َسحُوا بِ ُر ُءو ِس ُك ْم َوَأرْ ُجلَ ُك ْم ِإلَى ْال َك ْعبَي ِْن‬ ِ ِ‫صاَل ِة فَا ْغ ِسلُوا ُوجُوهَ ُك ْم َوَأ ْي ِديَ ُك ْم ِإلَى ْال َم َراف‬
َّ ‫يَا َأيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا ِإ َذا قُ ْمتُ ْم ِإلَى ال‬
َ َ ِّ ُ ‫اَل‬ ‫َأ‬ ْ ُ ْ ٌ ‫َأ‬
‫ض ٰى وْ َعل ٰى َسف ٍر وْ َجا َء َحد ِمنك ْم ِمنَ الغَاِئ ِط وْ َم ْست ُم الن َسا َء فل ْم ت َِجدُوا َما ًء‬ ‫َأ‬ َ َ ‫َأ‬ َ ْ‫وَِإ ْن ُك ْنتُ ْم ُجنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَِإ ْن ُك ْنتُ ْم َمر‬
ٰ ‫هَّللا‬ ‫َأ‬
ٍ ‫طيِّبًا فَا ْم َسحُوا بِ ُوجُو ِه ُك ْم َو ْي ِدي ُك ْم ِم ْنهُ ۚ َما ي ُِري ُد ُ لِيَجْ َع َل َعلَ ْي ُك ْم ِم ْن َح َر‬
‫ج َولَ ِك ْن ي ُِري ُد لِيُطَه َِّر ُك ْم َولِيُتِ َّم‬ َ ‫ص ِعيدًا‬ َ ‫فَتَيَ َّم ُموا‬
ُ ْ َ ُ َّ َ ُ
َ‫نِع َمتهُ َعليك ْم ل َعلك ْم تشكرُون‬ْ َ َ ْ

Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan
shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah
kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub
maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat
buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka
bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu
dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak
membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.

Sabda Rasulullah dalam Riwayat Imam Muslim,

"Dari Abu Malik al-As'hari berkata : Sabda Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
Kebersihan itu sebahagian daripada iman."

Terdapat beberapa sifat yang ada dalam bersuci bagi menyempurnakan ibadah-ibadah
dalam rukun Islam.

i. Tamyiz

Dalam hal berkaitan bersuci tidak disyaratkan baligh atas batasan usia. Sekiranya
ianya sudah tamyiz yakni pintar, maka ianya dianggap sah. Adapun batasan Tamyiz itu
sendiri ada beberapa pendapat. Ada yang mengatakan batasan tamyiz adalah bahawa
seorang kanak-kanak boleh berdikari jika dia dapat makan, minum, berehat dan kebiasaan
lain sendiri. Dari keadaan tamyiz ini, dapat diambil pengertian bahawa orang gila dan
kanak-kanak yang belum berdikari adalah tidak sah.

ii. Menggunakan air yang bersih


Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 43,

ۚ ‫صاَل ةَ َوَأ ْنتُ ْم ُس َكا َر ٰى َحتَّ ٰى تَ ْعلَ ُموا َما تَقُولُونَ َواَل ُجنُبًا ِإاَّل عَابِ ِري َسبِي ٍل َحتَّ ٰى تَ ْغت َِسلُوا‬ َّ ‫يَا َأيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا اَل تَ ْق َربُوا ال‬
‫ص ِعيدًا طَيِّبًا‬َ ‫ض ٰى َأوْ َعلَ ٰى َسفَ ٍر َأوْ َجا َء َأ َح ٌد ِم ْن ُك ْم ِمنَ ْالغَاِئ ِط َأوْ اَل َم ْستُ ُم النِّ َسا َء فَلَ ْم ت َِجدُوا َما ًء فَتَيَ َّم ُموا‬
َ ْ‫وَِإ ْن ُك ْنتُ ْم َمر‬
ُ َ ً ُ َ ‫هَّللا‬ َّ ُ ‫َأ‬ ُ
‫فا ْم َسحُوا بِ ُوجُو ِهك ْم َو ْي ِديك ْم ۗ ِإن َ كانَ َعف ّوا غفورًا‬ َ

Yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang
kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan,
(jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali
sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam
musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh
perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu
dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya
Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.

Berdasarkan firman Allah di atas, dapat memberi kesimpulan bahawa air dapat
digunakan untuk mandi, wudhu, dan membersihkan benda-benda yang terkena najis. Air
yang suci adalah air yang dapat digunakan untuk bersuci, untuk menghilangkan hadas
ataupun najis, dan airnya tidak berubah warna mahupun zatnya. Contohnya air hujan, air
sungai, air sumur, air salju, air embun dan air sumber lain yang keluar dari mata air. Sabda
Rasulullah s.a.w dalam Riwayat Al-Imam Muslim,

"Bila seorang berwuduk lalu berkumur-kumur maka keluarlah dosa-dosa dari mulutnya,
juga dia membersihkan hidung, dosa-dosa akan keluar pula dari hidungnya, begitu juga
tatkala dia membasuh muka, dosa-dosa akan keluar dari muka sampai dari bawah kelopak
matanya. Jika dia membasuh kedua tangan, dosa-dosanya akan turut keluar sampai dari
bawah kukunya, demikian pula halnya dia menyapu kepala, dosa-dosanya akan keluar dari
kepala bahkan dari kedua telinganya. Begitu juga tatkala dia membasuh kedua kakinya
keluarlah pula dosa-dosa tersebut dari dalamnya, sampai bawah kuku-kuku jari kakinya.
Kemudian tinggallah perjalanannya ke masjid dan solatnya menjadi pahala yang bersih
baginya."

Sekiranya tiada air untuk bersuci, boleh juga bertayammum. Tayammum secara Bahasa
adalah berwudhu menggunakan debu yang suci kerana tiadanya air atau ada halangan
menggunakan air. Secara istilah, tayammum adalah menyapakan tanah atau debu yang suci
ke muka dan kedua tangan sampai siku dengan memenuhi syarat dan rukunnya sebagai
pengganti dari wudhu atau mandi wajib kerana tiadanya air atau tidak boleh menggunakan air
disebabkan sakit. Apablila seseorang telah melaksanakan solat dengan tayammum kemudian
dia menemukan air, maka tidak wajib mengulanginya sekalipun waktu solat masih ada.

iii. Membersihkan diri dari hadas


Hadas adalah kekotoran maknawi pada diri yang menegah sahnya ibadah yang
disyaratkan bersuci iaitu solat, tawaf dan sebagainya. Orang berhadas tidak bersih disisi Allah
sekalipun di sisi manusia kelihatan bersih. Oleh itu, orang yang berhadas wajib menyucikan
dirinya mengikut cara yang ditetapkan Syarak sebelum menghadap Allah melalui ibadah-
ibadah. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 222,

‫طهُرْ نَ ۖ فَِإ َذا تَطَهَّرْ نَ فَْأتُوه َُّن ِم ْن‬ْ َ‫يض ۖ َواَل تَ ْق َربُوه َُّن َحتَّ ٰى ي‬
ِ ‫يض ۖ قُلْ هُ َو َأ ًذى فَا ْعت َِزلُوا النِّ َسا َء فِي ْال َم ِح‬
ِ ‫ك َع ِن ْال َم ِح‬
َ َ‫َويَ ْسَألُون‬
ْ ‫هَّللا‬ ‫هَّللا‬ ‫َأ‬ ُ
َ‫َحيْث َم َر ُك ُم ُ ۚ ِإ َّن َ ي ُِحبُّ التَّوَّابِينَ َوي ُِحبُّ ال ُمتَطَه ِِّرين‬

Yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah
suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh;
dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci,
maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya
Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan
diri.

iv. Menjaga kebersihan dari bau

Mafhum daripada hadis di atas ialah umat Islam dianjurkan menjaga kebersihan
hatta isu bau sekalipun halal dimakan apabila berada dalam jemaah khususnya
ketika menunaikan ibadat maka dilarang agar kesemua yang lain merasa selesa
dan tidak tertekan dengan bau yang kurang enak. Justeru, kebersihan bukans
emata-mata fizikal tetapi membawa kepada yang maknawi seperti bau yang tidak
selesa. Amat penting ketika kita melaksanakan ibadat haji untuk menjaga dan
meraikan rakan-rakan sebilik seperti:

 Tidak merokok
 Tidak membuang sampah di merata-rata
 Tidak menyusun pakaian dengan rapi
 Tidak menjaga bau mulut seperti tidak gosok gigi
 Bau badan yang kuat yang sepatutnya menjaga kebersihan badan

Sabda Rasulullah, Riwayat Al-Bukhari (856) dan Muslim (849),

“Tanggungjawab setiap muslim kepada Allah ialah mandi sekurang-kurangnya


sekali dalam seminggu dengan membasuh kepala dan badannya.”

Ini dinyatakan lagi di dalam hadith, Rasulullah SAW Riwayat al-Bukhari (847)


dan Muslim (252),

“Sekiranya tidak membebankan umatku, aku akan memerintahkan mereka supaya


bersugi setiap kali bersolat.”

v. Bersihkan diri daripada najis


Najis beerti segala benda yang kotor seperti darah, air kencing dan tahi manakala
dari sudut syarak, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya
solat.

