Anda di halaman 1dari 22

TEKS PENGERUSI MAJLIS : MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK MUHIBBAH


KALI KE 15/2015
SMK MUHIBBAH SUNGAI SIPUT (U), PERAK.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BIL PERKARA TEKS UCAPAN
1.0 Ketibaan VIP Mengumumkan keberangkatan tiba...
Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Yong Sofia binti
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah

Diiringi oleh..
Tuan Haji Kamaruzaman bin Abd. Murad
(Pengetua SMK Muhibbah),

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, dan barisan guru


ke Majlis Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang SMK
Muhibbah kali ke 15.

(pengumuman semasa Y.T.M. Raja Dato’ Seri Yong Sofia


binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-
Lah mula diarak dengan paluan kompang dan bunga
manggar)

Hadirin diminta berdiri


2.0 Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati,
Negaraku Majlis dimulai dengan Nyanyian lagu ‘Negaraku”.

Hadirin dipersilakan berdiri bagi menghormati lagu tersebut.

(Nyanyian Lagu Negaraku)

Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Yong Sofia, semua


tetamu dan hadirin dipersilakan duduk.

1
3.0 Kata-kata Mega berarak indah kepalang
aluan Dipupuk bayu ke pohon ara

Pengerusi Pemanis kalam selamat datang


Awal Bismillah pembuka bicara
Majlis

Bismilahirahmanirahim.
- Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Yong Sofia binti Almarhum
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah

- Yang Berhormat Dato’ Zulkefli bin Haji Harun


(Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lintang)

-Yang Berusaha,
Tuan Haji Adnan bin Rejab
(Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar)

-Yang Berusaha,
Tuan Haji Kamaruzaman bin Abd. Murad
(Pengetua SMK Muhibbah),

Yang dihormati,
Tuan Inspektor Aidil Fitrah Firman Shah bin Shahar
(Pegawai Perhubungan Sekolah)

Tuan Haji Mohd Khalim bin Hashim


(Yang Dipertua PIBG SMK Muhibbah)

Pengetua-pengetua, guru-guru besar, Ahli Jawatankuasa PIBG,


barisan guru, ibu bapa,para pelajar, seterusnya para hadirin yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


salam sejahtera, Salam Satu Malaysia, Salam Perak Aman Jaya.

2
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
dapat kita berkumpul pada hari ini ,bagi sama-sama
menjayakan Majlis Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang
SMK Muhibbah bagi tahun 2015

Majlis mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada


Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Yong Sofia binti
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah atas kesudian menghadirkan diri dalam
majlis kita pada petang ini.

4.0 Perbarisan Hadirin yang dihormati,


Lintas Hormat
Kejohanan Balapan dan Padang SMK Muhibbah Kali Ke 15
akan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat kontingen-
kontingen yang mengambil bahagian dalam kejohanan kali
ini.

Oleh itu, majlis menjemput Yang Berusaha, Tuan Haji


Kamaruzaman bin Abd. Murad (Pengetua SMK Muhibbah)
bagi mempersilakan dan mengiringi...

Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Yong Sofia binti


Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah ke pentas lintas hormat untuk menerima tabik
hormat daripada kontingen-kontingen yang mengambil
bahagian

(Pengetua dan VVIP berjalan di hadapan pentas lintas


hormat)

3
Hadirin yang dihormati,
Perbarisan lintas hormat akan dimulakan sekarang.

(lagu perbarisan akan dimainkan)

Perbarisan lintas hormat kejohanan kali ini diketuai oleh


Saudari Soleha binti Halid selaku Ketua Kontingen
Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Muhibbah
kali ke 15.

Perbarisan lintas hormat di mulai dengan perbarisan


kontingen-kontingen daripada unit beruniform dan pengawas
sekolah.

1. Kontingen unit beruniform yang pertama adalah kontingen


Kadet Bomba. Kontingen ini diketuai oleh Saudari Rohana
binti Khamis dengan kekuatan seramai 33 orang anggota.
Kontingen ini dipimpin oleh En. Khairul Munir bin Mohamad.

2 . Kontingen seterusnya adalah kontingen Kadet Polis


dengan kekuatan seramai 21 orang anggota. Kontingen ini
diketuai oleh Saudara Muhammad Zakkwan bin Mohd Zaki
dan dipimpin oleh Puan Sri Hayati binti Musa Kamal.

