Anda di halaman 1dari 8

AMALAN KEPIMPINAN AUTOKRATIK PENGETUA

DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA


GURU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN
Bahagian B

(Amalan Kepimpinan Pengetua)

1. Sila baca dengan teliti setiap kenyataan dalam soal selidik ini.

2. Dengan merujuk skala di bawah, sila BULATKAN penyataan yang tuan/puan


FIKIRKAN paling sesuai menggambarkan tingkah laku kepemimpinan
pengetua di sekolah anda.

1 – Sangat Tidak Setuju


2 – Tidak Setuju
3 – Kurang Setuju
4 – Setuju
5 – Sangat Setuju

Bil Dimensi / Item Skala

B01 Gaya Kepimpinan Autokratik Pengetua

1 Pengetua mendengar dengan bersungguh- 1 23 4 5


sungguh keperluan saya

2 Pengetua mendorong kami memikirkan 1 23 4 5


semula idea-idea yang sebelum ini tidak
pernah dipersoalkan.
3 Pengetua menyuarakan keyakinan beliau 1 23 4 5
terhadap kami dalam mencapai matlamat.
4 Pengetua memberi galakan yang berterusan. 1 23 4 5

5 Pengetua menggalakkan kemajuan diri 1 23 4 5

B02 Cara Kerja Pengetua

1 Pengetua memberikan arahan dan guru-guru 1 23 4 5


mestilah menurutinya

2 Matlamat pengetua adalah segala arahan 1 23 4 5


haruslah dilakukan dengan segera untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan oleh nya

3 Pelaksanaan prosedur kerja pengetua sistematik 1 23 4 5


14

4 Tingkah laku pengetua menimbulkan 1 2 3 4 5


penghormatan saya terhadap pengetua

5 Pengetua menyatakan dengan jelas visi 1 2 3 4 5


dan masa depan sekolah.

B03 Cara Pengetua Membuat Keputusan

1 Pengetua tetap tenang semasa menghadapi 1 2 3 4 5


keadaan krisis.
2 Pengetua mempertimbangkan semula 1 2 3 4 5
penyelesaian bagi sesuatu masalah untuk
mempastikan ianya sesuai atau tidak.
3 Pengetua lebih pentingkan kaedah penyelesaian 1 2 3 4 5
masalah berdasarkan penaakulan (reasoning)
dan bukti daripada pendapat yang tidak
berasas.
4 Pengetua hanya campur tangan apabila ada 1 2 3 4 5
masalah berlaku.
5 Pengetua memberi perhatian kepada kesalahan 1 2 3 4 5
kerja.

B04 Cara Pentadbiran Pengetua

1 Pengetua menetapkan prestasi pencapaian yang 1 2 3 4 5


tinggi.

2 Pengetua menunjukkan kemampuan dan bakat 1 2 3 4 5


yang luar biasa dalam sebarang hal yang
dilaksanakan oleh beliau.
3 Pengetua menunjukkan keyakinan dan kuasa. 1 2 3 4 5

4 Pengetua menimbulkan kesedaran tentang apa 1 2 3 4 5


yang perlu dipertimbangkan.
5 Pengetua menjelaskan sasaran kerja secara 1 2 3 4 5
jelas.
15

Bahagian C

(Kepuasan Kerja Guru)

Berikut adalah pemyataan-pernyataan tentang perasaan anda terhadap organisasi anda.


Sila BULATKAN pernyataan-pemyataan yang anda fikir sesuai berdasarkan Skala-
Skala berikut:

1 – Sangat Tidak Setuju


2 – Tidak Setuju
3 – Kurang Setuju
4 – Setuju
5 – Sangat Setuju

Bil Dimensi / Item Skala

C1 Hubungan Dengan Pengetua

1 Saya tidak menghadapi masalah komunikasi 1 23 4 5


dengan pengetua

2 Guru berpeluang untuk berbincang masalah 1 23 4 5


dengan pihak pentadbir.

3 Pentadbir membina hubungan baik dengan guru- 1 23 4 5


guru.

