Anda di halaman 1dari 10

Mari Belajar Tatabahasa

Lyn6764
Mari Belajar Tatabahasa

KATA SENDI NAMA

- sentiasa hadir di hadapan frasa nama

- juga dikenali sebagai kata depan

- memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa


sendi nama agar dapat bertindak sebagai predikat

- tugasnya merangkaikan frasa nama dengan kata-kata


atau frasa lain

- tugas dan fungsinya berbeza berdasarkan konteks


penggunaannya yang khusus

Lyn6764
Mari Belajar Tatabahasa

K. Sendi Penggunaannya Contoh Ayat

dari arah, tempat dan masa (ATM ) Dia berasal dari Kedah.

daripada orang, sumber, asal kejadian, Daripada hidup biarlah mati.


bandingan, untuk menunjukkan
keanggotaan ( KABOS )
ke tempat, masa dan benda maujud Pn. Ani ke pasar pagi tadi.

di tempat dan arah Mereka tinggal di pondok.

pada masa, manusia, binatang, benda Rantai itu tergantung pada


abstrak dan konkrit leher kucing itu.
kepada orang, pecahan Guru besar sedang
benda abstrak, memberikan ucapan kepada
perubahan keadaan murid-muridnya.

Lyn6764
Mari Belajar Tatabahasa

K. Sendi Penggunaannya Contoh Ayat

dengan Makna bersama-sama, bandingan Encik Fauzi ke Medan dengan


setara, keterangan cara, kapal.
penggunaan sesuatu sebagai alat.
dalam / Lingkungan yang tidak mempunyai Dr. Fazli pakar dalam bidang
antara ruang atau jarak psikologi.
/atas - atas budi baik tuan….
demi - tujuan - demi kestabilan negara
- penegas - demi Allah
- urutan - satu demi satu
bagi Hubungan yang membawa maksud - untuk menyimpan air
untuk - penyata bagi bulan ini
- pinjaman bagi pelajar

Lyn6764
Mari Belajar Tatabahasa

K. Sendi Penggunaannya Contoh Ayat


hingga/ Menyatakan had sesuatu Kursus itu akan diadakan mulai 1
sampai - peringkat Ogos hingga 4 Ogos.
- masa / waktu
terhadap penyambut tertentu seperti - adil terhadap anaknya
manusia, haiwan dan benda - terhadap binatang
- terhadap kotoran
seperti / Menunjukkan perbandingan - bagai lipas kuding
bagai - seperti rusa …………..
sepanjang Menandakan perihal
- Mengikut jarak - kubu sepanjang sungai
- waktu - sepanjang perjalanan
-Mengikut atau menurut - sepanjang pengetahuan

Lyn6764
Mari Belajar Tatabahasa

K. Sendi Penggunaannya Contoh Ayat

akan Selepas kata adjektif yang Pelancong itu suka akan


bersifat emotif buah-buahan tempatan kita.
tentang Menyatakan makna berkenaan Mereka berbincang tentang
dengan isu ragut.

sejak Menyatakan makna bermula dari Dia menceburkan diri dalam


- waktu / masa bidang muzik sejak berumur
lapan tahun.
selain Membawa maksud hanya atau - Tidak berbuat apa-apa
di samping /bersama-sama selain berdiam diri
- Selain menari
oleh selepas kata kerja pasif yang Batu itu tersepak oleh Ali.
berawalan di- dan ter-
Perhubungan yang membawa Lia gagal oleh kelalaiannya
maksud sebab

Lyn6764
Mari Belajar Tatabahasa

Contoh ayat :

1. Kami akan pulang ke kampung esok.

2. Pada waktu petang kami bermain bola di padang.

3. Hujan turun tidak berhenti-henti sejak pagi tadi.

4. Umarul menggantungkan gambar pada dinding biliknya.

5. Selain menari, Opie juga pandai menyanyi.

6. Elly menunjukkan marahnya dengan menumbuk meja.

Lyn6764
Mari Belajar Tatabahasa

Baca petikan di bawah.

Saya dan keluarga telah pergi bercuti di Pulau


Langkawi pada cuti sekolah yang lalu. Kami ke sana dengan
menaiki kapal terbang.

Tiba di sana, saya amat terpesona akan keindahan pulau


itu. Oleh sebab cantik, pulau ini menjadi tarikan pelancong dari
luar negara.

Demi menjimatkan perbelanjaan, kami menginap di


chalet. Menginap di chalet lebih jimat daripada menginap di
hotel.

Antara tempat menarik yang kami lawati di sana


termasuklah Pantai Cenang, Dataran Lang, dan Gunung
Makcincang.

Lyn6764
Mari Belajar Tatabahasa

Yang Betul dan Yang Salah

1. Lusa ayah mengajak kami berkelah di Pantai Morib.

2. Surat itu dari abang yang berada di Jordan.

3. Datuk menggemburkan tanah bagi menanam jagung.

4. Murid di sekolah itu telah meningkat daripada 56 orang


kepada 70 orang.

5. Kami amat berbesar hati di atas sumbangan yang tuan berikan.

6. Ibu amat rindu terhadap abang yang jauh di perantauan.

Lyn6764
Mari Belajar Tatabahasa

Lyn6764

Anda mungkin juga menyukai