3. Seterusnya ialah kontingen Kadet Remaja Sekolah ,


dengan kekuatan seramai 31 orang anggota dan diketuai
oleh Saudara Zulfiqa wafi bin Mohd Filma. Kontingen ini
dipimpin oleh En. Azneezal Ar-Rashid bin Mohd Ramli.

4
4. Seterusnya ialah kontingen Persatuan Bulan Sabit Merah ,
dengan kekuatan seramai 25 orang anggota dan diketuai oleh
Saudara Izzuddin bin Mohd Shafie. Kontingen ini dipimpin
oleh Puan Rosina binti Ghazali.

5. Bersama kekuatan seramai 23 orang anggota, kontingen


seterusnya ialah Kontingen Puteri Islam yang diketuai oleh
Saudari Sharifah Nur Liyana binti Syed Isa.
Kontingen ini dipimpin oleh Pn. Aishah Salwati binti Anuar.

6. Perbarisan lintas hormat diteruskan lagi dengan kontingen


Pengakap yang diketuai oleh Saudara Mohd Hakim bin
Adnan. Bersama kekuatan seramai 28 orang anggota,
kontingen ini dipimpin oleh En. Mohd Saiful bin Baharom
Shah.

7. Kontingen unit beruniform seterusnya adalah kontingen


Pandu Puteri. Kontingen ini diketuai oleh Saudari Sumira
binti Abu Kasim dengan kekuatan seramai 21 orang
anggota. Kontingen ini dipimpin oleh Pn. Rahina Azlinda
binti Abdul Rahim.

5
8. Kontingen seterusnya dengan kekuatan seramai 26 orang
anggota ialah kontingen Badan Pengawas Sekolah. Diketuai
oleh Saudara Shamsuriatul Anizman bin Shamsul Azman,
kontingen ini berpakaian semua rumah sukan , simbolik
kepada, mewakili semua warga SMK Muhibbah.
Kontingen ini dipimpin oleh Pn. Rokinah binti Ramly.

Hadirin sekalian,
Perbarisan diteruskan dengan Kontingen – kontingen daripada
Rumah sukan yang mengambil bahagian.

Untuk makluman semua, maskot rumah sukan pada tahun ini


bertemakan Kepahlawan Melayu. Setiap rumah mempamerkan
mascot kepahlawanan Melayu yang kreatif dan tersendiri.

Anak Kenyalang Terbang Tinggi


Batang Lupar kediaman buaya
Kepahlawanan Rentap sudah terbukti
Digeruni segenap alam maya

9. Lintas hormat yang pertama didahului oleh Kontingen dari


Rumah Pahlawan. Kontingen ini diwakili oleh 27 orang
anggota yang diketuai oleh Saudara Mohd Yusri bin Yunus.
Memilih Pahlawan dari bumi kenyalang , Rentap sebagai
maskot kontingen mereka pada kali ini. Kontingen ini dibimbing
oleh Ustaz Mohd Zaid bin Yusuf.

6
Pantang berundur biarlah mati
Sakit lelah tiada diendah
Dato’ Maharajalela gelaran diberi
Perak dipertahan daripada penjajah

10. Kontingen seterusnya bagi perbarisan lintas hormat


Kejohanan Balapan dan Padang SMK Muhibbah kali ke 15
ialah kontingen Rumah Pendekar.

Kontingen yang penuh bersemangat ini diketuai oleh Saudara


Arman bin Pandak dengan kekuatan seramai 24 orang
anggota. Kontingen yang memilih Dato, Maharajalela sebagai
maskotnya adalah dibawah pimpinan
Encik Jagatheesan a/l Selvaratnam.

Terasa pahit si buah peria


Penyembuh penyakit terkenal sudah
Takkan hilang melayu di dunia
Ini sumpah Laksamana Hang Tuah

11. Dengan kekuatan seramai 30 orang anggota, kontingen


rumah sukan seterusnya ialah kontingen rumah Perwira.
Kontingen gagah berani ini diketuai oleh Saudara
Mohd Azrul bin Azman dan dipimpin oleh En Mohd Saiful
bin Baharom Shah. Pahlawan Melayu Melaka, Hang Tuah
telah dipilih sebagai maskot Kontingen rumah Perwira ini.

