Anda di halaman 1dari 4

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang

Pelajaran Pertama

KALIMAH TAYYIBAH
ِ ‫س ُول هّللا‬
ُ ‫آل اِلَهَ اِاّل هّللا ُ ُم َح َّم ٌد َر‬

Kalimah ini ialah suatu pengakuan yang suci yang dibuat oleh
manusia terhadap Allah. Apabila seseorang mukmin membaca
kalimah ini, dia dengan segala kesungguhan hatinya mengakui
yang dia seorang hamba Allah yang beriman, mematuhi segala
perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Oleh yang
demikian seseorang yang yang membaca kalimah ini terpaksa
mengingati empat pekara penting yang bersangkut paut
dengannya.
1. Ia mesti tahu lafaz-lafaznya yang tepat.
2. Ia mesti tahu terjemahannya yang tepat.
3. Ia mesti tahu maknanya yang tepat.
4. Ia mesti tahu bagaimana hendak beramal sesuai dengan
kehendak-kehendaknya.

Lafaz Kalimah Tayibbah Dan Terjemahannya.


Kalimah ini terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama
“La illaha illallah” dan yang kedua “Muhammadur Rasulullah”.
Terjemahan kedua-dua bahagian ini ialah: “Tidak ada sesuatu
yang selayaknya disembah melainkan Allah dan Muhammad ialah
rasulNya yang sebenar”.
Makna Kalimah Tayibbah.
Apabila seseorang mukmin mengaku tidak ada sesuatu yang
selayaknya disembah melainkan Allah, dia sudah semestinya
menyembah hanya Allah sahaja. Dia bukan sahaja tidak boleh
menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain bahkan ia tidak
boleh mengkompromikan dasar-dasar Islam dengan dasar-dasar
lain. Dia mestilah menganggap Allah sebagai Pemimpin dan
Penolongnya, menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Allah,
mematuhi segala perintahNya dan menjauhi segala adab
resamnya yang berlawanan dengan hukum-hukum Allah. Segala
ururannya di dunia ini mestilah bersandarkan ajaran-ajaran Al-
Quran. Dia sepatutnya mengharapkan belas kasihan Allah,
menakuti kemurkaanNya dan meyakini yang segala gerak
langkahnya diperhati dan diamati oleh Allah.
Seperti yang tesebut di atas tadi bahagian kedua daripada
kalimah tayibbah berbunyi “Muhammadur Rasulullah”. Selepas
mempercayai keesaan Allah, seseorang itu mesti mengikuti
segala perintahNya. Ini tidak dapat dilaksanakan tanpa
menjadikan Muhammad SAW sebagai contoh dan pemimpinnya.
Dia menyembah Allah kerana disuruh oleh Muhammad SAW dan
Muhammad SAW membawa ajaranNya bukan dengan kehendak
hatinya ataupun mengikut hawa nafsunya. Mematuhi segala
suruhan Muhammad SAW bermakna mematuhi segala perintah
Allah dan mencintai Muhammad SAW bermakna mencintai Allah.
‫ٓ‬
‫َو ْلتَ ُكن ِّمن ُك ْم ُأ َّمةٌ يَ ْد ُعونَ ِإلَى ْٱل َخي ِْر َويَْأ ُمرُونَ بِ ْٱل َم ْعرُوفِ َويَ ْنهَوْ نَ ع َِن ْٱل ُمن َك ِر ۚ َوُأ ۟و ٰلَِئكَ هُ ُم ْٱل ُم ْفلِحُونَ‬

Anda mungkin juga menyukai