Anda di halaman 1dari 22

UNIT 7

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI AWAL


DEWASA

Dr. Nurulhuda Md Hassan


SOSIOEMOSI AWAL DEWASA
Kestabilan dan Perubahan Dari Kanak-kanak ke Dewasa
PERKEMBANAGAN
Tarikan, Cinta dan Hubungan Intim

Gaya Hidup

Perkahwinan dan Keluarga

Jantina dan Gaya Komunikasi, Hubungan dan Klasifikasi


KESTABILAN DAN PERUBAHAN
DARI KANAK-KANAK KE DEWASA

Attachment
Temperamen
KESTABILAN DAN PERUBAHAN DARI KANAK-
KANAK KE DEWASA
• Penyelidikan semasa menunjukkan bahawa 20 tahun pertama
kehidupan memainkan peranan dalam meramalkan perkembangan
sosioemosi orang dewasa (Almy & Cicchetti, 2018; Cicchetti, 2017;
Goodnight & lain-lain, 2017).
• Selain itu, pengalaman di peringkat awal dewasa juga memainkan
peranan dalam menentukan perkembangan individu pada peringkat
pertengahan dan akhir dewasa.
KESTABILAN DAN PERUBAHAN DARI KANAK-
KANAK KE DEWASA
• Temperamen
• Pada peringkat awal dewasa, kebanyakan individu menunjukkan
perubahan mood emosi yang lebih sedikit daripada peringkat remaja, dan
mereka menjadi lebih bertanggungjawab dan terlibat dalam tingkah laku
yang kurang berisiko (Charles & Luong, 2011).
• Kajian lepas mendapati hubungan antara beberapa dimensi temperamen
pada zaman kanak-kanak dan personaliti orang dewasa (Shiner & DeYoung,
2013) – menunjukkan kesinambungan antara aspek temperamen tertentu
pada zaman kanak-kanak dan penyesuaian pada awal dewasa.
• Namun, hubungan antara temperamen pada masa kanak-kanak dan
personaliti ketika dewasa berbeza-beza bergantung pada konteks intervensi
dalam pengalaman individu (Theodore Wachs, 1994, 2000).
KESTABILAN DAN PERUBAHAN DARI KANAK-
KANAK KE DEWASA
• Attachment
• Hubungan romantik memenuhi beberapa keperluan yang sama untuk orang
dewasa seperti yang berlaku dalam hubungan ibu bapa-anak.
• Orang dewasa boleh bergantung kepada pasangan mereka untuk menjadi tempat
yang selamat di mana mereka memperoleh keselesaan dan keselamatan ketika
berdepan dengan situasi tertekan (Arriaga & lain-lain, 2018; Gewirtz-Meydan &
Finzi-Dottan, 2018; Simpson & Steven Rholes, 2017).
• Cindy Hazan dan Phillip Shaver (1987) mendapati bahawa orang dewasa yang
mengalamai secure attachment dalam hubungan romantik lebih cenderung
menggambarkan hubungan awal mereka dengan ibu bapa sebagai securely
attached.
• Hubungan antara attachment awal dan attachment akhir berkurangan
disebabkan tekanan dan pengalaman seperti kematian ibu bapa atau
ketidakstabilan pengasuhan (Lewis, Feiring, & Rosenthal, 2000).
TARIKAN, CINTA DAN
HUBUNGAN INTIM Cinta
Tarikan

Hubungan Intim
TARIKAN, CINTA DAN HUBUNGAN INTIM
• Tarikan
• Tanggapan Pertama
• Tanggapan pertama boleh menjadi tepat atau sebaliknya.
• Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, tanggapan pertama dapat
mengelirukan.
TARIKAN, CINTA DAN HUBUNGAN INTIM
• Kebiasaaan dan Persamaan (Familiarity And Similarity)
• Kebiasaan merupakan antara faktor yang mempengaruhi hubungan intim -
rakan dan kekasih cenderung untuk memiliki sikap, nilai, gaya hidup, dan
daya tarikan fizikal yang serupa.
• Namun, ciri-ciri yang berlawanan juga boleh mempengaruhi hubungan
intim.
• Daya tarikan fizikal
• Terdapat perbezaan jantina mengenai kepentingan penampilan yang baik
secara fizikal ketika mencari pasangan intim.
• Hipotesis sepadan (matching hypothesis) - walaupun kita lebih suka orang
yang lebih menarik secara abstrak, di dunia nyata individu lebih cenderung
untuk memilih seseorang yang dekat dengan tahap daya tarikan dirinya.
TARIKAN, CINTA DAN HUBUNGAN INTIM
• Cinta
• Tarikan terhadap orang lain boleh membawa kepada hubungan cinta.
• Cinta – melibatkan pelbagai hubungan yang merangkumi persahabatan, cinta
romantik (romantic love, cinta kasih saying (affectionate love), dan hubungan
sempurna (consummate love) (Berscheid, 2010; Blieszner & Ogletree, 2017,
2018) yang dicirikan dengan keakraban (Sternberg & Sternberg, 2018).
• Keintiman
• Keintiman melibatkan pendedahan diri dan perkongsian pemikiran peribadi
(Prager, 2013; Williams, Sawyer, & Wahlstrom, 2017).
• Menurut Erikson, individu memasuki tahap perkembangan psikososial keenam,
iaitu keintiman lawan pengasingan pada peringkat awal dewasa - mencari diri
semasa berada orang lain (memerlukan komitmen kepada orang lain).
TARIKAN, CINTA DAN HUBUNGAN INTIM
• Persahabatan
• Peringkat dewasa membuka peluang untuk menjalin persahabatan baru - kawasan
kejiranan dan tempat kerja (Blieszner & Ogletree, 2017, 2018).
• Persahabatan boleh berkembang menjadi cinta romantik – melibatkan kepelbagaian
emosi seperti takut, marah, cemburu dan keinginan seksual.
• Cinta kasih sayang (affectionate love, companionate love) – melibatkan rasa ingin
mendekati dan mempunyai kasih sayang yang mendalam terhadap orang lain.
• Cinta Sempurna – terdiri daripada tiga dimensi
• keghairahan (passion) - tarikan fizikal dan seksual kepada orang lain.
• Keintiman - perasaan dekat dan perkongsian dalam hubungan.
• Komitmen - penilaian kognitif hubungan dan niat untuk menjaga hubungan walaupun dalam
menghadapi masalah.
• Variasi Budaya Dalam Hubungan Romantik
• Budaya mempengaruhi aspek-aspek dalam hubungan romantis (Gao, 2016).
GAYA HIDUP DEWASA
Bujang

Berkahwin

Bercerai

Berkahwin Semula
PERKAHWINAN DAN Menjayakan Perkahwinan
KELUARGA
Menjadi Ibu Bapa

Mengendali Perceraian
PERKAHWINAN DAN KELUARGA
• Menjayakan Perkahwinan
• Menurut Gottman, antara amalan dalam menjayakan perkahwinan ialah
memupuk minat dan kekaguman, berhadapan antara satu sama lain,
menyelesaikan konflik yang dapat diselesaikan, membina makna bersama.
• Kemaafan dan komitmen adalah aspek penting dalam menjayakan
perkahwinan (Fincham, Stanley, & Beach, 2007).
• Bagi pasangan yang berkahwin lagi, strategi untuk mengatasi tekanan
hidup bagi individu yang berkahwin semula termasuk membina jangkaan
yang realisitik, membina hubungan positif yang baru, dan membina semula
corak hubungan (Bray, 2008; Sierra, 2015; Visher & Visher, 1989)
PERKAHWINAN DAN KELUARGA

• Menjadi Ibu Bapa


• Persepsi berkaitan menjadi ibu bapa adalah berbeza mengikut individu (dirancang dengan baik,
diselaraskan dengan peranan lain dalam kehidupan, dan dikembangkan dengan
mempertimbangkan keadaan ekonomi ibu bapa vs kejutan yang mengelirukan) dan memberi
kesan terhadap emosi ibu bapa.
• Dalam kedua-dua kes tersebut, calon ibu bapa mungkin mempunyai emosi bercampur dan
khayalan idealistik tentang mempunyai anak (Florsheim, 2014).
• Mitos dan Realiti Keibubapaan
• Keibubapaan memerlukan kemahiran interpersonal dan memerlukan komitmen dari segi emosi,
• Suami dan isteri mempunyai perbezaan dari segi amalan keibubapaan yang ingin digunakan.
• Corak Dalam Membesarkan Anak-anak
• Usia memiliki anak semakin meningkat (Baca Zinn, Eitzen, & Wells, 2016; Blieszner, 2018).
• Kelebihan menjadi ibu bapa pada usia dua puluhan berbanding tiga puluhan.
PERKAHWINAN DAN KELUARGA
• Mengendalikan Perceraian
• Secara psikologi, salah satu ciri yang paling umum bagi orang dewasa yang
bercerai adalah kesukaran mempercayai pasangan baru dalam hubungan
romantik (Perelli-Harris & lain-lain, 2017).
• Strategi dalam mengendalikan perceraian (Hetherington & Kelly, 2002):
• Menganggap perceraian sebagai peluang untuk berkembang secara peribadi dan
menjalin hubungan yang lebih positif.
• Membuat keputusan dengan teliti.
• Menumpukan lebih banyak perhatian pada masa depan berbanding masa lalu.
• Menggunakan kekuatan untuk mengatasi kelemahan.
• Berfikir secara realistik.
JANTINA DAN GAYA KOMUNIKASI,
HUBUNGAN DAN KLASIFIKASI
Jantina dan Gaya Komunikasi

Jantina dan Hubungan

Klasifikasi Jantina
JANTINA DAN GAYA KOMUNIKASI, HUBUNGAN
DAN KLASIFIKASI
• Jantina Dan Gaya Komunikasi
• Masalah komunikasi antara lelaki dan wanita boleh dipengaruhi oleh
perbezaan cara berkomunikasi.
• Tannen membezakan antara rapport talk dengan report talk.
• Rapport talk - bahasa dalam perbualan, cara untuk menjalin
hubungan (lebih digemari oleh wanita).
• Report talk - bertujuan untuk memberi maklumat seperti
pengucapan awam (lebih digemari oleh lelaki).
JANTINA DAN GAYA KOMUNIKASI, HUBUNGAN
DAN KLASIFIKASI
• Jantina Dan Hubungan
• Wanita memberi nilai yang tinggi pada hubungan dan memberi
tumpuan untuk memupuk hubungan mereka dengan orang lain.
• Lelaki mengalami tekanan apabila bertindak selari dan bertentangan
dengan peranan lelaki, mereka juga dirugikan ketika mereka bertindak
sesuai dengan peranan lelaki.
JANTINA DAN GAYA KOMUNIKASI, HUBUNGAN
DAN KLASIFIKASI
• Peranan Jantina Dalam Persahabatan
• Terdapat perbezaan jantina dalam persahabatan orang dewasa
(Blieszner, 2016; Blieszner & Ogletree, 2017).
• Wanita
• persahabatan mendalam dan luas
• berkongsi banyak aspek pengalaman, pemikiran, dan perasaan mereka
(Blieszner, 2016).
• Lelaki
• sukar membicarakan tentang kelemahan mereka dengan rakan
• lebih cenderung mencari penyelesaian praktikal untuk masalah berbanding
simpati (Tannen, 1990).
JANTINA DAN GAYA KOMUNIKASI, HUBUNGAN
DAN KLASIFIKASI
• Klasifikasi Jantina
• Maskulin, Feminin, dan Androgini
• Gambaran berkaitan maskulin dan feminin perlu mengambilkira
keperluan seseorang individu, sama ada lelaki atau perempuan, untuk
memiliki kedua-dua ciri tersebut.
• Androgini - ciri-ciri positif maskulin dan feminin pada individu yang
sama (Bem, 1977, 1993).
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai