Anda di halaman 1dari 25

Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2.

Kod Kertas 1103/2

Koleksi Soalan Morfologi

Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa

Soalan 1

Kejayaan yang SEMANIS MADU

tidak akan sewenang-wenangnya
datang bertamu tanpa usaha yang
SEPAHIT HEMPEDU.

Kalau tidak dipecahkan ruyung

manakan dapat sagunya, kalau
tidak dipecahkan tembok
kemalasan manakan dapat
kejayaannya.

SK 5.1 : Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang.

SP 5.1.1.- kata tunggal dan kata majmuk/5.1.2 : - kata terbitan/5.1.3 : - kata ganda dan
akronim dengan betul mengikut konteks.
SK 5.2 : Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai
bidang.
SP 5.2.1 : - golongan kata nama/5.2.2 : - golongan kata kerja/5.2.3 : - golongan kata
adjektif/5.2.4 : - golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
1
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kandungan Muka surat

Contoh soalan dan Jawapan contoh 3

Praktis 1 4

Praktis 2 5

Praktis 3 6

Praktis 4 7

Praktis 5 8

Praktis 6 9

Praktis 7 10

Praktis 8 11

Praktis 9 12

Praktis 10 13

Praktis 11 14

Praktis 12 15

Praktis 13 16

Praktis 14 17

Praktis 15 18

Praktis 16 19

Praktis 17 20

Praktis 18 21

Praktis 19 22

Praktis 20 23

Biodata Guru 24 - 25

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
2
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Contoh soalan dan Jawapan contoh

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata
kerja. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama
khas.

Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di Malaysia semakin meningkat.

Menurut kajian, terdapat pelbagai punca berlakunya masalah tersebut. Salah satu
puncanya ialah pengaruh rakan sebaya. Umum mengetahui bahawa rakan sebaya
merupakan individu yang paling hampir dan rapat dengan seseorang remaja.
Remaja yang kurang didikan agama akan mudah terpengaruh dengan setiap
perbuatan negatif yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka. Oleh itu, setiap
remaja harus berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu perkara agar masa
depan mereka lebih terjamin. Sesungguhnya, pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara.

1. melakukan ( 1 markah )
Pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk menyemai semangat
patriotik dalam kalangan generasi muda. ( 1 markah )

2. berfikir ( 1 markah )
Ahmad sedang berfikir cara untuk menjawab soalan Matematik itu.
( 1 markah )

3. remaja ( 1 markah )
Setiap remaja perlulah bijak dalam menguruskan kewangan supaya tidak
muflis. ( 1 markah )

4. akhlak ( 1 markah )
Kita haruslah menunjukkan akhlak yang baik ketika bercakap dengan ibu
bapa dan guru. ( 1 markah )

Apa guna pergi ke lembah, Jika tidak menjerat merbah,

Apa guna umur bertambah, Jika amal tidak berubah.

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
3
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Praktis 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata sendi dan dua kata
kerja. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama
khas.

Pada masa ini, terdapat pelbagai bahan bacaan picisan di pasaran ibarat
cendawan tumbuh selepas hujan. Antaranya majalah hiburan seperti URTV,
Mangga, Media Hiburan, Hai dan lain-lain lagi. Lambakan bahan bacaan picisan
tersebut mengundang pelbagai masalah. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja
mudah terpengaruh dengan cara pemakaian artis yang diminati oleh mereka. Oleh
hal yang demikian, semua pihak harus bekerjasama antara satu sama lain bagai aur
dengan tebing untuk menangani masalah tersebut daripada terus membarah
dalam kalangan remaja.

Kata sendi nama

1.

______________________________________________________________________

2.

Kata kerja

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
4
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Praktis 2

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata
terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa
atau nama khas.

Rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.
Tema sambutan Hari Kemerdekaan negara kita pada tahun ini ialah ‘Malaysia Sehati
Sejiwa’. Pemilihan tema tersebut cukup bermakna dan jelas menggambarkan
kepentingan hidup bersatu padu dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dan agama. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong menyeru
rakyat Malaysia supaya hidup dalam suasana yang aman dan harmoni pada setiap
masa. Baginda juga turut melahirkan rasa gembira dan bersyukur kepada Allah
kerana rakyat Malaysia terus gigih dan tekun berusaha untuk memajukan negara
yang tercinta. Malaysia: Di sini lahirnya sebuah cinta.

Kata adjektif

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

Kata terbitan

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
5
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Praktis 3

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata
hubung. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa
atau nama khas.

Dalam meniti arus kemodenan ini, kita sering kali lupa akan kepentingan
mengamalkan gaya hidup sihat. Seperti yang kita sedia maklum, kesihatan amat
penting dalam kehidupan. Namun begitu, rakyat Malaysia kurang mengamalkan
gaya hidup yang sihat. Sebagai contohnya, mereka jarang-jarang melakukan aktiviti
yang boleh menyihatkan tubuh badan seperti bersenam, berjoging dan lain-lain lagi.
Apabila kita bersukan sisa toksin akan keluar dari badan melalui peluh. Selain itu,
mereka juga dikatakan tidak cakna dalam hal-hal yang berkaitan dengan
pemakanan seimbang. Oleh itu, kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat
pada setiap masa kerana badan sihat otak cerdas. Janganlah kita culas dalam
melakukan aktiviti yang boleh menjana kesihatan diri. Sesungguhnya, kesihatan
merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya.

Kata nama

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

Kata hubung

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
6
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Praktis 4

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata hubung dan dua kata
ganda. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa
atau nama khas.

Istiadat pertabalan Raja Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak yang baharu
telah diadakan secara besar-besaran dan penuh gemilang. Istiadat tersebut telah
diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Rakyat di
negeri Perak berasa sungguh gembira kerana memperoleh seorang sultan yang
berjiwa rakyat. Ramai tetamu kehormat telah hadir ke istiadat yang cukup
bersejarah itu. Dalam titahnya, Sultan Nazrin meminta semua rakyat khususnya yang
tinggal di negeri Perak supaya saling membantu dan bekerjasama antara satu sama
lain untuk memajukan negeri tersebut agar dapat duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negeri-negeri yang lain di Malaysia. Baginda berpendapat bahawa
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Kata hubung

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

Kata ganda

_____________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
7
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Praktis 5

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata sendi nama dan dua
kata kerja. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa
atau nama khas.

Sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia
tentang keunikan negara Malaysia. Umum mengetahui bahawa Malaysia
merupakan sebuah negara yang kaya dengan adat dan budaya. Bukan itu sahaja,
Malaysia juga turut dikenali sebagai ‘syurga makanan’ dek beraneka jenis makanan
yang sungguh lazat sekali. Antara makanan yang amat digemari oleh pelancong
asing ialah martabak, tose, kuetiau, nasi lemak, serondeng, sate dan lain-lain lagi.
Menurut pelancong asing, rakyat di Malaysia sangat unik kerana boleh hidup dalam
suasana yang aman dan harmoni walaupun berlainan agama dan bangsa. Mereka
sering bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti seperti gotong-royong. Mereka
berpendapat bahawa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Oleh itu, amalan
mulia tersebut perlu dipraktikkan dari semasa ke semasa.

Kata sendi nama

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

Kata kerja

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
8
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Praktis 6

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata sendi nama dan dua
kata terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai
peribahasa atau nama khas.

Membaca Jambatan Ilmu dan Ilmu Pelita Hidup merupakan antara slogan yang
paling sesuai digunakan bagi menggambarkan kepentingan membaca dalam
kehidupan. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini amalan tersebut semakin dipinggirkan
oleh masyarakat. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyemai tabiat membaca
dalam kalangan masyarakat. Salah satunya adalah dengan mengadakan kempen.
Sebagai contohnya, Kempen Marilah Membaca. Tujuan kempen tersebut diadakan
adalah untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan masyarakat khususnya
para remaja. Remaja seharusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu
amalan untuk melahirkan generasi muda yang berilmu dan berpengetahuan luas.
Mereka perlu bersikap lebih proaktif dalam memajukan diri dan negara yang
tercinta.

Kata sendi nama

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

Kata terbitan

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
9
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Praktis 7

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua hubung dan dua kata
ganda. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa
atau nama khas.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Itulah perumpamaan yang jelas
menggambarkan kebejatan gejala sosial yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir
ini. Isu ini seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas kerana sering meniti dari
bibir ke bibir rakyat Malaysia. Golongan muda sering terjebak dalam gejala negatif
ini. Ibu bapa yang terlalu mementingkan kerjaya berbanding anak-anak menjadi
punca utama peningkatan gejala sosial dalam kalangan remaja. Remaja yang
kurang mendapat kasih sayang dan didikan agama akan mudah terpengaruh
dengan berbagai-bagai masalah sosial seperti rempit, buang bayi, kongsi gelap,
penagihan dadah dan lain-lain lagi. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk
membendung masalah ini daripada terus meningkat dari setahun ke setahun.

Kata hubung

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

Kata ganda

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
10
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Praktis 8

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata
kerja. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama
khas.

“Sesungguhnya, aku (Allah) tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan
ia (kaum) itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya”. Firman Allah SWT di atas
jelas menunjukkan bahawa usaha yang gigih dan tekun amat penting dalam
mencapai sesuatu kejayaan. Oleh sebab itu, setiap pelajar yang ingin memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan haruslah belajar dan berusaha
dengan bersungguh-sungguh. Tanpa usaha yang gigih, tidak mungkin kita akan
memperoleh kejayaan kerana pepatah Melayu ada menyatakan bahawa yang
bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Oleh hal yang
demikian, belajarlah dengan tekun agar mendapat keputusan yang cemerlang.
Ingatlah bahawa pelajar yang cemerlang dalam akademik akan membanggakan
guru dan kedua-dua ibu bapa.

Kata nama

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

Kata kerja

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________
Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
11
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Praktis 9

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata
terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa
atau nama khas.

Badan sihat otak cerdas manakala otak yang cerdas pula ada pada badan yang
sihat merupakan antara kata hikmat yang jelas menggambarkan peri pentingnya
kesihatan kepada setiap orang. Seperti yang kita sedia maklum, kesihatan
merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya kepada setiap manusia.
Jika kesihatan diri tidak dijaga dengan baik, kita akan dijangkiti pelbagai penyakit
seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, dan sebagainya lagi.
Pelbagai usaha boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan diri. Salah satunya
adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat pada setiap masa. Sebagai
contohnya, kita boleh bersenam atau berjoging pada setiap hujung minggu. Secara
tuntasnya, marilah kita menjaga kesihatan diri agar terhindar daripada pelbagai
penyakit yang berbahaya. Sudah terang lagi bersuluh, mencegah lebih baik
daripada mengubati.

Kata adjektif

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

Kata terbitan

1.

______________________________________________________________________

2.

______________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
12
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Praktis 10

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata
sendi nama. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa
atau nama khas.

Dalam mendepani alaf baru yang semakin mencabar ini, kita sering kali
didendangkan dengan berbagai-bagai isu yang berkaitan dengan alam sekitar.
Seperti yang kita sedia maklum, pencemaran alam sekitar bukanlah isu baharu
dalam kalangan penduduk di dunia. Masalah tersebut dikatakan telah lama
membarah dan semakin meruncing dalam kalangan masyarakat terutamanya yang
tinggal di Malaysia. Penerokaan dan pembakaran hutan secara haram telah
menyebabkan berlakunya pelbagai pencemaran alam sekitar seperti jerebu,
pemanasan global dan lain-lain lagi. Tambahan pula, penguatkuasaan yang lemah
juga turut menjadi punca berlakunya pencemaran alam sekitar yang semakin
berleluasa dewasa ini. Sebagai contohnya, pihak berkuasa dikatakan tidak tegas
dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Oleh hal
yang demikian, semua pihak harus bersikap proaktif dan memainkan peranan
masing-masing dalam menangani masalah sebelum nasi menjadi bubur.

Kata kerja

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Kata sendi nama

3.

4.

_____________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
13
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2
Praktis 11

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata
bantu. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa
atau nama khas.

Masalah obesiti dalam kalangan penduduk dunia dikatakan semakin

membimbangkan. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia, Malaysia merupakan antara negara yang mencatat jumlah penghidap
obesiti paling tinggi di dunia. Hal ini berlaku demikian kerana rakyat Malaysia
dikatakan kurang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, amalan
pemakanan yang tidak seimbang juga turut menjadi punca. Tambahan pula,
masalah keturunan dan lambakan restoran makanan segera yang bagai cendawan
tumbuh selepas hujan juga turut mengekang usaha murni kerajaan untuk menangani
gejala tersebut secara lebih efektif. Sebagai contohnya, MC Donalds dan piza. Oleh
itu, Kementerian Kesihatan Malaysia perlu memperbanyak kempen yang berkaitan
dengan gaya hidup sihat. Tamsilnya, Kempen Badan Sihat Otak Cerdas, Kempen
Senaman 1 Malaysia, Kempen Jom Sihat dan lain-lain lagi.

Kata adjektif

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Kata bantu

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
14
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2
Praktis 12

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata
kerja. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa atau nama
khas.

Sukan ialah aktiviti yang memerlukan kemahiran, ketangkasan dan tenaga. Sukan
boleh dilakukan dalam pelbagai cara sama ada sebagai hiburan ataupun sekadar
untuk mengisi masa senggang dan beriadah. Terdapat berbagai-bagai jenis sukan
yang boleh kita lakukan seperti badminton, olahraga, tenis, bola sepak dan skuasy.
Inisiatif untuk memupuk minat masyarakat terhadap aktiviti sukan ini harus bermula
dari bangku sekolah lagi. Oleh itu, pihak sekolah haruslah menganjurkan pelbagai
pertandingan sukan di peringkat sekolah. Selain itu, ibu bapa juga turut
bertanggungjawab dalam usaha memupuk minat anak-anak mereka untuk
bersukan. Sebagai contohnya, mereka boleh membelikan peralatan sukan yang
diminati oleh anak-anak. Sememangnya tidak dapat kita nafikan lagi bahawa
amalan bersukan mendatangkan faedah yang banyak kepada seorang individu.

Kata nama

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Kata kerja

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
15
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2
Praktis 13

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata terbitan dan dua kata
hubung. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa
atau nama khas.

Kerajaan harus melakukan pelbagai inisiatif bagi membendung pencemaran

bahasa Melayu yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Ibu bapa perlu
menerapkan amalan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan
anak sejak di bangku sekolah rendah lagi. Ibu bapa mestilah berganding bahu untuk
memperoleh hasil yang lumayan. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan
generasi muda wajar dibendung dari sekarang agar tidak terus menjadi barah
dalam kalangan masyarakat. Guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu juga perlu
memainkan peranan yang lebih efektif untuk mengalakkan para pelajar supaya
menggunakan bahasa Melayu yang betul semasa berada di sekolah ataupun di luar
sekolah. Pihak kerajaan wajar membantu ibu bapa dan pihak sekolah untuk
memupuk minat generasi muda supaya gemar membaca bahan bacaan
berbahasa Melayu.

Kata terbitan

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Kata hubung

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
16
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2
Praktis 14

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata
sendi nama. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa
atau nama khas.

Dalam mendepani arus Revolusi Perindustrian 4.0 yang semakin mencabar ini, isu
yang berkaitan dengan kerjaya impian sering dibincangkan oleh masyarakat dan
acap kali diwara-warakan oleh pihak media massa melalui siaran berita di kaca-
kaca televisyen ataupun di corong-corong radio. Seperti yang kita sedia maklum,
setiap individu pasti mempunyai kerjaya impian masing-masing. Kerjaya impian
bermaksud bidang pekerjaan yang ingin diceburi oleh seseorang pada masa
hadapan. Antara contoh kerjaya impian yang sering didambakan oleh kita ialah
polis, doktor, jurutera, pensyarah, arkitek, peguam dan lain-lain lagi. Namun begitu,
untuk merealisasikan sesuatu kerjaya impian bukanlah satu perkara yang mudah. Hal
ini dikatakan demikian kerana yang kejayaan yang semanis madu tidak akan
sewenangnya datang bertamu tanpa usaha yang sepahit hempedu. Oleh itu, kita
haruslah berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan
kerjaya impian kita sebagai suatu kenyataan.

Kata kerja

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Kata sendi nama

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
17
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2
Praktis 15

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata
hubung. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang anda pilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa
atau nama khas.

Kemajuan dalam bidang sukan menjadi semakin penting pada masa ini. Hal ini
dikatakan demikian kerana sukan mampu mewujudkan perpaduan sejagat. Selain
itu, sukan juga dapat memupuk keamanan dan meningkatkan imej sesebuah
negara. Dasar Satu Murid Satu Sukan yang digubal oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) adalah bertujuan untuk memastikan penglibatan setiap murid dalam
aktiviti sukan di sekolah agar dapat mewujudkan budaya persaingan yang sihat,
memastikan penglibatan semua murid dan melahirkan bakat-bakat sukan dari akar
umbi dalam kalangan murid di sekolah. Menurut kajian yang dijalankan oleh Majlis
Sukan Negara (MSN), sukan bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malah
berupaya menjana pendapatan seseorang atlet. Sebagai contohnya, Datuk Wira
Lee Chong Wei merupakan salah seorang atlet badminton yang paling kaya setelah
berjaya memenangi pelbagai kejohanan badminton di peringkat antarabangsa.

Kata kerja

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Kata hubung

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
18
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Praktis 16

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata
adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Penekanan inovasi dalam kalangan murid pendidikan khas dapat menambah baik
sahsiah diri dan kualiti kehidupan serta memudahkan pengurusan aktiviti harian
murid. Jika diberi pendedahan yang tepat, mereka mampu bersaing dengan rakan
murid yang normal. Inovasi berkaitan dengan persekitaran sekolah bukan sahaja
memudahkan pengurusan dan meringankan beban pendidikan sepanjang proses
pembelajaran di sekolah, malah dapat mewujudkan persekitaran yang mesra
kepada murid kelainan upaya ini. Hal ini akan dapat melahirkan murid yang sentiasa
berfikir dan berani menghadapi cabaran. Oleh itu, semua pihak haruslah
menggembleng tenaga dan usaha serta bekerjasama antara satu sama lain bagai
aur dengan tebing untuk meningkatkan kecemerlangan murid-murid pendidikan
khas dalam pelbagai bidang. Janganlah kita menyisihkan mereka kerana mereka
merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya kepada kita. Sayangi dan
hormatilah mereka seperti mana kita menghormati dan menyayangi murid-murid
normal yang lain.

Kata kerja

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Kata adjektif

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
19
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Praktis 17

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama dan dua kata
terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya bagi setiap
insan. Alam sekitar perlu kita pelihara dengan sebaik-baiknya agar tidak dicemari
atau dirosakkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab.
Namun, saban hari kita sering mendengar berita tentang pencemaran alam sekitar
dilaporkan oleh pihak media massa arus perdana. Pencemaran Sungai Kim Kim,
pembakaran sampah secara terbuka, dan pembalakan secara haram merupakan
contoh pencemaran alam sekitar yang boleh mengundang pelbagai kesan negatif
kepada manusia dan hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Pelbagai
langkah yang proaktif perlu diambil bagi menangani masalah ini daripada menjadi
semakin parah. Janganlah sudah terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu
pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Sesungguhnya, tanggungjawab untuk
melestarikan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Sepakat membawa
berkat.

