Anda di halaman 1dari 7

KISAH NABI IBRAHIM DIBAKAR NAMRUD

Sebuah kota yang bernama Kota Babylon, semua orang yang tinggal di dalam kota
tersebut berkeyakinan dan menyembah suatu Tuhan iaitu yang diperbuat daripada
berhala. Jadi mereka mengukir patung-patung berhala lalu mereka juga yang
menyembahnya. Mereka beribadah serta bersembahyang kepadanya dan mereka
juga amat menakutinya tuhan berhala itu tadi. Dan antara lain menjadi salah satu
tradisi mereka ialah apabila mereka selesai beribadah di rumah ibadah atau kuil
mereka, sebelum keluar setiap mereka mesti membeli satu patung berhala kecil
untuk mereka letakkan di dalam rumah dan juga untuk di sembah. Dan sebenarnya
siapakah yang menjadi tukang ukir bagi patung-patung itu semua? Ia adalah
seorang lelaki yang bernama Azar.

Pada suatu hari masuklah si anak kepada Azar tukang ukir patung anaknya, itulah
dia Nabi Ibrahim as. Lalu Nabi Ibrahim pun bertanya kepada bapanya: “Wahai
ayahku, adakah engkau benar-benar yakin dan percaya bahawa semua patung-
patung yang kamu ukir dan jual itu semuanya adalah Tuhan yang hakiki?” Bila Azar
mendengar pertanyaan sebegitu dari anaknya terus dia menjadi marah akan tetapi
Nabi Ibrahim tidak memperdulikannya dan dia terus bertanya dan bertanya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada
bapanya Azar: “Adakah engkau ambil berhala menjadi Tuhan? Sesungguhnya aku
melihat engkau dan kaum engkau dalam kesesatan yang nyata.”

(Al-An’am: 74)

Berterusanlah si Azar bapa Nabi Ibrahim memarahinya dia betul-betul marah


kepada anaknya lantas dia berkata dengan suara yang tinggi kepada anaknya
sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: Berkata bapanya:
“Adakah engkau benci kepada Tuhanku ya Ibrahim? Demi jika engkau tidak
berhenti nescaya kurejam engkau dengan batu dan tinggalkanlah aku dalam masa
yang panjang.”

(Maryam: 46)
Dikumpulkan Oleh >>> www.KisahKamu.Info
Sesungguhnya Nabi Ibrahim siang dan malam tidak habis-habis memikirkan
tentang dunia yang ada di sekelilingnya dia tercari-cari manakah satu Tuhan yang
sepatutnya dan semestinya dia menyembah. Maka pada suatu malam yang gelap
gelita tiba-tiba muncul bintang yang cahayanya bergemerlapan di langit. Jadi dia
terus berkata di dalam hatinya: “Inilah Tuhanku maka bermula dari hari ini aku
akan menyembahnya!” Akan tetapi malang bila tiba waktu siang semua bintang-
bintang yang bergemerlapan di waktu malam itu tadi pun terus hilang. Firman
Allah SWT yang bermaksud: Tatkala malam telah gelap Ibrahim melihat bintang
lalu dia berkata: “Inikah Tuhanku? Tatkala bintang itu terbenam dia berkata: “Aku
tidak mengasihi barang yang lenyap itu.”

(Al-An’am: 76)

Keesokannya Nabi Ibrahim melihat kepada bulan pula dia mendapati bahawa
bulan di malam hari itu terlalu cantik itulah bulan purnama namanya. Maka dia
mula berkata-kata lagi di dalam hatinya: “Aku rasa inilah dia Tuhan aku. Maka aku
akan menyembahnya moga-moga ada kebaikan buatku.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tatkala dia melihat bulan telah terbit dia
berkata: “Inikah Tuhanku?” Tatkala bulan itu terbenam dia berkata lagi: “Jika aku
tidak di tunjuki oleh Tuhanku nescaya aku termasuk kaum yang sesat.”

(Al-An’am: 77)

Akan tetapi sangkaannya itu meleset sama sekali kerana pada keesokannya bulan
terbenam dan hilanglah cahayanya yang terang benderang pada waktu malam
tadi. Tetapi dia tidak bersedih. bahkan bergembira kerana dia berpeluang melihat
matahari pula. Lantas dia mengatakan: “Matahari lebih besar pula cahayanya dari
bulan dan bintang, maka aku rasa inilah dia Tuhanku yang sebenar.” Tapi sayang
bila sampai waktu petang di dapati matahari yang di sangkanya Tuhan itu turut
hilang. Maka Nabi Ibrahim pun tidak jadi untuk menyembahnya. Firman Allah SWT
yang bermaksud: Tatkala dia melihat matahari terbit dia berkata: “Inikah Tuhanku?
Ini lebih besar.” Tatkala matahari itu terbenam dia berkata: “Wahai kaumku

Dikumpulkan Oleh >>> www.KisahKamu.Info


sesungguhnya aku berlepas diri dari apa-apa yang kamu persekutukan itu.” (Al-
An’am: 78)

Akhirnya Nabi Ibrahim mengambil keputusan bahawa dia tidak akan sama sekali
menyembah mana-mana tuhan kecualilah Tuhan yang menjadikan alam ini Tuhan
yang menjadikan bintang, bulan dan juga matahari juga dunia dan seisinya. Dia
tidak akan sama sekali menyembah Tuhan selain Allah SWT. Firman Allah SWT
yang bermaksud: “Ingatlah ketika Ibrahim berkata: “Wahai Tuhanku perlihatkanlah
kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang yang mati.” Allah berfirman:
“Tidakkah engkau beriman?” Sahutnya: “Ya... aku beriman tetapi untuk
mententeramkan hatiku.” Allah berfirman: “Ambillah empat ekor burung dan
hampirkan kepada engkau (potong-potong semuanya) kemudian letakkan di atas
tiap-tiap bukit sebahagian dari burung-burung yang dipotong itu, kemudian
panggillah semuanya nescaya datanglah semuanya kepada engkau dengan segera
dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-
Baqarah: 260)

Bermula dari hari itu Nabi Ibrahim mula menyeru kepada kaumnya agar segera
meninggalkan tuhan berhala mereka itu “sembahlah Allah Tuhan yang Esa dan
juga Tuhan yang menjadikan kita semua.” Akan tetapi mereka tidak
memperdulikan kata-katanya bahkan mereka mengutuk dan memberikan
ancaman kepadanya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka berkata:
“Adakah engkau mendatangkan kebenaran kepada kami atau engkau bermain-
main?” Dia berkata: “Bahkan Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah
menciptakan semuanya. Dan aku menjadi saksi atas demikian itu.” (Al-Anbiyaa’: 55
dan 56)

Mereka memang langsung tidak menghiraukan kata-kata Nabi Ibrahim hinggakan


sampai peringkat mereka mengatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang yang
bodoh lagi jahil dan juga akal fikirannya terlalu sempit serta menyeleweng. Maka
pada suatu hari seluruh ahli penduduk kota itu keluar beramai-ramai kerana
merayakan hari raya bagi Tuhan berhala-berhala mereka dan perayaan tersebut di

Dikumpulkan Oleh >>> www.KisahKamu.Info


jalankan di luar kota bukan di dalam kota. Jadi di kala itu tidak ada seorang pun
yang tinggal di dalam kota lengang kecuali Nabi Ibrahim sahaja. Begitu juga dengan
rumah ibadah mereka lengang tiada sesiapa.

Nabi Ibrahim merasakan bahawa inilah peluang untuk dia mengajar kaumnya lalu
dia bersegera menuju ke rumah ibadah kaumnya. Dia terus masuk ke dalamnya
yang mana terdapat satu kawasan lapang dipenuhi dengan bermacam-macam
patung berhala. Tanpa berlengah Nabi Ibrahim terus mengambil kapaknya lalu
dipukul dan dihancurkan ke semua patung-patung itu tadi habis semua
dimusnahkan cuma satu sahaja yang tidak dimusnahkan iaitu patung yang paling
besar. Kemudian yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dia menyangkutkan kapaknya
tadi ke leher patung berhala yang besar itu dan Nabi Ibrahim terus pergi meninggal
rumah ibadah tersebut pulang ke rumahnya.

Di kala itu semua kaumnya sedang sibuk merayakan perayaan tuhan mereka.
Mereka merayakannya dengan penuh meriah sekali lebih-lebih lagi si raja yang
bernama Namrud iaitu raja Kota Babylon ketua bagi mereka juga turut hadir.
Bilamana perayaan tadi selesai terus raja memberi isyarat kepada hamba-
hambanya dan tanpa berlengah si hamba-hamba tadi terus mengangkatnya untuk
kembali semula ke dalam kota mereka. Dan sebelum sampai ke istananya raja
mengarahkan kepada seluruh hamba-hambanya agar membawa dia ke rumah
ibadah (kuil). Bila sahaja raja Namrud menjejakkan kakinya ke dalam kuil dia
terperanjat besar begitu juga dengan rakyat-rakyat yang turut hadir. Dia dapati
bahawa ke semua patung-patung berhala telah habis musnah jatuh
bergelimpangan dan berkecai.

Kemudian Namrud berkata dengan suaranya yang tinggi: “Siapakah yang berbuat
sebegini kejam sekali?” Seluruh rakyatnya yang hadir terus berkata: “Lain tidak
bukan ialah seorang pemuda yang tidak mahu beriman kepada tuhan-tuhan kita
ini. Pemuda itu namanya Ibrahim!” Raja Namrud terus menjerit: “Bawa segera
pemuda itu ke mari!” Merekapun bersegera pergi mendapatkan Nabi Ibrahim.

Dikumpulkan Oleh >>> www.KisahKamu.Info


Mereka menangkapnya dan dibawa ke hadapan Namrud yang masih menunggu di
dalam kuil.

Sampai saja terus Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Kamukah yang
melakukan perbuatan ini kepada tuhan-tuhan kami?” Nabi Ibrahim berkata:
“Bukan aku yang melakukannya kamu tidak lihat di leher patung berhala yang
paling besar itu terdapat satu kapak yang besar. Sudah tentulah dia yang
memusnahkan ke semua patung-patung itu. Kalau tidak percaya cuba kamu
tanyakan kepadanya ataupun kamu tanyakan kepada patung-patung yang telah
binasa tentang siapakah yang memusnahkan mereka semua?”

Raja Namrud dan rakyatnya tidak semena-mena merasa malu dan tersipu-sipu
kerana mereka tahu bahawa sesungguhnya patung-patung itu sama sekali tidak
boleh berkata-kata. Lalu Namrud pun terus berkata: “Wahai Ibrahim! Kamu sendiri
pun tahu bahawa patung-patung itu semua tidak boleh berkata-kata, tidak boleh
berjalan-jalan dan juga langsunglah tidak boleh buat apa-apa!”

Terus Nabi Ibrahim as. menjawab: “Jadi kalau begitu mengapa kamu
menyembahnya. Bagaimana kamu boleh menyembah sesuatu yang langsung tidak
memberi kamu apa-apa manfaat tidak memberi mudarat buat musuhmu dan
langsung tidak dapat untuk mempertahankan, dirinya sendiri?”

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ibrahim berkata: “Patutkah kamu sembah
selain Allah barang yang tiada manfaat kepadamu sedikitpun dan tidak pula
memberi mudarat kepadamu? Celakalah kamu dan apa yang kamu sembah selain
Allah. Maka apakah kamu tidak memahaminya?” (Al-Anbiyaa’: 66 dan 67)

Akhirnya Raja Namrud dan seluruh rakyatnya mengambil keputusan agar Nabi
Ibrahim dibakar dengan api atau unggun yang besar. Maka Namrud pun terus
memerintahkan seluruh rakyatnya agar menyediakan api besar hinggakan sampai
peringkat burung-burung tidak berani untuk terbang di atasnya kalau terbang juga
mereka akan terbakar kerana nyalaan api yang besar itu.

Dikumpulkan Oleh >>> www.KisahKamu.Info


Setelah sampai masa yang telah ditetapkan, Namrud pun duduk di atas
singgahsana sambil terus melihat kepada api yang sangat besar itu di dalam
hatinya terselit kegembiraan yang sangat kerana sekejap lagi Nabi Ibrahim akan
mati dibakar api, dia gembira kerana api akan memakan seorang yang tidak mahu
beriman dengan tuhan mereka.

Mereka pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan lastik yang besar
dan terus Nabi Ibrahim di lemparkan ke dalam api yang besar itu. Mereka terkejut
melihat Nabi Ibrahim kerana ketika mahu dilemparkan dia begitu tenang sekali
langsung tidak meronta-ronta ataupun melawan. Lebih terkejutlah lagi bila mereka
saksikan bahawa Nabi Ibrahim langsung tidak di makan oleh api bahkan dia boleh
berjalan ke sana sini pula dalam api tersebut.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai api! Hendaklah engkau menjadi dingin
dan selamat terhadap Ibrahim.” Mereka hendak memperdayakan Ibrahim dengan
dia lalu Kami berkati di dalamnya untuk seluruh alam.(Al Anbiyaa’: 69 dan 70)

Sesungguhnya Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kejahatan dan
kezaliman si Raja Namrud dan rakyat-rakyatnya dan Allah menunjukkan kepada
mereka bahawa sebenarnya patung-patung berhala itu langsung tidak memberi
makna apa-apa langsung, tidak ada kekuatan dan bagi manusia yang di kurniakan
akal fikiran pula tidak wajarlah merasakan bahawa patung berhala itu sebagai
Tuhan yang mesti disembah.

Tidak lama selepas itu api yang besar tadi pun terpadam lalu Nabi Ibrahim segera
keluar dari longgokan-longgokan bara api dengan selamat seakan-akan tidak ada
apa-apa yang berlaku ke atasnya. Dan terus Nabi Ibrahim membawa dirinya
meninggalkan kaumnya membiarkan mereka itu semua dengan kehendak mereka,
juga buatlah sesuka hati dengan tuhan berhala mereka. Nabi Ibrahim
menyerahkan segalanya kepada Allah SWT untuk memberikan hukuman juga
membinasakan mereka.

Dikumpulkan Oleh >>> www.KisahKamu.Info


Bermusafirlah Nabi Ibrahim membawa diri kepada Tuhannya ditinggalkannya
kaum yang degil lagi bodoh sombong dalam kebinasaannya yang telah Allah
jadikan kepada mereka. Dia membawa diri bermusafir hinggalah sampai ke bumi
Palestin dan di sana dia menyeru manusia supaya beriman Tuhan yang Esa iaitu
Allah SWT dan mengerjakan ibadah kepadanya. Ditakdirkan oleh Allah SWT
bahawa di mana sahaja Nabi Ibrahim pergi dia tetap menanamkan keimanan
kepada Allah dan akhirnya Allah SWT juga telah memberi hadiah yang besar
kepadanya iaitu lahirlah dari zuriatnya keturunan yang baik dan soleh yang
kemudian kebanyakan mereka itu menjadi nabi dan rasul yang Allah utuskan
kepada seluruh manusia agar membawa mereka kepada bertuhankan Allah SWT
dan menjauhkan mereka dari bertuhankan tuhan selain Allah seperti berhala dan
lain-lain lagi. kemudian memberi tunjuk ajar kepada seluruh manusia untuk
beribadah kepada Allah SWT. Dengan sebab itulah Nabi Ibrahim digelarkan dengan
gelaran “Bapa sekalian nabi-nabi.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Perhatikanlah riwayat Ibrahim dalam kitab
(Al-Quran). “Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat benar dan seorang
nabi.” (Maryam: 41)

Dikumpulkan Oleh >>> www.KisahKamu.Info

Anda mungkin juga menyukai