Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 3

KUMPULAN 1
1. WAN MOHAMMAD NASSFU BIN WAN ISMAIL A22HP0246
2. MUHD ZAWIR BIN AHMAD A22HP0128

Definisi falsafah pendidikan adalah sebagai satu pembentukan kemampuan dasar


yang asas dan intektual ke arah menuju ke tabiat manusia yang cemerlang dan bertamadun.
Kepentingan falsafah Pendidikan adalah menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem
pendidikan serta panduan yang amat penting dalam pelaksanaan sistem Pendidikan tersebut.
Terdapat banyak falsafah Pendidikan yang terdahulu dan mempunyai perbezaan yang ketara
dan persamaan dengan FPK dari segi pandangan umum, aspek konsep, matlamat dan peranan
guru diantara aliran falsafah pendidikan barat moden (FPB), falsafah pendidikan timur
(FPT), dan falsafah pendidikan islam (FPI) dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Pendekatan falsafah di Malaysia dikenali sebagai falsafah pendidikan eklektisme iaitu
memilih dan gabungan nilai-nilai baik daripada pelbagi sumber dan falsafah.
Dari segi pandangan umum, FPB adalah mencintai dan hikmah serta menganggap
falsafah sebagai suatu ilmu fizikal, tujuan kehidupan manusia dan hubungannya dengan alam.
Maksud sebenar hikmah yang diketengahkan dalam falsafah sebenarnya merangkumi
beberapa komponen utama, iaitu masalah, sikap, metodologi, aktiviti, kesimpulan dan kesan
falsafah. FPT pula menggangap ia mempunyai garis panduan dan sebagai panduan tingkah
laku berdasarkan nilai-nilai abstrak. Selain itu FPI pada amnya berdasarkan al-Quran dan as-
Sunnah dalam membentuk keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah S.W.T.
Ini jelas FPK sama dengan FPI dari segi pandangan umum iaitu dapat melahirkan manusia
yang seimbang dan harmoni dari semua aspek kemanusiaan iaitu dari segi jasmani intelek,
rohani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Perbezaan antara konsep pula, FPB ialah menumpukan perkara perkara asas sahaja
seperti 3M mengira, menulis dan membaca. Ini juga diterapkan didalam FPK di mana pelajar
diterapkan asas 3M pada peringkat awal persekolahan. konsep FPI juga turut diterapkan ke
dalam FPK. Islam mengatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses secara berterusan
bagi memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan
jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa
kepada kebaikan di dunia dan akhirat. Ini dapat dilihat di mana Falsafah Pendidikan
Kebangsaan turut menyelitkan unsur intelek, akhlak, rohani, jasmani dan emosi. Berbeza
dengan konsep FPT iaitu Pendidikan dapat mengekalkan struktur kekeluargaan.
Dari segi matlamat pula, FPK adalah lebih mirip dengan falsafah pendidikan
rekonstruktivisme. Kedua-dua menekankan matlamat pendidikan sebagai pencapaian
kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat harmoni dan makmur. Selain FPK juga
mencontohi persamaan matlamat dengan FPI iaitu melahirkan insan yang berilmu dan taat
kepada Tuhan. Ini dibuktikan dengan perkenalan subjek Pendidikan Islam kepada pelajar
islam dan Pendidikan moral kepada pelajar buka islam iaitu bertujuan mendedahkan
kewujudan Tuhan. Berbeza dengan matlamat FPT iaitu melahirkan individu bermoral tinggi
dan berkebolehan.
Akhir sekali adalah peranan guru, dalam FPB guru sebagai agen pembaharuan dan
perubahan yang perlu kreatif dan inovatif. Ia sama dengan peranan guru dari FPK,guru
haruslah mempunyai pengetahuan yang luas. Ini kerana peranan guru perlulah memberi satu
gambaran jelas kepada pelajar mengenai penekanan kurikulum yang mementingkan isu
sosial, isu tempatan dan antarabangsa. Ia juga sama dengan peranan guru FPT iaitu guru
sebagai fasilitator dalam menyampaikan ilmu yang mahir. Ini menunjukkan guru harus
mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif serta sentiasa menambah ilmu pengetahuan bagi
membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Peranan guru FPI adalah sebagai
pembimbing,pendorong dan pembentuk akhlak murid-murid.
Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia sememangnya merupakan suatu pendidikan
yang berkesan dalam melahirkan manusia yang seimbang dan harmoni dari semua aspek
kemanusiaan walaupun kebanyakannya berpandukan daripada falsafah Barat, Timur dan
Islam. Implikasi daripada falsafah tersebut masih kekal dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Persamaan antara aliran falsafah Pendidikan:-


• Menggalakkan Berfikiran kritis untuk mengelakkan kesalahan dari aspek berfalsafah

• Pendidikan sebagai pembentuk peribadi (character building), sikap manusia serta tugas
pengembangan ilmu suatu yang mulia

Anda mungkin juga menyukai