Anda di halaman 1dari 16

 

Kadar baja kelapa sawit yang


disyorkan 

Salam,

Entri pada kali ini saya ingin menyentuh berkenaan kadar pembajaan yang seimbang untuk 
diberikan kepada pokokkelapa sawit agar dapat mencapai pertumbuhan yang optimum dan
seterusnya memberikan hasil yang lumayan. Jenis baja yang digunakan dalam komendasi ini
adalah baja berbutir sebatian 44, baja tunggal Rock Phosphate dan GML. Bagi memudahkan
penentuan kadar baja saya akan bahagikan kepada 3 fasa umur yang berlainan. Jadual

pembajaan yang disyorkan adalah sebagaimana berikut.

FASA 1 (1-3 tahun)


Umur 1 bulan ± Baja Rock phosphate - kadar 1.0 kg/pokok/tahun
Umur 2 bulan - Baja Sebatian 44 - kadar 0.5 kg/pokok/tahun
Umur 4 bulan ± Baja GML ± kadar 0.5
Umur 6 bulan ± Baja Sebatian 44 + boron ± kadar 0.5 kg/pokok/tahun
Umur 8 bulan ± Baja Sebatian 44 ± kadar 0.5 kg/pokok/tahun
Umur 12 bulan ± Baja Sebatian 44 + boron -kadar 0.kg/pokok/tahun

Jumlah 3.5kg/pokok/tahun
Umur 2 tahun
- Baja Sebatian 44 ± kadar 1.0kg/pokok/pusingan (3 kalipusingan setahun)
- Baja Rock phosphate ± kadar 1.5kg/pokok/tahun
- Baja Sebatian 44 + boron ± 1.5kg/pokok/tahun
Jumlah 6.0 kg/pokok/tahun
Umur 3 tahun
- Baja Sebatian 44 ± kadar 1.5kg/pokok/pusingan (2 kali pusingan setahun).
- Baja Rock phosphate ± kadar 1.5kg/pokok/tahun
- Baja GML ± Kadar ± 1.5kg/pkok/tahun
 

- Baja Sebatian 44 + boron- kadar 2.0kg/pkok/tahun

Jumlah 6.5 kg/pokok/tahun

FASA 2 (4-20 tahun)


Umur4-6 tahun
- Baja Sebatian 44 ± kadar 2.0kg/pokok/pusingan (2 kali pusingan setahun)
- Baja Sebatian 44 + boron ± kadar 2.0kg/pokok/tahun
- Baja Rock phospate ± kadar 1.5kg/pokok/tahun
- Baja GML ± kadar 1.5kg/pokok/tahun
Jumlah 9.0kg/pokok/tahun
Umur 7-20 tahun
- Baja Sebatian 44 ± 2.5kg/pokok /pusingan (2 kali pusingan setahun)
- Baja Sebatian 44 + boron ± kadar 2.5kg/pokok/tahun
- Baja Rock phospate ± kadar 2.0kg/pokok/tahun
- Baja GML ± kadar 2.0kg/pokok/tahun
Jumlah 11.5kg/pokok/tahun

FASA 3 (21 tahun hingga tebang)


Umur 21 tahun dan keatas
- Baja Sebatian 44 ± kadar 2.0kg/pokok/pusingan (3 kali pusingan setahun)
- Baja Rock phospate ± 2.0 kg/pokok/tahunJumlah
Jumlah 8.0 kg/pokok/tahun

 Anggaran baja yang disyorkan adalah berdasarkan hasil BTS 25 mt/ha/tahun atau 61.75
mt/ekar/tahun di tanah kawasan pendalaman. Sekiranya hasil tahun sebelumnya adalah
melebihi 30 mt/ha/tahun, maka tambahkan lagi 2 pusingan sebatian 44 atau tambahkan baja
tunggal MOP sebanyak 0.5 hingga 1kg/pokok dan 1kg baja AS/pokok. Sekiranya hasil tahun
sebelumnya adalah kurang daripada 20 mt/ha, maka potonglah 1-2 pusingan baja sebatian 44.

Kadar yang disyorkan juga boleh diubahsuai mengikut kesuburan tanah sebagaimana berikut.
- Tanah pesisir pantai yang bertekstur loam liat atau liat dengan saliran yang baik seperti
dibahagian pantai barat Semenanjung terutamanya di Batu Pahat dan Pontian ± kurangkan satu
pusingan sebatian 44.
-Tanah pesisir pantai yang bertekstur pasir ± digalakkan untuk menambah 2 pusingan sebatian
 

44 lagi, akan tetapi kadar yang disyorkan bagi setiap pusingan dipotong kepada 30-50%.

- Adalah disyorkan supaya mengambil sampel daun untuk dianalisa sekurang-kurangnya 2-3
tahun sekali bagi memastikan zat-zat makanan yang diberikan menepati keperluan pokok kelapa
sawit dengan seimbang.

Kadar yang disyorkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Bagi menghasilkan program pembajaan
 yang seimbang dan memenuhi keperluan makanan pokok kelapa sawit, maka analisa-analisa
seperti analisa daun, tanah, keadaan cuaca dan sebagainya adalah perlu.

Digital

 Apa yang saya maksudkan dengan Ladang Kelapa Sawit Digital ini adalah lebih berfokuskan
kepada teknologi maklumat yang kini sedang dipraktikkan oleh syarikat perladangan besar di
ladang-kadang kelapa sawit milik mereka. Saya berpendapat bahawa teknologi maklumat
 bersepadu di ladang kelapa sawit adalah teknologi dasar atau tapak bagi menyediakan atau
mendedahkan ladang kelapa sawit kepada teknologi yang lebih maju iaitu teknologi yang
 berteraskan kejuruteraan Mechatronic dan perkomputeran.

Teknologi maklumat bersepadu di ladang kelapa sawit adalah teknologi intergrasi diantara
pemetaan GPS, sistem informasi geografi (GIS) dan sistem pengkalan data (DBMS). Tidak 
ketinggalan juga penggunaan imej satelit dan foto udara. Potensi penggunaan 'Wave length'
kanopi pokok kelapa sawit bagi menganalisa status nutrisi pokok kelapa sawit dan juga tahap
kesihatannya adalah masih ditahap kajian.

Proses pendigitalan ladang kelapa sawit boleh dilakukan dengan melantik juruukur GPS. Kadar
pemetaan GPS ialah diantara RM8.00 hingga RM15.00 untuk sehektar bergantung kepada tujuan
pemetaan tersebut. Sekiranya anda perlukan sebuah peta digital yang lengkap dan terperinci
 yang termasuk pemetaan kawasan teres, sistem pengairan, jalan, kawasan rata dan tinggi dan
 juga pengesahan secara tindihan dengan pelan akui, maka sudah tentu harganya adalah lebih
tinggi berbanding pemetaan asas sahaja.

Sebenarnya, pemetaan GPS boleh dilakukan sendiri asalkan kawasan tanaman sawit melebihi
500 ha. Adalah tidak berbaloi bagi pekebun kecil yang mempunyai keluasan kurang daripada
 

500ha untuk memiliki peralatan sendiri kerana bukan sahaja ianya agak mahal malah ia

memerlukan pelukis peta digital yang mahir dengan perisian GIS.

Peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:-

1. Alat penerima GPS.


Ia digunakan untuk pengambilan geo-koordinat dilapangan atau secara mudahnya, ia digunakan
untuk pemetaan diladang kelapa sawit. Koordinat jalan, sungai, sempadan, bangunan dan
sebagainya diambil menggunakan alat penerima GPS ini.

Terdapat 2 jenama yang biasa digunakan oleh pihak perladangan kelapa sawit.

Jenama Trimble - Model GeoXM berharga RM12000, ketepatan submeter - Model


GeoXT berharga RM35000, ketepatan 2-3m.
Jenama Garmin - Model 76cx berharga RM1600, ketepatan <10m, perlu modifikasi
data sebelum dapat dibaca oleh Mapinfo.

2. Perisian GIS -
Perisian GIS ini adalah penting bagi menghasilkan sebuah map digital. Pengukuran keluasan
 blok dan jalan dapat dilakukan dengan mudah dan tepat melalui perisian GIS ini. Malah sistem
maklumat bersepadu tanaman kelapa sawit atau pendigitalan ladang kelapa sawit adalah sukar
dilaksanakan tanpa perisian GIS.
Terdapat banyak perisian GIS namun yang paling popular dalam perladangan kelapa sawit
adalah perisian Mapinfo. Harga Mapinfo ver 10.5 adalah sekitar RM8000 Selain daripada itu
ialah perisian ARCview. Harganya mahal sedikit berbanding dengan Mapinfo.

3. Sistem Pengurusan Data (DBMS).


Sistem DBMS ini digunakan sebagai platform pengumpulan data-data ladang kelapa sawit seperti
data hasil buah tanda segar (BTS/FFB), data keluasan ladang, data hujan, data pembajaan, data
penyakit, data tanah data status nutrisi pokok kelapa sawit dan sebagainya. Perisian yang biasa
digunakan ialah Access, SQL dan sebagainya. Ada juga perisian yang telah tersedia dengan
template dan analisa yang perlu seperti program OMP yang berteraskan Access, program
Plantware dan sebagainya. Program-program ini kemudiannya di intergrasikan dengan perisian
GIS bagi menghasilkan pemetaan digital yang bersepadu seperti pemetaan hasil, pemetaan tanah
dan sebagainya.

Selain daripada pemetaan GPS, imej satelit dan photo udara juga digunakan bagi melengkapkan
sistem teknologi digital bergrafik. Imej-imej digital samada daripada satelit atau foto udara boleh
digunakan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan. Keadaan sesebuah ladang dapat
dikenalpasti melalui imej-imej digital ini. Pada masa kini imej digital ini digunakan untuk 
inventori pokok kelapa sawit, pengimejan 3D model bagi menghasilan model bentuk muka bumi
 

ladang dan juga 'planting design system' termasuk mereka bentuk teres dan jumlah teres yang
optimum untuk sesebuah cerun atau tanah tinggi atau kawasan bukit-bukau. Ia juga termasuk 
merekabentuk sistem jalan dan 'drainage' yang ekonomik bersesuaian dengan keadaan muka
 bumi sebelum proses penanam kelapa sawit dijalankan.

Teknologi satelit bersepadu ini juga digunakan bagi menganggarkan bajet tanaman kelapa sawit
dengan kadar ketepatan yang tinggi. Kontraktor yang terlibat dalam operasi penanaman kelapa
sawit boleh dipantau dengan mudah. Sebarang ketidakpuashatian antara pihak pengurusan
ladang dan kontraktor penanaman kelapa sawit boleh diselesaikan dengan mudah dan berhemah.

Saya berhenti disini dulu ya. Teknik pengambilan data dan pemetaan yang efektif menggunakan
GPS akan saya bincangkan pada entri yang akan datang. Saya akan bincangkan juga bagaimana
anda boleh menggunakan imej satelit yang percuma daripada µgoogle earth¶ untuk tujuan
pengurusan ladang.

Baja Kimia 

Salam,

Secara amnya baja kimia terbahagi kepada dua sumber utama. Baja yang diperolehi daripada
sumber semulajadi iaitu melalui perlombongan dan juga baja sintetik iaitu baja buatan di kilang.
Baja-baja ini kemudiannya dibahagikan kepada 3 jenis utama iaitu:-

Baja lurus .

Baja yang mengandungi satu atau dua zat makanan perlu sahaja. Baja ini adalah tidak lengkap
kerana tidak terdapat zat-zat makanan perlu yang lain contohnya baja lurus jenis Muriate Of 
Potash (MOP), baja ini hanya mengandungi zat makanan 60%K2O atau Kalium sahaja,
manakala Rock Phosphate pula mengandungi 29% P2O5 atau Phosphate dan Kalsium sahaja.
Kebiasaannya 4-5 jenis baja lurus diperlukan bagi melengkapkan keperluan pemakanan kelapa
sawit.
 

Kelebihan baja lurus ialah kandungan zat makanan yang tinggi dan harga yang lebih rendah.

Contohnya, AN mengandungi 34% N, 29% P2O5 dalam RP, 60%K2O dalam MOP dan 27% MgO
dalam Kieserite berbanding hanya 12%N, 6%P2O5, 22% K2O dan 3% MgO dalam baja sebatian
(12:6:22:3).
Kelemahannya pula ialah keperluan bagi kekerapan aplikasi baja yang tinggi dan potensi
segregasi dan antagonistik yang boleh berlaku apabila selang hari aplikasi untuk baja MOP dan
Kieserite terlalu singkat atau kurang daripada 2 minggu. Hal ini akan meningkatkan risiko
kehilangan baja kerana akar hanya akan mengambil satu zat makanan sahaja, kebiasaanya hanya
zat makanan Kalium dan meninggalkan zat makanan Magnesium yang kemudiannya akan hilang
melalui larut resap. Segregasi pula boleh berlaku apabila baja berasid seperti Ammonium Nitrate
diaplikasikan bersama baja beralkali seperti Rock Phosphate.

Baja jenis ini tidak popular dikalangan pekebun kecil kerana aplikasinya agak cerewet dan
memerlukan pengetahuan agronomi untuk memprogramkan kadar rekomendasi yang sesuai dan
seimbang dengan keperluan pokok kelapa sawit.

Lain pula dengan syarikat perladangan besar, baja lurus adalah biasa digunakan diladang-ladang
mereka. Ini adalah kerana harganya yang lebih murah dan kandungan zat makanan yang tinggi.
Tambahan pula syarikat perladangan besar kebiasaanya mempunyai jabatan atau unit
agronominya sendiri yang boleh membuat rekomendasi baja yang lebih tepat dan seimbang.

Baja campuran.

Baja campuran adalah baja yang dicampur diantara 2 atau lebih baja lurus. Proses percampuran
 baja adalah hanya melibatkan percampuran secara terus atau secara fizikal tanpa melibatkan
proses pemanasan dan kimia. Proses campuran adalah berdasarkan nisbah-nisbah tertentu dan
 boleh dilakukan secara skala kecil dengan menggunakan cangkul atau mesin campur simen atau
 juga secara berskala besar di kilang-kilang baja. Walaubagaimanapun tidak semua jenis baja
lurus boleh dicampurkan diantara satu sama lain kerana tidak sesuai disebabkan ciri-ciri
antoginistik dan segregasi sebagaimana yang telah diterangkan diatas.

Kelebihan baja ini adalah menjimatkan masa aplikasi kerana 2 atau lebih jenis baja lurus dapat
diaplikasikan serentak. Baja ini juga adalah lebih murah berbanding baja sebatian akan tetapi
lebih mahal berbanding baja lurus.
 

Kelemahannya ialah tidak semua baja boleh dicampur dan zat makanan dalam baja campuran
terdedah kepada risiko ketidakseragaman dan luar daripada spesifikasi peratusan zat makanan.
Contohnya, dalam satu beg baja campuran dengan spesifikasi nisbah 30%MOP dan 17%AN
mempunyai potensi yang tinggi untuk mempunyai kadar nisbah yang berlainan seperti 25%MOP
dan 20%AN. Implikasi luar spesifikasi akan mempengaruhi ketepatan kadar baja yang telah
direkomendasikan yang berdasarkan kepada spesifikasi yang diberikan oleh pihak pengilang.

Baja sebatian.

Baja sebatian adalah sejenis baja campuran yang melalui proses campuran fizikal, kimia,
pemanasan, penyejukan dan pengranularan.

Kelebihan baja sebatian ialah mudah digunakan. Baja jenis ini dapat membekalkan zat-zat
makanan yang hampir lengkap kepada pokok kelapa sawit. Baja sebatian yang popular adalah
dari jenis sebatian 44. Kadungan zat makanan adalah hampir lengkap iaitu
(12%N):(6%P2O5):(22%K2O)(3%MgO)
Kelemahannya pula ialah harganya lebih mahal berbanding baja lurus dan campuran. Zat
makanan nitrogen pula terdedah kepada risiko pemeluapan (kehilangan N ke udara) lebih-lebih
lagi bila baja ditabur pada musim panas. Ini adalah keranan kebanyakkan baja sebatian
menggunakan Urea sebagai sumber zat makanan nitrogen didalam baja sebatian mereka.

 Ada sesetangah baja sebatian yang tidak berkualiti. Harga baja sebatian yang tidak berkualiti
agak murah sedikit, namun risiko kehilangan zat makanan adalah tinggi dengan menggunakan
 baja-baja yang murah. Risiko yang pertama ialah peratusan zat unsur makanan kurang daripada
apa yang dinyatakan atau tidak memenuhi speksifikasi.

Keduanya, menggunakan granular yang tidak berkualiti. Kebiasaannya, granular yang tidak 
 berkualiti akan lambat larut selepas ditabur. Kadangkala, granular tersebut masih kelihatan
diatas tanah walaupun setelah 3 bulan ditabur. Keadaan ini boleh meningkatkan kehilangan zat
makanan melalui air larian apabila hujan lebat.
Sememangnya diakui sebahagian zat makanan telah dilepaskan daripada granularnya. Namun
persoalan yang timbul ialah berapa peratus yang telah dilepaskan dan berapa lama masa yang
perlu diambil untuk 100% zat makanan dilepaskan? Sekiranya, ia mengambil masa sehingga 2-3
 

 bulan, maka risiko untuk hujan lebat dalam jangkamasa ini adalah tinggi yang juga akan
membasuh kesemua granular-granular bersama dengan zat makanan yang masih berbaki.

Pada pandangan saya adalah lebih baik kita mencuba beberapa jenis baja dahulu dengan kadar
 yang sedikit dan lihat keberkesanannya. Ekperimen mudah ialah dengan menabur baja-baja
sebatian didalm polibeg nurseri dan disiram setiap hari. Bagi menjimatkan masa, beli beberapa
 jenis baja sebatian dalam bungkusan kecil dan jalankan ekperimen anda secara serentak.

Bagi mendapatkan keputusan yang agak tepat, anda boleh menyediakan replikasi iaitu satu jenis
 baja sebatian ditaburkan kepada sekurang-kurangnya 5 polibeg. Sekiranya anda ingin menguji 3
 jenis baja sebatian, maka anda perlukan 15 polibeg yang mana setiap satu jenis baja akan
ditaburkan kepada 5 polibeg.

Lihat berapa lama masa yang diperlukan untuk granular larut. Bandingkan ketiga-tiga jenis baja
sebatian yang telah diuji. Pilih baja yang menunjukkan kadar perlarutan yang paling cepat.
Mungkin aka nada polibeg yang lambat larut untuk satu-satu jenis baja sebatian. Untuk ini,
anda perlu ambil purata bagi setiap polibeg yang menunjukkan kadar larutan yang cepat.
Bandingkan purata bagi setiap jenis baja sebatian tersebut dan pilih purata yang terbanyak.