Cara menyuci najis

Cara menghilangkan najis ialah dengan beristinja’, membasuh dan menyamak.


Cara menyucikan najis haqiqiyy pula adalah seperti berikut:

1. Najis mughallazah (berat)

Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh
dengan air sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya bercampur dengan tanah
sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).

2. Najis mutawassitah (pertengahan)

Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh
tempat kena najis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).

3. Najis mukhaffafah (ringan)

Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu, kemudian cukup sekadar
direnjiskan atau dialirkan air ke atasnya.
· Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna, bau dan rasa ialah
dengan mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut.

Dari Abu Samh Malik ra, ia berkata: “Air kencing anak perempuan itu dicuci,
sedangkan air kencing anak laki-laki itu dipercikkan” (HR.Abu Daud, An
Nasa’i).

2. Zakat ialah derma yang wajib diberikan oleh orang Islam yang mampu kepada lapan
golongan yang berhak menerimanya. Manakala dari segi syarak, zakat ialah
mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan-golongan
tertentu apabila cukup syarat-syarat tertentu. Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat
103,

‫ك َس َك ٌن لَهُ ْم ۗ َوهَّللا ُ َس ِمي ٌع َعلِي ٌم‬ َ ‫ُخ ْذ ِم ْن َأ ْم َوالِ ِه ْم‬


َ ‫ص َدقَةً تُطَهِّ ُرهُ ْم َوتُزَ ِّكي ِه ْم بِهَا َو‬
َ ‫ص ِّل َعلَ ْي ِه ْم ۖ ِإ َّن‬
َ َ‫صاَل ت‬

Yang bermaksud: Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu
membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa
kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui.
Terdapat dua jenis zakat iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah adalah
pembayaran zakat yang dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 ramadhan hinggan
1 syawal sebelum solat sunat aidilfitri. Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila
masa. Kadar zakat 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5%
dari hart aitu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan lapan asnaf yang layak menerima
zakat daripada kita.

Menurut perlembagaan persekutuan, kuasa agama adalah di bawah bidang kuasa


kerajaan negeri. Pengurusan agama yang melibatkan harta umat Islam seperti zakat,
wakaf, sedekah dan baitulmal berada di bawah pengelolaan Majlis Agama Islam Negeri
(MAIN). Ini bermaksud, tanggungjawab dan kuasa pengendalian kutipan dan agihan dana
zakat diuruskan oleh MAIN. Malah perkara ini telah diperakui dalam perkara 2 senarai 12
senarai negeri-negeri. Tempoh kewujudan Majlis Agama Islam setiap negeri tidak
serentak dan ia bergantung pada negeri berkenaan malah susun atur organisasinya sendiri
berbeza mengikut ketetapan masing-masing.

Terdapat pelbagai jenis zakat di Malaysia antaranya zakat emas dan perak, zakat
pendapatan, zakat wang simpanan, zakat KWSP, zakat perniagaan, zakat binatang
ternakan, zakat hasil pertanian, zakat rikaz dan ma’din.

1) Zakat Emas dan Perak

Zakat emas dan perak ialah zakat yang dikenakan ke atas beberapa jenis logam


berharga, iaitu emas dan perak.

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan) - yang tidak digunakan atau dipakai walaupun
sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85
gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%
2. Emas yang dipakai - (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun
tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (nilai
kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan
kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa
emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Beza zakat perak dengan emas cuma nilai nisabnya iaitu 595 gram.

2) Zakat Pendapatan

Zakat pendapatan bermaksud zakat perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan


pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun
perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga
sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan dalam
perbincangan ini. Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya
yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama.
Cara pengiraanya:

 Haul ataupun tempoh masa adalah mengikut tahun hijarah iaitu bulan islam.
Contoh pendapatan adalah daripada Ramadhan tahun ini ke tahun depan, itulah
pengiraan yang sebenar.
 Nisab – iaitu kadar bayaran. Paling tepat adalah nilai 85gram Emas. Ianya tidak
sama antara setiap negeri, tetapi jumlah setiap negeri itu tak jauh beza.

3) Zakat Wang Simpanan

Zakat wang simpanan adalah salah satu jenis zakat harta. Zakat ini dianggap wajib
dikeluarkan sebagai zakat kerana ia adalah satu hakmilik atau harta-benda yang boleh
dikembangkan. Ini merangkumi semua jenis wang sama ada kertas, syiling atau di
dalam bank yang tanpa ada kerugian dan piutang.

Berikut adalah syarat bagi wang simpanan :

 Cukup nisab, 85 gram untuk emas dan 560 gram untuk perak.
 Harta cukup satu tahun (haul).

