Anda di halaman 1dari 7

TAJUK TUGASAN INDIVIDU:

SURAH AL-BAQARAH JUZ 1 (AYAT 74-76)

KUMPULAN:

I’ADAH AL-QURAN -HQF3011 (A)-

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA WAN MUHAMMAD ISYRAF BIN WAN
AB HALIM SABRI
NO. MATRIK D20221104225
NO. KAD PENGENALAN 010429-03-0843

NAMA PENSYARAH:

CIK UMMIKALSUM BIN MAT LAZIM


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENDAHULUAN

TERJEMAHAN AYAT

TEMA BAGI KELOMPOK AYAT

RINGKASAN CERITA BAGI KELOMPOK


AYAT
PENGAJARAN AYAT

RUJUKAN
PENDAHULUAN

Surah Al-Baqarah ayat 67-73 ini mengandungi kisah yang menarik yang boleh
dijadikan pengajaran buat kita. Ayat 67 menceritakan berkenaan dengan Surah
Baqarah ini sendiri, iaitu tentang lembu betina. Agama-agama yang salah dahulu yang
telah sesat ada yang memuja lembu. Seperti juga sekarang, penganut Hindu memuja
lembu juga. Seterusnya, ayat 68 menceritakan perihal penyembelihan lembu adalah
mudah akan tetapi, mereka banyak bertanya sampaikan perkara yang senang jadi
susah. Manakala, ayat 69 menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan
penerangan yang telah diberikan. Sebenarnya, mereka hendak mempersendakan
Nabi Musa ‫ عليه السالم‬sahaja kerana baginda suruh mereka sembelih lembu. Maka
mereka tanya lagi. Sekarang, mereka tanya tentang warna pula. Selain itu, ayat 70-
71 juga memberitahu ketidak-puasan hati mereka dan bertanya sehingga
menyusahkan diri mereka. Di samping itu, ayat 72 memberitahu satu lagi perangai
buruk Yahudi. Mereka yang buat kesalahan tetapi suka menuduh orang lain. Dalam
ayat ini dikisahkan bagaimana seorang lelaki membunuh lelaki lain, tetapi dituduh
orang lain pula yang membunuhnya. Akhir sekali, ayat 73 yang mana mengaitkan
kisah dalam ayat ini dengan kisah lembu betina warna kuning yang disuruh Bani Israil
sembelih itu. Mereka berkata tafsir ayat di bawah ini adalah: “Maka pukullah mayat ini
dengan bahagian lembu yang disembelih itu tadi.”

TERJEMAHAN AYAT

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras
lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai
daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata
air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada
Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.(74)
(Sesudah kamu – wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu – mengetahui tentang
kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan
bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu,
padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah
(Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka
memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? (75) Dan
apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-
orang yang beriman, mereka berkata: “Kami telah beriman”; dan apabila mereka
berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: “Patutkah kamu ceritakan kepada mereka
(orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di
dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya
sebagai hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah
kamu berakal?” (76).

TEMA BAGI KELOMPOK AYAT

Pada ayat 74 pada surah Al-Baqarah ini menceritakan tentang kekerasan hati orang
yahudi. Betapa kerasnya hati mereka ini diumpamakan seperti lebih kerasnya hati
mereka dari seketul batu. Allah mengumpamakan hati mereka ini keras seperti batu,
bahkan lebih keras dari batu. Akan tetapi, ada juga diantara batu itu tergolek jatuh
kerana takut kepada Allah. Seterusnya, pada ayat 75 pada surah Al-Baqarah
menceritakan tentang Allah S.W.T hendak memberitahu kelemahan-kelemahan
golongan Yahudi dalam hal agama. Antaranya, mereka itu belajar Kitab Taurat tetapi
mereka tidak berapa faham. Maknanya, mereka lemah kefahaman dalam ilmu agama
dan dalam ayat ini yang dimaksudkan adalah ulama’ dan golongan ahli ibadat yahudi.
Pada ayat seterusnya iaitu ayat ke 76 surah Al-Baqarah menceritakan tentang
golongan yahudi yang munafik pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Apabila mereka
berjumpa dengan orang beriman, mereka akan berkata bahawa mereka beriman.
Selain itu, golongan yahudi ini mengakui kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.

