Anda di halaman 1dari 3

Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk berdakwah.

Di dalam al-Quran, sekurangnya terdapat 3


kaedah dakwah yang difirmankan di dalam surah an-Nahl ayat 125. Proses fatwa juga
merupakan sebahagian daripada dakwah. Oleh itu, kita ingin melihat dengan lebih teliti
bagaimana fatwa ini dapat memenuhi 3 kaedah dakwah yang disebutkan di dalam al-Quran.
Firman Allah:

‫ض َّل َع ْن َسبِيلِ ِه ۖ َوُه َو‬


َ ‫َأعلَ ُم مِب َ ْن‬
ْ ‫ك ُه َو‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ‫ك بِاحْلِك‬
ْ ‫ْمة َوالْ َم ْوعظَة احْلَ َسنَة ۖ َو َجادهْلُ ْم بِالَّيِت ه َي‬
َ َّ‫َأح َس ُن ۚ ِإ َّن َرب‬ َ َ ِّ‫ْادعُ ِإىَل ٰ َسبِ ِيل َرب‬
‫ين‬ ِ ِ
َ ‫َأعلَ ُم بالْ ُم ْهتَد‬
ْ
Maksudnya: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik,
dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah yang lebih
mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah yang lebih mengetahui
orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Surah an-Nahl: 125)

1. Hikmah (Kebijaksanaan). Menurut Mohamad A’sim (2017) bijaksana bermaksud


memahami keperluan mad’u, sama ada perlu pendekatan secara tegas, lembut atau
dengan penuh kesabaran.  Teladan terbaik kepada kita ialah nabi Muhammad SAW
sendiri yang bertegas ketika berhadapan dengan Abu Lahab dan Abu Jahal, berlembut
ketika memujuk bapa saudaranya Abu Talib dan bersabar dalam melayan karenah seorang
wanita Yahudi buta sehingga akhirnya wanita berkenaan menerima risalah baginda SAW..
Kajian yang dilakukan mampu memberi kefahaman yang lebih baik kepada mufti dan
ahli jawatankuasa fatwa dalam mengeluarkan fatwa yang lebih tepat untuk masyarakat.
Di dalam fatwa, para mufti serta jawatankuasa fatwa akan berbincang untuk memahami
sebaiknya situasi orang yang bertanya serta konteks isu yang sedang dibincangkan
sebelum sesuatu fatwa diputuskan.
2. Pelajaran yang baik. Fatwa juga harus disampaikan dengan menggunakan bahasa dan
metode yang mudah difahami oleh masyarakat. Fatwa harus menyampaikan hukum
agama dengan cara yang menarik sehingga dapat menginspirasi nmasyarakat untuk
memahami dan mengamalkan ajaran Islam. Oleh itu, Fatwa dilihat mampu memberikan
kefahaman agama yang lebih baik kepada masyarakat sekali gus mendorong masyarakat
kepada ajaran agama dengan lebih baik.
3. Berdebat dengan cara yang baik. Menurut Mahyudin dan Ahmad Najib (2019), sesuatu
isu akan diteliti dan dikaji oleh pegawai Bahagian Penyelidikan, sekiranya telah
ada fatwa terdahulu berkaitan isu berkenaan, maka ia akan terus dijawab kepada
orang yang bertanya. Sekiranya tiada lagi fatwa berkaitan, maka satu kertas kajian akan
disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan kemudiannya dibentangkan. Proses
mengeluarkan fatwa adalah satu proses yang penuh dengan disiplin ilmu. Oleh itu,
sekiranya terdapat percanggahan di antara fatwa yang ada, ianya dibidas dengan hujah
dan disiplin ilmu yang sistematik. Suasana ini mampu mendorong masyarakat kepada
suasana ilmu dan menjauhkan masyarakat daripada sifat taasub dan bermusuhan.
Dengan menjalankan tiga cara dakwah yang terdapat dalam Surah An-Nahl ayat 125, fatwa
dapat menjadi alat yang kuat dalam menyebarkan ajaran agama secara efektif. Ketika fatwa
dikeluarkan dengan hikmah, memberikan pelajaran yang baik, dan dijelaskan dengan cara yang
baik, umat Islam akan lebih terbuka untuk menerima dan mengamalkan ajaran Islam. Fatwa yang
disampaikan dengan cara ini dapat memperkukuhkan kefahaman agama, mengajak kepada
kebaikan, dan membantu umat Islam dalam menjalankan agama mereka dengan lebih bermakna.

RUJUKAN

Mahyuddin Daud & Ahmad Najib Abdullah. 2019. Penginstitusian Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kaifiat
Pengeluaran Hukum: Suatu Tinjauan Umum. Al-Basirah, vol 9, no 2, pp 37 – 51.

Muhammad A’sim. 2017. Berdakwah Melalui Fatwa. Utusan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai