Anda di halaman 1dari 2

Hidupku

TUK TUK

Aku terdengar ketukan seseorang di pintu bilikku

“ Wani bangunnn “ Ohh ibu rupanya, mataku susah sekali mahu dibuka, aku masih
mengantuk .

“Wani bangun cepat nanti kau terlambat ke sekolah”

“uhh..iya aku mahu bangun ni” aku bangun dari katilku terus aku mencapai tuala dan menuju
ke bilik mandi, setelah aku selesai mandi akupun bersiap memakai seragam sekolahku,
sesudah aku membereskan diriku aku pun keluar dari bilikku sambil membawa beg sekolah
ku. Terus aku pun berjalan menuju ke dapur, aku meminum air yang dibuat ibu, sangat sedap.
Ayah baru saja keluar dari biliknya terus ayah kata padaku “cepat nanti kita terlambat pula”
kata ayah, akupun bergegas menghabiskan air yang dibuat ibu tadi, lalu aku berjalan menuju
ke ibu, aku menyalam tangan ibu dan mencium pipi ibu, tidak lupa juga ibu memberi wang
belanja kepadaku.

Setelah aku sampai disekolah aku menuju ke kelas ku lalu meletakkan beg di tempatku,
selepas aku meletakkan beg aku terus berjalan menuju ke kantin dengan kawan-kawanku.
Pada pagi itu pukul 7:45 kelas aku pj, aku dan kawan-kawanku bermain badminton pada pagi
itu. Pada pukul 8:15 masa pj kelas aku sudah habis, terus aku dan kawanku pun masuk ke
dalam kelas untuk belajar pula. Pukul 10:15 kami pun mula turun rehat, waktu rehat aku
membeli nasi lemak dan ayam, setelah mencuci tangan aku pun terus makan. Selepas rehat
aku pun masuk ke dalam kelas untuk belajar semula. Dan pada pukul 1:30 kelas aku sudah
tamat, aku pun mengambil beg ku untuk pulang bersama kawan-kawanku.

Sesudah aku sampai di rumah aku meletakkan beg ku didalam bilikku kemudian aku
mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi, selepas mandi aku pergi ke dapur untuk makan
aku membuka tudung saji dan didalamnya ada ayam goreng,sayur bayam dan sambal, akupun
terus makan. Selepas itu aku membuka telefon bimbit ku, aku mendapat mesej dari kawanku

“Wani petang ni pukul 4:30 kita main badminton”

“Ok kalau aku senang petang ni aku datang” “Okayy” balas kawanku, aku bercadang untuk
tidur sebentar karna aku penat dan ingin berehat, terus aku melelapkan mata ku tanpa sedar
aku dibuai mimpi sampai kepetang, aku tersedar dari mimpi ku “alamak aku lupa petang ni
aku mahu bermain badminton, mesti kawan-kawanku sudah menunggu aku lama tadi” aku
tidak sempat bermain badminton karna aku tertidur sampai kepetang kawan-kawanku mesti
marah padaku, aku bangun dari katilku lalu aku keluar dari bilikku.

“kau dah bangun, sini tolong ibu masak”

“ok ibu” akupun menolong ibu memasak, selepas masak aku pun makan malam bersama
keluargaku. Sesudah makan aku menolong ibu mengemas dapur. Lepas semuanya selesai ,
aku pun masuk kedalam bilik untuk menyediakan keperluan untuk kesekolah esok. Semuanya
sudah aku selesaikan sekarang aku membuka telefon bimbit ku untuk mesej kawan-kawanku
bahwa aku ingin meminta maaf karna aku tidak dapat datang bermain badminton sebab aku
tertidur, selepas itu akupun menutup telefon bimbit ku, “aku kena tidur awal sebab esok nak
sekolah” lalu aku memadam lampu dan memejamkan mata lama-kelamaan aku pun tertidur.

Anda mungkin juga menyukai