Anda di halaman 1dari 2

KATA TERBITAN

1. Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau
menerima imbuhan.
2. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang
menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata
terbitan :
3. a)Kata Terbitan Berawalan
b)Kata Terbitan Berakhiran
c)Kata Terbitan Berapitan
d)Kata Terbitan Bersisipan

1. PENGUKUHAN KATA TERBITAN


Berdasarkan kata tunggal di bawah, senaraikan kata terbitan yang terbentuk
berdasarkan proses bentuk kata terbitan dalam bentuk peta IThink.

Kata Dasar Proses Bentuk Kata Jawapan


Terbitan
1. Main
Kata Terbitan Berawalan
2. Datang

1. Makan
Kata Terbitan Berakhiran
2. Sakit

1. Rasa
Kata Terbitan Berapitan
2. Cantik

1. Guruh
Kata Terbitan Bersisipan
2. Tunjuk
Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin ayat-
ayat tersebut.
1. Dalam sistem bahasa isyarat, individu yang menggunakan bahasa isyarat akan
mengerakan tangan, badan, dan menggunakan ekspresi muka.

2. Isyarat yang pemberi ialah untuk menyampaikan sesuatu maksud.

3. Deria penglihatan pula digunakan untuk penerimaan dan memahami maksud


bahasa isyarat yang disampaikan.

4. Setiap negara mempunyai bahasa isyarat yang terbeza.

5. Misalnya, bahasa isyarat bagi kosa kata makan di Malaysia seperti penyuap nasi,
manakala di negara China seolah-olah memegang penyepit.

Latihan 2
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin ayat-
ayat tersebut.

1. Rangkai media sosial amat berpengaruh pada era globalisasi ini.

2. Berguna media sosial dapat menyebarkan maklumat tentang sesuatu urusan dengan
lebih pantas melalui pelbagai medium komunikasi digital.

3. Oleh itu, media sosial juga dapat jadi wahana integrasi dan melaluinya jalinan
mubibah antara kaum dapat ditingkatkan.

4. Misalnya, iklan-iklan yang mengunsurkan kemasyarakatan yang disebarkan kepada


umum dapat meninggalkan kesedaran pada masyarakat agar hidup secara harmoni.

Anda mungkin juga menyukai