Anda di halaman 1dari 32

EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TUGASAN

JANUARI 2016 SEMESTER

KOD KURSUS : EPM 414

NAMA KURSUS : PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR : NORLIA BINTI BUANG

NO. MATRIK : E30209130011

NAMA FASILITATOR : ENCIK AFFENDI BIN BOLL


AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN : AeU KUCHING, SARAWAK.

1
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Isi Kandungan

Halaman
BAHAGIAN A
Baca artikel yang bertajuk “Penggunaan Teknik Pentaksiran Formatif Dalam
Subjek Bahasa Melayu Darjah Satu: Kajian Kes” oleh Suzana Abd. Mutalib &
Jamil Ahmad, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan jawab soalan-soalan
berikut:
1–5
a) Apakah tujuan dan rasional kajian ini?
b) Terangkan instrument mengukur kemahiran menulis digunakan dalam
kajian ini.
c) Jelaskan secara ringkas dapatan umum kajian ini.
6-7
Rujukan

BAHAGIAN B
Laporan temu bual kajian tentang pentaksiran berasaskan sekolah dalam 8 - 16
Bahasa Melayu di sekolah saya 17
Rujukan

BAHAGIAN C
18 - 28
Penggubalan Instrumen Pentaksiran kemahiran Bahasa Melayu

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


i
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,


Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala kebesaran dan kasih sayang Allah
yang telah mengurniakan segala nikmat dan kekuasaannya kepada hambaNya sehingga ada
peluang, ruang dan kesempatan serta kekuatan kepada diri saya untuk menyiapkan penulisan
tugasan kursus untuk EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
bagi melengkapkan Kursus Semester Januari 2016 di bawah Program PGSR (Sarjana Muda
Pendidikan) ambilan Oktober 2013 KOHOT 4.

Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada:

Pensyarah saya, Encik AFFENDI BIN BOL, yang banyak mendorong, membantu dan
membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Segala jasa baik tuan amatlah dihargai dan
mudahan Allah membalas segala jasa baik serta ilmu yang telah dikongsikan.

Juga jutaan terima kasih kepada semua pentadbir, rakan-rakan guru dan staf Sekolah
Kebaangsaan Sri Aman, Sri Aman dan juga kepada semua sahabat sekuliah yang banyak
membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan pendapat, buah fikiran
dan sokongan yang tidak putus-putus.

Akhir sekali kepada suami dan anak-anak serta semua ahli keluarga yang amat menyayangi
dan memahami cita-cita dan perjuangan saya.

Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati kita semua. Amin.


Terima kasih..
Norlia Buang

NORLIA BINTI BUANG


E30209130011
PGSR
KOHOT 4C

ii
BAHAGIAN A

Baca artikel “Penggunaan Teknik Pentaksiran Formatif Dalam Subjek Bahasa Melayu Darjah
Satu: Kajian Kes” oleh Suzana Abd. Mutalib & Jamil Ahmad, Universiti Kebangsaan Malaysia,
dan jawab soalan-soalan berikut:

a) Apakah tujuan dan rasional kajian ini?

Penggunaan teknik pentaksiran formatif dalam subjek Bahasa Melayu darjah satu merupakan satu
kajian kes yang bertujuan untuk mengenal pasti amalan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dalam
mengaplikasikan teknik pentaksiran formatif yang digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

Teknik menyoal secara lisan, latihan, seat work, perbincangan, projek, tugasan dan kerja rumah
adalah antara teknik pentaksiran formatif yang kerap digunapakai oleh guru Bahasa Melayu dalam
pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang kita semua sedia maklum, perubahan penekanan PBS
daripada amalan pentaksiran sumatif kepada amalan PBS yang mementingkan pentaksiran formatif
banyak menimbulkan rungutan di kalangan guru. Hal ini menunjukkan aplikasi pentaksiran formatif
masih di tahap yang kurang menggalakkan. Ramai di kalangan guru kurang mahir mengintegrasi
teknik pentaksiran formatif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Apabila kajian ini dijalankan, persoalan “bagaimanakah teknik pentaksiran formatif digunakan
ketika proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu” terjawab. Rasionalnya, apabila
guru mengaplikasikan teknik pentaksiran formatif dalam pengajaran Bahasa Melayu, secara tidak
langsung ia memberi maklumat kepada guru untuk membuat keputusan dan pertimbangan terhadap apa
yang perlu dilakukan seterusnya dalam pengajaran.

Kesimpulannya, tujuan dan rasional kajian ini memberi kesedaran terhadap kepentingan untuk
mentafsir pembelajaran murid dalam pelbagai aspek seperti jasmani, emosi, kognitif, afektif dan sosial.
Hal ini membawa kepada amalan penggunaan pelbagai teknik pentaksiran dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sekaligus menimbulkan keyakinan dalam kalangan guru Bahasa Melayu untuk
melaksanakan pentaksiran formatif dan memperbaiki amalan mereka supaya lebih menepati konsep
pentaksiran formatif. Hal ini juga membuktikan bahawa pentaksiran formatif bukanlah perkara yang
asing malah mudah untuk dilaksanakan sekaligus mengiakan kenyataan teknik pentaksiran formatif
mampu meningkatkan pembelajaran murid.
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

b) Terangkan instrumen mengukur kemahiran bahasa digunakan dalam kajian ini.

Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dan dijalankan dengan kaedah kajian kes. Ia
dipilih berdasarkan kepada keinginan untuk memahami dengan mendalam (Yin, 2003) serta ingin
mendapat gambaran jelas (Marohaini, 2004) berkaitan penggunaan teknik pentaksiran formatif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu darjah satu. Walau bagaimanapun, maksud
teknik pentaksiran harus difahami sebaik mungkin supaya tidak membataskan penggunaannya dan
kefahaman terhadapnya. Teknik pentaksiran boleh dinyatakan dalam beberapa istilah seperti reka
bentuk (Brookhart, 2007), teknik, alat dan aktiviti (Pinchock & Brandt, 2009) yang merujuk kepada
aktiviti yang digunakan dalam proses mentaksir.

Instrumen ialah apa-apa alat, cara atau apa-apa kaedah untuk memperolehi dan mengumpul
data dalam sesuatu kajian. Instrumen yang digunakan untuk mengukur kemahiran bahasa dalam kajian
ini ialah pemerhatian secara non-participant dan temu bual (Bogdan & Biklen, 2007; Marohaini, 2004;
Merriam, 2009). Pemerhatian ini dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
mendapatkan gambaran sebenar berkaitan penggunaan teknik.

Salah satu instrumen yang digunakan untuk mengukur kemahiran bahasa dalam kajian ini ialah
teknik soal jawab secara lisan. Teknik ini telah digunakan oleh guru dalam ketiga-tiga peringkat
pengajaran. Ketika set induksi dijalankan soalan terbuka pada aras rendah telah digunakan untuk
memperkenalkan tajuk pelajaran yang akan disampaikan kepada murid.Pada peringkat seterusnya, soal
jawab lisan semakin kerap digunakan. Dalam masa yang sama pemerhatian dijalankan. Kekerapan
penyoalan bertujuan untuk menarik penyertaan murid dalam aktiviti pembelajaran, menggalakkan
murid berfikir serta meningkatkan pembelajaran murid. Di bahagian penutup pengajaran guru, soal
jawab masih dijalankan untuk mendapatkan maklumat berkaitan kefahaman murid secara
keseluruhannya. Kemahiran bahasa murid dapat diukur daripada jawapan kepada persoalan yang
dijawab oleh murid.

Selain daripada instrumen soal jawab secara lisan, teknik kad gores juga digunakan untuk
mengukur kemahiran bahasa. Dalam pengendalian teknik kad gores ini, guru telah menggabungkannya
dengan teknik soal jawab lisan. Murid lebih berminat untuk mengikuti pembelajaran dan berusaha
untuk menggunakan kemahiran bertutur dengan memberi jawapan kepada guru tentang apa yang
diperoleh daripada kad gores.

Instrumen seterusnya ialah, teknik sebutan nyaring. Murid akan diminta menyebut perkataan-
perkataan utama dalam pembelajaran secara kuat bagi memenuhi standard pembelajaran, iaitu standard

2
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

kandungan mendengar dan bertutur.Teknik ini dijalankan dengan menggabungkan standard


pembelajaran mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa. Sebagai contoh, murid-murid
menyebut nyaring nama buah-buahan dengan cara menyebut secara kuat berdasarkan gambar buah
yang dilekatkan di papan hitam. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan serta mengukur
kemahiran bahasa murid.

Teknik padanan juga merupakan instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Latihan
memadankan gambar dengan kad perkataan dijalankan untuk memastikan murid telah menguasai
kemahiran mengeja dan menulis perkataan. Ianya bertujuan untuk memenuhi objektif pembelajaran
iaitu standard kandungan menulis. Semasa aktiviti padanan dijalankan, guru juga akan menyoal murid-
murid lain untuk memastikan jawapan yang diberikan tepat dan betul. Murid akan berfikir dan
menggunakan kemahiran untuk mendapatkan jawapan.

Teknik tugasan dan perbincangan juga merupakan instrumen yang digunakan untuk mengukur
kemahiran bahasa murid dalam kajian ini, dimana ia bertujuan untuk memastikan murid memahami
konsep perkataan suku kata terbuka dan tertutup. Ia dijalankan seperti berikut;

1. Guru memberikan soalan tugasan secara lisan.


2. Murid diminta berbincang dalam kumpulan kecil serta menyenaraikan suku kata terbuka dan
tertutup dalam senarai nama buah-buahan yang diberi .
3. Masa diberikan oleh guru kepada murid untuk berbincang mencari jawapan dalam kumpulan
kecil.
4. Akhir sekali guru meminta murid membuat pembentangan di hadapan kelas.

Kemahiran bahasa murid jelas dapat diukur dengan instrumen tersebut.

Instrumen yang terakhir digunakan dalam kajian ini ialah teknik nyanyian. Dengan
menjalankan teknik ini, murid mengalami pengalaman yang berbeza dan mampu menggembirakan
murid apabila mereka menyanyi. Sekaligus dapat mengukur kemahiran bahasa murid dari segi bacaan,
mendengar dan sebutan. Secara keseluruhannya, instrumen yang digunakan untuk mengukur
kemahiran bahasa murid dalam kajian ini adalah beresuaian dan mampu mengumpul maklumat serta
maklum balas daripada murid selaras dengan amalan dalam PBS.

3
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

c) Jelaskan secara ringkas dapatan umum kajian ini.

Kajian ini dijalankan dengan kaedah kajian kes, iaitu menggunakan pendekatan kualitatif. Dua teknik
kutipan data digunakan iaitu pemerhatian dan temu bual. Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah
rendah showcase PBS peringkat negeri Pulau Pinang. Dapatan kajian dibentangkan mengikut
penggunaan teknik pentaksiran formatif oleh Guru J. Dapatan dibincangkan satu persatu untuk
memperkayakan kefahaman atas tujuan memahami fenomena penggunaan teknik dalam subjek bahasa
dengan lebih mendalam.Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian menggunakan pelbagai teknik
pentaksiran untuk meningkatkan pembelajaran murid di samping memastikan murid mencapai objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan.

Teknik soal jawab lisan digunakan oleh guru J dalam ketiga-tiga peringkat pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Ketika set induksi dijalankan, jenis soalan yang digunakan ialah soalan
tertutup jawapan ‘Ya’ dan ‘Tidak’ serta soalan terbuka jawapan pendek.Kesemua soalan pada aras
rendah. Di pertengahan sesi pengajaran dan pembelajaran pula, teknik soal jawab lisan semakin kerap
digunakan. Melalui pemerhatian, teknik ini digunakan atas tujuan melancarkan penggunaan teknik lain
kerana ia dijalankan secara gabungjalin dengan teknik-teknik lain. Walaupun begitu, aras soalan masih
pada aras rendah dan sederhana. Di akhir pengajaran dan pembelajaran, guru J menggunakan teknik
soal jawab lisan sekadar ingin mendapatkan maklumat berkaitan kefahaman murid keseluruhannya.
Guru J juga menjelaskan teknik soal jawab lisan kerap digunakan kerana kelebihannya senang untuk
mendapatkan maklumat pembelajaran murid serta tidak mengambil masa yang banyak dan adakalanya
soalan spontan juga diberikan dan bergantung kepada keperluan.

Teknik Kad Gores juga merupakan aktiviti yang dijalankan dalam set induksi. Menurut guru J,
murid-murid berminat serta menyukai teknik ini akan tetapi ianya jarang digunakan kerana ia
memerlukan banyak masa sebagai persediaan. Teknik Sebutan Nyaring iaitu menyebut perkataan-
perkataan utama dalam pembelajaran secara kuat bagi memenuhi standard pembelajaran, iaitu standard
kandungan mendengar dan bertutur. Teknik ini dijalankan dengan menggabungkan standard
pembelajaran mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa.

Teknik Padanan dijalankan dengan memberi latihan memadankan gambar buah dengan kad
perkataan yang mengandungi ejaan nama buah-buahan. Teknik ini bertujuan untuk memastikan murid-
murid telah menguasai kemahiran mengeja dan menulis perkataan buah-buahan. Dengan kata lainnya,
memenuhi objektif pembelajaran iaitu standard kandungan menulis. Teknik Tugasan dan Perbincangan
pula bertujuan untuk memastikan murid memahami konsep perkataan suku kata terbuka dan tertutup.
Di akhir teknik ini, murid-murid akan membentang jawapan di hadapan kelas. Teknik Nyanyian pula,

4
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

digunakan oleh guru sebagai unsur didik hibur dan ia dijalankan di bahagian penutup sesi pengajaran
dan pembelajaran. Penggunaan teknik ini memberi pengalaman yang berbeza dan menggembirakan
murid apabila mereka menyanyi. Guru J ada menjelaskan, PBS mempunyai banyak aktiviti dan teknik.
Setiap hari pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan ‘feedback’daripada murid. Dalam masa yang
sama, penilaian juga perlu dibuat terhadap latihan yang dibuat oleh murid . Pengajaran dan
pembelajaran juga harus terancang agar apa yang disasarkan tercapai dengan jayanya.