 Walaubagaimanapun, jalan yang terbaik ialah pilih baja sebatian yang berjenama sperti CCM,
 YaraMilla, FPM, MPOB F1 dan Benh Mayer. Walaupun harganya agak mahal sedikit namun
kualitinya agak terjamin.

Baja Organik  

Salam,

Pembajaan atau pemakanan atau nutrisi pokok kelapa sawit adalah antara faktor utama yang
mempengaruhi hasil sesebuah ladang kelapa sawit selain daripada faktor-faktor seperti jenis
tanah, cuaca, bentuk rupa bumi dan sebagainya. Pokok kelapa sawit adalah antara kelompok 
 

tumbuhan yang mempunyai permintaan dan respon yang tinggi terhadap baja yang diberikan.

Dari itu aplikasi pembajaan kepada pokok kelapa sawit adalah tidak boleh dikompromi
 walaupun terpaksa berbelanja lebih.

Harga baja yang kian meningkat selari dengan harga minyak mentah dunia sedikit sebanyak 
memberikan kesan terutamanya kepada pekebun kecil. Dianggarkan kos pembajaan kelapa
sawit boleh mencapai sehingga 30% daripada kos pengeluaran BTS atau 50-60% daripada kos
penyelengaraan. Namun, pengusaha-pengusaha tanaman kelapa sawit masih lagi boleh menarik 
nafas panjang kerana paras harga minyak sawit mentah yang agak tinggi pada kebelakangan ini.
Harga ini juga dijangka akan bertahan dalam tempoh sekurang-kurangnya sehingga penghujung
tahun 2011.

Jenis-jenis baja
Baja boleh dibahagikan kepada 2 jenis utama iaitu baja kimia dan baja organik.

Baja Organik.

Baja organik ialah baja yang berasal daripada tumbuhan, hidupan atau bahan buangan daripada
kedua-duanya yang telah lengkap mereput. Proses pereputan samada secara semulajadi dan
memakan masa yang agak lama atau melalui teknik pengkomposan dimana proses pereputan
sempurna dapat dipercepatkan dengan menggunakan mikrob tertentu. Proses pengkomposan
 juga boleh menyah bau terutamanya apabila menkomposkan tahi ayam.

Pereputan yang belum sempurna seperti, jerami padi dan sebagainya adalah tidak digalakkan
untuk digunakan untuk tujuan pembajaan. Proses pereputan memerlukan unsur nitrogen dan
 juga perlepasan ammonia ke udara. Ini akan mengakibatkan persaingan untuk mendapatkan
nitrogen diantara tanaman dan mikrob yang bekerja dalam proses pereputan disamping
ketidakbolehkawalan perlepasan gas ammonia yang berbahaya kepada alam sekitar.

Baja organik mengandungi unsur karbon yang tinggi dan hanya sedikit zat-zat makanan yang
lain. Kelebihan baja organik ialah dapat memperbaiki dan memperelokkan struktur tanah.
 A plikasi baja organik dikawasan tanah berpasir akan dapat meningkatkan keupayaan
menyimpan air dan zat-zat makanan. Manakala dikawasan tanah liat pula, baja organik dapat
mengemburkan tanah liat yang pada asalnya mempunyai stukrur padat. µFixation¶ zat makanan
 

fosfat atau unsur P oleh tanah adalah tinggi di kawasan tanah yang mengadungi kadungan Ferum

 yang tinggi. Kehadiran bahan organik daripada aplikasi baja organik dapat mengurangkan
µfixation¶ ini dan seterusnya menjadikan unsur P dalam keadaan yang tersedia untuk diambil oleh
akar.
Baja organik tidak mempunyai risiko keracunan kepada pokok kelapa sawit apabila kadar
aplikasinya melebihi daripada keperluan pokok kelapa sawit tersebut. Baja organik juga boleh
 bertindak sebagai sumber makanan dan persekitaran yang sesuai mikrob baik seperti µMichoriza¶,
µTrichoderma¶, µBacillus¶, Yis dan sebagainya untuk bercambah dan berkembang.

Kelemahan baja organik ialah kadar aplikasi yang tinggi diperlukan bagi memenuhi keperluan zat
makanan kelapa sawit disebabkan peratusan zat makanan yang sedikit. Contohnya ialah EFB-
kompos, bagi memenuhi keperluan zat makanan kelapa sawit, kadar yang mencukupi ialah
antara 50-100kg/pokok/tahun berbeza dengan zat makanan bukan organik yang hanya perlu 7-
11kg/pokok/tahun sahaja. Kadar yang tinggi ini sudah tentu membebankan, lebih-lebih lagi
dalam keadaan sekarang yang kekurangan tenaga pekerja. Jika dibandingkan harganya
 berdasarkan zat makanan seperti N,P,K, harga baja organik akan lebih tinggi berbanding dengan
 baja inorganik kerana peratusan N,P,K dalam baja organik kebiasaannya adalah lebih rendah
 berbanding baja inorganik.

