Anda di halaman 1dari 1

KISAH ARIF DAN NASI LEMAK

Pada masa lalu, di sebuah kampung tinggal sebuah keluarga yang hidup dalam kesusahan.
Arif, 12 tahun adalah anak sulung dalam keluarga tersebut. Ayahnya bekerja sebagai pencuci,
ibunya menjual nasi lemak dan adiknya yang masih kecil.

Setiap hujung minggu, Arif akan membantu ibunya menjual nasi lemak di sekeliling
kampung. “nasi lemak!” “nasi lemak!” “nasi lemakkkkk!” Jerit Arif sambil membawa bakul
berisi nasi lemak itu.

Pada satu hari, sedang Arif berjalan menjual nasi lemak , dia terlihat seorang wanita
dan budak lelaki yang sedang menangis.

“Assalamualaikum makcik, kenapa anak makcik menangis?” Tanya Arif. Makcik itu
menjawab, “Anak saya lapar, saya tiada duit untuk membeli makanan” kata makcik itu
dengan sedih. Arif berasa sangat sedih melihat mereka. Lalu Arif memberi 2 bungkus nasi
lemak kepada mereka.

“Ambillah nasi lemak ini makcik. Makcik tidak perlu bayar, saya ikhlas memberi”. “Terima
kasih, siapa nama kamu?” . kata makcik itu dengan penuh gembira. “Nama saya Arif” . jawab
arif lalu pulang ke rumah dengan ceria kerana dapat membantu makcik itu walaupun
jualannya rugi pada hari ini.

Pada keesoakan harinya, Arif keluar lagi membantu ibunya menjual nasi lemak. Tiba-
tiba, Arif terdengar suara orang memanggilnya. “Arif! Arif! Arif!” Dia melihat makcik dan
budak lelaki yang dibantunya sedang memanggilnya.”ya, makcik kenapa panggil saya?”
“sebenarnya, saya ingin membeli semua nasi lemak kamu pada hari ini. Kamu telah
membantu saya semalam. “ Kata makcik itu. Arif berasa sangat bersyukur kerana nasi
lemaknya habis terjual. Makcik itu juga memberikannya hadiah pakaian dan kasut baru. Arif
mengucapkan terima kasih kepada makcik tersebut dengan perasaan yang sangat gembira.

Moral cerita : apabila kita berbuat baik, pasti akan dibalas baik.

Anda mungkin juga menyukai