Anda di halaman 1dari 7

SOALAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kepentingan kokurikulum kepada para pelajar. Panjangnya
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Aktiviti kokurikulum di sekolah dapat memupuk dan membentuk keperibadian unggul


seseorang pelajar. Misalnya, melalui kelab dan persatuan pelajar-pelajar dilatih
untuk memegang beberapa jawatan penting dan bertanggungjawab melaksanakan
aktiviti yang dirancang.

Melalui aktiviti kokurikulum pelajar-pelajar juga dilatih memahami prinsip-


prinsip asas alam pekerjaan yang akan diaplikasi sepenuhnya apabila mereka
berada dalam dunia pekerjaaan dewasa nanti. Pendedahan seumpama ini melalui
aktiviti kokurikulum membolehkan mereka bertindak dan membuat keputusan yang
amat diperlukan oleh seorang pekerja yang berwawasan.

Melalui aktiviti badan beruniform pelajar banyak belajar tentang perkara yang
menyentuh soal disiplin seperti kepekaan terhadap masa, keperihatinan terhadap
rakan-rakan tanpa mementingkan diri sendiri adalah antara nilai murni yang sentiasa
diamalkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Penglibatan yang aktif dalam kokurikulum menyediakan pelajar untuk


menyesuaikan diri dengan corak pembelajaran di institusi pengajian tinggi yang
amat berbeza dengan corank pembelajaran di sekolah. Dalam hal ini, pelajar yang
tidak aktif dalam kokurikulum berkemungkinan kurang kemahiran berkomunikasi dan
lemah dalam membuat persembahan, sedangkan kemahiran tersebut amat
diperlukan dalam sistem pembelajaran institusi pengajian tinggi.

Seseorang pelajar yang kurang aktif dalam kokurikulum cenderung menjadi


pelajar yang pendiam, tidak suka bergaul serta hanya mementingkan diri sendiri.
Oleh itu, apabila mereka berada dalam situasi pembelajaran di institusi pengajian
tinggi nanti mereka akan terperangkap kerana pada masa itu jumlah pangkat A yang
mereka perolehi di sekolah dahulu tidak lagi menjadi ukuran, tetapi pelajar yang aktif
menyertai aktiviti kokurikulum semasa di sekolah akan lebih mudah belajar kerana
mereka sudah belajar menyiapkan sesuatu tugasan, memahami pentingnya
perpaduan, mudah bertoleransi dan ada kemahiran berfikir dan berhujah.

Justeru, pelajar-pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti


kokurikulum, kerana pelajar yang cemerlang ialah mereka yang seimbang dari segi
akedemik, mudah berkomunikasi dan mudah bergaul.
SOALAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang punca-punca gejala sosial dalam kalangan remaja. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Gejala sosial dalam kalangan remaja bukan sesuatu yang luar biasa dalam
masyarakat hari ini. Malah, gejala ini semakin menjadi-jadi setiap hari. Terdapat
pelbagai faktor yang mendorong fenomena ini semakin berleluasa.

Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang diberi perhatian
oleh ibu bapa mereka, khususnya yang bekerja di kawasan bandar. Ibu bapa sibuk
bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibat keletihan, mereka
langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi
untuk mendengar masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali
gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati.

Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif akibat bergaul dengan
kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa
pemberian wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Mereka
seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang.

Ada segelintir remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan


perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang
menimpa keluarga mereka, Contohnya perceraian antara ibu bapa mereka.
Pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di
negara kita. Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari
rumah lalu mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak
senonoh.

Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-
guru, misalnya boleh memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi para
pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat
membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan
rasional.

Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga patut dijalankan dengan berkesan supaya


para pelajar dapat melibatkan diri dan mengelakkan mereka melepak. Di samping
itu, pendidikan agama haruslah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil
lagi. Langkah ini amat perlu kerana semua agama mengajar penganutnya supaya
berkelakuan baik Tegasnya, anak-anak muda atau golongan remaja ini haruslah
dididik dan dijaga dengan baik kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara
suatu hari nanti.
SOALAN 3

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan
belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80
patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study


group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan
perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk
membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi
kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi
meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau
kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan.
Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang
berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya.
Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan
sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak


kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun.
Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang
sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu
disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih
bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan
meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita
mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat
kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang
bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi


sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan
lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak
tercapai.
SOALAN 4

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang langkah-langkah untuk menangani isu pencemaran sungai.
Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sekarang sudah tiba masanya kita mencari pendekatan yang lebih bersepadu dan
menyeluruh dalam menangani isu pencemaran sungai. Kita tidak boleh terlalu bergantung
kepada pendekatan undang-undang. Proses pendakwaan bukan suatu yang mudah.
Pendakwaan memakan masa dan memerlukan kepakaran teknikal di pihak pendakwa. Ada
kalanya penjenayah alam sekitar lebih bijak mencari kelemahan undang-undang dan
akhirnya proses perundangan boleh memihak kepada mereka.

Kita perlu mengubah minda setiap rakyat agar lebih peka dan menghargai alam
sekitar. Selain penguatkuasaan undang-undang, rakyat perlu terus dididik agar cintakan
alam sekitar. Undang-undang mungkin berkesan dalam kes-kes tertentu, tetapi kesedaran
yang meluas dalam kalangan rakyat akan memberikan kesan jangka panjang yang lebih
mantap.

Pada masa ini memang terdapat program kesedaran alam sekitar terutamanya
menerusi media elektronik dan media cetak. Namun demikian, mesejnya seakan-akan tidak
sampai kepada sebahagian besar rakyat. Banyak orang tidak membaca surat khabar dan
mendengar berita atau hanya menonton program televisyen dan membaca ruangan akhbar
yang bercorak hiburan sahaja. Oleh itu, ruangan kesedaran alam sekitar di media utama
perlu diperluas dengan penyampaian yang lebih menarik dan disesuaikan dengan setiap
kelompok masyarakat.

Di peringkat sekolah, pendidikan alam sekitar sebenarnya telah lama diterapkan


dalam beberapa mata pelajaran melalui pendekatan Alam Sekitar Merentas Kurikulum.
Sekolah-sekolah juga digalakkan menubuhkan Kelab Pencinta Alam. Guru-guru penasihat
pula dilibatkan dalam pelbagai aktiviti di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.
Sekolah-sekolah juga boleh mengadakan program sungai angkat dengan kerjasama agensi
kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar. Program
kesedaran alam sekitar perlu diadakan secara berterusan dan seharusnya melibatkan
semua pelajar.

Kejayaan program ini sangat bergantung kepada komitmen dan kreativiti guruguru.
Mereka perlu peka akan isu semasa tentang alam sekitar untuk menarik minat dan tumpuan
pelajar. Selain itu, proses penghayatan hubungan manusia dan alam sekitar akan lebih
berkesan jika pelajar-pelajar dibawa melihat sendiri realiti sebenar di luar bilik darjah.
Namun ini memerlukan masa pengajaran yang lebih lama di samping pelaksanaannya yang
agak mencabar. Selain pendekatan Alam Sekitar Merentas Kurikulum, program kesedaran
alam sekitar turut boleh dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan badan-
badan bukan kerajaan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Atasi Perosak Alam Sekitar”, oleh Zulkifli
Yusop, dalam Utusan Malaysia, 2 Mac 2007.)
JAWAPAN SOALAN 1

JAWAPAN SOALAN 2

JAWAPAN SOALAN 3
JAWAPAN SOALAN 4

Anda mungkin juga menyukai