 Aplikasi yang terbaik ialah secara aplikasi kombinasi diantara baja organik dan baja inorganik.
 Aplikasi sebegini dapat memenuhi keperluan zat makanan kelapa sawit. Sebarang kekurangan
zat makanan yang terdapat dalam baja organik boleh ditampung oleh baja inorganik. Persoalan

 yang ditimbulkan dalam kombinasi aplikasi ini ialah berkenaan kebolehan hidup mikrob baik.
Dikhuatiri, mikrob akan musnah akibat baja inorganik yang berasid.

Namun pada saya, kombinasi aplikasi diantara organik dan inorganik adalah yang terbaik dalam
memenuhi keperluan zat makanan kelapa sawit. Baja organik berfaedah kepada tanah manakala
 baja inorganik pula boleh memenuhi keperluan zat makanan pokok kelapa sawit. Zat makanan
 yang diberi pula mudah diambil oleh akar dengan kehadiran baja atau unsur organik yang boleh
diumpamakan sebagi pelincir kepada akar.

"A dvance Planting Material" 


 

 
Planting material adalah sangat penting dan sememangnya sangat mempengaruhi industri sawit
lebih-lebih lagi dengan kesukaran untuk mendapatkan kawasan baru bagi tanaman sawit.
Sekarang ini jumlah kawasan bertanam di Malaysia sudah mencapai 4.5 juta hektar. Baki
kawasan yang sesuai untuk tanaman sawit pula hanya tinggal kurang daripada sejuta hektar.
Jadi, dengan kawasan yang terhad, maka adalah penting untuk menanam pokok sawit yang
 boleh mencapai hasil yang tinggi.

Dari itu kajian biak baka yang konsisten dan berterus adalah sangat penting untuk memastikan
industri sawit sentiasa berkembang maju dan sentiasa dapat ditingkatkan kepada tahap yang
lebih berdaya saing.
Selain daripada MPOB, pihak syarikat perladangan yang mempunyai makmal biak baka telah
mempunyai baka-baka sawit elite yang diperolehi hasil daripada penyelidikan dan pemilihan
secara saintifik. Namun penyelidikan biak baka masih lagi dijalankan secara konsisten kerana
masih ada ruang lagi untuk memperolehi hasil yang mungkin diluar jangkaan.

Pada peringkat individu, baka sawit daripada µelite material¶ ini telah mencapai pengeluaran buah
tandan segar (BTS) sehingga 400-500kg setahun (menyamai 50-60 ton/ha) dan kadar perahan
minyak secara analisa makmal (OB) mencapai sehingga 30%-35% (18 tan/ha minyak). Namun
sasaran nasional bagi mendapatkan buah tandan segar sebanyak 35 tan/ha dan kadar perahan
25% atau 8.75 tan/ha minyak masih belum lagi tercapai. Pada ketika ini hasil purata nasional
masih lagi pada tahap 3.75 tan/ha minyak.

Pengeluran biji benih berprestasi tinggi (sebagaimana rekod individu) secara komersil adalah
sukar untuk dicapai. Pengeluaran biji sawit bukanlah seperti pengeluaran kereta proton yang
 boleh di cetak hampir 100% serupa. Pengeluaran benih sawit tertakluk kepada faktor-faktor
 biologi dan genetik yang tidak boleh 100% diturunkan oleh kacukan ibu-bapa. Maksudnya, adik 
 

 beradik daripada ibu-bapa sama tidak semestinya mempunyai sifat atau prestasi yang sama,

macam kita juga le, kalau abang kita mempunyai bakat bersukan , kita belum tentu ada bakat
 yang sama. Walaupun ada baka elite, akan tetapi belum tentu kesemua anak-anak daripada
kacukan baka elite boleh mengeluarkan hasil yang tinggi.

Maka timbullah penklonan bagi mendapatkan keseragaman diantara adik-beradik. Secara


dasarnya, teknologi pengklonan membolehkan ciri-ciri genetik pokok induk (ortet) boleh
diturunkan kepada klon-klonnya. Namun masih ada juga abnormaliti yang diperolehi, mungkin
disebabkan kesilapan teknik, berlaku pencemaran atau µstress¶ semasa proses penklonan
dijalankan. Pokok klon ini mahal sikit. Biasanya sekitar RM20-RM30, 2 kali ganda berbanding
pokok DxP

Impian«
Bayangkanlah sekiranya pada satu hari nanti ada µadvance material¶ yang benar-benar
mempunyai hasil yang amat tinggi yang konsisten, tahan terhadap penyakit dan kemarau. Hasil
 buah tandan segar yang boleh mencapai sehingga 60-70 tan/ha/tahun dengan kadar perahan
mencapai sehingga 40%. Melalui teknologi pengklonan yang maju, baka-baka sawit yang
 beprestasi tinggi ini dapat di hasilkan secara komersil.
Saya rasa masalah buruh mungkin boleh diselesaikan. Manakan tidak, dengan harga hanya
sekitar RM2000.00 per ton CPO, satu tandan bersaiz 25kg boleh mencecah sehingga RM20.00.
Kadar upah untuk satu tandan juga boleh dinaikkan sehingga RM3.00 dan dalam satu hari,
hanya perlu berjalan kira-kira 1 hektar sahaja bagi mendapatkan 100 tandan. Untuk 26 hari

 bekerja, seorang pemotong buah boleh memperolehi sehingga RM7800. Namun yang paling
untung masih lagi tuan punya ladang. Keuntungan kasar yang boleh diperolehi bagi setiap hektar
 boleh mencapai sehingga RM48,000.00/ha/tahun (belum tolak kos), Ahamdulillah, kaya
peneroka«

Saya rasa pada ketika ini, mereka yang berkelulusan ijazah juga akan berlumba-lumba untuk 
memohon jawatan sebagai pemotong buah atau post glamournya sebagai µHarvesting engineer¶.
Mungkin juga, akan tiada jawatan pengurus ladang, sebab pengurus juga akan turut serta
memotong buah. Lapang le dada kementerian sumber manusia« takde lagi complain tak cukup
tenaga pekerja«Malah cita-cita PM kita untuk mewujudkan Negara berpendapatan tinggi juga
 boleh tercapai bukan sahaja dibidang teknikal malah mereka yang bekerja diladang-ladang juga
 boleh memperolehi pendapatan tinggi. Pengawalan untuk menyekat kemasukan PATI pun
 

mungkin juga akan mudah atau mungkin juga sebaliknya.

Impak impian..
 Walaubagaimnanapun ada juga perkara yang perlu dikhuatiri sekiranya impian tercapai. Antara
impak negatif yang berpotensi ialah:-
Pertamanya, harga yang mungkin tidak boleh bertahan kerana lebihan minyak yang melampau. (
Pengeluarannya akan melebihi 3-5 kali ganda dari sekarang).
Keduanya, harga baja yang melampau kerana keperluan baja yang akan melambung tinggi.
Ketiganya, kecurian buah yang sukar dikawal.
Keempatnya, boleh berlaku kekurangan pekerja di sektor lain.
Samada tercapai atau tidak impian itu, waallahuaalam, hanya tuhan sahaja yang tahu. Namun,
impian yang tinggi perlu ditanam dan dijaga agar suatu hari nanti boleh dituai dan dinikmati.
Program kajian biak baka adalah satu proses yang panjang. Kalau impian tidak boleh dicapai
dalam masa terdekat, apasalahnya kalau ianya boleh dinikmati oleh cucu-cicit kita. Kajian demi
kajian perlu dijalankan. µLong term target¶ dan kesinambungan kajian perlu direalisasikan agar
impian walau setinggi mana atau segila manapun boleh dicapai satu hari nanti.

³Saintis yang cemerlang akan diingati selepas ketiadaannya´.

"A davance Mechanisation" 

Suka atau tidak, mekanisasi dan robotik adalah penting untuk meningkatkan martabat industri
sawit ke satu tahap yang lebih tinggi. Melalui mekanisasi, produktiviti boleh ditingkatkan
seterusnya pekerja boleh dikurangkan.

Bayangkanlah pada satu ketika nanti, mungkin akan tiada lagi pekerja yang sanggup bekerja
diladang, tak ke haru-biru ± buah sawit beribu-ribu tandan, akan tetapi kalau tiada pemotong
 

 buah, maka takdelah maknanya buah yang beribu-ribu tu.

Nah, sekarang ini pun sudah terasa keperitan mengurus ladang dengan jumlah pekerja yang
kurang. Ramai yang merungut tentang kesukaran untuk mengambil pekerja asing.

