Anda di halaman 1dari 36

UNIT 4

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI AWAL


KANAK-KANAK

Dr. Nurulhuda Md Hassan


PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
AWAL KANAK-KANAK
Perkembangan Emosi dan
Personaliti

Keluarga

Hubungan Rakan Sebaya


Perkembangan Emosi dan
Diri

Perkembangan

Personaliti
emosi
Perkembangan
moral

Jantina
PERKEMBANGAN EMOSI DAN PERSONALITI
• Terdapat banyak perubahan yang menunjukkan perkembangan
sosioemosi berlaku pada peringkat awal kanak-kanak.
• Pemikiran dan pengalaman sosial kanak-kanak yang berkembang
menghasilkan kemajuan yang luar biasa dalam perkembangan diri,
kematangan emosi, pemahaman moral, dan kesedaran jantina.
DIRI
• Pada tahun kedua dalam kehidupan, kanak-kanak mengalami peningkatan yang besar dalam
aspek pengenalan diri (self-recognition).
• Pada tahun-tahun awal kanak-kanak, kanak-kanak berkembang melalui pelbagai cara yang
membolehkan mereka meningkatkan pemahaman kendiri.
• Inisiatif lawan Rasa Bersalah
• Tahap psikososial Erikson yang dikaitkan dengan usia awal kanak-kanak ialah inisiatif lawan rasa
bersalah.
• Pada peringkat ini, kanak-kanak telah yakin bahawa mereka adalah diri mereka sendiri dan mula
meneroka jenis individu yang mereka akan jadi.
• Pada peringkat awal kanak-kanak, kanak-kanak menggunakan kemahiran persepsi, motorik,
kognitif, dan bahasa mereka untuk mewujudkan sesuatu.
• Kanak-kanak mempunyai lebihan tenaga yang membolehkan mereka melupakan kegagalan
dengan cepat dan mendekati perkara baru yang diinginkan - walaupun berbahaya - dengan penuh
semangat dan terarah.
• Oleh itu, atas inisiatif mereka sendiri, kanak-kanak pada peringkat ini dengan mudah akan
mencari dunia sosial yang lebih luas.
DIRI
• Pemahaman Kendiri dan Memahami Orang Lain
• Kajian penyelidikan yang terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih sedar
secara psikologi — tentang diri mereka sendiri dan orang lain - daripada yang
pernah difikirkan (Thompson, 2015).
• Dalam gambaran Erikson berkaitan peringkat awal kanak-kanak, kanak-kanak
secara jelas telah mula mengembangkan pemahaman kendiri, yang merupakan
perwakilan diri - konsep kendiri (Harter, 2012, 2016).
• Pada peringkat awal kanak-kanak, kanak-kanak sering memberikan gambaran
kendiri yang melibatkan sifat tubuh badan, pemilikan harta benda, dan aktiviti
fizikal.
• Gambaran kendiri kanak-kanak biasanya terlalu positif dan tidak realistik.
• Seperti dalam kebanyakan bidang perkembangan manusia, terdapat variasi
individu dalam konsep kendiri kanak-kanak, dan terdapat semakin banyak bukti
bahawa kanak-kanak juga cenderung untuk menggambarkan diri mereka secara
negatif (Thompson, 2015).
DIRI
• Memahami Orang Lain
• Kanak-anak mengalami peningkatan dari segi pemahaman mereka tentang
orang lain dan keupayaan mereka untuk belajar daripada orang lain (Fu &
lain-lain, 2015; Harter, 2012, 2016; Ma & lain-lain, 2018; Landrum, Pflaum
& Mills, 2016; Thompson, 2015).
• Minda kanak-kanak merangkumi pemahaman bahawa orang lain
mempunyai emosi dan keinginan (Devine & Hughes, 2018a, b; Rizzo &
Killen, 2018).
• Teori kajian minda yang meluas dan penyelidikan terkini mengenai
pemahaman sosial kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak
begitu egosentrik seperti yang digambarkan oleh Jean Piaget (Decety,
Meidenbauer, & Cowell, 2018; Devine & Hughes, 2018a, b).
