Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum wbt. Encik, saya nor farah diyana bt nor hisham dari kelas minor psv B.

pada
hari ini saya akan membuat apresiasi seni berkaitan karya yang telah saya hasilkan.
Saya telah menggunakan, teknik moden dan kontemporari iaitu lukisan digital.

Antara perkara yang akan saya apresiasikan terhdap karya saya ini ialah bahasa seni visual,
jenis susunan motif, media dan teknik yang saya gunakan, proses penghasilan karya, dan akhir
sekali elemen dimensi baharu.

Unsur seni yang terdapat dalam karya ni ialah garisan. Contohnya, saya munggunakan unsur
garisan utuk membuat garisan outline. Supaya corak di hadapan tebar layar ni lebih timbul.
Kemudian, terdapat juga unsur rupa dalam karya saya ni. Contohnya, dekat corak tebar layar ni
saya mengguanakn jenis ukiran tebuk yang diilhamkan daripada rupa oraganik . maksudnya kat
sini corak yang saya hasilkan ni tak bersudut dan berupa bebas,contohnya, kat sini ada daun,
bunga ukiran tu yang menghasilkan rupa pada karya saya. Seterusnya, berdasarkan karya
saya ni, saya gunakan unsur bentuk ilusi yang bersifat 2 D. dan akhir sekali terdapat unsur
warna panas dalam penghasilan karya saya. Sbbnya saya gunakan warna coklat keemasan
untuk penghasilan corak pada tebar layar istana sri menanti ni.
Manakala, bagi elemen prinsip2 rekaan dalam karaya ini iaitu elemen kontra. Contohnya,
perbezaan saiz dan warna pada corak yang saya hasilkan dengan tebar layar asal istana sri
menanti ni. Seterusnya terdapat juga elemen penegasan daripada unsur warna corak tebar
layar tersebut dan penegasan bagi warna istana dengan pemilihan warna latar belakang yang
saya hasilkan.

Seterusnya, bagi jenis susunan motif yang terdapat dalam karya yang saya hasilkan ialah jenis
susunan kisi2 dan susunan berombak dari segi kedudukan corak yang saya hasilkan.

Disamping itu, bagi penghasilan karya ini saya telah menggunakan media watercolour digital
dan menggunakan teknik shading untuk menampakkan bayang pada corak tersebut untuk
menjadikan corak itu lebih timbul dan tidak kosong.

Selain itu, bagi proses penghasilan karya ini pula, pada pertamanya saya melakukan proses
lukisan dengan menggunakan teknik lukisan perspektik 1 titik lenyap, proses pengolahan idea,
perkembangan idea dan seterusnya proses catan .

Akhir sekali, bagi elemen dimensi baharu yang boleh dihasilakn jika diambil contoh pada karya
ini ialah ukiran kayu pada bahan2 yang sering kita gunakan. Maksudnya kat sini kita modern
kan balik bagi trend ukiran kayu ni. Sbbnya selalunya apabila kita sebut ukiran kayu, kita akan
terfikir unsur2 tradisional.

Baiklah, itu sahaja daripada saya untuk apresiasi karya pada hari ini. Sekian terima kasih encik
.

Anda mungkin juga menyukai