Anda di halaman 1dari 2

kepentingan ibadah dalam kehidupan

Impak Ibadah Khusus Dalam Kehidupan Muslim.


Adalah jelas sekarang kita telah dapat memahami konsep ibadah yang sebenar seperti yang
dikehendaki oleh ajaran Islam. Walaupun kita telah dapat memahami konsep ibadah yang
sebenamya, namun satu aspek yang tidak boleh dikesamping dan berkaitan dengan impak ibadah itu
sendiri dalam kehidupan seorang insan muslim. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru impak ialah kesan
yang kuat yang terbit daripada atau dihasilkan oleh sesuatu. (Kamus Dewan: 1994:449). 

Pentingnya impak atau kesan dan ibadah dalam kehidupan seorang muslim dapat dilihat dari sudut
amalan ibadah khusus dan ibadah umum. Dalam perbincangan ini kita fokus satu persatu dari ibadah
khusus iaitu yang berkaitan dengan rukun Islam, terutama ibadah sembahyang, puasa, zakat dan
haji. 

Impak Ibadah Solat Dalam Kehidupan Muslim:


Sembahyang adalah ibadah utama di sisi Islam. Hal ini begitu ditegaskan dalam al-Quran kerana
amalan awal yang ditanya diakhirat kelak ialah ibadah sembahyang. Jika baik solatnya baiklah yang
lain dan sebaliknya jika rosak, maka yang lain iktu rosak. Di antara impak solat itu ialah:

a. Solat Mendisplmkan Diri Seseorang. 


b. Solat Menjadikan Hidup Teratur dan sistematik.
c. Solat Menjadikan Seseorang Rendah hati.
d. Solat Menjadikan Seseorang Semboh.
e. Solat Menghalang Perbuatan Keji dan Munkar.
f. Solat Memperoleh Kebahagiaan.
g. Solat Menjadikan Ingatan Selalu Kepada Allah Taalah
h. Solat Mengikis Sifat tercela Menumbuh Sifat Terpuji.
i. Solat Mendatangkan Rezeki.
j. Solat Mendapat Kemuliaan dan Membangunkan Martabat Manusia.
k. Solat Memberi keyakinan Dalam Menentukan Pilihan.
1. Solat Memperkuhkan Keimanan.
m. Solat Menumbuhkan Perpaduan dan Persaudaraan.

Impak Ibadah Puasa Dalam Kehidupan Muslim:


Di dalam ibadah puasa terdapat banyak impak yang boleh diperolehi antaranya
a. Puasa Menyucikan Batin Manusia.
b. Puasa Memelihara Kesihatan dan Penyembuhan Penyakit.
c. Puasa Boleh mencapai kepada Taqwa.

Impak Ibadah Zakat Dalam Kehidupan Muslim:


Zakat adalah termasuk rukun Islam, di dalam al-Quran perintah zakat sering bersamaan dengan
solat. Zakat adalah ibadah zahiriah yang mengandungi hikmah yang besar, di dalamnya terdapat
keajaiban yang amat besar. Antara impak ibadah zakat dalam kehidupan seoarang Islam ialah:
a. Zakat dapat membersihkan Harta.
b. Zakat Boleh Menumbuhkan Rasa Syukur.
c. Zakat Boleh Menyucikan Rohani.
d. Zakat Sebagai Cara Menolong Orang Yang Lemah.
e. Zakat Boleh Mencegah Timbulnya Kerawanan Sosial.
f. Zakat Mendatangkan Keberkatan.

Impak Ibadah Haji Dalam kehidupan Muslim:


Pengertian ibadah haji ialah "Mengkasadkan Baitullah Al-Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat
dengan syarat-syarat tertentu. " Ibadah Haji adalah rukun Islam yang kelima yang mempunya nilai-
nilai yang istemewa, Antara impak yang dapat dilihat dari ibadah tersebut ialah:
a. Haji Menjadikan Seseorang Sedia Untuk berkorban.
b. Haji Memperkukuh jiwa Tauhid.
c. Haji Mengingatkan Akan Kematian.
d. Haji Mengikis Sifat Egois dan Sombong.
e. Haji Mendorong Untuk Menteladani Perjuangan Para Nabi. (Mukhlas Asy-Syarkani: 2002: 27-55)
Impak Ibadah Dalam Kehidupan Muslim:
Secara keseluruhan ibadah dalam Islam samaada ada ibadah khusus atau pun ibadah umum yang
pastinya ia memberi kesan yang positif kepada din insan untuk kehidupan mereka untuk kehidupan
individu, kehidupan bennasyarakat dan bemegara. Antara kesan atau impak ibadah itu sendiri ialah:

a. Melahirkan Kesatuan Matlamat:


Ibadah melahirkan kesatuan matlamat dalam kehidupan individu dan masyarakat. Melalui ibadah
menjadikan mereka dapat memusatkan kepada Allah segala usaha amalan duniawi dan ukhrawi. la
juga menjadikan asas perpaduan umat Islam kerana dalam menunaikan ibadah kepada Allah semua
umat Islam dari seluruh pelusuk dunia melafazkan niat, gerak dan bacaan yang sama, malah
menggunakan bacaan yang satu dalam bacaan al-Quran. (Che Kamaruddin: 1996)

b. Membentuk Budaya Hidup Islam.


Ibadah boleh mencorakkan budaya hidup seseorang muslim berdasarkan celupan Allah Taalah,
kerana mereka sentiasa terikat dan patuh kepada hukum dan peraturan Allah Taalah. Dalam. Budaya
yang membentuk keyakinan dalam segala aspek atau sudut kehidupan. Samaada dari sudut aqidah,
ibadah, akhlak, keluarga dan yakin dengan masa depan Islam yang gemilang. Mereka yakin hanya
sistem hidup Islam yang dapat menyelamat dan menyelesaikan mereka samaada dari sudut politik,
ekonomi, social dan sebagainya. (Fathi Yakan:2000: 14-88)

c. Mendidik Seseorang Berlaku Jujur:


Ibadah menididik seseorang berlaku jujur. Pastinya ibadah itu memerlukan seseorang yang ikhlas
yang tidak mengharapkan balasan dari manusia. Bukan mengharapkan pujian tetapi memenuhi
tuntutan dan syarat-syarat sah seseuatu ibadah sekalipun tidak dilihat ataupun diperhatikan oleh
makhluk kerana yakin hanya Allah Talah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. 

d. Ditakuti Syaitan:
Syaitan adalah makhluk Allah yang pada asalnya dekat dengan Allah, selalu berzikir kepada Allah
sehingga ada riwayat syaitan atau ibus pada asalnya malaikat yang sujud bertahun-tahun, sehingga
ibus dekat sekali kepada Allah. Namun seperti diketahui ibus menjadi terkutuk setelah Adam a.s.
dicipta Syaitan akhimya menjadi musuh utama manusia yang sentiasa berusaha menyesatkan
manusia kecuali orang yang ikhlas. Orang yang ikhlas dalam beribadah umpamanya mempunyai
kekuatan dan kehebatan di atas syaitan. Firman Allah Taalah yang bermaksud:

" Ibus berkata: "Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), dku akan menyesatkan mereka semuanya,
kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang
kederhakaan dan penyelewenmgan. " (Surat Shah, ay at 82-83)

Anda mungkin juga menyukai