Anda di halaman 1dari 1

BILAL BIN RABAH

Seteguh Karang

“Aku boleh berikan kamu air ini tetapi dengan satu syarat mudah,” kata Umaiyyah pula.

Tanpa menunggu jawapan daripada Bilal, Umaiyyah terus berkata, “Kamu Cuma perlu menyebut
Muhammad itu seorang penipu. Dan kamu akan dapat minum air ini sepuasnya,” pujuk Umaiyah.

“Tidak! Walaupun aku mati kehausan, aku tidak akan ucapkan perkataan itu,” kata Bilal pula.

“Baiklah Bilal. Kamu tidak akan perlu ucapakan perkataan itu. Cukup sekadar menundukkan kepala
kepada aku. Itu sahaja.” pujuk Umaiyyah lagi.

“Aku tidak akan tunduukan kepala aku kepada kamu,Umaiyyah,”balas Bilal.

“Baiklah, jika itu kemahuanmu, Bilal,” kata Umaiyyah lalu direntapnya rambut Bilal sekuat hati.
Kemudian air itu dicurahkan perlahan-lahan ke atas tanah. Bilal hanya memerhati dengan menelan
air liur yang sudah kekeringan. Bibirnya sudah merekah perit.

“Nampaknya dia masih juga berdegil. Apa yang kita patut lakukan sekarang? Tanya Abdul Hakim
pula.

“Kita cuba dengan cara lain pula. Kita akan seksa dia sampai mengaku. Sekiranya dia tidak dapat
bertahan, mati adalah jalan terakhirnya.”Kata Umaiyyah.

“Aku setuju Bilal diseksa sampai mati!” sokong Abu Jahal.

Umaiyyah mengambil baju besi lalu dipakaikannya kepada Bilal. Kemudiannya Bilal dijemur ditengah
panas. Kulit Bilal mengelupaskan akibat kepanasan baju besi yang…

Anda mungkin juga menyukai