RINGKASAN CERITA BAGI KELOMPOK AYAT

Keseluruhan ketiga-tiga ayat ini menceritakan tentang pengharapan para sahabat


terhadap golongan yahudi untuk bersama-sama memperjuangkan agama islam.
Namun begitu, Allah telah menegur para sahabat agar tidak terlalu berharap. Hal ini
kerana, golongan Yahudi itu hati mereka seperti kerasnya batu yang mana orang-
orang Yahudi ini tidak dapat menerima hidayah Allah walaupun telah ditunjukkan
bukti-bukti yang nyata. Selain itu, orang Yahudi ini juga lemah kefahaman mereka
terhadap kitab mereka sendiri (Kitab Taurat) seperti golongan ulama' dan ahli kitab
yang tidak sepenuhnya memahami Kitab Taurat itu walaupun sudah mempelajarinya.
Mereka juga mengubah suai Kitab Taurat itu mengikut hawa nafsu mereka. Di
samping itu, golongan Yahudi ini juga adalah golongan yang munafik kerana apabila
mereka bertemu dengan orang beriman, mereka akan mengaku mereka ini beriman.
Walaupun pada hakikatnya mereka menolak ajaran Kitab Taurat.

CONTOH BERDASARKAN KUMPULAN AYAT

Sebagai contoh, isu golongan munafik. Orang munafik hanya menggunakan agama
islam sebagai topeng untuk mendapatkan pangkat dan menyelamatkan diri mereka.
Sebenarnya golongan munafik ini telah wujud dari zaman Rasulullah S.A.W lagi. Pada
perang badar melawan orang kafir, umat islam telah menang dan setelah itu ramai
orang kafir memeluk islam. Mulai saat itulah orang kafir berpura-pura memeluk islam
sedangkan di dalam hati mereka sedang menyembunyikan kekufuran.

PENGAJARAN AYAT

1. Kita hendaklah memperbanyakkan zikir kepada Allah supaya kita mudah menerima
teguran. Hal ini kerana, orang yang kurang berzikir kepada Allah akan menyebabkan
hatinya keras
2. Kita seharusnya tidak meletakkan pengharapan kepada manusia dalam apa jua
keadaan kerana Allah sahaja yang memegang hati manusia serta mampu membolak-
balikkannya.
3. Kita mestilah mempelajari ilmu agama dari sumber yang sahih agar kita tidak mudah
terpesong.
4. Kita hendaklah memperbanyakkan amal ibadah dan banyak mendalami ilmu agama
agar diri kita dilindungi dari sifat munafik.
RUJUKAN
Islam, M. (2012). SURAH AL-BAQARAH AYAT 74 (2:74 QURAN) WITH TAFSIR. Retrieved
from my islam: https://myislam.org/surah-baqarah/ayat-74/

Jasmi, K. A. (2017, mac 7). Perumpamaan Indah Buat Sang Munafik: Surah al-Baqarah (17-
20). Retrieved from eprints.utm:
http://eprints.utm.my/id/eprint/78299/1/12%20KamarulAzmiJasmi2018_Al-
Baqarah%2017-20.pdf

Katsir, T. I. (2014, september 6). Tafsir Surat Al-Baqarah ayat 74. Retrieved from blogspot:
http://www.ibnukatsironline.com/2014/09/tafsir-surat-al-baqarah-ayat-74.html

Tafsir, C. (2020, Disember). Tafsir Surah Baqarah Ayat 74 – 76 (Golongan Munafik Yahudi).
Retrieved from celik tafsir: https://celiktafsir.net/2013/02/26/baqarah-ayat-74-76/

Web, T. (2018). Surat Al-Baqarah Ayat 74 Arab, Latin, Terjemah dan Tafsir. Retrieved from
tafsir web: https://tafsirweb.com/454-surat-al-baqarah-ayat-76.html

Anda mungkin juga menyukai