Anda di halaman 1dari 9

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN


KAUNSELING
(TUMPUAN PENDIDIKAN, PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN
DADAH 3PD) [SPADA]

CPE 5400: KAUNSELING KELOMPOK

TUGASAN INDIVIDU: 

PENULISAN AKADEMIK

PENSYARAH :
DR. YUSNI BINTI MOHAMAD YUSOP

DISEDIAKAN OLEH :
MOHD ZULFADLI BIN MOHAMED SALLEH
(GS64561)

1
PENGENALAN KEPADA KAUNSELING KELOMPOK

Kaunseling kelompok merupakan satu rundingcara yang dijalankan lebih daripada seorang
individu dan ianya secara berkumpulan yang terdiri daripada beberapa ahli kelompok serta mempunyai
ketua sebagai pemudahcara. Sebelum kita membicarakan definisi kaunseling kelompok dengan lebih
lanjut, ada baiknya kita melihat dahulu apa yang dikatakan kelompok atau kumpulan itu. Kamus Webster
menyatakan kelompok sebagai two or more figures forming a design or a unit in a design; an assemblage
of person or things forming a separate unit, a cluster, an aggregation; an assembalge of objects having
some relationship, resemblance or common characteristic. Kelompok dapatlah kita rumuskan sebagai
sekumpulan manusia yang mempunyai hubungan interaksi sesama mereka dalam melahirkan satu unit
pendapat dan sebulat kata. Dalam erti kata lainnya, manusia yang mempunyai berbagai-bagai pendapat
dan kehendak ini dapat duduk bersama memikirkan satu matlamat yang dipersetujui ramai sehingga
muafakat. Untuk melihat betapa kelompok ini boleh mencapai hasrat dan matlamat mereka ke arah satu
unit pendapat itu. Delamater (1974) menegaskan kepada tiga perkara penting yang membolehkan ia
terjadi dengan berkesan iaitu interaksi, tanggapan dan saling memerlukan. Secara umumnya, terdapat
tiga alasan mengapa hidup berkelompok diperlukan. Pertama, manusia adalah orientasi kelompok iaitu
manusia itu perlu dipuji, dibantu dan berasa gembira. Maka dengan kelompoklah semuanya boleh terjadi
dan diperolehi. Kedua, manusia memerlukan keperluan-keperluan asas dalam hidupnya melalui
kelompok termasuklah keperluan untuk mengetahui dan perkembangan otak. Justeru itu, menerusi
kelompoklah untuk mendapatkan semua pengalaman ini. Akhir sekali, kelompok memanglah
berpengaruh dalam pembentukan dan perkembangan seseorang individu sama ada untuk belajar,
membina corak tingkah laku, gaya menyesuaikan diri, peluang kerjaya dan juga teknik-teknik membaiki
dirinya. Menerusi ketiga-tiga alasan ini secara tidak langsung individu dapat mempelajari sesuatu tentang
dirinya daripada orang lain serta memberikan sesuatu untuk orang lain. Carl Rogers (1970) mengatakan,
kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan pemulihan proses di mana seseorang
dirasionalkan kembali mengikut kehendak ramai. Manakala Dyer dan Vriend (1973) menjelaskan bahawa
kaunseling kelompok adalah satu pertolongan sosial dan psikologi secara keseluruhannya yang bertujuan
mengubah tingkah laku dan mencegah seseorang individu itu berperanan dan berpengalaman baik dan
sempurna di samping membolehkan individu itu mendapat perubahan baharu dalam tingkah laku serta
menyesuaikan dirinya dengan alam semula jadi. Oleh yang demikian, kaunseling kelompok ini dapat
memberi kemudahan kepada individu untuk merubah sikap, nilai, tanggapan dan tingkah lakunya agar
memperoleh segala kebaikan.

