Anda di halaman 1dari 3

TEKS MC PELANCARAN PROGRAM NILAM

Dari Raub ingin ke Pontian,


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun diatur pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Yang Berusaha Pn. Tan Loo Kee (Pengetua SMK St. Gabriel), Pn. Koek Chu Hiang (Penolong Kanan Tadbir &
Kurikulum), Pn. Zarina Binti Othman (Penolong Kanan HEM), Pn. Meriani Binti Muhamad (Penolong Kanan
Kokurikulum), Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Kaunselor Sekolah, Guru- guru dan murid-murid yang kasihi.

Bersyukur kita dapat berhimpun dalam majlis Majlis Pelancaran Program NILAM 2017 . Untuk pengetahuan semua,
majlis ini diadakan sebagai platform permulaan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan murid di sekolah
yang baru mula mengenal ‘apa itu NILAM’.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,


Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis mempersilakan __________________________untuk membacakan
doa. Terima kasih. Diharapkan dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan lebih diberkati.

Guru-guru dan para pelajar sekalian,


Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis mempersilakan

Saudara Mohd Saiful Ridhwan Bin Mohd Syukur

Ketua Lembaga Pusat Sumber SMK ST. Gabriel untuk menyampaikan ucapan seterusnya untuk memberi sedikit
maklumat berkenaan NILAM kepada kita semua.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,

UCAPAN LEMBAGA PENGERUSI PPS

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada saudara Muhd Saiful Ridhwan , di atas
ucapannya sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari PENGETUA SMK ST. GABRIEL ,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha PN. TAN LOO KEE, Pengetua SMK ST. Gabriel untuk
menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Program NILAM 2017.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


UCAPAN PENGETUA
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua atas kesudian
menyampaikan ucapan itu tadi.

Kini, untuk menyerikan lagi majlis, kita akan saksikan gimik pelancaran yang disediakan khas untuk program ini….

majlis mempersilakan sekali lagi Pn Tan Loo Kee, diiringi oleh Pn. Norizan untuk melaksanakan upacara pelancaran
Program NILAM peringkat sekolah tahun 2017.

UPACARA PERASMIAN
Dengan ini, maka rasmilah sudah pelancaran Program NILAM
Peringkat SMK St. Gabriel 2017.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua atas kesudian
melancarkan Program NILAM .

Guru-guru dan Para pelajar sekalian,

Bersarang merbah di Kuala Langat,


Manis madunya pabila dimakan,
Suasana meriah bertambah hangat,
Lagu NILAM kami persembahkan.

Sebagai halwa telinga, kita meriahkan majlis kita pada pagi ini dengan Nyanyian 2 buah lagu iaitu

GOTTA KEEP READING dan ALL ABOUT THOSE BOOKS.

KUIZ SPONTAN NILAM

Ada 5 soalan kuiz spontan yang mudah berkenaan NILAM yang perlu dijawab. Soalan ini terbuka kepada semua
pelajar yang ada di sini.
Sesiapa yang ingin menjawab, sila tampil segera di hadapan astaka, nyatakan nama, kelas dan jawapan bagi soalan
yang ditanya.

SOALAN KUIZ
1. Nyatakan maksud NILAM?
Jawapan : Nadi Ilmu Amalan Membaca

2. Berapakah tahap dalam Program NILAM dan sila nyatakan tahap tersebut?
Jawapan : Ada 2 tahap iaitu TAHAP JAUHARI DAN TAHAP RAKAN PEMBACA

3. Berapakah buah buku yang perlu dibaca oleh pelajar untuk mencapai TAHAP JAUHARI?
Jawapan : 100 buah

4. Di manakah Buku Rekod NILAM boleh didapati?


Jawapan : Pusat Sumber Sekolah SMK St. Gabriel

5. Siapakah yang merasmikan Majlis Pelancaran Program NILAM pada hari ini?
Jawapan : Pn. Tan Loo Kee, Pengetua SMK St. Gabriel
Hadiah kuiz spontan akan di sampaikan oleh Pn. Koek Chu Hiang sambil diiringi oleh Pn. Nik Hartini Binti Nik
Man ( Setiusaha NILAM) kepada para pemenang

Majlis mengucapkan terima kasih.

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi,maka berakhirlah sudah majlis Pelancaran Program NILAM
peringkat sekolah tahun 2017. Bagi pihak majlis, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Kami bagi pihak Pusat Sumber Sekolah SMK St. Gabriel juga ingin menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan
sekiranya terdapat sebarang kecacatan dan kepincangan sepanjang perjalanan majlis ini.

Tinggi sungguh pohon cemara,


Tegak merimbun di tengah kota,
Tersalah, terkasar butir bicara,
Sepuluh jari maaf dipinta.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Sekian,

Anda mungkin juga menyukai