Anda di halaman 1dari 6

MALAYSIA SAMBUT BAIK KEPUTUSAN INDIA KURANGKAN DUTI IMPORT

Engku Shariful Azni | | 28 November 2020

SHAH ALAM - Malaysia menyambut baik keputusan kerajaan India kelmarin untuk
mengurangkan duti import minyak sawit mentah. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin
Tun Hussein dalam satu hantaran di Facebook hari ini turut mengucapkan terima kasih
kepada Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar yang bersetuju mengurangkan duti
import dari 37.5 peratus kepada 27.5 peratus.

“Keputusan ini dijangka menambah jumlah eksport minyak sawit ke India sekali gus
berupaya meningkatkan harga minyak sawit mentah di negara kita. “Wisma Putra akan terus
usaha yang terbaik demi kepentingan lebih 500,000 pekebun kecil sawit, ahli keluarga serta
komuniti setempat,” katanya dalam hantaran itu.

Dalam hantaran sebelumnya, Hishammuddin turut menzahirkan kegembiraan apabila ada


rakan di Facebook memaklumkan harga buah tandan segar (BTS) dan minyak sawit mentah
(MSM) berada pada paras tinggi. “Ini akan memanfaatkan lebih 500,000 pekebun kecil sawit,
keluarga mereka serta komuniti tempatan khususnya di era pandemik yang serba mencabar
ini,” katanya.

Menurutnya, Pengerusi Malaysian Palm Oil Berhad (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
menyatakan antara faktor peningkatan berkenaan ialah permintaan tinggi daripada pembeli
termasuk China dan India.

“Ini selari dengan hasil pertemuan saya dengan Menteri Luar China, Wang Yi pada awal
Oktober yang membawa kepada persetujuan China untuk beli 1.7 juta tan minyak sawit
Malaysia sehingga tahun 2023. “Ini juga sejajar dengan kenyataan saya sebelum ini bahawa
Wisma Putra akan manfaatkan hubungan dengan India yang kembali pulih untuk
meningkatkan eksport minyak sawit ke sana,” katanya.

Tambahnya, beliau juga telah menyuarakan kepada Perwakilan Kesatuan Eropah supaya
menghentikan diskriminasi minyak sawit negara seterusnya mengiktiraf Sijil Minyak Sawit
Mampan Malaysia (MSPO) minggu lalu. “Insya-ALLAH, saya akan pastikan Wisma Putra
terus bantu Kementerian berkaitan demi memperkukuh industri sawit negara,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/112382/BERITA/Nasional/Malaysia-
sambut-baik-keputusan-India-kurangkan-duti-import

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

1.0 PENGENALAN

Tajuk artikel ialah Malaysia sambut baik keputusan India kurangkan duti import. Artikel ini
ditulis oleh Enku Shariful Azni yang telah dikeluarkan dalam Sinar Harian pada 28
November 2020.

https://www.sinarharian.com.my/article/112382/BERITA/Nasional/Malaysia-sambut-baik-
keputusan-India-kurangkan-duti-import

Artikel ini membingcangkan keputusan India yang mengurangkan duti import terhadap
minyak sawit mentah telah mendapat sambutan yang baik daripada Malaysia. Sebagai
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan terima kasih kepada
Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar atas persetujuan Kerajaan India untuk
mngurangkan duti import minyak sawit mentah dari 37.5 peratus kepada 27.5 peratus. Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein juga menyatakan bahawa keputusan India mengurangkan
duti import akan menambahkan eksport minyak sawit mentah ke India dan mampu
meningkatkan harga minyak sawit mentah di Malaysia. Beliau menyambung bahawa Wisma
Putra akan terus berusaha demi kepentingan lebih 500,00 pekebun kecil sawit dalam
hantarannya di Facebook. Beliau menzahirkan kegembiraan apabila dimaklumkan bahawa
harga tandan segar (BTS) dan minyak sawit mentah (MSM) berada pada paras tertinggi yang
akan memanfaatkan pelbagai pihak khususnya pada era pandemik ini. Pengerusi Malaysian
Palm Oil Berhad (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyatakan bahawa faktor yang
peningkatan harga tandan segar (BTS) dan minyak sawit mentah (MSM) ialah permintaan
yang tinggi daripada pembeli termasuk India dan China. Di samping itu, beliau juga
menyuarakan kepada Perwakilan Kesatuan Eropah agar menghentikan diskriminasi minyak
sawit negara dan mengiktiraf Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Tambahan
beliau akan memastikan Wisma Putra akan membantu Kementerian berkaitan unutk
memperkukuhkan industri sawit negara.

2.0 PENDAPAT

Duti import ialah cukai yang dikenakan kepada negara yang mengimport produk ke negara
lain. Dasar Sebelah Penawaran ialah dasar kerajaan melalui pelbagai insentif untuk
meningkatkan penawaran agregat bagi mencapai guna tenaga penuh tanpa inflasi.

Inisiatif kerajaan India mengurangkan duti import adalah berdasarkan faktor kerajaan India
ingin mengurangkan kesan inflasi terhadap kenaikan tingkat harga umum komoditi minyak
sawit terhadap rakyatnya. Inflansi merujuk kepada keadaan di mana tingkat harga umum bagi
barang meningkat secara menyeluruh dan berterusan. Tingkat harga umum komoditi minyak
sawit ialah tingkat harga secara purata bagi sejumlah unit minyak sawit pada tempoh tertentu.
Tingkat harga umum ini ditentukan dengan menggunakan indeks harga pengguna.
Sehubungan itu, kerajaan India mengambil langkah memutuskan untuk mungurangkan duti
import terhadap Malaysia dari dari 37.5 peratus kepada 27.5 peratus. Penurunaan duti import
ini akan memberi kesan kepada penduduk India untuk membeli produk berasaskan minyak
sawit dan memberi kesan dalam menstabilkan tingkat harga umum di India. Kestabilan
tingkat harga umum menjamin kuasa beli pengguna berada dalam keadaan yang stabil.
Tambahan pula, kesan pengurangan duti import juga menyebabkan para pengeluar produk
berasaskan minyak masak di India akan mengalami pengurangan kos pengeluaran.
Pengurangan kos akan meningkatkan keuntungan firma dan mendorong firma untuk
menambah tingkat output sekaligus memberi impak kepada peningkatan permintaan minyak
sawit mentah.

Seterusnya, faktor yang menyebabkan kerajaan India mengurangkan duti import ialah
kerajaan India ingin meningkatkan pendapatan negara dan pertumbuhan ekonominya.
Pendapatan negara ialah jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam
sesebuah negara. Pertumbuhan ekonomi pula merujuk kepada perkembangan ekonomi yang
dari semasa ke samassa seperti yang digambarkan oleh kenaikan keluaran negara benar tahun
semasa berbanding dengan tahun sebelumnya. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh
kerajaan India ialah meningkatkan tingkat output produk berasaskan minyak sawit seperti
makanan dan sabun. Hal ini kerana tingkat output boleh ditingkatkan disebabkan peningkatan
permintaan minyak sawit. Kadar import minyak sawit meningkat setelah penurunan kadar
duti import. Kesannya, kadar pertumbuhan ekonomi akan meningkat seterusnya
mempengaruhi tingkat pendapatan negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat.
Apabila ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh, keluaran negara mencapai
tingkat yang maksimum, KDNK sebenar sama dengan KDNK potensi.

Faktor lain yang mempengaruhi tindakan kerajaan India untuk mengurangkan duti import
ialah kerajaan India ingin meningkatkan guna tenaga dan mengurangkan pengganguran.
Guna tenaga merujuk kepada tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan unutk menghasilkan
barang dan perkhidmatan. Pengganguran pula ialah masalah ekonomi di mana sebilangan
tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja apada kadar upah tertentu tetapi masih belum
mendaat pakerjaan. Kerajaan India boleh menjalankan penyelidikan dan pembangunan
(R&D) terhadap minyak sawit agar mampu untuk menghasilkan produk yang baru
berasaskan minyak sawit. Ini akan membawa kepada galakan inovasi dan perkembangan
teknologi yang akan meningkatkan keupayaan dan kecekapan pengeluaran firma.
Peningkatan keupayaan pengeluaran firma memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi.
Pertumbuhan ekonomi ini mampu mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan mengatasi
masalah pengangguran dan masalah kemiskinan apabila pendapat masyarakat meningkat dan
masalah penggaguran berkurang. Pendapatan yang diterima oleh masyarakat meningkat
apabila guna tenaga meningkat, seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat.

Faktor kenaikkan tingkat harga umum dalam negara juga dipengaruhi oleh jumlah eksport
minyak sawit yang meningkat Keputusan India mengurangkan duti import akan memberi
kesan terhadap penambahan jumlah eksport minyak sawit ke India sekali gus berupaya
meningkatkan harga minyak sawit mentah di Malaysia. Minyak sawit mentah mempunyai
daya saing di pasaran antarabangsa maka, ia akan memberi kesan kepada galakan pelaburan
dalam ekonomi dan sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Kerajaan Malaysia
boleh memulakan langkah untuk memberi galakan fiskal dan insentif pelaburan. Contohnya,
kerajaaan boleh menyediakan pelbagai insentif pelaburan seperti pemberian taraf perintis dan
elaun pelaburan semula untuk menarik pelabur domestik dan pelabur asing unutk melabur di
negara ini. Pertambahan pelaburan akan memberi kesan kepada peningkatan keupayaan
pengeluaran dan pengeksportan minyak sawit ke India dan negar-negara lain.
3.0 KESIMPULAN

Sebagai penutup perbincangan ini, tugasan ini telah membantu saya untuk mengetahui dan
memahami Bab 1 iaitu pengertian makroekonomi. Melalui tugasan ini, saya dapat
mempelajari konsep makroekonomi dan konsep pembolehubah makroekonomi terutamanya
pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari
matlamat dasar dan bentuk dasar makroekonomi. Saya juga telah melayari internet untuk
menlengkapakan tugasan ini. Sehubungan dengan itu, saya dapat mengetahui isu-isu ekonomi
terkini yang berlaku di Malaysia dan negara-negara tertentu. Kesimpulannya, saya telah
memahami faktor-faktor, langkah-langkah dan kesan-kesan pengurangan duti import oleh
kerajaan India terhadap minyak sawit mentah Malaysia.

4.0 RUJUKAN

1. Yeam Hock Kong (2022), Teks & Rujukan Lengkap Matrikulasi Ekonomi 2. Global
Media Street Sdn Bhd, NUSAMAS.
2. Muhammad Hafiz bin Mansor, Cabaran Semasa Industri Sawit di Malaysia.
Terengganu Strategic & Intergrity Institute.
3. Abdullah Khairi Mohd Asri, Aisyah Abdul-Rahman, Hawati Janor, Perubahan
Makroekonomi, Persaingan Harga Barang Pengganti dan Eksport Sawit Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
4. Palm Oil Price Reverses Gains as India Puts Import Tax Cut Plans on Hold,
diterbitkan pada 18 Jun 2021, oleh The Star.

Anda mungkin juga menyukai