Anda di halaman 1dari 1

Seterusnya, guru perlu bijak menggunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan

motivasi murid di dalam kelas. Apabila pelajar tidak berminat kerana tiada semangat untuk belajar, guru
perlu memainkan peranan dan berupaya untuk menceriakan keadaan di dalam kelas supaya emosi dan
semangat mereka hadir untuk teruskan pembelajaran. Guru juga perlu melakukan unsur kecindan
supaya murid tidak merasa bosan dan mengantuk ketika guru sedang mengajar. Contohnya, dalam mata
pelajaran sastera guru perlu bersyair, berpantun, bergurindam dan sebaiknya untuk menarik minat
pelajar. Pada masa yang sama, pelajar dapat bergerak secara aktif, terhibur dan mempelajari mata
pelajaran dengan mudah.

Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar
akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu apabila disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar
lebih bersedia untuk belajar apabila terdapat unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan
mudah berasa bosan. Guru haruslah mempelbagaikan watak, gaya, dan pendekatan demi menarik minat
pelajar terhadap apa yang ingin disampaikan. Seorang guru yang ceria, penyayang dan riang akan
menghasilkan pelajar yang ceria, penyayang, riang dan sebaliknya. Guru haruslah tidak membawa
perasaan negatif dari tugas ke dalam kelas bagi memastikan semua pelajarnya akan terus gembira dan
berasa seronok semasa waktu pengajarannya. Ini kerana emosi guru akan mempengaruhi niat dan
keinginan belajar para pelajar.

Anda mungkin juga menyukai