4 Saya suka dengan gaya kepimpinan autokratik 1 23 4 5


pengetua

5 Pengetua memberi kebebasan untuk 1 23 4 5


melaksanakan sesuatu aktiviti kurikulum & Ko
Kurikulum.

C2 Tanggungjawab Sebagai Guru

1 Guru berpengetahuan dan mahir dalam 1 2 3 4 5


mengendalikan aktiviti ko-kurikulum

2 Guru diberi kebebasan merancang sendiri tugas 1 2 3 4 5


yang diamanahkan

3 Guru sentiasa bertanggungjawab dalam tugas 1 2 3 4 5


harian
16

4 Tugas sebagai guru menjamin masa depan 1 2 3 4 5

5 Guru sentiasa melaksanakan tanggungjawab 1 2 3 4 5


sebagai pendidik

C3 Persekitaran Tempat Kerja

1 Rakan sekerja sentiasa memberikan tunjuk ajar 1 2 3 4 5


kepada saya

2 Saya berpuas hati dengan kerjasama antara rakan 1 2 3 4 5


sekerja

3 Saya suka akan konteks kerja atau persekitaran 1 2 3 4 5


sekolah

4 Suasana tempat saya mengajar memuaskan 1 2 3 4 5

5 Semangat kerjasama dalam kalangan guru tinggi 1 2 3 4 5

C4 Bebanan Kerja Di Sekolah

1 Saya berpuas hati dengan bilanagn pelajar kelas 1 2 3 4 5


saya

2 Saya berpuas hati dengan waktu mengajar yang 1 2 3 4 5


diberikan

3 Saya berpuashati dengan Jumlah tugasan yang 1 2 3 4 5


perlu dilaksanakan

4 Saya berpuas hati dengan tugas dan 1 2 3 4 5


tanggungjawab yang diberikan kepada saya

5 Saya berpuas hati dengan tugas bukan mengajar 1 2 3 4 5


yang dipertanggungjawabkan kepada saya.
1.10 DEFINISI OPERATIONAL

1.10.1 Kepimpinan

Kepimpinan adalah satu proses cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulan


dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli organisasi untuk
berusaha dan bekerjasama secara rela hati bagimencapai matlamat yang sama. Secara
rumusnya, kepimpinan memeberi kepuasan kepada pengikut, menghasilkan prestasi
kerja yang cemerlang serta dapat mengadakan perbincangan dan membuka peluang
kepada orang bawahan untuk mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu
perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk
meningkatkan semangat kerja. Antara gaya kepimpinan ialah autokrasi. Contohnya
cara pengurusan atau pentadbiran yang bersifat tanpa soal yang mana pemimpin
mempunyai kuasa mutlak. Kepimpinan dalam konteks kajian ini adalah untuk melihat
dan menenalpasti kepimpinan yang dilaksanakan oleh pengetua dalam memimpin
organisasi sekolah menengah dengan penilaiannya dibuat berdasarkan kepuasan kerja
guru terhadap kepimpinan oleh pengetua dalam daerah Jempol.

1.10.2 Kepimpinan Autokratik

Pemimpin jenis ini banyak memberi arahan dan semua keputusan hanya dia
seorang sahaja yang boleh membuatnya. Pemimpin jenis ini sangat mementingkan
kedudukan sebagai seorang yang berkuasa. Mereka mahu membolot semua kuasa
yang diberikan kepadanya. Dia menentukan semua aktiviti yang boleh dibuat, cara-
cara bagaimana aktiviti itu boleh dibuat dan siapa yang harus membuatnya. Pemimpin
ini hanya memberi arahan demi arahan dan dalam masa yang sama dia tidak ikut serta
mana-mana aktiviti. Pada masa ini gaya autokratik tidak diterima ramai lagi dan
dianggap sudah ketinggalan. Namun sebenarnya masih ramai pemimpin terdiri
daripada mereka yang mengamalkan gaya ini. Dalam keadaan-keadaan tertentu hanya
penggunaan gaya ini yang berkesan umpamanya apabila berlaku krisis besar seperti
hanya pemimpin sahaja yang boleh membuat keputusan. Dalam situasi begini,
keputusan demi keputusan mesti dibuat dengan cepat manakala persetujuan ramai
tidak diperlukan (Mansor & Esa, Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan
Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Rendah Di Seremban, 2009)
8

Dalam Konteks kajian ini, kepimpinan autokratik pengetua adalah untuk


melihat pengaruh kepimpinan autokratik yang di amalkan oleh pengetua dengan
melihat kepuasan kerja guru dari segi kepuasan bekerja, hubungan dengan pengetua,
persekitaran guru yang bekerja serta bebana kerja yang di tanggungg oleh guru dalam
mencari kepuasan bekerja sebagai pendidik di sekolah berkenaan.

1.10.3 Kepuasan Kerja Guru

Elemen khusus dalam kepuasan kerja adalah sikap individu terhadap


pekerjaannya. Untuk menghasilkan kumpulan bekerja yang proaktif, pihak pengurusan
perlulah mengambil serius tentang kepuasan bekerja dalam kalangan pekerja bawahan.
Ishak (2004) menyatakan, tindak balas terhadap emosi dan perasaan suka atau tidak suka
seseorang pekerja itu dalam pekerjaanya merupakan satu kepuasan bekerja

Dimensi penyeliaan yang teratur dan sistematik akan menimbulkan perasaan


yang senang dan tenteram dalam kalangan pekerja. Hal ini kerana, perhubungan yang
terjalin secara positif antara pemimpin dan pekerja akan meningkatkan kepuasan
bekerja sekali gus akan memberikan nilai tambah dalam menghadapi penyeliaan oleh
pemimpin dengan melihat aspek penyeliaan seperti hubungan peribadi, bantuan yang
diperolehi dan juga amalan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin tersebut
(Hamdan, Eliza & Bakhtiar, 2005)

Dalam menunjukkan perasaan empati terhadap pekerja bawahan seperti


bersikap mesra, saling mengambil berat akan kebajikan pekerja menunjukkan
hubungan peribadi yang terjalin antara pemimpin dan pekerja bawahannya. Tindakan
seorang pemimpin dalam menunjukkan bantuan teknikal yang diberikan adalah
dengan sikap pemimpin yang sentiasa membantu, memberi bimbingan dan memantau
pekerjanya dengan kaedah yang sopan dan mesra bagi mempengaruhi kepuasan
bekerja. Pengurusan yang terbaik adalah pemimpin yang mengamalkan gaya
9

kepimpinan yang boleh mempengaruhi pekerjanya untuk menjalankan kerja yang


telah diamanahkan dengan menunjukkan gaya pengurusan yang terbaik dalam
membimbing pekerja memacu kejayaan bersama untuk mencapai matlamat organisasi
dengan lebih berkesan

1.10.4 Hubungkait Kepimpinan Autokratik dengan Kepuasan Kerja Guru

Menurut Ismail (2016), mendapati saban hari peranan guru dalam mendidik
adalah semakin mencabar. Hal ini menunjukkan guru terbeban dengan beban tugas
yang melangkaui batasan tugas mereka sebagai pendidik. Guru perlu menjadi
penyelia, kerani, pengelola program dan yang lain-lain yang terpaksa dilakukan demi
menuruti dan memenuhi arahan yang diberikan oleh pengetua atau pengurusan atasan.
Perkara ini menunjukkan betapa perhubungan antara kepuasan kerja guru adalah
berdasarkan kepada cara pengetua tersebut memimpin organisasi dan orang
bawahannya adalah saling berkait rapat. Amalan kepimpinan yang di amalkan oleh
pengetua akan dapat membantu dalam memberikan kepuasan bekerja dalam kalangan
guru di sekolah. Hubungkait ini dalam kajian ini menunjukkan betapa kepuasan kerja
guru adalah sangat berkaitan dengan cara dan bagaimana pengetua memimpin
sekolahnya. Kepimpinan pengetua yang berkesan akan dapat membawa guru berpuas
hati dalam menjalankan tugas sebagai pendidik dan sanggup untuk melakukan
pelbagai tugasan lain dengan lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai