Anda di halaman 1dari 2

Al-Afkar

AL-AFKAR #56: DALIL LOGIK WUJUDNYA KARAMAH


ADMIN PMWP | 21 APRIL 2019 | JUMLAH PAPARAN: 9469

Soalan
Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Apakah dalil secara logik atau aqli tentang kepastian adanya karamah?

Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat
dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Karamah berasal dari bahasa Arab (‫)الكرامة‬. Menurut bahasa ertinya mulia dan menurut istilahnya pula kejadian luar biasa yang tidak
masuk akal dan berlaku pada diri wali sebagai tanda kemuliaan yang dianugerahkan Allah ke atas mereka. Al-Jurjani dalam kitabnya
al-Ta’rifat menyebut, karamah ialah suatu kejadian luar biasa yang diberikan Allah khusus bagi para hamba-Nya yang bertakwa dan
soleh yang tidak disertai dengan dakwaan sebagai nabi. (Lihat al-Ta’rifat oleh al-Jurjani, hlm. 235)
Imam al-Qusyairi pula menyebut, karamah ialah satu perkara yang dianggap sebagai hal yang bertentangan dengan adat kebiasaan
manusia pada umumnya. Ia juga dianggap sebagai perkara yang sangat luar biasa yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih
pilihan-Nya. (Lihat al-Risalah al-Qusyairiyyah, hlm. 525)
Antara contoh karamah dapat dilihat dalam firman Allah SWT yang menceritakan perihal Saidatina Maryam:
‫َف َتَق َّبَلَه ا َر ُّبَه ا ِبَق ُبوٍل َح َس ٍن َو َأنَبَتَه ا َنَباًتا َح َس ًنا َو َك َّف َلَه ا َز َك ِرَّيا ۖ ُكَّلَم ا َد َخ َل َع َلْيَه ا َز َك ِرَّيا اْلِم ْح َر اَب َو َج َد ِع نَد َه ا ِرْز ًقا ۖ َقاَل‬
‫َيا َم ْر َيُم َأَّنٰى َلِك َه ٰـَذ ا ۖ َقاَلْت ُه َو ِم ْن ِع نِد الَّلـِه ۖ ِإَّن الَّلـَه َيْر ُز ُق َم ن َيَش اُء ِبَغ ْيِر ِح َس اٍب‬
Maksudnya: Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan
dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk
untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai
Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki
kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira".

Surah Ali Imran (37)


Syeikh Abd al-Rahman al-Sa’di berkata: Ayat ini merupakan dalil akan penetapan karamah para wali yang keluar daripada kebiasaan
manusia, sebagaimana yang telah mutawatir daripada hadis-hadis berkaitan permasalahan ini. Berbeza dengan orang-orang yang
tidak meyakini tentang adanya karamah ini. (Lihat Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, 1/285)
Menjawab persoalan di atas, secara logiknya sekiranya karamah itu tidak wujud, tentu penyebabnya adalah salah satu di antara dua;
sama ada Allah SWT tidak mampu untuk melakukannya atau orang yang beriman tidak mampu untuk menerimanya. Perkara seperti
ini jelas mustahil atau tidak masuk akal.
Faktor pertama ini dapat melemahkan kekuasaan Allah SWT, yakni satu anggapan bahawa Allah SWT lemah dan keyakinan seperti ini
jelas sudah menjadi kufur. Faktor kedua tersebut batal kerana mengenal zat, sifat dan perbuatan Allah SWT secara
berkesinambungan adalah wajib. Tatkala orang yang beriman dan soleh dikurniakan makrifah (pengenalan), mahabbah (kecintaan),
zikir (ingatan) dan syukur, maka tentu sahaja dia dapat menerima peristiwa luar biasa dan itulah yang dinamakan karamah.

Seorang pengawal raja, biasanya bebas keluar masuk ruangan kerjanya. Dia dapat melakukan sesuatu yang orang lain tidak boleh
melakukannya. Secara logik, jika sudah dekat sekali dengan seorang raja, tentu dia banyak mendapat pelbagai kemudahan. Jadi,
dekat itu ialah dasar dan kedudukan manakala kemudahan itu adalah akibat atau manfaatnya. Tuhan dan raja daripada semua raja
dan penguasa ialah Allah SWT. Dia menerajui seluruh alam ini. Dia memberikan kehormatan dan penghargaan kepada orang dekat-
Nya, berupa taufik dan hidayah. Jadi jelaslah bahawa orang yang dekat dengan Allah SWT seperti wali-wali, tidaklah mustahil terjadi
karamah pada dirinya sebagai limpahan kurnia Allah SWT kepadanya.
Sebagai penutup, kami nukilkan di sini kenyataan Sayyid Qutb ketika mentafsirkan ayat “ ‫ ”ِع ْنَد ُه ِع ْلٌم ِم َن اْلِك َتاِب‬yang bermaksud “seorang
yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah” menyebut: Sebahagian ahli tafsir membuat pelbagai penafsiran tentang ayat ini.
Setengah mereka mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan al-kitab itu ialah kitab suci Taurat. Setengah yang lain pula
berkata, dia adalah orang yang mengetahui rahsia ismullah al-a’zam (‫)اسم هللا األعظم‬. Sementara yang lain pula berpendapat begini
dan begitu dan apa yang dikatakan mereka itu bukanlah merupakan satu pentafsiran dan penjelasan yang diyakini kebenarannya.
Perkara tersebut lebih mudah dari segala pentafsiran itu apabila kita melihatnya dengan kacamata kenyataan. Berapa banyak rahsia-
rahsia di alam ini yang kita tidak mengetahuinya. Berapa banyak kuasa-kuasa dan kekuatan-kekuatan di alam ini yang belum kita
gunakannya. Berapa banyak rahsia dan kekuatan di dalam jiwa manusia yang kita tidak mengetahuinya.
Apabila Allah SWT mahu menunjukkan kepada hamba kesayangan-Nya mana-mana rahsia dan mana-mana kekuatan ini, maka akan
berlakulah peristiwa luar biasa dalam kehidupan biasa dengan izin Allah, dengan tadbir-Nya dan dengan kuasa penundukan-Nya, di
mana orang-orang yang tidak dikehendaki Allah berlakunya peristiwa itu di tangan mereka, tidak akan berkuasa melakukannya.
(Lihat Fi Zilal al-Quran, 12/167)
Semoga Allah menjadikan kita daripada golongan yang hampir dengan-Nya serta menjadikan kita tergolong dalam kalangan mereka
yang dikasihi dan dicintai oleh-Nya. Amin.
Al-Afkar
Cetak

Anda mungkin juga menyukai