Anda di halaman 1dari 5

Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang dimuliakan barisan para hakim yang arif lagi

bijaksana, para hadirin dan seterusnya rakan-rakan sekalian.


DAKWAH NABI IBRAHIM KEPADA KAUMNYA itulah tajuk cerita saya pada
hari ini.
Nasyid:
Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh....
Ibrahim, Lut, Ismail......
25 Nabi dan Rasul......
Mereka semua utusan Allah.....
...Di sebuah kota yang bernama Kota Babylon, semua orang yang
tinggal di dalam kota tersebut menyembah patung berhala yang diukir
oleh mereka sendiri. Siapakah yang menjadi salah seorang tukang ukir
bagi patung-patung itu semua? Ia adalah seorang lelaki yang bernama
Azar. Beliau adalah bapa Nabi Ibrahim.
Rakan-rakan yang dikasihi sekalian.........
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bertanya kepada bapanya:
Wahai ayahku, adakah engkau percaya semua patung-patung yang
kamu ukir adalah Tuhan yang hakiki? Bila Azar mendengar
pertanyaan dari anaknya terus dia menjadi marah tetapi Nabi
Ibrahim tidak memperdulikannya.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anam ayat: 74

yang bermaksud: Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya


Azar: Adakah engkau ambil berhala menjadi Tuhan? Sesungguhnya
aku melihat engkau dan kaum engkau dalam kesesatan yang nyata.
Azar memarahinya lantas dia berkata dengan suara yang tinggi
Adakah engkau benci kepada Tuhanku ya Ibrahim? akan kurejam
engkau dengan batu

Rakan-rakan sekalian.....
Sesungguhnya Nabi Ibrahim siang dan malam tidak habis-habis
memikirkan tentang dunia yang ada di sekelilingnya dia tercari-cari
manakah satu Tuhan yang sepatutnya dan semestinya dia sembah.
Dia menyembah bulan dan bintang tetapi bila siang cahayanya
lenyap.Dia juga menyembah matahari tetapi bila malam cahayanya
juga hilang.
Nasyid:
Bila malam tak nampak jalan di dunia
Bila siang tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak di tuju
Ke hilir atau ke hulu
Akhirnya Nabi Ibrahim mengambil keputusan bahawa dia akan
menyembah Allah iaitu,Tuhan yang menjadikan bintang, bulan dan
juga matahari .
Para Hadirin sekalian.............
Bermula dari hari itu Nabi Ibrahim mula menyeru kepada
kaumnya agar segera meninggalkan berhala .Katanya sembahlah
Allah Tuhan yang Esa yang menjadikan kita semua. Akan tetapi
mereka tidak memperdulikan kata-katanya bahkan mereka mengutuk
dan memberikan ancaman kepadanya.
Firman Allah SWT:

maksud: Mereka berkata: Adakah engkau mendatangkan kebenaran


kepada kami atau engkau bermain-main? (Anbiyaa: 55)

Tahu tak kawan-kawan........


Pada suatu hari, seluruh penduduk kota itu keluar beramai-ramai
merayakan hari raya bagi Tuhan berhala-berhala mereka. Tidak ada

seorang pun yang tinggal di dalam kota kecuali Nabi Ibrahim sahaja.
Rumah ibadah mereka lengang tiada sesiapa.
Nabi Ibrahim merasakan bahawa inilah peluang untuk dia
mengajar kaumnya lalu dia bersegera menuju ke rumah ibadah
kaumnya Nabi Ibrahim mengambil kapak lalu menghancurkan
kesemua patung-patung itu kecuali patung yang paling besar.
Kemudian dia menyangkut kapak tadi ke leher patung
tersebut.Apabila perayaan selesai, Raja Namrud dan pengikutnya
pergi ke rumah ibadat mereka dan alangkah terkejutnya apabila
didapati ke semua patung-patung berhala telah habis musnah jatuh
bergelimpangan dan berkecai.
Namrud berkata : Siapakah yang yang melakukan kekejaman ini?
Seluruh rakyatnya berkata: Ini mesti perbuatan Ibrahim! Raja
Namrud terus menjerit: Bawa segera pemuda itu ke mari!
Merekapun pergi mendapatkan Nabi Ibrahim.
Para Hadirin yang dirahmati Allah sekalian........
Raja Namrud dan seluruh rakyatnya mengambil keputusan agar Nabi
Ibrahim dibakar dengan unggun api yang besar. Namrud terkejut
apabila Nabi Ibrahim langsung tidak di makan oleh api bahkan dia
boleh berjalan ke sana ke mari.
Firman Allah SWT yang berbunyi

Al Anbiyaa ayat 69
maksudnya: Wahai api! Hendaklah engkau menjadi dingin dan
selamat terhadap Ibrahim.
Rakan-rakan sekalian
Namrud terlalu marah. Lalu mencabar Nabi Ibrahim Hai Ibrahim,
jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk
berperang. Maka Nabi Ibrahim as. bermunajat kepada Allah SWT: Ya
Ilahi, sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu
kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada meraka tentera
daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.

Ketika Namrud dan tenteranya berkumpul di padang yang luas, Allah


memerintahkan nyamuk keluar dari lautan hingga menutupi
permukaan bumi dan langit. Tentera nyamuk menyerang tentera
Namrud.
Tahu tak.....kawan-kawan
Namrud mati dengan seekor nyamuk sahaja .Ia masuk ke dalam
kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak
Namrud selama 40 hari.
Pantun:
Gendang gendut tali kecapi
Disebabkan nyamuk Namrud mati
Firman Allah SWT:

yang bermaksud: Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu


melainkan Dia sendiri. (Al-Muddatsir: 31)
Para Hadirin yang dirahmati Allah Sekalian..
Dengan kemusnahan Namrud dan pengikutnya maka berakhirlah kisah
Dakwah Nabi Ibrahim AS yang bergelar BAPA SEKALIAN NABI.
Pengajarannya :
Sajak:
1.
2.
3.
4.
5.

Hanya Allah yang layak disembah.


Hendaklah sabar menghadapi ujianNya
Jangan berputus asa dalam melakukan kebaikan.
Hendaklah yakin dengan pertolongan Allah.
Kerana kekuasaannya tidak dapat ditandingi.

Sekian .Wassalamualaikum warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Anda mungkin juga menyukai