2
MENGAPA TEORI PENTING DALAM SESI KAUNSELING KELOMPOK

Terdapat banyak sekali pendapat dan pandangan yang diutarakan oleh para ilmuan psikologi
terhadap proses kaunseling, teori-teori kaunseling dan metodologi kaunseling ini. Oleh kerana hampir
keseluruhannya membicarakan tentang bagaimana manusia mengubah tingkah laku yang meliputi juga
teori-teori pembelajaran dan teori keperibadian, maka ia menjadi saling perkaitan antara satu sama lain.
Chenault (1968) mengatakan bahawa teori kaunseling adalah lebih daripada sekadar hubungan antara
teori personaliti dengan amalan kaunseling. Manakala Landsman (1967) pula menyatakan, teori
kaunseling bukanlah semata-mata sebagai satu cabang dunia sains, tetapi juga mempersembahkan
semacam hubungan erat antara penggunaan teori pembelajaran itu sendiri. Wolberg (1965) pula
menegaskan teori-teori yang lahir daripada beratus-ratus tatacara itu adalah berdasarkan spekulasi yang
merupakan perniagaan layan diri. Justeru, teori adalah suatu bentuk intelektualisme dalam idea dan
konsep yang dimiliki oleh seseorang individu menerusi pembacaan, pengalaman, asas pekerjaan dan
meditasinya. Jika ia dianggap sebagai suatu yang saintifik sifatnya, maka perlulah diuji, diselidiki dan
diramalkan. Begitu juga dengan pengakuan yang dibuat oleh Van Kaam (1966) mengatakan Theories of
personality and psycotherapy should supplement rather than supplant my understanding. Landsman
sendiri mengingatkan mereka yang cuba membina teori kaunselingnya sendiri dengan berkata The
counselor notes a phenomenon of behavior in his practice, creates a theory, and the proceeds to govern
his counseling practies entirely by the untested theory. The brighteyed devotions of the early orthodox
psychoanalysts and the militant nondirective therapists both illustrate this sinful temptation. Namun
demikian, penerimaan sesuatu teori dalam kaunseling merupakan penentuan diri dalam teori
pembelajaran. Ianya tidak boleh dipisahkan dengan teori personaliti kerana mempunyai perkaitan yang
sangat signifikan sama ada dari segi kognitif, afektif dan tingkah laku seseorang. Adalah amat sukar
untuk mengatakan atau melihat bagaimana seseorang itu melibatkan dirinya dengan teori personaliti
dengan teori pembelajaran. Ternyata sekali, teori kaunseling ini menyatu padukan kedua-dua teori ke
dalam kehidupan manusia. Seseorang kaunselor tidak boleh dipisahkan dengan teori-teori kaunseling,
hal ini kerana ia menggambarkan keseluruhan asas falsalah seseorang kaunselor. Dengan mengamalkan
sebuah teori ia berjaya membina sesuatu matlamat bagi kaunselor dan juga kliennya. Sedangkan klien
dan kaunselor adalah dua manusia yang berbeza daripada sama ada dari segi apa yang dirasa, dihidu,
disentuh, dilihat dan didengari oleh mereka itu yang mana mereka akan bertindak balas dan mengambil
tindakan mengikut keadaan masing-masing. Oleh yang demikian, penggunaan teori amatlah penting
dalam pengendalian sesi kaunseling kelompok agar dapat berkembang ke arah pencapaian matlamat-
matlamat, memenuhi kehendak dan menyediakan pengalaman nilai-nilai terhadap individu-individu dalam
kelompok itu sendiri. Menerusi kaunseling kelompok ini, beberapa perkara baharu dipelajari melalui
penerokaan, kekuatan daripada bantuan kelompok yang boleh menyediakan keadaan sosial
terutamannya boleh berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Seterusnya, membuka ruang

3
dan peluang mengenal diri, merasai perasaan dan merubah tingkah lakunya melalui perbincangan secara
terbuka dan bebas agar pengubahsuaian menjadi lebih harmoni dan baik.

4
PENULISAN AKADEMIK
BIL PENULIS / TAHUN ISU TUJUAN KAJIAN DAPATAN
1. Sanawiah Abdul Salam & Pendekatan terapi realiti Matlamat utama terapi ini Kajian ini melibatkan
Ku Suhaila Ku Johari dalam meneroka isu adalah untuk seorang klien yang
(2018) penyesuaian diri di menyediakan satu merupakan seorang
organisasi PDRM. suasana yang boleh Pegawai Penyiasat Polis
membantu klien membina yang betugas di sebuah ibu
kekuatan psikologi untuk pejabat polis di Kuala
menilai dan menghargai Lumpur. Klien baru
tingkah laku semasa. memasuki tiga bulan dalam
Matlamat Terapi Realiti perkhidmatan dan baru
adalah untuk membantu sebulan berkhidmat ditempat
seseorang mencapai tugas sekarang. Klien
kebebasan atau autonomi dilaporkan oleh pegawai
dalam menentukan penyelia beliau telah
matlamat hidup tanpa menunjukkan prestasi tidak
bergantung kepada orang memuaskan dalam
lain. Klien dibimbing ke menjalankan tugas-tugas
arah menerima realiti dan hakiki sebagai pegawai
berusaha merancang penyiasat, hubungan yang
strategi untuk mencapai dingin dengan rakan sekerja
matlamat hidup yang kerana sering mengasingkan
lebih realistik. Klien juga diri, tidak menunjukkan
dibantu untuk bertindak minat dalam tugas, dan tidak
dan bertingkah laku menunjukkan perwatakan
dengan penuh dan personaliti seorang
tanggungjawab secara pegawai kanan polis. Klien
realiti dalam mencapai telah dirujuk untuk
matlamat hidup yang mendapatkan bimbingan
ditentukan oleh klien dan kaunseling daripada
sendiri. Matlamat Terapi kaunselor.
Realiti juga untuk
membantu klien Klien juga semakin
menemukan alternatif- memahami isu peribadi yang
alternatif dalam mencapai beliau alami, memahami
tujuan-tujuan di mana perbezaan karakter dan
klien sendiri yang persekitaran kerja beliau.