4) Zakat KWSP

Zakat KWSP dikenakan kerana konsepnya serupa dengan zakat wang simpanan,
cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan dengan mudah
seperti akaun simpanan biasa. Wang KWSP ialah wang simpanan milik individu yang
disimpan dalam KWSP sepanjang tempoh perkhidmatan dan telah mencukupi
kesemua syarat wajib zakat kecuali "milik sempurna". Syarat "milik sempurna" akan
dipenuhi sebaik sahaja wang tersebut dikeluarkan dari KWSP.

Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.

1. Milik Sempurna. Menurut pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika
pencarum mengeluarkan wang tersebut (sekiranya cukup nisab). Kadarnya ialah
2.5%.
Nilai zakat = Jumlah wang caruman yang dikeluarkan x 2.5%
2. Milik Tidak Sempurna. Mengikut pandangan ini, caruman pekerja (tidak termasuk
caruman majikan) yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan zakat apabila cukup
nisab dan haul. Ini bermakna zakat wajib dikeluarkan pada tiap-tiap tahun apabila
memenuhi syarat-syarat zakat walaupun wang tersebut masih berada di dalam tabung
KWSP. Kadar zakatnya juga 2.5%.
Nilai zakat = Jumlah wang yang dicarum pada tahun itu x 2.5%
5) Zakat perniagaan

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan
sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan,
pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada
dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau
dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham
dan sebagainya.[1] Kadar zakat yang wajib dikeluarkan ialah sebanyak 2.5% atau
1/40 daripada semua nilaian harga barang-barang yang diperniagakan pada tarikh
cukup haul.

Terdapat dua kedah pengiraan zakat perniagaan:

1. Kaedah Model Berkembang (Growth Model)

Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber


pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di
dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan.
Harta yang dikenakan zakat = Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap -
Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan

2. Kaedah Model Modal Kerja (Working Capital)

Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan


semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan
dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan
mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat
tolakan.
Harta yang dikenakan zakat = Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan

6) Zakat Binatang Ternakan

Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya.
Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan
unta. Haul semua haiwan sama iaitu 1 tahun. Manakala nisabnya berbeza mengikut
haiwan, misalnya kambing 40 ekor, lembu 30 ekor dan unta 5 ekor.

7) Zakat Hasil Pertanian

Zakat hasil pertanian merupakan zakat yang dikenakan ke atas makanan ruji yang
mengenyangkan ke atas sebuah kawasan yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil
tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin dari jenis makanan asasi yang
mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, kurma, jagung, gandum
dan sebagainya. Hasil tanaman yang tidak asas seperti kelapa, kelapa sawit, getah,
lada hitam, tebu, koko dan buah-buahan lain pula dikenakan zakat perniagaan jika
diperniagakan.
 Biji-bijian dan buah-buahan yang cukup nisabnya hendaklah dibayar zakatnya
mengikut peratus penghasilan. Kadar peratus pembayarannya bergantung kepada
cara-cara penghasilnya.

 Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang diusahakan dengan


menggunakan tenaga manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera atau
dengan perbelanjaan yang banyak maka kadar zakatnya ialah 5% atau 1/20.

 Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang hanya bergantung kepada
jirusan air hujan atau hidup dengan aliran sungai atau parit maka kadar zakatnya
ialah 10% atau 1/10.

 Bagi tanaman yang mengunakan kedua-dua cara di atas maka kadarnya ialah
7.5%.

8) Zakat Rikaz Dan Ma’din

Rikaz bermaksud harta yang ditemui, ini merupakan sesuatu harta yang tidak
dinampak, disorok, ditanam, disimpan dan dipendam oleh seseorang insan
sebelumnya. Harta yang dinyatakan tidak nampak seperti ditanam didalam tanah, gua
atau sesuatu perbuatan yang menyembunyikan. Harta ini termasuk emas, perak,
tembaga dan pundi-pundi bernilai. Ma'din merupakan harta hasil bumi yang bernilai
seperti emas dan perak. Hasil bumi ini boleh dinyatakan seperti petroleum, batu
permata, dan lain-lain jenis yang berhubungan dengan bumi dan nilainya amat
berharga seperti emas dan perak.

 Zakat Rikaz syarat mengeluarkan zakat rikaz ialah beragama Islam, merdeka dan
sempurna milik. Nisabnya tidak sama dengan nisab emas dan perak dan tidak
disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi pada kadar 1/5
atau 20% daripada jumlah kesemua yang diperolehi.
 Zakat Ma'din, nisabnya seperti nisab emas dan perak iaitu 85gram bagi emas dan 595
bagi perak. Tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas
diperolehi dan dibersihkan tanpa diproses. Wajib mengeluarkan 2.5% daripada jumlah
keseluruhannya yang cukup syarat.

Anda mungkin juga menyukai