Anda di halaman 1dari 1

Biar Sembuh Luka Semalam

AIDIL GHAZALI

BAB 19

Sepuluh Tahun

HARIS DUDUK TANPA DIPELAWA.

“Apa perkara penting yang kau nak cakap sangat?”

Haris mrndehem. Tekaknya tidak sakit, Cuma rasa terencam terhadap seorang perempuan yang
terlalu dingin. Dia menelan liur sendiri, cuba mengawal diri supaya tenang.

“Aku nak minta maaf kalau kehadiran aku terlalu mendadak. Tapi ….”

“Mudah sangat,kan? Nita memangkas kata-kata Haris.

“Eh, apa?”

“Yalah, mulut lelaki terlalu mudah mengucapkan perkataan ‘maaf’. Semudah itu sahaja. Seolah-
olah tak ada makna pun.”

Haris terpinga-pinga sendiri. Tidak pasti bagaimana mahu mengawal keadaan.

“Sedar tak apa yang kau dah buat?”

Haris menjilat bibir. Kering dah merekah. Dia masih berusaha mengatur keyakinan dan
menyusun perkataan. Bimbang timbul perkara buruk jika dia terlanjur memberi penjelasan.

“Kau terlupa atau sengaja melupakan?” tanya Nita kerana Haris terlalu teragak-agak.

“Aku taka ada niat buat begitu.”

Haris sedar soalan itu berniat mahu memerangkap. “Memang wajar untuk kau marah sebab
dah terlalu lama aku menghilangkan diri. Aku faham. Sebab tu aku nak jumpa kau hari ni. Untuk aku
jelaskan segala -galanya.Aku perlu jernihkan keadaan.Kami ni taka da nilai buat kau.”

“Aku tak pernah salah faham”,kata Nita pula

“Semuanya dah jelas.Kami ni tak ada nilai buat kau.”

“Tak,bukan begitu.”

Anda mungkin juga menyukai