PERKEMBANGAN EMOSI
• Kesedaran diri kanak-kanak yang semakin meningkat dikaitkan
dengan kemampuan untuk merasai pelbagai emosi.
• Seperti orang dewasa, kanak-kanak turut mengalami banyak emosi
sepanjang hari.
• Perkembangan emosi mereka pada peringkat awal kanak-kanak
membolehkan mereka untuk memahami reaksi emosi orang lain dan
mula mengawal emosi mereka sendiri (Blair, 2017; Morris & lain-lain,
2018).
PERKEMBANGAN EMOSI
• Menyatakan Emosi
• Pada tahun-tahun awal kanak-kanak, emosi seperti rasa bangga dan rasa bersalah
menjadi lebih biasa.
• Emosi-emosi tersebut sangat dipengaruhi oleh tindak balas ibu bapa terhadap tingkah
laku kanak-kanak.
• Memahami Emosi
• Salah satu kemajuan terpenting dalam perkembangan emosi pada peringkat awal kanak-
kanak adalah peningkatan pemahaman tentang emosi (Kuhnert & lain-lain, 2017;
O'Kearney & lain-lain, 2107; Perry & Calkins, 2018).
• Antara usia 2 dan 4 tahun, kanak-kanak meningkatkan jumlah istilah yang mereka
gunakan untuk menggambarkan emosi, belajar tentang sebab dan akibat sesuatu
perasaan (Denham & lain-lain, 2011), menunjukkan peningkatan keupayaan untuk
membuat refleksi berkaitan emosi, mula memahami bahawa peristiwa yang sama dapat
menimbulkan perasaan yang berbeza pada orang yang berbeza, dan menunjukkan
kesedaran yang semakin meningkat bahawa mereka perlu menguruskan emosi mereka
untuk memenuhi standard sosial.
PERKEMBANGAN EMOSI
• Mengawal Emosi
• Kawalan emosi memainkan peranan penting dalam kemampuan anak-anak untuk menguruskan
keperluan dan konflik yang mereka hadapi ketika berinteraksi dengan orang lain (Blair, 2016,
2017; Perry & Calkins, 2018; Eisenberg, Spinrad, & Valiente, 2016).
• Ibu Bapa yang Membimbing Emosi dan Mengetepikan Emosi
• Ibu bapa boleh memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak mengawal emosi
mereka (Bendezu & lain-lain, 2018; Morris & lain-lain, 2018; Norona & Baker, 2017; Quinones-
Camacho & Davis, 2018).
• Ibu bapa boleh digambarkan sebagai mengambil pendekatan membimbing emosi atau
mengetepikan emosi kanak-kanak berdasarakan cara mereka berinteraksi dengan kanak-kanak
mengenai emosi, (Gottman, 2018).
• Cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa ialah keengganan kanak-kanak untuk membincangkan topik
emosi yang sukar, seperti merasa tertekan atau terlibat dalam tingkah laku negatif.
• Kawalan Emosi dan Hubungan Rakan Sebaya
• Kawalan emosi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan hubungan rakan sebaya
dalam kalangan kanak-kanak (Smetana & Ball, 2018).
PERKEMBANGAN MORAL
• Perkembangan moral melibatkan pemikiran, perasaan, dan tingkah
laku mengenai peraturan dan adat mengenai apa yang harus
dilakukan oleh individu ketika berinteraksi dengan orang lain.
• Teori-teori perkembangan moral memberi tumpuan kepada aspek
perkembangan moral yang berbeza (Gray & Graham, 2018; Hoover &
lain-lain, 2018; Killen & Dahl, 2018; Narváez, 2017a, b, 2018; Turiel &
Gingo, 2017).
PERKEMBANGAN MORAL
• Perasaan Moral
• Perasaan gelisah dan rasa bersalah merupakan keutamaan perkembangan moral yang
dinyatakan oleh teori psikoanalitik Sigmund Freud.
• Menurut Freud, anak-anak berusaha untuk mengurangkan kegelisahan, menghindari
hukuman, dan mengekalkan kasih sayang ibu bapa dengan menginternalisasikan
standard ibu bapa tentang sesuatu betul dan salah, sehingga membentuk superego —
elemen moral dalam personaliti.
• Penaakulan Moral
• Piaget (1932) telah mengkaji bagaimana kanak-kanak berfikir tentang isu moral
berdasarkan pemerhatian dan temubual dengan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 12
tahun.
• Piaget mendapati bahawa kanak-kanak melalui dua peringkat yang berbeza dalam cara
mereka berfikir tentang moral.
• moral heteronomik (heteronomous morality)
• moral autonomi (autonomous morality)
PERKEMBANGAN MORAL
• Tingkahlaku Moral
• Penyokong perspektif ini berpendapat bahawa proses peneguhan, hukuman, dan
peniruan menjelaskan perkembangan tingkahlaku moral.
• Kata hati (conscience)
• Kata hati merujuk kepada kawalan dalaman mengenai standard betul dan salah
yang melibatkan integrasi ketiga-tiga komponen perkembangan moral —
pemikiran, perasaan, dan tingkah laku moral (Kochanska & lain-lain, 2010).
• Kata hati kanak-kanak berfokus kepada hubungan kanak-kanak dengan pengasuh
mereka (Kochanska & Kim, 2012, 2013).
• Keibubapaan dan Perkembangan Moral Kanak-kanak
• Antara aspek yang paling penting dalam hubungan antara ibu bapa dan anak-
anak yang menyumbang kepada perkembangan moral anak-anak adalah kualiti
hubungan, disiplin ibu bapa, strategi proaktif, dan dialog perbualan.
JANTINA
• Jantina merujuk kepada ciri-ciri individu sebagai lelaki dan
perempuan.
• Identiti jantina (Gender identity) melibatkan kesedaran jantina
seseorang, termasuk pengetahuan, pemahaman, dan penerimaan
dalam menjadi lelaki atau perempuan (Brannon, 2017; Martin & lain-
lain, 2017).
• Peranan jantina (Gender roles) adalah jangkaan-jangkaan yang
menentukan bagaimana lelaki atau perempuan harus berfikir,
bertindak, dan merasa.
• Pengkategorian jantina (Gender typing) merujuk kepada
pemerolehan peranan tradisional sebagai lelaki atau perempuan.
JANTINA
• Pengaruh Biologi
• Biologi memainkan peranan dalam perkembangan jantina (Lickliter,
2018; Mason & lain-lain, 2018).
• Antara pengaruh biologi yang terlibat dalam pembentukan jantina
adalah kromosom, hormon, dan evolusi (Li, Kung, & Hines, 2017).
• Pengaruh Sosial
• Penjelasan mengenai bagaimana perbezaan jantina berlaku melalui
pengalaman merangkumi teori sosial dan kognitif.
• Tiga teori sosial utama mengenai gender telah diusulkan - teori
peranan sosial, teori psikoanalitik, dan teori kognitif sosial.
JANTINA
• Pengaruh Ibu Bapa
• Ibu bapa mempengaruhi perkembangan jantina anak-anak
berdasarkan tindakan dan contoh yang ditunjukkan (Brannon, 2017;
Endendijk & lain-lain, 2017; Helgeson, 2017; Leaper & Bigler, 2018;
Liben, 2017).
• Pengaruh Rakan Sebaya
• Ibu bapa memberikan diskriminasi awal mengenai peranan jantina,
tetapi rakan sebaya seterusnya menyertai proses bertindak balas dan
memodelkan tingkah laku maskulin dan feminin (Martin, Fabes, &
Hanish, 2018; Rose & Smith, 2018; Zosuls & lain-lain, 2016).
JANTINA
• Pengaruh Kognitif
• Salah satu teori kognitif yang berpengaruh adalah teori skema jantina
(gender schema theory), yang menyatakan bahawa pengkategorian
jantina muncul ketika kanak-kanak secara beransur-ansur
mengembangkan skema jantina mengenai apa yang sesuai dengan
jantina dan tidak sesuai dengan jantina dalam budaya mereka (Liben
& lain-lain, 2018; Martin & Cook, 2017; Martin, Fabes , & Hanish,
2018; Miller & lain-lain, 2013).
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
AWAL KANAK-KANAK
Perkembangan Emosi dan Personaliti

