Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2018
Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Nama Pelajar : ( TULIS NAMA DENGAN HURUF BESAR)
Kod Kursus : PBMS3013 Semester / Tahun : Semester 1 / Tahun 4/3
Ambilan : Jun 2015/6
Nama Kursus : Pengurusan Bencana dan Operasi Bantuan
Kumpulan : (TULIS UNIT ANDA)
Menyelamat
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Kuiz 30 Okt. 2018 30 Okt. 2018
2. Amali Pengurusan Bencana 25 Sept. 2018 27 Okt. 2018
3. Amali Simulasi Bencana 27 Ogos 2018 17 Sept. 2018

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan fungsi individu dan kumpulan semasa berhadapan dengan bencana dan operasi bantuan menyelamat melalui rujukan pelbagai
sumber.(C2, A4, LO1, LO3, LO6, CTPS2, LL1)
2. Menghuraikan prosedur operasi standard pengurusan bencana dan operasi bantuan menyelamat.(C5, A5, LO1, LO8, LL1)
3. Memilih aplikasi kemahiran tali yang sesuai dalam operasi bantuan menyelamat.(C5, P6, A4, LO2, LO3, CTPS2 )
4. Menilai operasi bantuan menyelamat yang sesuai untuk diaplikasi dalam latihan amali bencana dan operasi menyelamat secara
berkumpulan. ( C5, P4, A4, LO3, LO4, LO5, CTPS2, CS3, TS1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menjawab kuiz dengan tepat


2. Mengenal pasti dan memilih serta mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam proses amali pengurusan bencana
3. Melakukan simulasi bencana berdasarkan peranan masing-masing
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :
Guru memainkan peranan yang penting semasa bencana kerana guru boleh merupakan mangsa dan juga boleh menjadi responder pertama
kejadian bencana. Sehubungan dengan itu, kemahiran asas sebagai penyelamat perlu bagi guru bukan sahaja untuk menyelamat diri tetapi juga
bagi menolong masyarakat setempat.
Sebagai seorang penyelamat, anda perlu mengetahui asas pemberian bantuan semasa operasi menyelamat selain dari itu tahu peranan anda
semasa melakukan operasi bantuan bencana terutama dalam aspek penggendalian pusat bantuan bencana/pusat pemindahan.

TUGASAN 1 : Kuiz. ( 20% )


Menjawab soalan kuiz yang membabitkan tajuk-tajuk berikut;
1. Kuiz Bahagian A sebanyak 5 soalan struktur (wajaran 10%) dalam tempoh 30 minit
2. Kuiz Bahagian B sebanyak 1 soalan esei (wajaran 10%) dalam tempoh 30 minit

TUGASAN 2 : Amali Pengurusan Bencana ( 30% )


Menyediakan satu laluan keluar dari kawasan bencana untuk menyelamatkan diri atau ahli kumpulan dengan aplikasi kemahiran tali yang sesuai
dalam tempoh masa yang ditetapkan.

TUGASAN 3 : Amali Simulasi bencana ( 50% )


Melaksanakan aktiviti simulasi bantuan bencana secara main peranan dengan mematuhi Prosedur Standard Operasi Pemindahan / Penyelamatan
Mangsa dan bersedia bekerjasama dengan individu dan agensi yang lain semasa operasi.

Arahan Pelaksanaan Tugasan :

Kuiz
1. Menduduki ujian kuiz seperti yang ditetapkan oleh pensyarah.
2. Menjawab dan menghantar jawaban kuiz pada masa yang ditetapkan.

Amali 1 (Kumpulan)
1. Membentuk kumpulan kecil (3-4 orang).
2. Memilih peralatan yang bersesuaian dengan situasi tugasan.
3. Menetapkan satu kaedah/kemahiran menyelamat yang sesuai.
4. Mengenal pasti jenis ikatan atau simpulan yang hendak digunakan.
5. Mengenal pasti teknik lakuan menyelamatkan diri dan kumpulan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Amali 2 (Individu)
Secara individu, pelajar dikehendaki mencari penyelesaian masalah dan membuat keputusan semasa dalam satu simulasi penuh bantuan bencana
dari aspek persediaan mengikut bidang tugas.peranan masing-masing. Anda boleh berkolaborasi dengan pihak luar bagi menjayakan simulasi anda.
Tugasan yang baik harus menunjukkan yang kriteria yang berikut:
1. Memperlihatkan kefahaman dan kemahiran dalam melaksanakan amali
2. Menilai faktor risiko dan keselamatan dalam aktiviti
3. Dapat membuat dokumentasi sebagai bukti amali
4. Berkolaborasi amat digalakkan untuk mengumpul data dan maklumat tetapi mestilah dinyatakan dengan jelas pihak yang berkolaborasi
dengan anda

Disediakan oleh : Disemak oleh :

.................................................... ............................................................
( MUSAIDI BIN MUSTAFFA ) ( )
Pensyarah Kanan Kokurikulum DG54 Pakar Bidang (SME) Unit Kokurikulum

Disahkan oleh :

...........................................................
( NORYATI BINTI ISMAIL )
Ketua Unit Kokurikulum

Anda mungkin juga menyukai