Anda di halaman 1dari 4

PELAKSANAAN SYARIAT ISLAM

DALAM MELAHIRKAN KEHARMONIAN MASYARAKAT

Abdul Aziz bin Zadul Mutaalim

Pendahuluan.

Syariat islam merupakan satu-satunya cara hidup yang diredhoi oleh Allah taala di dunia
ini.Hal ini kerana islam merupakan satu-satunya agama yang hak daripada tuhan yang
Maha Kuasa.Oleh itu,setiap syariat islam yang diturunkan Allah melalui kitabnya dan lisan
nabinya haruslah diikuti oleh kita sebagai hambanya.yang bertakwa barulah kehidupan kita
akan menjadi aman dan sejahtera.Sepertimana firman Allah di dalam surah Al-Imran ayat
ke-19 yang bermaksud “sesungguhnya agama yang benar-benar diredhoi Allah ialah
islam”.Selain itu,islam merupakan satu agama yang syumul yang merangkumi seluruh
aspek kehidupan manusia bermua dari kita buka mata di pagi hari hinggalah kita tutup mata
semula di malam hari.

Ramai daripada masyarakat kita pada hari ini yang hanya mengganggap islam itu dari
aspek ibadat sahaja sehingga menyebabkan mereka mengganggap islam itu suatu cara
hidup yang jumud dan ketinggalan zaman sedangkan hakikat sebenar syariat islam itu
merangkumi pelbagai aspek kehidupan.Hal ini kerana ilmu fiqh di dalam islam itu telah
dibahagikan kepada beberapa cabang iaitu fiqh ibadat,figh muamalat,fiqh jinayat dan figh
munakahat.Jika mereka benar-benar menghayati keseluruhan ilmu fiqh ini di dalam
kehidupan mereka,makai slam itu suatu agama yang jumud tidak akan muncul lagi.Fiqh
ibadat dapat ditakrifkan sebagai ilmu fiqh yang merangkumi ibadah-ibadah yang umum di
dalam islam contohnya seperti thoharoh,solat,puasa,zakat,haji dan sebagainya.

Peranan Fiqh Ibadah dalam Melahirkan Masyarakat yang Harmoni.

1.Solat

Jika kita melihat dalam kehidupan seharian kita fiqh ibadah merupakan fiqh yang paling
banyak digunakan dan dikenali masyarakat umumnya.Akan tetapi pernahkah kita terfikir
bagaimanakah pengamalan terhadap fiqh ibadah ini dapat melahirkan masyarakat yang
harmoni.Mari kita melihat bermula daripada ibadah solat.Solat merupakan satu ibadah yang
paling utama di dalam kerana ianya merupakan tiang agama.Tanpa solat maka runtuhlah
agama di dalam diri seeorang itu.Hatta semua daripada yang mukallaf itu diwajibkan
menunaikannya di dalam apa jua keadaan sekalipun.Walaupun ketika musafir jauh,sakit
teruk,berperang,tempat yang tandus kita diwajibkan menunaikannya sehinggalah nyawa
dicabut dari badan.
Ibadah seperti solat dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat kita
pada hari ini kerana dengan wujudnya ibadah solat ini seseorang itu akan banyak
meluangkan masa di masjid atau surau untuk menunaikan solat secara berjemaah secara
tidak langsung masjid dan surau sebenarnya telah menjadi satu tempat utama bagi
menyatukan ummah,bertanya khabar dan bertegur sapa sesama kita.Jika seseorang itu
kurang untuk datang ke masjid bagi melakukan solat fardu secara berjemaah,dia pasti
datang juga ketika solat jumaat bagi lelaki,atau pada solat kedua hari raya dan solat
jenazah.Selain itu,terdapat banyak juga aktiviti dan program yang telah dijalankan di
Kawasan masjid dan surau secara tidak langsung akan mengeratkan lagi tali persaudaraan
sesama kita.

2.Puasa

Ibadah puasa di bulan Ramadhan merupakan ibadah yang paling ditunggu-tunggu oleh
orang islam kerana pada bulan inilah kita berebut-rebut mengumpul pahala dan melakukan
ibadat kerana pahala setiap ibadah yang dilakukan akan digandakan sebanyak dua kali
ganda pahala.Pada bulan Ramadhan ini juga syaitan akan diikat,pintu neraka ditutup
serapat-rapatnya manakala pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan Allah menjanjikan
keampunan bagi mereka yang benar-benar menghidupkan ramadhannya dengan
bersungguh-sungguh.Hal ini bertepatan dengan hadis baginda nabi S.A.W. yang bermaksud
“barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan keredhoan Allah,maka Allah taala akan mengampunkan dosa-dosanya yang
terdahulu.(riwayat Bukhari dan Muslim).Selain itu,terdapat juga satu malam di dalam bulan
Ramadhan ini lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam lailatul qadar.

Ibadah puasa ini menjadi pencetus keharmonian dalam kalangan masyarakat pada hari ini
kerana ketika kita berpuasa di bulan Ramadhan pelbagai aktiviti dijalankan bersempena
menyambut bulan yang penuh keberkatan ini.Antaranya ialah bersahur,jamuan iftar
Ramadhan,bazar Ramadhan,mengacau bubuk lambuk,soalt tarawih berjemaah dan lain-
lain.Selain menjadi sumber pahala bagi diri kita semua aktiviti ini sebenarnya akan menjadi
asbab kepada penyatuan kita sesama masyarakat bukan sahaja orang islam akan tetapi
orang bukan islam juga tumpang merasai rahmatnya Ramadhan.
3.Zakat

Ibadah zakat di dalam islam dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu zakat fitrah
dan zakat harta.Zakat fitrah merupakan zakat yang perlu dikeluarkan oleh setiap yang
mukallaf pada bulan Ramadhan berupa secupak makanan asasi manakala zakat harta pula
terbahagi pula kepada beberapa bahagian contohnya seperti zakat maadin walrikaz,zakat
perniagaan,zakat simpanan,zakat pelaburan,zakat emas dan zakat binatang
ternakan.Pengeluaran zakat seseorang individu muslim dapat mensucikan dirinya daripada
kedekut dan hasad dengki.Ia juga akan menyucikan harta kita daripada segala kekotoran
sepanjang kita mengumpul harta tersebut.Contohnya kita mesti pernah mencuri waktu
sewaktu menjalankan kerja kita jadi untuk mensucikan semula kekotoran itu maka kita
digalakkan untuk mengeluarkan zakat.

Ibadah zakat ini merapatkan tali persaudaraan kita sesama islam kerana setiap daripada
kita saling tolong-menolong antara satu sama lain.Mereka yang kaya saling menolong
mereka yang miskin dari segi harta manakala yang miskin pula membalas sumbangan itu
dengan perkara kebaikan yang lain.Jika hal ini sering diamalkan dalam masyarakat kita
pada hari ini maka akan wujudlah satu keharmonian dan keseimbangan dalam masyarakat
kita.Kita perlu sedar bahawa bukan semua harta kita itu adalah milik kita,akan tetapi ada
juga rezeki milik orang lain di dalam harta tersebut,oleh itu wajarlah untuk kita berkongsi
kenikmatan tersebut dengan mereka yang lebih memerlukan.

Penutup

Kita juga sepatutnya tidak memandang maksud peranan fiqh ibadah ini dalam melahirkan
keharmonian masyarakat dalam erti kata mengeratkan silaturrahim sahaja akan tetapi
maksudnya lebih luas.Contohnya jikalau kita selalu mengamalkan ibadat bersugi dan
memakai wangi-wangian,maka orang lain akan menjadi lebih mudah untuk bergaul dengan
kita seterusnya akan membentuk masyarakat yang harmoni.Kita juga dapat melihat perkara
ini dari aspek emosi dan kesihatan.Mengikut kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan,
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim
serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok Ibadah seperti solat
sebenarnya banyak mengundang aura-aura positif dalam jiwa dan mendisiplinkan diri
kita.Ibadah seperti puasa pula dapat merehatkan perut kita daripada memproses makanan
selama sebulan.
Sebagai kesimpulannya,jelaslah di sini bahawa terdapat banyak faedah yang akan kita
dapati jika kita benar-benar mengamalkan apa yang diajarkan oleh islam di dalam fiqh
ibadah ini.Banyak lagi ibadah-ibadah lain yang juga dapat mengeratkan hubungan kita
sesama masyarakat seperti bab thoharoh iaitu bersuci.Jikalau kita benar-benar mengikut
garis panduan yang telah ditetapkan islam dalam soal bersuci daipada pelbagai hadas dan
kotoran maka orang lain akan menjadi lebih selesa dengan kita seterusnya akan melahirkan
masyarakat yang bersih,sihat dan aman damai.Selain itu,kita juga perlulah mengamalkan
ibadah-ibadah ini dengan sebaiknya untuk kepentingan diri,masyarakat dan agama.Marilah
kita sama-sama mengamalkan semua intipati di dalam fiqh ibadah ini agar segala
manfaatnya dapat kita perolehi di dunia dan di hari akhirat nanti.

Penulisan Refleksi.

Dalam usaha bagi menjayakan kerja Kursus ini saya telah mengalami beberapa
kesukaran khususnya bagi mencari maklumat mengenai fiqh ibadah.Oleh itu,saya telah
melakukan beberapa langkah bagi mengatasi masalah ini dengan cara menelaah beberapa
buku dan laman web tertentu.Melalui carian yang telah dijalankan dapatlah saya simpulkan
di sini bahawa syariat islam ini telah diturunkan kepada kita sebagi rahmat dalam mengatur
seluruh aspek kehidupan kita sesuai mengikut ketetapannya yang Maha Esa.Selain
mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah,hubungan kita sesama makhluk juga akan
semakin erat dengan mengamalkan seluruh syariat islam di dalam kehidupan seharian.

Rujukan.

1.Ibnu Katsir,Tafsir Ibnu Katsir,jilid 2,no 52.

2.Ismail bin Khalil,Ahmad Riduan bin Bahrum,Jahidah binti Makri,Syariah Tingktan 4,2018,

5-32.

3.Syeikh Salim bin Sumair Al-Hadrami,Safinatul Naja’,abad ke-13 Hijrah,1-10.

4.Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew
Cheok, Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya
(UM),Kajian Kelebihan Solat terhadap Kesihatan Manusia.

5.Dr.Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri,Ramadhan Al-Mubarak,2011,36-42.

Anda mungkin juga menyukai