Keluarga

Rakan Sebaya
Keibubapaan

Keluarga
Penganiayaan Kanak-kanak

Hubungan Adik Beradik dan Urutan


Kelahiran

Perubahan Keluarga disebabkan


Perubahan Masyarakat
KELUARGA
• Perkembangan sosial dan emosi dibentuk oleh hubungan lain dan
oleh temperamen, konteks, dan pengalaman sosial semasa awal
kanak-kanak dan peringkat yang seterusnya.
• Keibubapaan
• Mengurus antara pekerjaan dan penjagaan anak boleh menjadi
cabaran bagi keluarga yang mempunyai anak kecil.
KELUARGA
• Gaya Keibubapaan Baumrind
• Empat jenis gaya keibubapaan menurut Diana Baumrind (1971):
• Gaya keibubapaan autoritarian (authoritarian parenting) adalah gaya yang
terbatas dan menghukum di mana ibu bapa menggesa anak untuk mengikuti
arahan mereka.
• Gaya keibubapaan autoritatif (authoritative parenting) menggalakkan anak-anak
untuk berdikari tetapi tetap meletakkan had dan kawalan terhadap tindakan
anak-anak.
• Gaya keibubapaan mengabaikan (neglectful parenting) adalah gaya di mana ibu
bapa tidak terlibat dalam kehidupan anak-anak.
• Gaya keibubapaan memanjakan (indulgent parenting) adalah gaya di mana ibu
bapa sangat terlibat dengan anak-anak mereka tetapi memberikan sedikit
kawalan kepada anak-anak.
KELUARGA
• Gaya Keibubapaan dalam Konteks
• Kebanyakan kajian melibatkan pelbagai kumpulan etnik, strata sosial,
budaya, dan struktur keluarga mengaitkan gaya keibubapaan autoritatif
dengan kompetensi anak-anak meskipun terdapat beberapa
pengecualian (Steinberg, 2014).
• Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa dalam beberapa kumpulan
etnik, gaya keibubapaan autoritarian dikaitkan dengan anak yang lebih
positif daripada yang diramalkan oleh Baumrind (Clarke-Stewart &
Parke, 2014; Pinquart & Kauser, 2018).
• Aspek gaya keibubapaan autoritarian boleh membawa makna yang
berbeza dan mempunyai kesan yang berbeza bergantung kepada
konteks.
KELUARGA
• Hukuman
• Selama berabad-abad, hukuman badan (fizikal), seperti memukul, telah dianggap
sebagai kaedah yang perlu dan wajar untuk mendisiplinkan anak-anak.
• Justifikasi untuk mengelakkan hukuman fizikal termasuk
• menunjukkan model yang tidak mampu menangani situasi yang tertekan,
meningkatkan kebrangkalian kanak-kanak untuk meniru tingkah laku agresif dan
tidak terkawal, menanamkan ketakutan, kemarahan, atau penghindaran,
memberitahu anak-anak apa yang tidak boleh dilakukan daripada apa yang harus
dilakukan, dan boleh membawa kepada penderaan.
• Kebanyakan ahli psikologi kanak-kanak mengesyorkan ibu bapa untuk
menggalakkan kanak-kanak untuk berfikir dalam menangani masalah tingkah
laku, seperti menjelaskan akibat tindakan anak itu terhadap orang lain.
KELUARGA
• Coparenting - Sokongan yang diberikan ibu bapa antara satu sama
lain dalam membesarkan anak secara bersama.
• Koordinasi yang lemah antara ibu bapa, melemahkan ibu bapa yang
lain, kurangnya kerjasama dan kemesraan, dan pemutusan hubungan
oleh satu ibu bapa adalah keadaan yang meletakkan anak-anak
berisiko menghadapi masalah (Pruett & lain-lain, 2017; Reader, Teti, &
Cleveland, 2017).
PENGANIAYAAN KANAK-KANAK