7
Gelaran Panglima Kuat Tangkas
Demi Mempertahankan ibu pertiwi
Namanya sebenar Mat Hassan bin Munas
Gelaran Tok Janggut lebih sebati

12. Kontingen yang terakhir yang kelihatan gagah perkasa


diketuai oleh Saudara Rosmizi bin Ali. Memilih Tok Janggut ,
Pahlawan dari Negeri Che Siti Wan Kembang sebagai
maskotnya. Kontingen Rumah Panglima dengan kekuatan
seramai 35 orang anggota ini dipimpin oleh Puan Ayudiawati
binti Zainal Abidin.

(tunggu sehingga arahan ketua kontinjen selesai)

5.0 Mengibarkan Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan dan


bendera mengibar bendera Kejohanan Balapan dan Padang SMK
kejohanan Muhibbah kali ke 15.

(bunyi drum, tunggu sehingga bendera dinaikkan)

6.0 Bacaan Doa Tetak buluh kajang sepuluh


Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat

Hadirin sekalian,
bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput
Ustaz Othman b. Yahya untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya di persilakan.

(Arahan up, bacaan doa, arahan up down.)

8
Amin Ya Rabbal Alamin
Majlis mengucapkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu
tadi.

7.0 Ucapan Alu- Emas tempawan buatmu puteri


aluan oleh Busana indah buat rupawan
Pengetua SMK Sudilah tuan tampilkan diri
Muhibbah Bersama madah kata aluan

Hadirin yang dihormati,

Sebagai pembuka bicara majlis pada petang ini, majlis


mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Kamaruzaman bin
Abd. Murad (Pengetua SMK Muhibbah), untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(ucapan Pengetua)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berusaha Tuan Haji Kamaruzaman bin Abd.Murad atas
ucapan itu tadi.

8.0 Pengisytiharan Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

9
Perasmian
Majlis petang ini diteruskan dengan pengisytiharan
perasmian Kejohanan Balapan dan Padang SMK Muhibbah
kali ke 15 oleh Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Yong
Sofia binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah

Dengan segala hormatnya ,majlis mempersilakan.

(ucapan Perasmi, selesai merasmi tunggu paluan gong,)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Yong Sofia binti
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah atas kesudian mengisytiharkan perasmian
Kejohanan Balapan dan Padang SMK Muhibbah kali ke 15
2015

9.0 Lafaz Ikrar


Hadirin yang dihormati,

Seterusnya ialah lafaz ikrar kejohanan.


Bagi menyempurnakan upacara ini majlis mempersilakan
Saudara Mohd Fariz bin Arman bagi mengetuai Upacara
lafaz Ikrar Kejohanan Balapan dan Padang SMK Muhibbah
kali ke 15.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(lafaz ikrar)

10
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
Saudara Mohd Fariz bin Arman atas lafaz ikrar kejohanan itu
tadi.

Untuk makluman hadirin sekalian,


 Saudara Mohd Fariz bin Arman merupakan seorang
atlet yang telah mangharumkan nama sekolah dalam
Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah Kuala
Kangsar.

 Dalam Kejohanan tersebut, Beliau telah merangkul


pingat emas dalam acara lompat tinggi Lelaki bawah 17
tahun.

 Dengan kejayaan beliau itu, beliau telah terpilih


mewakili Daerah Kuala Kangsar ke Kejohanan Majlis
Sukan Sekolah- Sekolah Negeri Perak dalam Acara
yang sama yang telah berlangsung di Sekolah Sukan
Gunung Rapat.

10.0 Memeriksa Bagi meneruskan kelangsungan majlis, majlis mempersilakan


Barisan Tuan Haji Kamaruzaman bin Abd. Murad (pengetua SMK
Kontingen- Muhibbah) untuk mengiringi
kontingen Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Yong Sofia binti
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah untuk memeriksa barisan kontingen
kejohanan.

(laporan ketua, lagu, VIP memeriksa barisan, selesai,


laporan, ketua bergerak ke barisan, baca..)

11
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Yong Sofia binti Almarhum
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah kerana
sudi memeriksa barisan kontingen kejohanan Balapan dan
Padang SMK Muhibbah kali ke 15 ini.

11.0 Perbarisan Hadirin yang dihormati,


Keluar Padang Kontingen akan bergerak keluar padang sekarang.

(lagu marching berkumandang.


tunggu sehingga ketua kontinjen keluar padang)

Hadirin sekalian,

Demikian tadi selesai sudah Perbarisan Lintas Hormat oleh


kontingen-kontingen yang mengambil bahagian dalam
Kejohanan Balapan dan Padang SMK Muhibbah bagi tahun
2015

12.0 Persembahan
Tarian Bagi memeriahkan majlis pada petang ini, sama-sama lah kita
Sewang saksikan persembahan tarian sewing kontemporari oleh
pelajar-pelajar asrama dan pendidikan khas SMK Muhibbah.
Dipersilakan..

(persembahan bermula) KALUNG TOPI DULU

Untuk pengetahuan semua, persembahan tarian sewang yang


merupakan tarian tradisi masyarakat orang asli ini dibawah
bimbingan Puan Sharifah Zarina bin Syed Mahmud dan Puan
Nor Zahiran binti Ibrahim.

12.0 Acara Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

12
kejohanan
bermula Acara kejohanan balapan & Padang SMK Muhibbah kali ke 15
akan bermula sebentar lagi.

Majlis mempersilakan para hakim yang bertugas dalam


kejohanan kali ini untuk bersedia di tempat tugas masing-
masing.

Acara pembuka tirai kejohanan kali ini, adalah Acara 100m


bagi semua kategori. Diminta para peserta berkumpul
bersedia di garisan permulaan.

Hadirin sekalian, Acara pertama pada hari ini adalah


1. ACARA 100M KATEGORI PEREMPUAN BAWAH 15
TAHUN.
Semua peserta diminta bersedia di tempat permulaan
sekarang.

*************************************
Acara yang akan dijalankan sebentar nanti ialah acara ACARA
100M KATEGORI PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN Diminta
semua peserta bersiap sedia.

Acara seterusnya ialah ACARA 100M KATEGORI LELAKI


BAWAH 15 TAHUN. Diminta semua peserta bersiap sedia.

Acara seterusnya ialah ACARA 100M KATEGORI


PEREMPUAN BAWAH 17 TAHUN. Diminta semua peserta
bersiap sedia.

Acara seterusnya ialah ACARA 100M KATEGORI LELAKI


13
BAWAH 17 TAHUN. Diminta semua peserta bersiap sedia.

Begitulah dia berakhirnya Acara 100m bagi semua kategori.


Tahniah dan Syabas diucapkan kepada para pemenang.

14.0 Penyampaian Hadirin yang dihormati,


Hadiah Seterusnya, upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-
pemenang bagi acara 200 m bagi semua kategori :
1. 200 meter P bawah 15 tahun
2. 200 meter L bawah 15 tahun
3. 200 meter P bawah 17 tahun
4. 200 meter L bawah 17 tahun

Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah ini, majlis dengan


segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Kamaruzaman bin
Abd. Murad (Pengetua SMK Muhibbah) bagi menjemput dan
mengiringi

Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Yong Sofia binti Almarhum
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah
untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

# ## Pemenang tempat ___________bagi Acara 200m


kategori ___________ , dipersilakan ____________ dari
rumah ___________ dengan catatan masa ___________.

P bawah L bawah P bawah L bawah


15 tahun 15 tahun 17 tahun 17 tahun

Johan

14
NAIB
JOHAN

Ke 3

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Yong Sofia binti
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah atas kesudian menyampaikan hadiah kepada
pemenang-pemenang.

15.0 Penyampaian Tuan-tuan dan Puan- Puan yang dihormati sekalian,


Cenderamata
Sebagai tanda penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih,
majlis dengan penuh hormatnya menjemput Tuan Haji
Kamaruzaman bin Abd. Murad (Pengetua SMK Muhibbah)
untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Yong Sofia binti
Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah

15
Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas penyampaian


cenderamata itu tadi.

Hadirin sekalian,

Acara Sukan pada petang ini diteruskan lagi dengan acara:

1. 4x100m bagi semua kategori

Peserta diminta bersedia ditempat permulaan sekarang.

TEKS PENGERUSI MAJLIS : MAJLIS PENUTUP


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK MUHIBBAH
KALI KE 15 /2015
SMK MUHIBBAH SUNGAI SIPUT (U), PERAK.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BIL PERKARA TEKS UCAPAN CATATAN

16
1.0 Kontinjen Hadirin yang dihormati,
Masuk Ke Dengan berakhirnya acara yang
Tengah dipertandingkan..
Padang Maka majlis penutupan rasmi akan
dilangsungkan.

Majlis mempersilakan kontingen-kontingen


yang terlibat bergerak masuk ke tengah
padang bagi memulakan acara penutupan
rasmi
Kejohanan Olahraga dan Balapan SMK
Muhibbah 2015.

Kontingen-kontingen bergerak masuk


sekarang.

2.0 Penyampaian - Yang Berusaha Tuan Haji


Hadiah Kamaruzaman bin Abd Murad
(Pengetua SMK Muhibbah)

- Yang Berusaha , Pn. Hajah Zuliha bt


Sarry (Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Muhibbah)

17
- En. Kamaruddin bin Abd Aziz
(Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar)

- En. Hamidun bin Abdullah


(Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

- En. Nasardin bin Saidon


(Penolong Kanan Pendidikan Khas)

- guru-guru kanan, rakan-rakan guru


seterusnya para pelajar yang dihormati
sekalian.

Assalamualaikum wrt.., salam


sejahtera....salam muhibbah...
salam 1 Malaysia...salam Perak Aman Jaya.

Majlis seterusnya ialah penyampaian hadiah


beberapa kategori utama Kejohanan Balapan
dan Padang SMK Muhibbah bagi 2015.

Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah,


majlis mempersilakan Yang Berusaha En
Hamidun bin Abdullah (Pen. Kanan
Kokurikulum) untuk menjemput dan

18
mengiringi Yang Berusaha Tuan Haji
Kamaruzaman Bin Abdul Murad , (Pengetua
SMK Muhibbah) untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pemenang bagi acara ___________ :

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada Yang Berusaha Tuan Haji
Kamaruzaman bin Abdul Murad, (Pengetua
SMK Muhibbah) dan Yang Berusaha En.
Hamidun bin Abdullah (Penolong Kanan
Kokurikulum ) kerana sudi menyampaikan
hadiah kepada pemenang-pemenang.

19
Tahniah dan Syabas juga diucapkan kepada
semua pemenang.
3.0 Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian,
Penutupan bagi menyempurnakan Majlis Perasmian
Penutupan Kejohanan Olahraga dan Balapan
SMK Muhibbah bagi tahun 2015, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berusaha Tuan Haji Kamaruzaman bin


Abdul Murad
(Pengetua SMK Muhibbah) untuk
menyampaikan ucapan seterusnya beliau.

Dengan segala hormatnya di persilakan.

(ucapan Pengetua)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


Yang berusaha tuan pengetua di atas ucapan
itu tadi.

4.0 Sorakan Sebagai tanda berakhirnya temasya kali ini,


Penutup kita gemakan sorakan “Horay” yang akan
disempurnakan oleh setiausaha Sukan SMK
Muhibbah bagi tahun 2015 iaitu En Mohd
Zulshamel

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(hip..hip..hooray!)

20
5.0 Ucapan Dengan berakhirnya sorakan itu tadi,
Penutupan Maka berakhirlah kejohanan Olahraga dan
Majlis Balapan ke 15 SMK Muhibbah bagi tahun
2015.

Saya, mewakili pihak majlis mengucapkan


ribuan terima kasih kepada semua individu
yang telah sudi memberi sumbangan dalam
pelbagai bentuk bagi menjayakan
kejohanan kali ini.

Sumbangan tuan-puan amatlah disanjung


tinggi.

Saya juga ingin memohon jutaan ampun dan


maaf sekiranya terdapat kesilapan dan
kekurangan sepanjang majlis ini dijalankan.

Bintang barat terbitnya petang,


Bintang timur terbitnya pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Di lain acara bertemu lagi.

Sekian sahaja buat kali ini, semoga berjumpa


lagi di lain waktu, salam hormat dan terima
kasih dari saya.

21
Wabillahi taufiq wa hidayah,
wassalamualaikum warahtullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera.

22

Anda mungkin juga menyukai