Kehilangan hasil pula dianggarkan melebihi 20% akibat daripada kekurangan tenaga pekerja.
Katalah purata hasil ialah 22 ton/ha, jadi kalau hasil jatuh sebanyak 20%, maka hasil yang hilang
itu adalah dianggarkan lebih kurang 4 ton/ha atau 18 juta ton daripada 4.5 juta kawasan tanaman
sawit di Malaysia dan kalau kita andaikan purata perahan minyak hanya sekadar 18% dan harga
CPO sekitar RM2500, maka kerugian yang dianggarkan boleh mencapai sehingga RM8.1 billion ±
fuyoo, banyak tu. Jadi adakah masih relevan sekiranya kita terus-menerus bergantung kepada
tenaga kerja asing«
Sebenarnya, pihak MPOB dan juga syarikat-syarikat perladangan secara progresifnya telah dan
sedang menjalankan kajian mekanisasi ladang bertujuan mengurangkan kebergantungan tenaga
kerja manusia. Bermacam-macam alatan yang digunakan bagi mengurangkan beban kerja
manusia. Untuk mengangkat buah daripada dalam ladang ke platform pengumpulan saja, sudah
ada bermacam-macam inovasi, antaranya kereta sorong yang dipasang enjin. µ¶Mechanical
 buffallo¶, Kubota (tractor kecil), motorsikal yang dipasang µcart¶, dan tak lupa juga kaedah
tradisional iaitu menggunakan kerbau yang dipasang dengan µcart¶. Cantas pula adalah sabit
 yang bermotor yang digunakan untuk memotong buah.

Bagi tujuan pembajaan, spreader adalah yang paling popular. Mistblower iaitu pam yang

 bermotor, kebiasaanya digunakan untuk menyembur racun. Sebenarnya ada banyak lagi inovasi
mekanisasi, cuma ianya kurang mendapat sambutan disebabkan beberapa faktor yang
melibatkan kesesuaian dan tahap ekonomiknya contohnya, jentera penuai, vakum biji sawit dan
sebagainya.

Inovasi yang dihasilkan masih lagi belum memberikan impak yang tinggi terhadap industri
sawit. Penggunaan teknologi µautopilot robotik¶ atau µmechatronic¶ yang memerlukan hanya
seorang atau dua operator berkemahiran tinggi dalam kerja-kerja ladang masih lagi jauh
ketinggalan.

Saya rasa ada beberapa faktor yang mungkin menyumbangkan kajian atau percubaan µautopilot
robotik¶ atau µmechatronic¶ ini jauh daripada mendapat keutamaan dalam penyelidikan. Faktor-
 

faktor seperti topografi, iklim/cuaca lembab dan morfologi pokok sawit itu sendiri menyukarkan

kajian bagi menggunakan peralatan canggih tersebut. Disamping itu juga, kemungkinan masih
lagi terdapat lambakan tenaga pekerja. Ditambah pula faktor budget kewangan yang agak besar
 bagi merealisasikan projek-projek kajian bagi penggunaan teknologi tersebut.

Pada pandangan saya, penyelidikan penggunaan µautopilot robotic¶ perlu dimulakan dan
diteruskan sekiranya kita hendak meningkatkan industri sawit ketahap yang lebih tinggi dan
lebih berdaya saing. Tumpuan perlu diberikan kepada proses kerja yang agak mudah dahulu
contohnya kerja penyemburan racun rumpai. Saya akui, bahawa menuai dan membaja adalah 2
kerja yang terpenting. Namun kerja-kerja ini melibatkan beban angkatan yang besar, manakala
penuaian buah pula memerlukan pemilihan buah masak yang tepat di tambah pula ketinggian
pokok sawit yang pelbagai.

Proses penyelidikan ini mestilah bermula daripada pendigitalan ladang yang juga termasuk 
pemetaan setiap pokok dan topografi yang tepat. Setiap teres (sekiranya ada) perlu direkodkan
dan dipetakan. Koordinat setiap pokok juga perlu diambil secara relatif yang saling berhubung
diantara satu sama lain. Ini kerana penggunaan GPS untuk memandu robot secara tepat adalah
sukar disebabkan keadaan kanopi sawit dan juga topografi yang mungkin menyekat isyarat radio
GPS.

Kenapa ditumpukan kepada kerja meracun? Kerana kerja meracun tidak membawa beban yang
 banyak. Mungkin dengan ketepatan penyemburan dan formulasi baru, beban racun dan air yang

dibawa tidak melebihi 10lts bagi menyembur kawasan seluas 3 hektar untuk kadar racun 1.5
lts/ha dan campuran air pada nisbah 1:1.

 Andaikata, 1 operator berkemahiran tinggi dan 5 tenaga pekerja biasa boleh mengawal 5 mesin-
robot bagi menyembur kawasan seluas 100 hektar sehari, maka ini bersamaan dengan 25 orang
tenaga kerja bagi penyemburan racun secara konvensional. Produktiviti penyemburan racun
 boleh ditingkatkan dan seterusnya seterusnya dapat meningkatkan pendapatan pekerja ladang.

³Kadang-kadang kejayaan boleh bermula daripada impian yang tidak masuk akal´  

Anda mungkin juga menyukai