• Hukuman adakalanya membawa kepada penderaan bayi dan kanak-kanak
(Cicchetti, 2017; Doyle & Cicchetti, 2018).
• Jenis-jenis Penganiayaan Kanak-kanak
• Penderaan fizikal - kesan kecederaan fizikal pada anak akibat ditumbuk, dipukul,
ditendang, digigit, dibakar, digoncangkan, atau dicederakan.
• Pengabaian kanak-kanak - kegagalan untuk memenuhi keperluan asas anak.
• Penderaan seksual – menyentuh alat kelamin, persetubuhan, sumbang mahram,
pemerkosaan, liwat, dan eksploitasi komersial melalui pelacuran atau penghasilan
bahan pornografi
• Penderaan emosi (penderaan psikologi / lisan / kecederaan mental) - tindakan atau
pengabaian oleh ibu bapa atau penjaga yang menyebabkan, atau boleh
menyebabkan, masalah tingkah laku, kognitif, atau emosi yang serius.
CHILD MALTREATMENT
• Konteks Penderaan
• Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi penganiayaan kanak-kanak (Almy
& Cicchetti, 2018; Cicchetti & Toth, 2017; Doyle & Cicchetti, 2018).
• Kesan-kesan Penderaan
• Antara akibat penganiayaan kanak-kanak adalah kawalan emosi yang
lemah, masalah attachment, masalah dalam hubungan rakan sebaya,
kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan sekolah, dan masalah psikologi
lain seperti kemurungan dan delinkuen (Bell & lain-lain, 2018; Doyle &
Cicchetti, 2018 ).
• Ketika dewasa, kanak-kanak yang pernah dianiaya juga berisiko tinggi untuk
melakukan keganasan terhadap orang dewasa yang lain - terutamanya
terhadap pasangan - serta penyalahgunaan bahan, kegelisahan, dan
kemurungan (Miller-Perrin, Perrin, & Kocur, 2009).
HUBUNGAN ADIK BERADIK DAN URUTAN
KELAHIRAN
• Hubungan Adik Beradik
• Hubungan adik beradik - menolong, berkongsi, mengajar, dan bermain,
sokongan emosi, rakan komunikasi, dan saingan untuk mendapatkan
perhatian ibu bapa.
• Isu pilih kasih ibu bapa dan kesannya terhadap perkembangan anak-anak.
• Tiga ciri penting dalam hubungan adik beradik menurut Judy Dunn (2015):
• Kualiti emosi dalam hubungan.
• Keakraban hubungan.
• Variasi dalam hubungan.
HUBUNGAN ADIK BERADIK DAN URUTAN
KELAHIRAN
• Urutan kelahiran
• Sama ada kanak-kanak mempunyai adik-beradik yang lebih tua atau
lebih muda mempunyai kaitan dengan perkembangan ciri
keperibadian tertentu.
• Apakah perbezaan yang berkaitan dengan urutan kelahiran?
• Apakah ciri-ciri anak tunggal?
• Kebanyakan kajian mendapati bahawa urutan kelahiran mempunyai
limitasi dalam meramalkan tingkah laku.
PERUBAHAN KELUARGA DISEBABKAN
PERUBAHAN MASYARAKAT
• Selain daripada variasi dari segi bilangan adik-beradik, keluarga yang
dialami oleh kanak-kanak juga berbeza dari aspek-aspek yang lain
(Hardy, Smeeding, & Ziliak, 2018; Hoffman & lain-lain, 2017; Lindsay
& lain-lain, 2018; Parke, 2017; Patterson & lain-lain, 2018).
• Bagaimana variasi dalam keluarga mempengaruhi kanak-kanak?
• Ibu bapa yang bekerja
• Anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang telah bercerai
• Variasi budaya, etnik, dan sosioekonomi - Keibubapaan dipengaruhi
oleh budaya, etnik, dan status sosioekonomi (Nieto & Bode, 2018).
Hubungan Rakan Sebaya,
Bermain, dan Media