Kata nama

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Kata terbitan

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
20
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Praktis 18

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata
sendi nama. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Bidang sains dan teknologi memainkan peranan yang sangat penting dalam
sesebuah negara untuk mencapai status negara maju. Kita haruslah mempunyai
kepakaran dalam kedua-dua bidang tersebut agar dapat duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Kehebatan negara
Jepun, China, Korea Selatan dan Amerika Syarikat dalam bidang sains dan teknolgi
telah menjadikan negara mereka sebagai negara yang maju dan disegani. Mari kita
ambil negara Amerika Syarikat sebagai contoh. Saintis mereka telah berjaya
mencipta vaksin yang dapat mencegah penularan wabak Covid-19. Dikatakan
keberkesanan vaksin Pfizer terhadap manusia adalah sebanyak 95 peratus. Baru-
baru ini pula, negara China telah berjaya mencipta dan melancarkan satelit buatan
sendiri ke angkasa lepas. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi di negara-
negara tersebut wajar kita contohi. Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak perlu
memainkan peranan yang ampuh bagi melahirkan tenaga pakar yang lebih ramai
dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

Kata kerja

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Kata sendi nama

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
21
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Praktis 19

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata terbitan dan dua kata
nama. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Revolusi Perindustrian 4.0 memerlukan semua pihak mengadaptasi kehidupan seiring

dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi yang
lebih pintar. Malaysia merupakan antara negara yang bergerak ke hadapan dalam
perkembangan ini. Langkah proaktif perlu diambil kerana beberapa buah negara
seperti Jepun dan Korea Selatan telahpun mengorak langkah ke arah industri 5.0.
Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (
KPM ) telah mengambil inisiatif bagi menjayakan Revolusi Perindustrian 4.0 yang telah
dirancang oleh pihak kerajaan. Salah satu inisiatif tersebut adalah memperkasakan
Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET. Penubuhan
beberapa buah pusat pengajian berasaskan kemahiran seperti Giat Mara, Sekolah
Teknik, Kolej Vokasional dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA diharapkan dapat
merealisasikan hasrat negara bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja profesional
dan mahir.

Kata terbitan

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Kata nama

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
22
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Praktis 20

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua sendi nama dan dua kata
hubung. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Itulah peribahasa
yang jelas menggambarkan kepentingan hidup bersatu padu dan bekerjasama
dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Namun begitu, amalan bekerjasama dan
bermusyawarah dalam melakukan sesuatu kerja semakin dilupakan oleh masyarakat
kerana sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Masyarakat yang tinggal di kota
kurang mesra dengan jiran-jiran yang ada di sekeliling mereka. Mereka juga dilihat
bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Tambahan
pula, anak-anak mereka juga turut bersikap seperti kera sumbang kerana tidak suka
bergaul dengan anak-anak jiran yang lain. Hal ini amatlah menyedihkan dan perlu
kita tangani dengan kadar yang segera sebelum tokak menjadi nanah. Kita haruslah
hidup bermasyarakat kerana terdapat banyak kebaikan yang akan kita peroleh
daripadanya.

Kata sendi nama

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Kata hubung

1.

_____________________________________________________________________

2.

