Anda di halaman 1dari 4

1.

Berdasarkan jenis-jenis Ahkam Syariah seperti wajib, haram, harus, makruh dan
mandub, huraikan cara ulama mengistinbatkan hukum dari dalil Al-Qur’an dan
al- hadith menggunakan lafaz am dan lafaz khas serta berikan contoh setiap satu
darinya. (10 markah)

Istinbat berasal daripada an-nabt yang berarti air yang keluar dari dalam sumur yang kali
pertama digali. Dari segi bahasa istinbat ialah mengeluarkan atau menetapkan. Manakala,
menurut istilah pula bermaksud mengeluarkan makna-makna daripada nas Al-Quran dan
Sunnah yang beraitan dengan hal-hal yang sulit dan penting dengan menggunakan
kemampuan yang optimum. Istinbat juga bermaksud mengeluarkan (al-istikhraj) atau
menjelaskan sesuatu yang sebelumnya masih belum jelas. Oleh itu, dapat disimpulkan,
istinbaṭ’ adalah suatu upaya menemukan hukum-hukum syara’ dari nash al-Quran dan
Sunnah yang dilakukan dengan dengan cara mencurahkan buah fikiran dan pertimbangan.

Wajib (Hadis riwayat al-Tirmidhi (no. 1101)

‫اح ِإاَّل بِ َولِ ٍّي‬


َ ‫اَل نِ َك‬

Mafhumnya: “Tidak sah nikah melainkan dengan adanya wali.”


-
1. Lafaz am
‫ال نكاح‬
Lafaz ini merupakan lafaz am kerana terdapat isim nakirah.
2. Lafaz Khas

‫بولي‬

Lafaz ini merupakan lafaz khas mutlaq kerana tidak dijelaskan sama ada wali hakim atau wali
nasab
Haram

1. Lafaz am (SURAH AN-NISA AYA 92)

‫ۚ َو َما َكانَ لِ ُمْؤ ِم ٍن َأن يَ ْقتُ َل ُمْؤ ِمنًا ِإاَّل خَ طَـًٔا‬

Dan tidak layak bagi seorang mukmin membunuh seorang mukmin (yang lain), kecuali
kerana tersalah (tidak sengaja)

Frasa ini menerangkan tentang larangan seorang mukmin membunuh seorang mukmin yang
lain kecuali secara tidak sengaja kerana darah seorang mukmin adalah haram bagi mukmin
yang lain.

‫َو َما َكانَ لِ ُمْؤ ِم ٍن‬

Ayat ini mengandungi lafaz am kerana terdapat Isim Nakirah

2. Lafaz Khas (SURAH AL-BAQARAH AYAT 228)

‫ق هَّللا ُ فِي َأرْ َحا ِم ِه َّن‬


َ َ‫َواَل يَ ِحلُّ لَه َُّن َأ ْن يَ ْكتُ ْمنَ َما َخل‬

“Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang
dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka”

Frasa ini menyatakan bahawa jika isteri tersebut hamil maka adalah haram menyembunyikan
kehamilan mereka kerana anak itu juga merupakan anak suaminya juga.

‫َواَل يَ ِحلُّ لَه َُّن‬

Ayat di atas merupakan lafaz khas kerana terdapat lafaz nahi. Lafaz nahi ini terlihat apabila
wujud “dan tidaklah” yang mana ianya merupakan perintah untuk tidak melakukan perbuatan
tersebut

Harus (AL-BAQARAH AYAT 235)


‫اعـ دُوه َُّن ِسـ ًّرا‬ ْ ‫َاح َعلَ ْي ُك ْم فِي َما َعرَّضْ تُم بِ ِهۦ ِم ْن ِخ‬
ِ ‫طبَ ِة ٱلنِّ َسٓا ِء َأوْ َأ ْكنَنتُ ْم فِ ٓى َأنفُ ِس ُك ْم ۚ َعلِ َم ٱهَّلل ُ َأنَّ ُك ْم َسـت َْذ ُكرُونَه َُّن َولَ ٰــ ِكن اَّل تُ َو‬ َ ‫ُجن‬ ‫َواَل‬
ۚ ُ‫ـو ۟ا َأ َّن ٱهَّلل َ يَ ْعلَ ُم َمــا فِ ٓى َأنفُ ِسـ ُك ْم فَٱحْ َذرُوه‬
ٓ ‫ـاح َحتَّ ٰى يَ ْبلُـ َغ ْٱل ِكت َٰــبُ َأ َجلَ ۥهُ ۚ َوٱ ْعلَ ُمـ‬ ۟ ‫وا قَوْ اًۭل َّم ْعرُو ۭفًا ۚ َواَل تَع‬
ِ ‫ْز ُموا عُقْ َدةَ ٱلنِّ َكـ‬
ِ
۟ ُ‫َأن تَقُول‬ ‫ِإٓاَّل‬
‫َوٱ ْعلَ ُم ٓو ۟ا َأ َّن ٱهَّلل َ َغفُو ٌر َحلِي ۭ ٌم‬

Ayat ini menerangkan harus hukumnya bagi seseorang lelaki yang ingin meminang seseorang
perempuan yang masih dalam tempoh iddah secara sindiran dan diharuskan juga bagainya
untuk menyimpat hasrat tersebut di dalam hati

1. Lafaz am

‫وال جناح عليكم‬

Lafaz ini merupakan lafaz am kerana terdapat isim nakirah (tidak menunjukkan penafian)

2. Lafaz Khas

‫النساء‬

Lafaz ini merupakan lafaz khas kerana terdapat lafaz mutlak yang tidak menyatakan dengan
jelas jenis perempuan yang mana

Makruh (SURAH AL JUMUAH AYAT 9)

َ‫صالَ ِة ِم ْن يَوْ ِم ْال ُج ُم َع ِة فَا ْس َعوْ ا ِإلَى ِذ ْك ِر هَّللا ِ َو َذرُوا ْالبَ ْي َع َذلِ ُك ْم خَ ْي ٌر لَ ُك ْم ِإ ْن ُك ْنتُ ْم تَ ْعلَ ُمون‬ َ ‫يَا َأيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا ِإ َذا نُو ِد‬
َّ ‫ي لِل‬

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan shalat pada
hari Jum’at, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang
demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”
(QS. Al-Jumu’ah: 9).

1. Lafaz am

‫الذين ءامنوا‬

Lafaz ini mengandungi lafaz am, isim mausul. Hukum yang disebutkan dalam ayat ini adalah
terpakai kepada orang yang beriman

2. Lafaz Khas
ِ ‫فَا ْس َعوْ ا ِإلَى ِذ ْك ِر هَّللا‬

Lafaz ini mengandungi lafaz khas iaitu lafaz amar yang bermaksud maka segeralah. Lafaz ini
memberi maksud bersegera mengingati Allah dan tinggalkan jual beli.

Mandub (Sunat)

Ayat ini menerangkan bahawa hanyalah sunat bagi seseorang menulis hutang-piutangnya

1. Lafaz am

‫الذين ءامنوا‬

Lafaz am isim mausul kerana terdapat kata ganti penghubung

1. Lafaz Khas

‫فاكتبوه‬

Lafaz ini ialah lafaz khas yang merupakan lafaz amar yang bermaksud maka tulislah
bermaksud satu perintah

Lafaz amr disini tidak mewajibkan orang yang beriman bagi mencatatkan hutang mereka,
hukumnya hanyalah sunat dan digalakkan sahaja

Anda mungkin juga menyukai