5
Pada bulan ketiga bertugas
di tempat kerja sekarang ini
beliau semakin memahami
tugas dan tanggungjawab
beliau walaupun beliau
menetapkan tujuan- masih lagi melakukan
tujuan tersebut. kesilapan dalam tugasan
beliau, Klien semakin
gembira dan berazam akan
mempamerkan prestasi
kerja yang baik dalam
perkhidmatan.
2. Haziq Azree Bin Yazid Kesan bimbingan Kajian ini bertujuan
(2020) kelompok Choice Theory untuk menguji kesan
Reality Therapy Bimbingan Kelompok
(BKCTRT) terhadap daya Choice Theory Reality
tahan dan motivasi Therapy (BKCTRT)
dalam kalangan pelajar terhadap daya tahan dan
ibu bapa bercerai motivasi pelajar melalui
rawatan yang terancang.
Di samping itu, kajian ini
bertujuan melihat kesan
BKCTRT terhadap sub
konstruk daya tahan iaitu
daya tahan kekuatan diri
(DTKD), daya tahan
mengurus diri (DTMD),
daya tahan emosi (DTE),
daya tahan optimis (DTO)
dan sub konstruk
motivasi iaitu motivasi
intrinsik (MI) dan
Motivasi Ekstrinsik (ME).
Kajian ini juga bertujuan

6
untuk melihat kesan
BKCTRT berdasarkan dua
faktor moderator iaitu
jantina (lelaki dan
perempuan) dan
peringkat persekolahan
(menengah rendah dan
menengah atas).

Tujuan Khusus.
Berdasarkan kepada
tujuan umum di atas,
maka tujuan khusus
kajian ini adalah untuk
melihat:
1. Kesan BKCTRT
terhadap daya tahan dan
motivasi pelajar ibu bapa
bercerai berdasarkan pra
ujian dan pos ujian
antara kumpulan
rawatan lelaki, kumpulan
rawatan perempuan dan
kumpulan kawalan.
2. Kesan BKCTRT
terhadap sub konstruk
daya tahan iaitu daya
tahan kekuatan diri, daya
tahan mengurus diri,
daya tahan emosi dan
daya tahan optimis
pelajar ibu bapa bercerai

7
antara kumpulan
rawatan lelaki, kumpulan
rawatan perempuan dan
kumpulan kawalan.
3. Kesan BKCTRT
terhadap sub konstruk
motivasi iaitu motivasi
intrinsik dan motivasi
ekstrinsik pelajar ibu
bapa bercerai antara
kumpulan rawatan lelaki,
kumpulan rawatan
perempuan dan
kumpulan kawalan.
4. Kesan BKCTRT
terhadap daya tahan dan
motivasi pelajar ibu bapa
bercerai berdasarkan pra
ujian dan pos ujian
antara kumpulan
rawatan menengah
bawah, kumpulan
rawatan menengah atas
dan kumpulan kawalan.
5. Kesan BKCTRT
terhadap sub konstruk
daya tahan iaitu daya
tahan kekuatan diri, daya
tahan mengurus diri,
daya tahan emosi dan
daya tahan optimis
pelajar ibu bapa bercerai

8
berdasarkan pra ujian
dan pos ujian kumpulan
rawatan menengah
bawah, kumpulan
rawatan menengah atas
dan kumpulan kawalan.
6. Kesan BKCTRT
terhadap sub konstruk
motivasi iaitu motivasi
intrinsik dan motivasi
ekstrinsik pelajar ibu
bapa bercerai kumpulan
rawatan menengah
bawah, kumpulan
rawatan menengah atas
dan kumpulan kawalan.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Anda mungkin juga menyukai