_____________________________________________________________________

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
23
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Biodata Guru

➢ Nama : Md Nor Hisham bin Musa

➢ Jawatan : Guru Kanan Bahasa, SMK Toh Muda Abdul Aziz.
➢ E-mel : gkbhisham@gmail.com / Instagram : hishammdnor
➢ Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Muda Abdul Aziz, 31100, Sungai
Siput (U), Perak Darul Ridzuan.
➢ Latar belakang Pendidikan :
• 1983 – 1988 : Sekolah Kebangsaan Kenering
• 1989 – 1993 : Sekolah Menengah Kenering
• 1994 – 1995 : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad
• 1998 – 1999 : Diploma Bahasa Malaysia, Universiti Malaya.
• 1999 – 2003 : Ijazah Sarjana Muda Bahasa & Linguistik Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.
• 2007 – 2008 : Diploma Pendidikan - Institut Perguruan Bahasa Melayu
Malaysia ( IPBBM ), Kuala Lumpur.
➢ Kelayakan Ikhtisas : Pengajian Melayu / Kesusasteraan Melayu
➢ Pengalaman mengajar subjek Bahasa Melayu :
• 2003 – 2007 : Sekolah Sri Bestari, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.
• 2007 – hingga sekarang : Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Muda
Abdul Aziz, Sungai Siput (U), Perak.
➢ Pengalaman dalam bidang bahasa :
• 2013 – 2018 : Ketua Panitia BM
• 2019 – hingga sekarang : Guru Kanan Bahasa
• 2014 – 2016 : Pentaksir Kawasan PT3, Daerah Kuala Kangsar
• 2019 – hingga sekarang : Pentaksir Kawasan ULBS BM SPM
• 2009 – hingga sekarang : Pemeriksa Kertas 1 BM SPM
• 2017 – hingga sekarang : Penceramah Bengkel Teknik Menjawab Soalan
Bahasa Melayu SPM Kertas 1

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
24
Sijil Pelajaran Malaysia 2021. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2
• 2021 – Panel Pembina Modul Focus@mykuale PPD Kuala Kangsar.
• 2021 – Panel Pembina Modul Ticket to Victory JPN Perak.

➢ Pencapaian : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) tahun 2012

➢ Motto Hidup : ‘kerja jangan bertangguh-tangguh, lakukanlah dengan ikhlas
dan bersungguh-sungguh tanpa perlu disuruh agar hasilnya terserlah kukuh’
➢ Modul-modul yang telah dihasilkan :

• Modul Skor A+ Bahasa Melayu SPM Kertas 1

• Modul Hafalis – SPM Kertas 1
• Modul Gemilang Karanganku – SPM Kertas 1
• Modul Cakna Komsas – Novel SPM Kertas 2
• Modul Nuansa Peribahasa – SPM Kertas 2
• Modul Latihan Cuti – cuti Belajar – SPM Kertas 1
• Modul Masteri Rumusan – SPM Kertas 2
• Modul Pintar Bahasa – SPM Kertas 2
• Modul Dirgahayu Bahasaku – Olahan soalan SPM sebenar
• Modul Liber – PT3 Kertas 2 ( Ulasan )
• Modul Rivel – PT3 Kertas 2 ( Novel )
• Modul Sugen – PT3 Kertas 1 ( Tatabahasa )
• Koleksi Karya Kreatif Cikgu Hisham@MN
• Model Karangan Hafal dan Tulis SPM Pelajar GALUS
• Koleksi Soalan & Karangan Contoh Bahagian A SPM 2021
• Koleksi Soalan & Karangan Contoh Bahagian B SPM 2021
• Modul PdPR BM Tingkatan 1 2021
• Modul PdPR BM Tingkatan 4 dan 5 2021
• Koleksi Soalan Morfologi SPM 2021
• Nota Komprehensif Golongan Kata SPM 2021
• Koleksi Soalan Penyuntingan SPM 2021
• Koleksi SoalanPeribahasa SPM 2021
• Koleksi Karangan Contoh Cemerlang Atas Bahagian B SPM 2021
• Model Karangan Hafal dan Tulis SPM 2021
• Koleksi Soalan & Jawapan Contoh Novel KBAT 2021

Dayung perahu tuju pangkalan,

Dengan sampan sarat pulasan,
Stmaa excellent tradisi keunggulan,
Tonggak gemilang generasi berwawasan.

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
25

Anda mungkin juga menyukai