Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM RINTIS MODUL MUALLIM SEKOLAH MURID ORANG ASLI (SMOA)

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KENANG


2022/2023
PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang telah terpilih sebagai sekolah rintis untuk menjalankan
Modul Muallim yang sebelum ini telah dilaksanakan untuk pelajar-pelajar PPKI Sekolah
Menengah. Modul Muallim ini dihasilkan bertujuan memberikan alternatif yang lebih mudah
dan cepat dalam membantu murid-murid yang ketinggalan dalam penguasaan bacaan al-
Quran. Modul ini dibina berdasarkan prinsip ansur maju dari mudah kepada yang lebih
kompleks dengan memperkenalkan kepada murid-murid huruf-huruf al-Quran secara tidak
mengikut susunan abjad yang biasa diterapkan dalam pendekatan konvensional. Di dalam
modul ini, murid-murid akan diperkenalkan terlebih dahulu dengan 15 huruf al-Quran yang
mudah dikenal dan disebut oleh kebanyakan murid sebelum dilanjutkan dengan baki huruf-
huruf lain yang lebih sukar.

Dalam konteks Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang, program rintis ini telah
melibatkan seramai 22 orang murid dari kelas Tahun 6 Harmoni dan 6 Intelek. Kriteria
pemilihan murid-murid tersebut adalah berdasarkan tahap penguasaan yang masih lemah
dalam bacaan al-Quran dengan rata-ratanya masih berada pada tahap Iqra’ 1 dan 2.

PELAKSAANAN PROGRAM

Program rintis ini telah dilaksanakan selama tiga bulan bermula dari 5/10/2022 sehingga
11/1/2023 dengan menggunakan Buku 1 Modul Muallim yang mengandungi sebanyak 21
unit. Murid-murid yang telah terpilih masing-masing telah dibekalkan dengan sebuah buku
dan dibimbing oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) di dalam waktu pengajaran di dalam kelas.
Murid-murid tersebut dibimbing oleh guru menggunakan kaedah talaqqi musyafahah secara
individu, bacaan kuat dan mengikut tahap kemampuan bacaan murid (Baca Ikut Murid).
Murid akan membaca mengikut turutan unit-unit dalam modul tersebut dan dibetulkan
kesalahannya oleh guru. Murid yang lancar dalam sesuatu unit akan diberi peluang untuk
membaca unit yang seterusnya.

Selepas selesai bacaan di hadapan guru, murid akan membuat latihan menulis di
dalam buku modul tersebut. Bacaan murid pada sesi pengajaran tersebut seterusnya akan

1
direkodkan di dalam borang rekod kemajuan bacaan dan akan disambung bacaan dalam unit
seterusnya dalam sesi pengajaran seterusnya.

HASIL DAPATAN

Berdasarkan data terakhir yang direkodkan pada 11/1/2023, seramai tiga orang murid
didapati tidak menunjukkan sebarang kemajuan, 14 orang murid dapat menguasai antara
Unit 1 sehingga Unit 10, sementara 5 orang murid dapat menguasai antara Unit 11 sehingga
Unit 21. Jadual yang berikut menunjukkan tahap pencapaian murid dalam bacaan Modul
Muallim secara terperinci:-

BIL UNIT PENCAPAIAN (ORANG)


1 Unit 1 1
2 Unit 2 1
3 Unit 3 2
4 Unit 4 2
5 Unit 5 2
6 Unit 7 1
7 Unit 8 2
8 Unit 9 1
9 Unit 10 2
10 Unit 11 1
11 Unit 12 1
12 Unit 13 1
13 Unit 14 1
14 Unit 21 1
JUMLAH 19

KEKUATAN PROGRAM

Berdasarkan pemerhatian guru dan maklum balas dari murid, Modul Muallim yang digunakan
dalam program rintis ini lebih menrik minat murid untuk digunakan berbanding penggunaan
Iqra’ yang biasa digunakan sebelum ini. Setelah beberapa kali sesi pengajaran dilaksanakan,

2
murid-murid yang menggunakan modul ini telah diberi pilihan oleh sama ada untuk terus
menggunakan modul ini atau buku Iqra’. Maklum balas yang diterima oleh guru adalah positif
apabila murid lebih memilih untuk terus menggunakan modul ini berbanding buku Iqra’.

Hal yang demikian disebabkan kerana modul ini dilihat lebih mudah untuk digunakan
oleh murid-murid kerana pendekatannya yang memperkenalkan huruf-huruf yang mudah
terlebih dahulu. Modul ini juga turut mengasingkan huruf-huruf yang sering menjadi
kekeliruan kepada murid seperti diperkenalkan dahulu huruf dal dan ra dalam kumpulan
pertama huruf-huruf mudah sebelum dilanjutkan huruf dzal dan zay dalam kumpulan kedua
huruf-huruf yang lebih sukar. Pendekatan ini lebih memudahkan murid dan mengekalkan
minat mereka untuk meneruskan bacaan dalam unit seterusnya. Berbanding penggunaan
buku Iqra’ sebelum ini, murid-murid yang lemah dalam mengenal dan membezakan huruf-
huruf tersebut akan mudah berasa bosan dan tidak berminat untuk meneruskan bacaan
apabila mereka salah dalam menyebut huruf tersebut.

Tambahan pula, penggunaan modul ini didapati lebih cepat berbanding penggunaan
buku Iqra’ kerana pembahagian unit-unit di dalam modul ini dibuat dalam bentuk yang
ringkas dan sederhana. Murid-murid yang didapati telah berjaya menguasai dengan baik
sesuatu unit akan diberi peluang untuk meneruskan unit yang seterusnya. Hasil penyediaan
unit-unit secara ringkas ini secara jelas dapat dilihat melalui pencapaian murid-murid yang
sederhana apabila dapat menghabiskan lebih daripada satu unit dalam satu-satu sesi
pengajaran.

Di samping itu, modul ini juga turut menyediakan latihan menulis sebagai usaha
pengukuhan terhadap sesi bacaan bersama guru. Latihan menulis ini secara tidak langsung
membantu murid dalam penguasaan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Agama
Islam dan Bahasa Arab.

Dalam perkembangan yang berkaitan, terdapat juga guru-guru dari sekolah lain yang
telah melihat isi kandungan modul ini menyatakan minat mengguna pakai modul ini untuk
murid-murid di sekolah mereka.

Secara keseluruhannya, penggunaan modul ini dilihat mampu membantu murid-


murid yang lemah dan sederhana dalam bacaan al-Quran. Buktinya dapat dilihat melalui ujian

3
penilaian yang dilakukan oleh guru terhadap murid yang telah selesai menghabiskan Buku 1
Modul Muallim apabila dapat menguasai dengan baik Buku Iqra’ 1, 2 dan 3.

KEKANGAN PROGRAM

Dalam dapatan terdahulu, didapati bahawa seramai tiga orang murid yang tidak menunjukkan
sebarang kemajuan dalam rekod bacaan. Hal yang demikian disebabkan murid-murid
tersebut tergolong dalam kalangan murid ponteng tegar. Demikian juga kekangan yang
dihadapi oleh guru-guru dalam menangani beberapa orang murid lagi yang hanya dapat
menguasai Unit 1, 2 dan 3 sahaja Modul Muallim. Murid-murid tersebut berdasarkan rekod
hanya sekali atau dua kali sahaja dapat bersama dengan guru menggunakan modul tersebut.
Pemerhatian yang dilakukan oleh guru mendapati bahawa murid yang lebih kerap hadir ke
sekolah dan dapat lebih bersama dengan guru dalam sesi pengajaran akan lebih menguasai
unit-unit dalam modul tersebut berbanding murid-murid yang berhadapan dengan masalah
kehadiran ke sekolah.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Adalah diharapkan Modul Muallim ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan
dilanjutkan lagi dengan buku yang seterusnya. Dicadangkan agar Modul Muallim ini boleh
disediakan dalam dua bentuk iaitu satu buku teks bacaan yang dikongsi oleh murid-murid
sementara satu buku lagi sebagai buku latihan menulis. Pendekatan ini boleh mengurangkan
kos percetakan apabila buku teks bacaan dapat diguna semula oleh murid-murid pada tahun
seterusnya.

Modul ini juga dicadangkan supaya diperkenalkan kepada murid-murid seawal Tahun
Tiga yang belum mampu menguasai dengan baik Iqra’ 1 dan 2 supaya murid-murid tersebut
dapat membaca al-Quran sebelum tamat sekolah rendah. Modul ini juga dilipat berupaya
diperkenalkan kepada murid-murid PPKI Sekolah Rendah sebagai memberi peluang kepada
mereka mencapai tahap bacaan al-Quran yang baik standing dengan murid-murid dari aliran
perdana.

4
PENUTUP

Modul Muallim ini dilihat dapat membantu secara keseluruhannya menambahbaik tahap
penguasaan bacaan al-Quran murid-murid khususnya murid-murid yang lemah.
Kesinambungan program ini berupaya menjadi intervensi yang tersusun dan strategik dalam
mengatasi masalah bacaan al-Quran yang lemah bukan sahaja untuk murid-murid dari
Sekolah Murid Orang Asli bahkan boleh diketengahkan untuk murid-murid Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

Disediakan oleh, Disemak oleh.

t.t. t.t

(MUHAMAD NAIM BIN HASSAN) (HAMIMAH BINTI AHMAD@SHAMSUDIN)


Penyelaras, Ketua Panitia Pendidikan Islam,
Program Rintis Modul Muallim SMOA, SK Kampung Kenang.
SK Kampung Kenang.

Anda mungkin juga menyukai