Guru J juga menjelaskan bahawa beliau turut memikirkan aras dalam soalan lisan dan tugasan
semasa membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran supaya mentaksir hingga ke aras tinggi.
Selain itu, beliau juga mengaku memperoleh maklumat pentaksiran formatif melalui pemerhatian dan
mencatat maklumat mengikut yang disarankan dalam amalan PBS. Kesimpulannya, rangkuman
pelbagai teknik pentaksiran formatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Guru J
masih perlu dipertingkatkan amalannya termasuk perkara berikut;

1. Penggunaan pelbagai teknik yang tepat dan sesuai dengan tahap dan kebolehan murid.
2. Memahami fungsi permerhatian sebagai cara untuk mengumpul maklumat data pentaksiran dan
bukan sebagai salah satu teknik pentaksiran formatif.
3. Saranan kerap menggunakan teknik soal jawab lisan dalam ketiga-tiga peringkat pengajaran
dan pembelajaran .
4. Adakan prapentaksiran kerana ia mempunyai banyak kelebihan di mana kelemahan dan salah
faham murid akan diajar semula .
5. Gabungkan teknik nyayian dengan pergerakan badan dan irama kerana ia boleh mewujudkan
pembelajaran pelbagai kebolehan.
6. Memaksimumkan penggunaan teknik yang telah ditambah baik dalam usaha meningkatkan
pembelajaran murid.

5
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

RUJUKAN

Abd. Murad Salleh. (2003). Proses penganalisisan data kajian kes secara kualitatif.
Kertas kerja dalam Seminar Penyelidikan Kualitatif: Teori dan Praktis. Kuala
Lumpur, 10 Oktober.

Black, P. & Wiliam, D. (1998). Inside the black box: Raising standards through classroom
assessment. London: School of Education, King College.

Bogdan, R.C. & Biklen, S.K. (2007). Qualitative research for education: An introduction to
theories and methods. Boston: Allyn & Bacon.

Brookhart, S. M. (2010). How to assess higher-order thinking skills in your classroom.


Alexandria, Virginia USA: ASCD.

Brookhart, S. M. (2009). The many meanings of multiple–measures. Educational


Leadership, 67 (3): 6-12.

Brookhart, S. M. (2007). Expending views about formative classroom assessment: A


review of the literature. In. McMillan J. H. (Eds.). Formative classroom assessment:
Theory into practice, 43-62. New York: Teachers College Press.

Cizek, G. J. (2010) An introduction to formative assessment: History, characteristics, and


challenges. In. Andrade, H. L & Cizek, G. J. (Eds.). Handbook of formative
assessment, 3-17. New York. Routledge.

Cizek, G. J. (2007). Formative classroom and large-scale assessment: Implications for


future rand development. In. McMillan, J.H. (Eds.). Formative classroom
assessment: Theory into practice, 99-115. New York. Teachers College Press.

Chappuis, S & Chappuis J. (2008). The best value in formative assessment. Educational
Leadership, 65 (4): 14-19

Crooks, T. J. (1998). The impact of classroom evaluation practice on pupils. Review of


Educational Research, 58 (4): 438-481.

Fisher, D. & Frey, N. (2007). Checking form understanding: formative assessment


techniques for your Classroom. Alexandria, Virginia: ASCD.

Hamm, M & Adams, D. (2009). Activating assessment for all atudents: Inovative activities,
lesson plans, and informative assessment. United Kingdom: Rowman & Littlefield
Education.

Hall, K. & Burke W. M. (2003). Making formative assessment work: Effective practice in
the primary classroom. Maidenhead: Open University Press.

Harlen, W. (2007). Formative classroom assessment in science and mathematics. In.


McMillan, J.H. (Eds.). Formative classroom assessment: Theory into practice, 116-
135. New York: Teachers College Press.

6
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Na’imah Ishak. (2011). School based assessment as transformation in educational


assessment. Keynote dalam International Seminar On Measurement and Evaluation
(ICMEE 4) USM, Pulau Pinang, 9-12 Oktober.

Merriam, S. B. (2009). Qualitative research: A guide to design and implementation. San


Fransisco: Jossey-Bass.

Marohaini Yusoff. (Eds). (2004). Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja kajian


lapangan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohamad Azhar Mat Ali & Shahrir Jamaluddin. (2007). Amalan pentaksiran untuk
pembelajaran di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya, 27 (1) 19-54.

Othman Lebar. (2009). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod.
Tanjung Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Patton, M. Q. (1987). How to use qualitative methods in evaluation. Newbury Park, CA:
Sage Publication.

Patton, M. Q. (2002). Qualitative research and evaluation methods. 3rd Edition. Thousand
Oaks, CA: Sage Publication.

Scherer, M. (2008). An answer for long term. Educational Leadership, 65 (4): 7-7.

Scherer, M. (2005). Reclaiming testing. Educational Leadership, 63 (3): 9-13.

Stiggins, R. J. (2001). Student involved classroom assessment. 3rd

Stiggins, R. & Chappuis, J. (2006). What a difference a word makes. Journal of Staff
Development, 27 (1): 10-14.Edition. Upper Sadler River: Merrill Prentice Hall.

Yin R. K. (2003). Case study research: Design and methods. 3rd

Xu, Jianzhong. (2010). Homework purpose scale for high school students: A validation
study. Educational and Psychological Measurement, 70 (3): 459-479.
Edition. Thousand Oaks, CA: Sage Publication.

Zamri Mahamod & Nor Razah Lim. (2011). Kepelbagaian kaedah penyoalan lisan dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu: kaedah pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1 (1): 51-65.

7
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN B

KAJIAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DALAM BAHASA


MELAYU DI SEKOLAH SAYA SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAN, 95000 SARAWAK

Sistem pendidikan negara kita yang berteraskan peperiksaan telah mendorong pelajar-pelajar belajar
dan menghafal untuk lulus peperiksaan. Pengetahuan yang diterima dengan cara ini tidak akan kekal.
Ini bermakna kejayaan dalam peperiksaan tidak memberi gambaran sebenar tentang kejayaan
penguasaan sesuatu kurikulum. Maka Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan Pentaksiran
Berasakan Sekolah (PBS) sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan ia merupakan satu bentuk penilaian yang
dilakukan oleh guru dan pihak sekolah. Namun sejak kebelakangan ini banyak keluhan dari guru-guru
tentang PBS. Maka laporan kajian temubual ini mengetengahkan isu dan cabaran permasalahan guru
dalam pentaksiran semasa melaksanakan PBS. Kajian ini membincangkan isu-isu berkaitan
ketidakyakinan dan ketidaksungguhan guru dalam menaksir, amalan birokrasi dalam pentaksiran, dan
beberapa permasalahan guru sepanjang melaksanakan PBS. Kajian ini telah mengemukakan beberapa
cadangan bagi penambahbaikan kualiti dalam pelaksanaan PBS.
PBS dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Ia juga merupakan penilaian holistik yang menilai aspek kognitif (intelek), afektif
(emosi dan rohani) dan aspek-aspek psikomotor (fizikal) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) atau Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM). Objektif utama pelaksanaan PBS adalah untuk:
i) mendapatkan gambaran keseluruhan potensi individu
ii) memantau pembangunan individu dan membantu untuk meningkatkan potensi individu
iii) membuat laporan yang bermakna kepada pembelajaran individu (Lembaga Peperiksaan, 2012)
Komponen PBS terdiri daripada bidang akademik dan bukan akademik seperti Rajah 1. Bidang
akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang
bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psiko metrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada
guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah (Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2012).

8
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Pentaksiran sekolah (PS)merujuk pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, di


rekod dan di lapor oleh guru sekolah yang berkenaan. Pentaksiran sekolah dilaksanakan secara formatif
dan sumatif bagi melihat perkembangan pembelajaran murid serta menambah baik pengajaran dan
pembelajaran. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai
semak laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Manakala pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir
setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk
pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).
PS mempunyai ciri-ciri berikut:
a. Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang
dicapai oleh murid
b. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP
c. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
d. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. (Lembaga Peperiksaan
2013)
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Sarawak. Saya telah menemubual tiga
orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu berkaitan pelaksanaan PBS dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Kesemua guru yang telah ditemubual menyatakan memberi sokongan yang
padu terhadap pelaksanaan PBS di sekolah ini.

AMALAN DALAM PENTAKSIRAN DI SEKOLAH SAYA


Guru merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran pengajaran dan
pembelajaran pelajar, oleh itu kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh guru amat diberi
perhatian. Tujuan utama pentaksiran dalam bilik darjah adalah untuk mendapat maklumat tentang
kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar (McMillan, 2008). Pentaksiran dalam bilik darjah
merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembentukan ujian bertulis dan pentaksiran prestasi (performance
assessment), penggredan, mentafsir skor peperiksaan, memberi maklum balas tentang hasil pentaksiran
dan penggunaan hasil pentaksiran dalam membuat keputusan.
Namun, guru seharusnya merancang sebelum pentaksiran dilakukan supaya pentaksiran yang
dilakukan lebih terancang dan telus. Guru memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dengan melakukan perancangan berikut;
a. memilih tajuk dan merancang perkara yang akan diajar dengan memilih kandungan mata
pelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK).

9
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

b. tentukan kaedah pengajaran serta mengenal pasti kaedah pentaksiran seterusnya menyediakan
bahan-bahan pengajaran
c. menyampaikan kandungan mata pelajaran kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi
mengikut kreativiti guru
d. menaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar dan melaporkan tahap prestasi murid
berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid.
Guru melakukan pentaksiran dan sentiasa memastikan berlaku penjajaran strategi dan
instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Pentaksiran boleh dilakukan
secara tidak formal sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian iaitu guru menilai murid secara
berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat.
Pelajar pula boleh memberikan eviden untuk dinilai dalam bentuk proses, produk atau diri
murid itu. Sekiranya pelajar telah mencapai standard yang ditetapkan, guru akan meneruskan PdP
kandungan berikutnya dalam DSK. Sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan guru
akan membuat sesi pemulihan untuk membimbing murid tersebut. Pemilihan strategi pengajaran
penting bagi membantu murid mendapat pengalaman pembelajaran yang sejajar dengan DSK
ISU DAN CABARAN PBS DALAM KALANGAN GURU
Ketidakyakinan guru dalam pentaksiran
Dari segi pendedahan PBS pula, ketiga-tiga guru yang ditemubual tidak berpuas hati dengan
latihan yang telah mereka ikuti. Ini adalah kerana, bagi mereka latihan berkaitan PBS tidak mencukupi
bagi mereka menghadapi atau melaksanakan PBS di sekolah. Tidak dapat dinafikan mereka telah
menerima latihan atau kursus berkaitan PBS akan tetapi tempoh masa yang diberikan untuk mengikuti
kursus terlalu singkat. Ini membuatkan guru-guru kurang memahami sepenuhnya dengan cara
pelaksanaan PBS. Mereka hanya melaksanakan PBS setakat yang mereka ketahui. Kecairan maklumat
berlaku, akibat kaedah latihan teragih yang bermula daripada Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri,
Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah, jawatankuasa kurikulum dan panitia mata pelajaran mengakibatkan
proses pendedahan kepada guru pelaksana PBS menjadi tawar. Jurulatih utama (JU) berkursus selama
seminggu, tetapi apabila sampai kepada panitia, taklimat hanya mengambil masa dua jam dan kadang-
kadang guru yang mewakili berkursus berkaitan PBS kurang memahami sepenuhnya. Terdapat
kecelaruan dalam kalangan guru Bahasa Melayu yang telah saya temubual. Untuk memahami konsep
dan fungsi yang sebenar mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) memerlukan pemahaman
yang tinggi. Punca utama kurangnya pemahaman guru ini adalah kecairan maklumat yang mereka
peroleh dan maklumat yang diperoleh juga kurang tepat . Oleh itu, cikgu A mencadangkan pihak
sekolah harus memberikan banyak latihan mengenai PBS untuk memastikan guru-guru lebih bersedia
untuk menjalankan PBS. Konsep seperti standard, evidens , deskriptor, instrumen dan sebagainya

10
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

sememangnya belum difahami sepenuhnya oleh guru yang telah saya temubual. Pihak kementerian dan
sekolah perlu berkerjasama dalam membantu guru-guru novis mahupun terlatih dalam menjalankan
PBS dengan lebih berkesan. PBS penting untuk difahami dan dikuasai oleh para guru . Matlamat akhir
transformasi pentaksiran adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan setakat tahu, faham dan boleh
melakukan ilmu atau kemahiran yang dipelajari, malah boleh mengamalkannya secara beradap mithali.
Tahap pencapaian tertinggi ini hanya boleh dicapai menerusi sistem pentaksiran pendidikan yang
berbentuk autentik dan formatif. Selain itu, bentuk pentaksiran ini menuntut kesediaan, kreativiti,
komitmen dan keupayaan berfikir aras tinggi daripada kumpulan pelaksana iaitu para guru.

Walaupun guru-guru telah mengikuti kursus tetapi mereka tetap merasa kurang yakin dalam
menaksir murid. Kekurangan pengetahuan, kemahiran dan sumber material menambahkan lagi
ketidakyakinan mereka dalam pentaksiran. Hal ini pernah diutarakan oleh Raden (2008) di mana guru
mengimpikan latihan yang profesional dalam pentaksiran bagi mendapatkan pengetahuan dan
kemahiran pentaksiran agar mereka boleh melaksanakan PBS dengan jayanya. Guru-guru mahu
dibekalkan dengan sumber material seperti Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM),
Manual Pentaksiran, contoh instrumen, contoh pemarkahan dan sebagainya. Latihan dan bengkel ini
sangat penting untuk memberi kemahiran dan keyakinan kepada guru untuk merangka bentuk dan
pelaksanaan PBS. Sebahagian ibu bapa juga mempertikaikan cara setiap guru mata pelajaran membuat
pentaksiran. Di sebabkan sikap campur tangan ibu bapa yang hanya menuding jari, menambahkan lagi
ketidakyakinan guru dalam membuat pentaksiran.
Kajian soal selidik LP yang dijalankan mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara dalam
talian (online) pada September 2012 mendapati guru kurang memahami mengenai cara melaksanakan
pentaksiran seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (pentaksiran formatif). Hal ini adalah
kerana, kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk kerana masih terikat
dengan fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian murid menggunakan ujian berbentuk kertas dan
pensel.
Ketidaksungguhan guru dalam Pentaksiran
PBS berperanan menguji dan menilai prestasi murid dari semua segi secara keseluruhan. Pentaksiran
merangkumi prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah sepanjang murid menjalani proses PdP. Guru
yang bertanggungjawab dan berperanan menjalankan proses PBS ini perlu mengikuti semua langkah
dan prosedur pentaksiran. Namun begitu, ketidaksungguhan guru dalam menaksir akan menjejaskan
seluruh sistem pentaksiran. Kualiti pentaksiran boleh dipertikaikan oleh semua pihak jika guru
mengambil sikap acuh tidak acuh semasa menaksir pelajar. Sekiranya perkara ini berlaku, dibimbangi
berlaku ketidakadilan, ketelusan dan keseragaman dalam membuat pentaksiran terhadap murid,

11
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

sedangkan amalan ini merupakan salah satu elemen yang penting dalam menentukan murid mendapat
gred yang menepati apa yang diusahakan dan diperoleh sepanjang PdP. Perkara ini berlaku kerana
kurang pemantauan dari pihak atasan. Perkara ini telah dibincangkan dalam kajian Tan Ai Mei (2010)
di mana kurang pemantauan akan menjadikan guru tidak bersungguh dan leka dalam melakukan
pentaksiran. Oleh itu guru perlu dipantau dengan menggunakan satu piawai atau standard pentaksiran
yang sah dan sesuai digunakan terhadap murid. Manakala kajian Chan (2009) mendapati 25% guru
mengatakan tiada pemantauan dari pihak pentadbir dan tiada kerjasama dengan guru senior dan pihak
pentadbir juga tak hiraukan pelaksanaan PBS mereka hanya mahukan keputusan sahaja. Perkara ini
berlaku juga disebabkan pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah menyebabkan guru
menaksir sambil lewa. Tidak bersungguh-sungguh kerana rasa tidak puas hati menyebabkan
pemarkahan tidak telus
Amalan Birokrasi Dalam Pentaksiran
Hasil temu bual Tan Ai Mei (2010) dalam kajian beliau dengan guru PBS, mengatakan bahawa guru
diminta secara am memberi gred yang baik kepada pelajar. Arahan ini secara tidak langsung
mendorong pengurusan PBS ke arah sekadar mengisi keperluan markah, khasnya dalam memberi gred
yang baik kepada pelajar. Perkara ini berlaku disebabkan pemantauan dari pihak atasan hanya untuk
melihat ‘hitam putih’. Penyataan ini turut disokong dalam kajian Tan Ai Mei yang mendapati bahawa
pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ada membuat
pemantauan tetapi hanya secara bertulis iaitu memeriksa laporan-laporan yang telah pun difailkan.
Menurut Tan lagi pemantauan secara amali atau semasa proses pelaksanaan PBS kurang dilakukan di
sekolah-sekolah. Pemantauan secara amali ini penting bagi melihat sendiri pelaksanaan PBS oleh guru-
guru dan mengkaji di mana cacat celanya. Ini kerana jadual pemantauan telah pun disediakan di awal
tahun lagi namun pelaksanaannya tidak mengikut seperti mana yang dijadualkan. Menurut Tan lagi,
pemantauan pelaksanaan PBS oleh pihak LP dan JPN yang sekadar berfokuskan kepada laporan
penulisan telah banyak mewujudkan isu mengenai akauntabiliti penilaian berkenaan. Antaranya
meliputi isu perbuatan penipuan termasuk pembentukan sikap murid yang tidak serius terhadap projek
dan kerja lisan yang dijalankan. Ini berlaku kerana pemantauan yang tidak dijalankan pada tahap amali,
atau pun penekanan tidak diberi oleh pentaksir terhadap pemantauan pada peringkat proses.
Permasalahan Guru Sepanjang Melaksanakan PBS
Sepanjang melaksanakan PBS banyak keluhan guru diluahkan melalui media cetak mahu pun media
sosial. Pernyataan ini bertambah kuat apabila kajian secara ‘online’ yang dijalankan oleh KPM untuk
melihat persetujuan guru dalam pelaksanaan PBS mendapati hampir 75% guru setuju ia dihapuskan.
Ini juga terbukti lagi apabila wujud laman di‘facebook’ yang ingin memansuhkan PBS. Ia disokong
oleh lebih 70 ribu orang guru (https://www.facebook.com/KamiMahuSPPBSDimansuhkan). Tambahan

12
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

pula pihak KPM telah memberhentikan pelaksanaannya buat seketika pada bulan Februari 2013 bagi
mengkaji semula semua rungutan guru tentang pelaksanaan PBS yang dikatakan agak terburu-buru.
Berikut adalah permasalahan yang dihadapi oleh guru sepanjang melaksanakan PBS:
Bebanan guru yang bertambah
Baru-baru ini Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) membuatkan guru yang mengajar tingkatan tiga lebih
terkesan dengan bebanan kerja. Ini adalah kerana mereka perlu mengajar, menaksir dan memberi skor
kepada pelajar. Sebelum ini Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dijalankan guru hanya mengajar
dan guru luar terlibat dalam penandaan kertas jawapan dan memberi markah kepada pelajar. Bebanan
semakin bertambah apabila guru memegang jawatan-jawatan penting di sekolah yang memaksa guru
keluar sekolah untuk berkursus atau terpaksa memberi tumpuan lebih untuk menjalankan tugasan-
tugasan penting. Secara tidak langsung, guru tertinggal banyak masa untuk mengajar dan mentaksir
pelajar. Acara atau aktiviti di sekolah juga sedikit sebanyak mengganggu sesi PdP guru dalam
melaksanakan PBS.

CADANGAN PENGUKUHAN PELAKSANAAN PBS DALAM KALANGAN GURU

PERBANYAKAN LATIHAN DAN BENGKEL DALAM PENTAKSIRAN


Ilmu pentaksiran sangat penting kepada seseorang guru bagi melaksanakan pentaksiran yang telus.
Dengan ilmu ini pentaksiran guru akan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian
Stiggins (2005) juga mendapati tidak ramai guru yang betul-betul bersedia dalam melakukan
pentaksiran bilik darjah kerana mereka tidak berpeluang untuk mempelajari teknik‐teknik dan amalan
pentaksiran yang betul. Selama ini wakil setiap sekolah akan dihantar untuk mendapatkan ilmu tersebut
dan akan menyampaikan semula kepada guru-guru sama ada secara formal atau tidak formal.
Kesannya, maklumat yang disampai mungkin bukan sepenuhnya atau mungkin berlaku kesilapan
penyampaian maklumat. Dengan dapatan kajian Tan (2010) yang mendapati guru kurang yakin
melaksanakan PBS disebabkan kurang pengetahuan dan kemahiran, maka pihak JPN harus turun ke
sekolah-sekolah secara berperingkat untuk memberi pendedahan yang secukupnya. Guru boleh bersoal
jawab dan berkongsi masalah yang dihadapi serta mendapat maklum balas serta-merta. Penyampaian
ilmu ini mungkin boleh dibuat dua kali setahun memandangkan masalah akan timbul setelah melalui
proses pelaksanaan. Maka proses pentaksiran akan berjalan dengan lancar apabila semua
permasalahan telah dapat diselesaikan, walaupun secara perlahan-lahan.

13
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PEMANTAUAN YANG KONSISTEN DAN BERMATLAMAT


Pihak JPN/PPD mahu pun pentadbir sekolah seharusnya memantau semasa proses pentaksiran berlaku
dan bukan memantau guru-guru dari segi lisan yang bertulis. Ini adalah kerana laporan bertulis
mungkin boleh direka dan bukan dalam keadaan sebenar. Maka sebaiknya pemantauan perlu dilihat
sendiri oleh pegawai yang bertanggungjawab sejauh mana pelaksanaannya. Ia juga berguna untuk
mengesan masalah yang dihadapi oleh guru semasa proses pentaksiran berlaku. Dengan itu
penambahbaikan boleh segera dibuat bagi mengatasi segala permasalahan yang ditanggung oleh guru.
Kekerapan pemantauan juga boleh menjamin kualiti sesuatu pentaksiran. Ini adalah kerana guru-guru
perlu sentiasa bersedia dengan proses sebelum, semasa dan selepas pentaksiran. Kajian secara online
yang dibuat oleh LP pada September 2012, mendapati 90% guru tahun 1, 2 dan 3 serta 83% guru
tingkatan 1, tidak jelas tentang konsep pentaksiran. Guru-guru ini menyatakan pentaksiran dilakukan
selepas pengajaran sedangkan pentaksiran boleh dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
(Stiggins 2005). Maka dengan adanya pemantauan, masalah sebegini boleh dikesan dan tunjuk ajar
boleh diberikan secara langsung.

KURANGKAN GANGGUAN DALAM PENTAKSIRAN


Program sekolah harus dikurangkan supaya tiada gangguan semasa pentaksiran dijalankan. Pihak
pentadbir perlu memberi kerjasama dengan tidak terlalu membebankan guru dengan tugasan yang
bukan melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana guru perlu lebih masa untuk yang
melibatkan aktiviti pentaksiran di mana guru perlu merancang dengan teliti dan menepati objektif
pengajaran yang telah ditetapkan di awal pengajaran dan pembelajaran. Program sekolah yang kerap
diadakan di waktu persekolahan sedikit sebanyak mengganggu perancangan guru dalam melaksanakan
pentaksiran. Kalau dilihat rasional kepada perlunya pelaksanaan PBS adalah (King & Brathwaite,
1991):
i. ia menaksir sesuatu objektif yang tidak dapat ditaksir melalui ujian bertulis biasa.
ii. ia memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan atau kemahiran yang mereka
kuasai.
Maka dengan ini perlunya guru dan pelajar beri penumpuan penuh kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan kualiti pentaksiran mencapai piawaian yang ditetapkan.

Dalam penggubalan instrumen pula, guru yang ditemubual menyatakan mereka lebih suka
menggunakan instrumen yang bersesuaian daripada buku yang dijual di pasaran. Hal ini terjadi kerana
beban tugas guru yang banyak dan menuntut mereka untuk menggunakan jalan pintas. Buku-buku
rujukan yang terdapat di pasaran juga telah menambah dan memudahkan pembinaan instrumen yang

14
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

hendak dijalankan. Mereka bersetuju bahawa, asalkan instrumen yang digunakan lebih kurang sama
sebagaimana yang dikehendaki oleh standard PBS sebenar. Selain daripada itu, mereka juga
menyatakan sumber utama yang digunakan oleh mereka adalah Dokumen Standard Bahasa Melayu,
Buku Panduan Guru Bahasa Melayu dan Dokumen Standard Prestasi Bahasa Melayu. Dengan adanya
bahan rujukan tersebut, secara tidak langsung, ia memudahkan mereka untuk membina instrumen
pentaksiran yang dikehendaki.

Band standard prestasi merupakan band yang menghuraikan tahap pencapaian dan penguasaan
seseorang murid setelah menjalani satu-satu proses pembelajaran. Para guru yang telah saya temubual
menyatakan mereka menetapkan band murid selepas menjalankan pentaksiran dan pelaporan dibuat
sebagaimana yang sepatutnya. Penetapan band tersebut dibuat berdasarkan rumusan himpunan
maklumat yang dikumpul sepanjang masa pembelajarannya. Daripada kenyataan tersebut, jelas
menunjukkan guru-guru tersebut memahami dan mengetahui cara penetapan band murid dan tiada
permasalahan yang mereka hadapi.

Daripada hasil temubual ini juga, mereka bersetuju secara total bahawa PBS banyak membantu
murid dalam penguasaan Bahasa Melayu. Ini adalah kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan
untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran ini juga
membantu semua murid dengan cara yang betul untuk membaiki atau meningkatkan pembelajaran.
Pentaksiran juga mampu menunjukkan kemahiran sebenar murid. Contohnya dalam hasil kerja projek,
simulasi dan sebagainya. Apabila pentaksiran dijalankan secara berterusan, sudah pasti guru akan
mengetahui pemahaman dan kelemahan yang murid hadapi dan guru akan merancang serta
mengubahsuai pengajarannya agar murid lebih faham serta mengatasi kelemahannya.

Secara teorinya, pelaksanaan PBS sangat memberi manfaat kepada guru, pelajar dan
masyarakat. Guru tidak lagi terbeban untuk mengejar A bagi setiap mata pelajaran dan pelajar juga
lebih bersemangat kerana penilaian dijalankan secara berterusan dan menyeluruh. Namun, dari segi
pelaksanaannya, masih belum menunjukkan kejayaan yang sepenuhnya. Pelbagai punca, kekangan dan
masalah yang menjejaskan pelaksanaan PBS di sekolah antaranya dari segi faktor amalan
profesionalisme dan falsafah pegangan guru dan faktor budaya, tradisi, kepimpinan dalam pendidikan
termasuk kesesuaian acuan penilaian dan amalan birokrasi yang perlu mengambil kira keperluan
pelajar. Sebagai contoh, jika PBS dilaksanakan sepenuhnya untuk menggantikan  UPSR masalah
timbul untuk menilai gred murid bagi kemasukan ke sekolah elit seperti MRSM , SBP dan sebagainya.
Selain itu, pelbagai isu lain juga timbul di mana ianya dikatakan membebankan guru. Tugas-
tugas guru yang sedia banyak akan dibebankan lagi dengan pelbagai jenis folio dan dokumen berkaitan

15
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

yang perlu disediakan dan dilaksanakan. Bilangan pelajar yang ramai juga menyebabkan guru tidak
cukup masa untuk melaksanakan PBS dengan sistematik. Guru boleh juga dilabel sebagai "kerani"
dengan bebanan tugas yang banyak ini. Pengurusan PBS secara atas talian merupakan satu alternatif
yang terbaik bagi mengurangkan beban tugas guru ini namun ianya juga mempunyai kelemahan yang
tersendiri seperti jaringan internet yang terhad, capaian internet yang sibuk dan tidak memuaskan dan
sebagainya. 

RUMUSAN
Guru yang melaksanakan PBS seharusnya diberi pengetahuan dalam pentaksiran supayakeseragaman
dan kejituan dalam memberi skor. Pihak sekolah perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti yang
mengganggu guru dalam PdP. Pihak atasan juga perlu memantau dan sentiasamemberi penekanan
dalam aktiviti pentaksiran. Pelajar dan ibu bapa perlu diberi pendedahantentang kepentingan PBS
supaya memudahkan guru bekerjasama dengan mereka.
Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa pelaksanaan PBS di sekolah adalah sangat tepat dan
bermanfaat namun ianya perlu dilaksanakan secara perlahan-lahan dan mengambilkira luahan dalam
kalangan guru sendiri tentang pelaksanaan PBS ini. Hanya guru yang mengetahui kekangan yang
dialami mereka dan mungkin mereka juga mempunyai cadangan sebagai jalan penyelesaian dalam
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

16
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BIBLIOGRAFI

Chan Yuen Fook 2003.


Pendektan Penilaian:satu tinjauan dari aspek kesesuaiannya dalam penilaian program
Latihan.Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Institut Aminudin Baki 13(1): 65-81

Chan Yuen Fook, Gurnam kaur Sidhu, Md Rizal Bin Md Yunus 2009.
School-based Assessment. Enhancing Knowledge and best Practices
. University Publication Centre UTM Shah Alam.

J. Braithwaite, 1991 The Criminal Class and the Making and Breaking of Australia,
Australian and New Zealand Journal of Criminology, 24, , 99-104.

Lembaga peperiksaan 2012 . http://www.moe.gov.my/lp

Lembaga Peperiksaan 2012. Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Lembaga Peperiksaan 2013. Buku Informasi PBS

Mc Millen, M.D., Robert L. L. dan Norman E.G. 2000.


Measurement and assessment in teaching (Fifth Edition).
Pearson International Edition, Upper Saddle River, New Jersey

Radin Mohd Shamsul Zahri 2008.Penilaian Program Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan
Sekolah. Teknologi Kejuteraan SPM . Tesis Sarjana. UKM Bangi.

Stiggins, R.J. Schafer & Hills 2005.Assessment Literacy, Phi Del Kappan (atas talian) assess.
html.at www.oise.on ca (20 September 2008)

Tan Ai Mei 2010 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia. Kesediaan Guru, Isu dan
Panduan Pelaksanaan. Gerak Budaya Enterprise, Kuala Lumpur. Tesis Doktor Falsafah.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

17
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN C

Pengenalan

Rasional pemilihan kemahiran bahasa, pernyataan standard, deskriptor dan evidens

Pemilihan kemahiran bahasa, pernyataan standard, deskriptor dan evidens ini berdasarkan
penilaian penguasaan murid berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Pelajar yang diajar
telah melalui proses dan pembelajaran standard kandungan yang telah ditetapkan.
Kemahiran Bahasa dalam pembinaan instrumen dipilih berdasarkan, tajuk-tajuk yang dinilai,
peringkat kebolehan murid yang dinilai kewajaran aras kesukaran - mudah, sederhana, dan sukar.
Standard Prestasi merupakan satu penyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau
penguasaan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam tempoh pembelajaran
berdasarkan satu petanda aras yang telah dikenal pasti. Ia menjadi sumber rujukan oleh semua pihak
yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti pelajar, ibubapa serta pihak
yang berkepentingan. Dengan menggunakan standart prestasi :
1. Pelajar tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan
kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.
2. Guru tahu maklumat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah. Apa yang
ditaksir dan kualiti yang harus ada pada pelajar.
3. Ibubapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak - anak mereka selepas
melalui proses pendidikan untuk sesuatu tempoh tertentu.
4. Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan
negara dan kualiti yang ada pada pelajar yang keluar daripada sistem pendidikan tersebut

Standard Prestasi menggandungi 6 Band sebagai asas pentaksiran. Pentaksiran dibuat bersasarkan
Evidens dan Deskriptor.

Penyataan standart bermaksud penerangan generik / umum tentang tahap kemajuan pembelajaran
yang merujuk kepada objektif mata pelajaran.

Deskriptor bermaksud Apa yang murid tahu dan boleh buat yang merujuk kepada standart kurikulum
( Sylebus ).[ pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard
di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.]

18
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Evidens bermaksud bagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat.( yang
digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian
bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali).
Band 1 - murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi
respon terhadap perkara asas.
( Tahu )
Band 2 - murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemahkan serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
( Tahu dan Faham )
Band 3 - murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
pada suatu situasi.
( Tahu , Faham dan Boleh Buat )
Band 4 - murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab seperti tertib atau
melaksanakan sesuatu mengikut prosidur / arahan secara sistematik.
( Tahu , Faham dan Boleh buat dengan beradab ).
Band 5 - murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru dengan
mengikut prosidur / arahan secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
( Tahu , Faham dan Boleh buat dengan beradab Terpuji ).
Band 6 - murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran
dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan
menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan
menjadi contoh secara tekal.
( Tahu , Faham dan Boleh Buat dengan beradab Mitali ).

19
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Definisi dan ciri-ciri deskriptor dan evidens


Band ,Standard, Deskriptor, Evidens

Band Standard Deskriptor Evidens

2
Pernyataan bersifat Pernyataan tentang
3 generik tentang aras Pernyataan tentang apa yang bagaimana murid
4 perkembangan murid tahu dan boleh buat menunjukkan “tahu” dan
pembelajaran “boleh buat”
5

Ciri-ciri evidens adalah


a. Sah - evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan
menggambarkan penguasaan/pencapaian standard yang telah
ditetapkan
b. Autentik - murid dapat membuktikan evidens yang dikutip
adalah hasil kerjanya sendiri
c. Kecukupan - evidens yang dikumpul mencukupi untuk
menunjukkan kemampuan murid
d. Semasa - evidens dapat membuktikan murid dapat membuat
tugasan mengikut piawaian semasa
e. Tekal - evidens yang dikumpul dapat membuktikan
ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan
yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan

2. Penggubalan Instrumen
Proses pembinaan instrumen
Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran
a. merujuk kandungan fakta dalam dokumen standard
b. merujuk evidens dalam Dokumen Standard Prestasi
c. membina instrumen pentaksiran mengikut evidens
d. Menilai instrumen dari aspek sistem 9-poin

20
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

i. Domain Keakuran – akur kurikulum


- akur spekfikasi items
- akur peluang
ii. Domain Ketepatan - tepat konstruk
- tepat kandungan
- persembahan item
iii. Domain Kesesuaian - aras kesesuaian
- tahap murid

Penjelasan tentang format


Setelah memenuhi kriteria yang dalam prosedur pembinaan instrumens yang hendak
dijalankan .Keputusan dibuat untuk menilai pelajar melalui kemahiran bertulis.

Kriteria pemilihan ini berdasarkan aspek seperti yang dijelaskan dalam prosedur pembinaan
instrumens penilaian.

Keputusan juga dipengaruhi keadaan semasa yang melibatkan kebolehan dan tahap pelajar yang
hendak dinilai. Sebagai Contoh Kelas yang diajar mempunyai 20 orang pelajar yang telah melepasi
Band 1 bagi ketiga-tiga kemahiran bahasa. Tindakan yang diambil untuk membuat pentaksiran Band 2
bagi kemahiran menulis berdasarkan pengkelompokan atau pemetaan yang telah dirancang sebelum
ini.

Pelajar di dalam kelas juga telah menjalani pentaksiran bagi kemahiran lisan dan bacaan yang
telah ditetapkan dalam Standard Prestasi Bahasa Melayu Tahun 1

Instrumens yang dibina merupakan pentaksiran sumatif yang digunakan apabila sesuatu topik
pembelajaran telah diajar atau seiring dengan proses pembelajaran pelajar.

Pembinaan instrumen kemahiran menulis dibina mengikut format yang telah ditetapkan
1. menepati aras kebolehan pelajar
2. berdasarkan standard prestasi bahasa melayu tahun 1
3. memberi peluang kepada pelajar untuk mencapai tahap prestasi yang ditetapkan

21
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Sumber-sumber yang digunakan


Dalam pembinaan instrumens pentaksiran ini, sumber utama yang digunakan adalah Dokumen
Standard Bahasa Melayu Tahun 1, Buku Panduan Guru Bahasa Melayu Tahun 1 dan Dokumen
Standard Prestasi Bahasa Melayu Tahun 1.
Penggunaan bahan rujukan ini,sebagai menepati kehendak Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang telah ditetapkan. Bahan rujukan ini menjadi panduan bagi penentuan kemahiran
yang telah didedahkan kepada pelajar, di samping itu dapat menentukan tahap pencapaian semasa
pelajar. Dari aspek itu memudahkan pembinaan instrumen pentaksiran yang dikehendaki.
Di dalam Dokumen Standard Bahasa Melayu dapat ditentukan Standard Kandungan dan Standard
Kandungan yang telah dilalui oleh pelajar. Manakala di dalam Standard Prestasi Bahasa Melayu , dapat
ditentukan evidens yang harus dibina bagi menjalankan pentaksiran kepada pelajar .
Contoh : B2 DT1 E2 (Band 2, Deskriptor Tulisan 1, Evidens 2)
Penggunaan Buku Teks sebagai bahan rujukan . Di dalam buku teks terdapat bahan-bahan
yang telah ditetapkan mengikut Dokuemen Standard yang telah ditetapkan. Latihan dan teknik
pengajaran telah disediakan di dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 1.
Buku-buku rujukan yang terdapat di pasaran. Buku-buku ini dapat menambahkan dan
memudahkan pembinaan instrumen yang hendak dijalankan. Contoh buku keluaran Fajar bakti dan
sebagainya.
Selain daripada itu sumber-sumber rujukan jugak didapati melalui lama sesawang berkenaan
KSSR. Laman-laman yang terdapat di dalam internet boleh dijadikan contoh asas dalam pembinaan
instrumens yang hendak dijalankan
Selain daripada yang disebutkan sumber rujukan yang dibuat melalui bahan-bahan kursus yang
pernah dihadiri semasa pengenalan KSSR hendak bermula.

22
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Instrumen Pentaksiran

Kemahiran Menulis Bagi Tahun 1

BAND PERNYATAAN DESKRIPTOR EVIDENS


STANDARD

2 B2 B2 DL1 B2 DL1 E1
Mendengar, Mendengar dan menyebut perkataan yang
Tahu Mengetahui dan menyebut dan mengandungi diftong dan vokal
dan Faham memahami memahami berganding
perkara yang perkataan
didengar-ditutur, B2 DL1 E2
dibaca dan ditulis Memahami perkataan yang didengar dan
dinyanyikan

B2 DB1 E1
B2 DB1 Membaca dan memahami perkataan yang
Membaca dan mengandungi diftong, vokal berganding,
memahami digraf dan konsonan bergabung
perkataan serta ayat
B2 DB1 E2
Membaca dan memahami ayat yang
mengandungi diftong, vokal berganding,
dagraf dan konsonan bergabung

B2 DT1 E1
Menulis dan memahami perkataan

B2 DT1 B2 DT1 E2
Menulis perkataan Menulis dan memahami ayat tunggal
dan ayat dengan yang mengandungi kata nama am, kata
betul serta nama khas dan tanda baca (Huruf besar
memahaminya dan noktah)

Pemilihan yang dicatat : berwarna


INSTRUMENS 1
Pernyataan Standard
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
Deskriptor
Mendengar, menyebut dan memahami perkataan
Evidens

23
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Mendengar dan menyebut perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding

INSTRUMENS 2
Pernyataan Standard
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
Deskriptor
Menulis perkataan dan ayat dengan betul serta memahaminya
Evidens
Menulis dan memahami ayat tunggal yang mengandungi kata nama am, kata nama khas dan
tanda baca (Huruf besar dan noktah)

24
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

25
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

B2 DL1 E1

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI


BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Nama : ___________________ Tarikh:__________

Kelas : 1 __________________

Arahan: Dengar dan sebut semula.

rantai seluar

tuala sungai

paip murai

Langkah pentaksiran:

• Meminta murid menyebut perkataan yang terdapat pada kad perkataan .

• Guru meminta murid menyesuaikan kad perkataan dengan gambar


26
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
B2 DT1 E2

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI


BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Nama : ___________________ Tarikh:__________

Kelas : 1 __________________

ARAHAN : Salin semula ayat di bawah dengan meletakkan tanda baca yang betul..

1. puan aminah membaca buku


______________________________________________________________________

2. abang bermain di taman permainan


______________________________________________________________________

3. kakak makan buah tembikai


______________________________________________________________________

4. ibu saya masak nasi


______________________________________________________________________

5. amar bermain bola sepak di padang


______________________________________________________________________

Langkah pentaksiran:
Minta murid menulis semula ayat yang diberi dengan meletakkan tanda baca yang betul.

Penutup
27
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan
murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan
pada abad ke-21.

Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak


termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan. Hal
ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak
bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi
memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran
dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.

Bibliografi

28
EPM 414 PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Khairul Hazman Taha (Januari 11, 2011). Panduan Melaksanakan Modul Elektif di SK. Diperoleh
pada Januari 26, 2011 daripada ;
http://www.akademikpahang.edu.my/v3/berita-semasa-2009/panduan-
melaksanakan-modul-elektif-di-sk.html

Khairina Yasin (November 30, 2010), Berita Harian: 500,000 murid Tahun Satu sesi 2011 diajar
pendidikan seks. Diperoleh pada Januari 26, 2011 daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/500_000muridTahunS
atusesi2011diajarpendidikanseks/Article/

Mohd. Fadzly Mohd. Izab (May 25, 2010). Kurikulum baru sekolah rendah dikenali sebagai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011. Diperoleh pada
Februari 3, 2011 daripada ‘
http://www.stsaraswathy.net/index.php/blog-layout/39-
frontpage/127- info-sekolah

Puan Lela (2008). Peperiksaan Vs Pentaksiran. Diperoleh pada Januari 26, 2011 daripada;
http://pengajianam900.forumotion.com/t31- peperiksaan-vs-
pentaksiran

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah(PKSR) : Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif.


Diperoleh pada Februari 2, 2011 daripada;
http://www.scribd.com/doc/14586713/Penilaian- Kendalian-Sekolah-
Rendah-PKSR-Pemulihan-Pengayaan-Dan- Pendidikan-Inklusif

29

Anda mungkin juga menyukai