Anda di halaman 1dari 5

TEMA : EKONOMI : PELANCONGAN

TAJUK : IMPAK AKTIVITI PELANCONGAN KE ATAS PENIAGA DI


SEKITAR MALACCA RIVER CRUISE, MELAKA.
NAMA : SUBHASHINI A/P SREEDHARAN
NO.KP : 041028 – 04 – 0364
NO. ANGKA GILIRAN :
NAMA PUSAT : SMK DATUK BENDAHARA

1.0 ABSTRAK
Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengkaji impak aktiviti pelancongan ke atas
peniaga di sekitar Malacca River Cruise, Melaka. Kajian ini mengemukan 3 objektif.
Objektif pertama ialah untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti pelancongan yang terdapat
di sekitar Malacca River Cruise, Melaka. Seterusnya, objektif kedua ialah untuk
mengenal pasti faktor-faktor tarikan pelancongan di sekitar Malacca River Cruise.
Objektif ketiga ialah untuk mengkaji impak aktiviti pelancongan terhadap ekonomi
peniaga di sekitar Malacca River Cruise. Dengan penjelasan yang singkat dan didukung
oleh visualisasi, diharapakn perancangan ini dapat membantu menarik banyak
pelancong ke Malacca River Cruise, Melaka. Kajian ini dijalankan di sekitar Malacca
River Cruise, Melaka. Kaeadah kajian yang digunakan ialah kaedah pemerhatian, temu
bual, soal selidik, kepustakaan dan rujukan atas talian internet.

2.0 PENGENALAN
Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong dan mengembara ke sesuatu
tempat lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat kediaman dan tidak lebih dari
satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Menurut Mathieson & Wall,
1982 pelancongan ditarifkan sebagai pergerakan atau perjalanan manusia yang bersifat
sementara ke sesuatu destinasi di luar lingkungan tempat tinggal ataupun tempat
berkerja dengan tujuan untuk melihat alam semula jadi, berehat, bercuti, urusan kerja
atau menjalankan sebarang aktivitiyang menyenagkan hati. Manakala World Book
Dictionary ( Clarence & Robert, 1992 ) merujuk pelancong sebagai seseorang yang
mengembara dengan tujuan untuk berseronok. Selain itu, Rafferty (1993) pula
berpendapat bahawa pelancong adalah seseorang yang mempunyai tempoh masa
lapang yang agar panjang dan berkemampuan dari segi kewangan untuk mengunjungi
kawasan atau tempat yang jauh daripada kawasan yang selalu dilalui seperti tempat
bekerja. Namun, menurut Mason (2003) pula pelancongan adalah suatu aktiviti yang
menggalakkan manusia keluar dari habitat asalnya untuk memenuhi kehendak
individu dan memberi manfaat kepada sektor industri tertentu dari segi sosial,
ekonomi dan persekitaran fizikal. Oleh itu, sektor pelancongan menjadi satu kegiatan
aktiviti utama yang memberi nilai ekonomi dan nilai sosial kepada sesebuah negara.
Kebelakangan ini, sumbangan aktiviti pelancongan kepada ekonomi perkhimatan
sesebuah negar semakin ketara. Hal ini dikatakan demikian kerana peningkatan jumlah
pelancong dapat menjana pendapatan kepada ekonomi negara juga turut meningkat.
Pembangunan sektor pelancongan tidak hanya melibatankan pihak kerajaan tetapi juga
memerlukan penglibatan langsung pihak swasta dan badan bukan kerajaan serta orang
awam terutamanya dalam memajukan tempat menarik dan aktiviti yang boleh
menggamit kedatangan pelacong selain mempromosikan aktiviti pelancongan negara
berkenaan (Wahab & Cooper, 2003).
Hari ini, pelancongan merupakan sumber pendapatan utama bagi banyak negara
dan memberi kesan kepada ekonomi kedua-dua negara sumber dan tuan rumah dalam
sesetengah keadaan menjadi sangat penting. Banyak tempat-tempat pelancongan
diwujudkan bagi tujuan memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk merasai
keindahan alam sekitar dan menehangkan minda. Ia bukan sahaja terhad untuk
warganegara tetapi juga untuk warga asing. Terutamanya, Melaka sebgai negaeri yang
mempunyai banyak tempat yang menarik dan bersejarah. Pelancongan berkunjung ke
Melaka bukan hanya untuk menghargai nilai-nilai sejarah, malah juga berpeluang
merasai keindahan alam sekitar melalui Malacca River Cruise di samping menghirup
udara nyaman. Dalam kajian ini, pengkaji akan memfokuskan impak aktiviti
pelancongan ke atas peniaga di sekitar Malacca River Cruise, Melaka.

2.1 TAJUK KAJIAN


Kajian ini bertajuk impak aktiviti pelancongan ke atas peniaga di sekitar Malacca
River Cruise, Melaka.

2.2 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah untuk :-

 Mengenal pasti aktiviti-aktiviti pelancongan yang terdapat di sekitar


Malacca River Cruise, Melaka.
 Mengenal pasti faktor-faktor tarikan pelancongan di sekitar Malaccca
River Cruise, Melaka.
 Mengkaji impak aktiviti pelancongan terhadap ekonomi peniaga di
sekitar Malacca River Cruise, Melaka.

2.3 PERSOALAN KAJIAN


Kajian ini dilakukan untuk menjawab segala persoalan yang timbul sepanjang
kajian ini dijalankan. Antara persoalan yang timbul ialah :-

 Bagaimanakah pelancongan dapat meningkatkan taraf hidup peniaga di


sekitar Malacca River Cruise, Melaka.
 Sejauhmanakah kekerapan aktiviti pelancongan mampu menjana
pendapatan peniaga di sekitar Malacca River Cruise, Melaka.
 Apakah nilai murni yang diamalakan oleh peniagadi sekitar Malacca
River Cruise untuk mejalankan perniagaan bagi meningkatkan taraf
hidup mereka dan menjana pendapatan negara melalui aktiviti
pelancongan.

2.4 SKOP KAJIAN


Kajian ini tentang impak aktiviti pelancongan ke atas peniaga di sekitar
Malacaca River Cruise, Melaka. Kajian ini berfokuskan untuk mengkaji
bagaimana aktiviti pelancongan dapat memesatkan ekonomi perniagaan di
serkitar Malcca River Cruise, Melaka. Kedudukan koordinasi bagi Malacca River
Cruise, Melaka ialah 2° 12′ 0″ N, 102° 15′ 0″ E ( GOOGLE EARTH 2020). Malacca
River Cruise merupakan sungai di Melaka, Malaysia. Sungai ini memiliki dua
punca. Punca utama Malacca River terletak di kawasan penghujung Banjaran
Titiwangsa di Tampin, Negeri Sembilan dan mengalir sebagai Sungsi Tampin,
dan cabang keduanya pula bermula di Tebong, daerah Alor Gajah sebagai
Sungai Batang, Melaka. Kedua-dua sungai ini bertemu di Gadek, daerah Alor
Gajah untuk membentuk Sungai Melaka. Sungai ini mempunyai nilai sejarah
yang tersendiri kerana di kiri dan kanansungai ini merupakan kawasan
perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, Pelabuhan, dan
lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu. Menurut Portal Rasmi Kerajaan Negeri
Melaka, lokasi kajian ini berobjektif untuk industri pelancongan sebagai
penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi KDNK dan peluang pekerjaan.

3.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS


Sorotan kajian lepas telah dilakukan untuk menghasilkan proposal ini. Er Ah
1Choy (2013) dalam kajian penyelidikan telah menunjukkkan kebanyakan
respoden berkunjung ke Melaka dengan bertujuan untuk melawat kawasan
Bandar Warisan dan melihat tapak bersejarah, di samping menghayati
pelancongan rekreasi yang disediakan oleh kerajaan negeri Melaka. Menurut
buku Sungai Melaka : The Rejuvenation of a National Cultural Heritage (Persona
Metro, 2009), terdapat beberapa objektif dalam membangunkan projek
pengindahan dan pemulihan Sungai Melaka seperti memastikan pengekalan
hubungan antara sungai dengan aktiviti perdagangan bandar dan warisan
sejarah serta mewujudkan aktiviti di tepi sungai secara komersial yang boleh
menarik pelancong dan membangunkan bandar bertaraf dunia dengan
berkonsepkan bandar di tepi sungai di samping menekankan elemen budaya
dan sejarah tanpa meminggirkan kelestarian selemen geografi. Selain itu,
memperkenalkan konsep taman dan laluan pejalan kaki yang melengkapi
dengan landskap indah dan mewujudka persekitaran yang selesa serta bersih
supaya dapay dikembangkan untuk dijadikan kawasa perniagaan dan masa
yang sama menjadi tempat percutian.

4.0 METHODOLOGI KAJIAN


Data kajian ini diperolehi melalui dua sumber utama iaitu sumber primer dan
sumber sekunder. Data primer diperolehi melalui :

 Kaedah Pemerhatian
Pengkaji membuat pemerhatian di sekitar Malacca River Cruise tentang
aktiviti-aktiviti pelancongan yang terdapatnya.
 Kaedah Soal Selidik
Pengkaji mengedarkan boring soal selidik kepada 30 orang peniaga di
kawasan kajian.
 Keadah Temu Bual
Pengkaji juga bersemuka dengan responden untuk bertanya dengan lebih
lanjut.

Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci, pengkaji menggunakan


sumber sekunder yang siperolehi melaui :

 Kaedah Kepustakaan
 Rujukan atas talian Internet
5.0 DAPATAN KAJIAN
1. Demografi Responden
1. Jantina
 Lelaki
 Perempuan
2. Umur
 18 – 23
 24 - 29
 30 – 35
 36 – 41
 42 – 46

2. Faktor-faktor yang mendorong kekerapan aktiviti pelancongan di


sekitar Malacca River Cruise, Melaka.
 Builangan faktor yang mendorong kekerapan aktiviti pelancongan
( AMAT BERPUAS HATI / BERPUAS HATI / TIDAK BERPUAS HATI )
o Lokasi Pelancongan
o Kemudahan asas yang lengkap ( CTH : Tandas )
o Tempat yang selesa (CTH : Melengkapi dengan alam sekitar)

6.0 KESIMPULAN
Pengkaji berharap agar kajian impak aktiviti pelancongan ke atas peniaga di
sekitar Malacca River Cruise, Melaka ini akan meningkatkan taraf hidup peniaga
di kawasan kajian. Di samping itu, pengkaji juga berharap semoga kajian ini
dapat mampu membuka peluang perniagaan di kawasan kajian. Melalui kajian
ini juga, diharapkan agar target perancangan untuk meningkatkan
pengunjungke kawasan kajian tertamanya pada hujung minggu dan hari cuti.

Anda mungkin juga menyukai