Media
Bermain
Hubungan Rakan Sebaya
HUBUNGAN RAKAN SEBAYA
• Seiring dengan peningkatan usia, kanak-kanak semakin banyak
menghabiskan masa dengan rakan sebaya — kanak-kanak dengan
usia atau tahap kematangan yang sama.
• Fungsi Kumpulan Rakan Sebaya
• Menyediakan sumber maklumat dan perbandingan mengenai dunia di luar
keluarga.
• Mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak (Bukowski, Laursen,
& Rubin, 2018; Prinstein & lain-lain, 2018).
HUBUNGAN RAKAN SEBAYA
• Persahabatan
• Pada peringkat awal kanak-kanak, kanak-kanak membezakan antara sahabat dan
bukan sahabat (Howes, 2009).
• Hubungan Ibu Bapa-Anak dan Rakan Sebaya
• Ibu bapa boleh mempengaruhi hubungan rakan sebaya anak-anak mereka dalam banyak cara
secara langsung dan tidak langsung (Booth-Laforce & Groh, 2018).
• Keputusan gaya hidup oleh ibu bapa - pilihan kejiranan, sekolah, dan rakan mereka sendiri –
memainkan peranan dalam menentukan kumpulan rakan yang dipilih oleh anak-anak mereka.
• Kajian-kajian lepas juga mendapati bahawa hubungan rakan sebaya anak-anak dikaitkan
dengan jenis attachment dan kualiti perkahwinan ibu bapa (Booth-LaForce & Groh, 2018).
• Walaupun hubungan ibu bapa-anak mempengaruhi hubungan rakan sebaya anak-anak, anak-
anak juga mempelajari cara-cara lain yang berkaitan melalui hubungan mereka dengan rakan
sebaya.
BERMAIN
• Sebahagian besar interaksi rakan sebaya semasa kecil melibatkan
permainan.
• Bermain adalah aktiviti yang menggembirakan di mana kanak-kanak
melakukan aktiviti kerana kehendak sendiri, dan fungsi dan bentuknya
berbeza-beza (Hirsh-Pasek & Golinkoff, 2014).
• Fungsi-fungsi Bermain
• Emosi
• Kognisi
• Bahasa dan komunikasi
BERMAIN
• Jenis-jenis Permainan
• Permainan Sensorimotor dan Latihan
• Permainan sensorimotor - tingkah laku bayi yang membolehkan mereka memperoleh keseronokan daripada
menggunakan skema sensorimotor.
• Permainan latihan - melibatkan pengulangan tingkah laku ketika kemahiran baharu dipelajari atau ketika
penguasaan fizikal atau mental dan koordinasi kemahiran diperlukan untuk permainan atau sukan.
• Permainan Simbolik / Olok-olok
• berlaku apabila anak mengubah persekitaran fizikal menjadi simbol (Taggart, Eisen, & Lillard, 2018).
• Permainan Sosial
• melibatkan interaksi dengan rakan sebaya.
• Permainan Konstruktif
• menggabungkan permainan sensorimotor / latihan dengan perwakilan simbolik.
• Games
• aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak untuk kepuasan dan yang mempunyai peraturan.
MEDIA
• Terdapat rancangan-rancangan TV yang memberikan kesan positif
terhadap kanak-kanak.
• Terlalu banyak masa pada skrin boleh memberi kesan negatif kepada
kanak-kanak.
• Kesan media terhadap Kelakuan Prososial Kanak-kanak.
• Kesan media terhadap Tingkahlaku Agresif Kanak-kanak.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai