Anda di halaman 1dari 11

KURSUS

PPPY1192 AKHLAK DAN TASAWWUF

SEMESTER 2 2022/2023

TAJUK

ULASAN ARTIKEL JURNAL BERKAITAN AKHLAK TASAWWUF: ADAB SOLAT


DAN PUASA SERTA HUBUNGANNYA DENGAN PEMBANGUNAN ROHANI INSAN:
ANALISIS PEMIKIRAN AL-SARRĀJ (M.378 H) DALAM KARYA AL-LUMA’ FI
TARIKH AL-TASAWWUF AL-ISLAMI`

JABATAN/FAKULTI

USULUDDIN DAN FALSAFAH/FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

NAMA PENSYARAH

DR. SIDDIQ AHMAD

NAMA

TUAN MUHAMMAD AZMAN BIN TUAN AGIL

(A193890)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


ULASAN ARTIKEL JURNAL BERKAITAN AKHLAK TASAWWUF: ADAB
SOLAT DAN PUASA SERTA HUBUNGANNYA DENGAN PEMBANGUNAN
ROHANI INSAN: ANALISIS PEMIKIRAN AL-SARRĀJ (M.378 H) DALAM
KARYA AL-LUMA’ FI TARIKH AL-TASAWWUF AL-ISLAMI`

Tuan Muhammad Azman Bin Tuan Agil 1

Abstrak

Penulisan ini mengulas tentang adab solat dan puasa serta hubungannya dengan
pembangunan rohani insan, dengan menganalisis pemikiran al-Sarrāj dalam karya al-
Luma’ fi Tarikh al-Tasawwuf Islamik. Ulasan ini memberikan pemahaman yang
mendalam tentang praktikal ibadah dan nilai-nilai akhlak dalam Islam. Adab dalam
melaksanakan solat dan puasa bukan hanya merupakan amalan fizikal semata, tetapi
juga memiliki kaitan dengan etika yang kuat. Melalui adab yang baik, individu dapat
membentuk karakter moral yang baik dan mendalami pemahaman sebenar tentang
tasawuf. Ulasan ini juga memberikan wawasan tentang bagaimana adab solat dan
puasa dapat membentuk akhlak yang baik dan membantu dalam pembangunan rohani
insan. Diharapkan ulasan yang ditulis ini akan menginspirasi pembaca untuk
mengintegrasikan nilai-nilai berkaitan dengan adab ketika solat dan puasa dalam
kehidupan sehari-hari mereka dan menjurus kepada pembangunan rohani insan yang
lebih baik. Dalam konteks akhlak, praktikal adab solat dan puasa membantu
membentuk karakter yang baik, seperti kesabaran, ketaatan, dan keterampilan
pengendalian diri. Dalam konteks tasawwuf pula, adab solat dan puasa berfungsi
sebagai satu jalan untuk menguatkan hubungan spiritual dengan Allah. Pemikiran
beliau terhadap adab dan etika ahli sufi yang dibincangkan adalah penting untuk
dibaca dan difahami oleh masyarakat Islam agar dapat menyuburkan kesungguhan
masyarakat dalam menyucikan hati daripada sifat-sifat keji, bermujahadah untuk
memiliki akhlak yang terpuji seterusnya menjadi contoh teladan yang baik kepada
orang lain.Ulasan berkiatan Idea dan pemikiran al-Sarraj ini bukan sahaja dapat
dijadikan panduan bagi membangunkan rohani insan, malah sekaligus
memperkasakan ibadah dan akidah mereka khususnya dalam era globalisasi masa
kini. Penulisan ini diharapkan dapat memberi sumbangan keilmuan khususnya dalam
bidang pembangunan rohani insan.

Kata Kunci: Adab Solat, Adab Puasa, Pembangunan Rohani, Al-Sarraj, al-Luma’ Fi
Tarikh Tasawwuf al-Islami`

1.0 PENDAHULUAN
1
A19890 Pelajar Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah, UKM
Jurnal ini membahas mengenai adab solat dan puasa serta hubungannya dengan
pembangunan rohani insan berdasarkan analisis pemikiran al-Sarrāj, seorang tokoh
dalam sejarah tasawwuf Islam pada abad ke-4 H. Jurnal ini merupakan kajian
mendalam terhadap karya al-Sarrāj yang dikenal sebagai al-Luma' fi Tarikh al-
Tasawwuf Islamic.

Dalam jurnal ini, penulis melakukan analisis terhadap pemikiran al-Sarrāj terkait
adab solat dan puasa sebagai ibadah penting dalam Islam. Penulis meneliti kaitan
antara pelaksanaan adab solat dan puasa dengan pembangunan rohani insan atau
akhlak dan taswuf. Pembangunan rohani insan merujuk pada proses pengembangan
dan peningkatan spiritualitas individu dalam konteks Islam.

Melalui analisis pemikiran al-Sarrāj, jurnal ini mengungkapkan pandangan dan


ajaran beliau berkaitan adab solat dan puasa. Al-Sarrāj dianggap sebagai salah satu
tokoh penting dalam tasawwuf Islam yang memberikan komitmen signifikan terhadap
pemahaman tentang adab solat dan puasa dalam konteks pembangunan rohani insan.

Dalam konteks ini, penulis menjelaskan bagaimana adab solat dan puasa, ketika
dilaksanakan dengan betul dan penuh kesabaran, dapat memberikan impak positif
pada pembangunan rohani insan. Pemahaman al-Sarrāj tentang adab solat dan puasa
diintegrasikan dengan konsep pembangunan rohani insan yang diterapkan dalam
masyarakat Muslim.

Hasil analisis jurnal ini dapat memberikan pemahaman yang lebih dalam tentang
konsep adab solat dan puasa serta hubungannya dengan pembangunan rohani insan.
Ulasan ini juga diharapkan dapat menjadi sumber maklumat dan rujukan bagi para
peneliti, penuntut ilmu, dan pengamal tasawuf dalam memahami bahawa pentingnya
adab solat dan puasa dalam meningkatkan pembangunan rohani insan dalam konteks
Islam.

Jurnal ini merupakan sebuah karya yang menghadirkan analisis mendalam


mengenai adab solat dan puasa serta hubungannya dengan pembangunan rohani insan.
Penulis ulasan ini secara khusus memfokuskan pada pemikiran al-Sarrāj, seorang
tokoh penting dalam sejarah tasawwuf Islam pada abad ke-4 H, melalui analisis
karyanya yang dikenal sebagai al-Luma' fi Tarikh al-Tasawwuf Islamic.

2.0 TUJUAN PENULISAN DAN METODE PENULISAN


Kajian bersifat analisis kualitatif deskriptif yang mengaplikasikan kaedah analisis
kandungan ini cuba menganalisis pemikiran Abu Nasr al-Sarrāj berhubung adab solat
dan puasa yang terkandung dalam perbahasan karya tasawuf beliau iaitu kitab al-
Luma’ fī al-Tārīkh al-Tasawwuf al-Islami. Pandangan beliau tentang adab-adab ini
kemudiannya akan dianalisis menurut perspektif pembangunan rohani insan. 16
Hakikatnya, Abu Nasr al-Sarrāj telah membincangkan lebih dua puluh adab dalam
kitab al-Luma’, namun kajian ini hanya akan memfokuskan perbincangan kepada dua
adab sahaja iaitu adab solat dan adab puasa memandangkan solat dan puasa adalah
suatu ibadah wajib dan tonggak bagi kejayaan dan kecemerlangan umat Islam

3.0 Riwayat hidup penulis

Nama sebenar Abu Nasr al-Sarraj ialah Abu Nasr ‘Abdullah bin Ali bin
Muhammad bin Yahya al-Sarraj al-Tusi. Beliau dilahirkan di Bandar TËs Naisabur.
17Namun tarikh kelahiran beliau tidak dapat ditentukan disebabkan kurang catatan
berkaitan ahli keluarga dan zaman awal beliau. Ayahnya, ‘AlÊ bin Muhammad bin
Yahya Abu al-Hassan al-Sarraj al-Tusi merupakan salah seorang syeikh tariqat di kota
Tus dan masyhur dengan kezuhudannya. Ayahnya meninggal dunia di Naisabur ketika
sedang sujud. 18Al-Sarraj meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 378H/ Oktober
tahun 988M dan dikebumikan di kota Tus. Beliau hidup pada zaman kerajaan Bani
Abbasiah yang pada waktu itu kerajaan Abbasiah sedang menghadapi konflik politik
yang besar.2

4.0 ANALISIS DATA

2
KhairuddÊn al-ZirkilÊ. Al-A’lÉm QÉmus TarÉjum lÊ ‘Asyhar al-RijÉl wa al-NisÉ’ Min al-‘ArÉb wa
al-Musta’ribÊn, Jilid 3, cet. 2 (Beirut: DÉr al-‘IlmÊ lil MalayÊn 1995M) 80, lihat juga. C.E Bosworth,
E. Van Donzel, W.P. Heinrichs. Encylopaedia of Islam, Volume 1X (Leidin Brill. Netherlend. 1997M)
65-66. Reynold Alleyne Nicolson. The Kitab Al-Luma’ FÊ ‘L. Tasawwuf. (London: E.J. Brill Leiden.
1914M) III.halaman Muqaddimah.
4.1 Pengertian adab dan hubungannya dengan pembangunan rohani insan

Penulis memulakan penulisan dengan memberi pengertian tentang adab dan


hubungannya dengan pembangunan rohani iaitu Menurut Kamus Dewan, adab
bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti
yang halus, cara seseorang itu berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. 3 Abu Nasr
al-Sarrāj memulakan perbicaraan tentang adab dengan menjelaskan keutamaan dan
kepentingan adab di dalam Islam. Menurut pandangan beliau, orang mukmin
hendaklah mendidik ahli keluarga mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah
SWT di dalam al-Quran dan Nabi SAW di dalam hadith Baginda. Pendidikan adab ini
kelak akan menyelamatkan mereka daripada azab api neraka. Beliau membawakan
dalil daripada ayat-ayat al-Quran yang diperkuat dan diperjelaskan dengan hadith
Nabi SAW, antaranya firman Allah yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman,
lindungilah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” Kemudiannya diikuti dengan
penerangan daripada riwayat Ibn `Abbas, “Didiklah dan ajari mereka. Dan dengan
demikian bererti engkau telah melindungi mereka dari api neraka.”4

Daripada pandangan al-Sarrāj di atas, dapat dirumuskan bahawa beliau sangat


memberi perhatian tentang soal adab sejajar dengan tuntutan al-Quran dan Hadith.
Ternyata seorang muslim yang memiliki adab yang sempurna akan mampu menjadi
muslim sejati yang dekat dengan Allah SWT dan mampu mencapai kesempurnaan
iman. Pada pandangannya yang lebih khusus, al-Sarrāj menegaskan bahawa kaum sufi
memperincikan adab dalam hampir setiap perjalanan mereka menuju Allah SWT.
Mereka memiliki ciri-ciri khusus yang tidak dimiliki oleh orang lain dan mereka
mudah dikenali. Dengan adab ini pula, akan dapat dibezakan antara orang-orang yang
jujur dengan mereka yang berdusta, antara mereka yang sekadar mengaku sebagai sufi
daripada golongan sufi sejati.5

Daripada huraian di atas dapatlah dirumuskan bahawa adab dan sufi sangat
berkaitan dan tidak dapat dipisahkan kerana sufi sejati sangat mementingkan adab dan
akhlak sama ada dalam hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam sekeliling.
Ini kerana golongan sufi adalah golongan yang sangat cintakan Allah. Mereka sangat

3
Noresah Baharum. Dewan Edisi Ketiga, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002), 6
4
Abu Nasr al-Sarrāj, al-Luma’. h. 152
5
Abu Nasr al-Sarrāj, al-Luma’, h. 155
memahami bahawa penghayatan mereka terhadap adab akan menentukan
sejauhmanakah hubungan dan kehampiran mereka kepada Allah SWT.

4.2 ADAB ṢOLAT MENURUT AL-SARRAJ: ANALISIS DARI ASPEK


PEMBANGUNAN ROHANI INSAN

Al-Sarrāj berpendapat bahawa adab pertama dalam menunaikan ṣolat adalah


mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang kewajipan dan kelebihannya dalam syariat
Islam.6 Menurut beliau lagi, ṣolat merupakan tiang agama, penyejuk hati kaum ‘ārif,
hiasan orang-orang yang jujur (siddīqūn) dan mahkota golongan muqarrabūn. ṣolat
merupakan suatu bentuk komunikasi, kedekatan, kewibawaan, kekhusyukan, rasa
takut, pengagungan, penghormatan, mushāhadah, murāqabah, rahsia-rahsia hati,
rmunajat kepada Allah, berdiri di hadapan-Nya, menghadap Allah dan berpaling
daripada selain Allah SWT.

Di dalam Islam, ṣolat merupakan salah satu rukun Islam. Solat merupakan
tonggak utama agama Islam. Ini berdasarkan kepada hadith daripada Rasulullah SAW
yang bermaksud:

“Islam didirikan di atas lima perkara; Penyaksian bahawa tiada tuhan yang
disembah selain Allah dan Muhammad itu hamba dan utusan-Nya, mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji”.7

Dinilai dari aspek pembangunan rohani, ṣolat adalah platform paling tepat dan
sesuai seorang hamba berkomunikasi dengan penciptanya. Solat yang khusyuk dan
sempurna ekoran pemeliharaan akan adab-adabnya kelak akan menjadikan seorang
hamba mampu mencapai matlamat dan tujuan ṣolat. Natijahnya, ṣolat mampu
melahirkan insan yang bertaqwa, beriman, memiliki hati yang bersih, tawaÌuk,
mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah dan suci jiwanya daripada nifak dan syirik.
Solat juga berperanan mengikis segala sifat keji seperti sombong, riya’, hasad dengki
dan sifat tidak bertimbang rasa. Ibn `Ata’ Allah al-Sakandari berkata dalam kalam
hikmahnya yang ke-118 sebagai berikut: “Solat mensucikan hati manusia daripada
segala kekotoran dosa dan membukakan baginya segala pintu yang ghaib”.49 Justru,

6
Abū Nasr al-Sarrāj, al-Luma’, h. 160
7
Hadith Riwayat Bukhari, Kitab Bad I al-Wahy, Bab Du‘aukum Imanukum, No Hadith 8 Lihat Abu
‘Abd Allah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Sahih Bukhari, ed. Muhammad Fuad ‘Abd al-Baqi,
Albani, (al-Qahirah: Dar ibn al-Haytham, 2004), 543
ṣolat yang sempurna ini akan menjadi penghalang kepada perlakuan dosa dan maksiat
sebagaimana maksud ayat al-Quran: “Sesungguhnya solat mencegah daripada
perbuatan keji dan mungkar”. Inilah insan yang diperlukan dalam membangunkan
ummah sejagat dan membimbing ummah kepada kebahagiaan dan kesejahteraan
dunia dan akhirat.

4.2 ADAB PUASA ANALISIS MENURUT PEMBANGUNAN ROHANI


MENURUT AL-SARRĀJ

Dalam memberi penjelasan tentang adab melaksanakan ibadah puasa, al-Sarraj


terlebih dahulu mengemukakan beberapa hadith yang menyebut tentang keutamaan
berpuasa antaranya al-SarrÉj berkata: Diriwayatkan bahawa Allah s.w.t berfirman
dalam satu hadith qudsiNya yang bermaksud:

“Puasa adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.”8

Menurut al-Sarraj, sahnya puasa dan baiknya adab seseorang dalam berpuasa
bergantung kepada sejauhmana benarnya tujuan dan niat seseorang, sejauhmana
usahanya menghindari tuntutan nafsu syahwatnya, menjaga anggota badannya,
menjaga hatinya, sentiasa mengingati Allah, tidak memikirkan rezeki yang telah
dijamin oleh Allah, tidak melihat puasa yang dia lakukan, takut atas tindakannya yang
ceroboh dan memohon bantuan kepada Allah agar mampu menunaikan puasanya.
Maka inilah hakikatnya adab orang yang berpuasa.

Al-Sarrāj mengemukakan pandangan guru tasawuf tentang amalan puasa nabi


Dawūd yang disebut oleh Nabi SAW sebagai sebaik-baik puasa. Menurut mereka
sememangnya puasa Nabi Dawūd adalah puasa yang paling berat. Puasa dengan cara
ini lebih berat bagi jiwa (nafsu) daripada puasa setahun penuh. Sebab nafsu seseorang
yang telah terbiasa dengan puasa terus-menerus akan terasa berat bila dia tidak
berpuasa. Demikian juga sebaliknya, jika nafsu seseorang telah terbiasa tidak
berpuasa, maka akan terasa berat bila dia berpuasa. Sedangkan amalan puasa Nabi
Dawūd, di mana sehari berpuasa dan sehari tidak berpuasa tidak akan memberikan
kebiasaan nafsu untuk berpuasa atau tidak berpuasa.

8
HR. Bukhari-Muslim dari Abu Hurairah, Malik, Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasa’I (bab Puasa 1904.
Imam Malik al- Muwatta’ bil. 310
Oleh yang demikian puasa nabi Dawud dianggap puasa yang paling berat.
Pandangan yang sama seiring dengan pendapat Ibn Qudāmah yang menyatakan
bahawa puasa nabi Dawūd dianggap puasa yang paling berat kerana pertamanya puasa
tersebut telah memberi pemberatan situasi puasa dan tidak puasa secara adil dan
seimbang. Keduanya hari berbuka dianggap sebagai hari bersyukur manakala hari
berpuasa dianggap sebagai hari bersabar. Sedangkan hakikat iman terbahagi dua iaitu
sabar dan syukur. Ketiganya puasa seumpama ini memberatkan diri dalam
bermujahadah. Ibadah puasa yang ditunaikan dengan menjaga segala adabnya kelak
akan berupaya melahirkan peribadi mukmin sejati yang tergambar daripada
mujahadah mereka menentang hawa nafsu dengan melaksanakan ibadah puasa. Ibadah
puasa ini akan menjadikan seseorang hamba sentiasa memelihara kesucian dan
keikhlasan niatnya sehingga akhirnya puasa ini dapat mengawalnya daripada maksiat,
dosa dan kederhakaan kepada Allah SWTsekaligus mampu membangunkan rohani ke
arah kebaikan dan keredaan Allah.

4.3 Kepentingan ilmu Tasawuf Menurut al-Sarraj

Dalam membincangkan aspek kepentingan ilmu tasawuf, al-Sarraj berpendapat


bahawa memperdalam atau tafaqquh tentang pelbagai keadaan rohani dan pengertian
maqam-maqamtidaklah kecil manfaatnya berbanding memperdalam tentang hukum
hakam berkaitan talak, zihar, sumpah, hudud dan sebagainya. Menurut beliau lagi
pelbagai hal atau keadaan spiritual, kedudukan maqam dan perjuangan rohani yang
menjadi tumpuan perbahasan golongan sufi hakikatnya diperlukan setiap waktu oleh
golongan mukmin. Mereka wajib mengetahui dan mempelajarinya. Keperluan
menghayati keadaan rohaniseperti ikhlas, zikir, menghindari kelalaian untuk berzikir
tidak terbatas kepada waktu-waktu yang tertentu. Hakikatnya ia diperlukan sepanjang
masa. Setiap mukmin wajib mengetahui apa yang terdetik dalam hatinya.
Sekiranya ia merupakan hak dan tanggungjawab maka wajib melakukannya.
Sekiranya berupa larangan maka wajib dijauhi (Abu Nasr al-Sarraj, 2002).

Pandangan al-SarrÉjini sejaja dengan pandangan Ibn Abidin yang


menyatakan bahawa hukum mengetahui sifat-sifat seperti ikhlas, ‘ujub, dengki dan
riya’adalah fardu ain Begitu juga hukum mengetahui penyakit-penyakit hati
lainnya seperti sombong, dendam. marah, bakhil, kejam panjang angan-angan dan
sebagainya. Hukum menghilangkan semua penyakit hati adalah fardu ain. Dan hal ini
tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali dengan mengetahui batasan, penyebab,
tanda-tanda dan metode pengubatannya (Abdul Qadir Isa, 2013).

4.4 Ilmu Tasawuf dan Hubungannya dengan al-Quran dan SunnahMenurut al-
Sarraj

Al-Sarraj berpendapat bahawa ilmu tasawuf mempunyai hubungan yang erat


dengan al-Quran dan sunnah. Dengan perkataan lain inti pati ajaran tasawuf
memiliki sandaran yang kuat dalam al-Quran. Menurut al-Sarraj, para ulama sepakat
menerima bahawa Allah SWT telah menyebut dalam kitab suci al-Quran tentang
orang-orang yang jujur baik lelaki mahupun perempuan(al-Sodiqin wa al-Sadiqat),
orang-orang yang merendah diri di hadapan Allah(al-Qanitin wa al-Qanitat), orang-
orang yang khusyuk(al-Khasyi‘in), orang-orang yang sangat yakin(al-Muqinin),
orang-orang yang ikhlas(al-Mukhlisin), orang-orang yang berbuat baik(al-
Muhsinin), orang-orang yang takut akan siksa Allah(al-Kha‘ifin), orang-orang
yang bertawakkal(al-Mutawakkilin), orang-orang yang tawaduk(al-Mukhbitin),
para kekasih Allah(al-Awliya’), orang-orang pilihan(al-MusÏafÊndan al-Mujtabin)
dan orang-orang yang dekat dengan Allah(al-Muqarrabin) (Abu Nasr al-Sarraj,
2002).Menurutal-SarrÉj,ciri-ciri khas yang Allah namakandalam ayat di atas
adalah daripada kalangan orang beriman daripada umat Muhammad SAW.

Ini menunjukkan dalam kalangan umat Muhammad terdapat hamba-hamba


pilihan Allah yang memiliki darjat yang tinggi di sisi Allah sesuai dengan ciri khas
yang Allah sebutkan dalam firman-Nya.Mereka ini memiliki kelebihan darjat
keimanan berbanding golongan awam umat Muhammad lainnya. Pandangan al-
Sarraj ini seiring dengan pendapat Mamduh al-Zubidan al-Qushayri. Mamduh al-
Zubi (2003) menjelaskan bahawa hampir sepertigaal-Quran menyebut tentang sifat-
sifat seperti warak, sabar, taqwa, ikhlas dan sebagainya begitu juga tentang
kalimah-kalimah seperti muqinin, ÎÉbirÊn, muhsinin, ÎÉdiqÊn, mukhlisin yang
merupakan intipati tasawuf yang murni dan tulus. Sumber utama tasawuf adalah
al-Quran, hadith nabi, para sahabat, tabi‘in daripada kalangan hamba pilihannya.
Tasawuf juga merupakan kesempurnaan agama.
Tasawuf adalah maqam ihsan sebagaimana yang tertera dalam hadith dan
maqamnya lebih tinggi daripada darjat Islamdan iman.Al-QushayrÊmenjelaskan
bahawa golongan sufi menghayati perjalanan hidup Baginda Rasulullah SAW
samaada sebelum atau selepas pelantikannyasebagai rasul. Peristiwa baginda
berkhalwat dan bersendirian di gua Hira’ merenung hakikat kebenaran
mengilhamkan kepada golongan sufi tentang kepentingan khalwat untuk
berfikir dan merenung hakikat kebenarandan daripada peristiwa mikraj Nabi
SAW mengilhamkan kepada mereka tentang hakikat kasyaf, daripada hadith-
hadith yang memperkatakan tentang zuhud mereka menjejaki jalan zuhud dan
mengambilkeperluan hidup secara sederhana ((Hassan Syafi’i &Abu Yazid
al’Ajami, 2007).
5.0 RUJUKAN

Al-Qurān al-Karīm

Safiah Abd Razak,(UM) Adab Solat dan Puasa Serta Hubungannya dengan
Pembangunan Rohani Insan: Analisis Pemikiran al-Sarrāj (M.378 H) dalam Karya al-
Luma’ fi Tarikh al-Tasawwuf al-IslÉmÊ

Mohd Fauzi Hamat dan Mohd Khairul Naim Che Nordin. Akidah dan Pembangunan
Insan. (Kuala Lumpur: Universiti Malaya 2012)

Siddiq Fadzil. Pembangunan Umat Cemerlang: Agenda Menyambut Abad Asia.


Dalam Zulkifli Mohd, Berhanuddin Abdullah Ed. Etl. Modal Insan dan Cabaran
Pembentukan Ummah Cemerlang (Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal
Abidin. 2014)

Anda mungkin juga menyukai