Anda di halaman 1dari 9

A4.

‫الولء والبراء‬
Makna tajuk: Ketaatan dan Pemisahan

Pengenalan : Bab berhubung al-wala’ wal-bara’ ini adalah antara tajuk yang amat penting
sebagai syarat dan kesan keimanan seseorang kepada Allah. Hal berkaitan dengan al-wala’ wal-
bara’ ini sering dibincangkan panjang lebar untuk memahami konsep sebenar tajuk ini dalam
kehidupan. Dan sebagai seorang Muslim yang mahu mengamalkan ajaran Islam secara
sebenarnya, kita perlulah mengkaji dan cuba untuk memahami tajuk ini dengan sebenarnya agar
jelas keimanan kita kepada Allah dan Rasul.
Sebagai gambaran kasar, al-wala’ wal-bara’ ini adalah konsep akidah yang perlu ada
dalam setiap Muslim. Asasnya apa-apa yang disukai Allah, maka ia dalam kategori al-wala’ dan
sebagai Muslim, kita perlu suka hal tersebut dan punya beberapa ciri sebagaimana yang akan
dinyatakan di bawah. Dan jika Allah benci atau marah pada sesuatu, maka kita juga perlu benci
dan marah pada sesuatu. Di sini apabila konsep ini difahami sebenarnya, maka ia akan
menghasilkan individu Muslim yang peka dan tidak sekadar diam dan tenang bila ada sesuatu
yang menyentuh hak Allah diabaikan.

Penerangan :

Di dalam kalimah shahadatain, terdapat kalimat tauheed ‫ل اله الال‬ sebagai letak asas

keimanan kita kepada Allah. Dalam kalimah ini, ia dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian:

1) ‫ل – النفي‬

Perkataan ‫ ل‬dinamakan ‫النفي‬ (lafaz menafi). Jika dilihat kepada kalimah tauheed ini,

terdapat banyak perkara yang menunjukkan kebesaran Allah dalam menetapkan kalimah ini
sebagai kalimah tauheed yang wajib diucapkan oleh seseorang yang ingin masuk Islam dan
perlu diajar oleh mereka yang berziarah seseorang yang nazak di saat kematiannya.
Salah satu daripada kebesaran Allah di sini ialah apabila huruf-huruf yang digunakan

dalam kalimah tauheed ini hanyalah tiga : ‫ا ل ه‬. Yang nampak di sini, Allah tidak pun perlu

kepada huruf lain untuk menerangkan kalimah tauheed yang menjadi asas keislaman dan
keimanan. Sudah pasti, apa yang dapat dimengertikan di sini, hatta di sini Allah tidak
menggunakan huruf lain, maka Maha Suci Allah dari perlu kepada apa-apa pertolongan
makhluk-makhluknya dalam menetapkan sesuatu.
Selain itu, dalam kalimah tauheed ini, kebanyakan huruf yang digunakan adalah ‫ل‬

yang dinamakan ‫الحرف الجوفية‬ ( huruf kerongkong). Apa yang dimengertikan dari kitab

‫لسان العرب‬ (sebuah kitab yang memberi maksud pada sesuatu istilah dalam Bahasa

Arab), ‫الجوفية‬ berasal dari perkataan ‫جوف‬ yang membawa maksud kerongkong. Ia

juga membawa maksud ‫المطمئن‬ (ketenangan). Dari sini, kita akan mendapati bahawa

huruf ‫ ل‬adalah satu huruf yang keluar dari kerongkong, mudah disebutkan dan
menyebutnya boleh memberi ketenangan. Ini kita dapati apabila para ibu sering
menyebutkan ‘la la la’ kepada si anak kecil, dan tidak pula dengan huruf lain. Kesan dari
pemahaman begini, kita akan dapati bahawa kalimah tauheed ini mudah disebutkan dalam
kehidupan seseorang, agar yang bukan Islam juga mampu menyebutkannya apabila mahu
masuk Islam dan juga oleh mereka yang di ambang sakaratul-maut.
Lebih dari itu, jika diteliti secara mendalam, kalimah nafi tidak mempunyai sabdu
(shaddah) berbanding dalam kalimah ithbaat. Apa yang kita mampu fahami di sini? Ia
menunjukkan kalimah nafi itu lebih mudah disebut berbanding kalimah ithbaat! Dan ia juga
sebenarnya refleks kepada psikologi manusia yang awam (average): manusia lebih mudah
menafi atau membantah berbanding meng-ithbaat atau meneguhkan sesuatu perkara. Ia
berkaitan dengan tauheed kita dan juga kehidupan kita seharian (lantaran hidup ini
sepatutnya diisi dengan tauheed yang syumul).
Namun apabila seseorang beriman dengan Allah dan melaksanakan segala
perintahnya dengan baik dan saksama, maka kecenderungan untuk membantah atau
menafikan ini akan bertukar kepada kecenderungan untuk meng-ithbat atau meneguhkan
sesuatu. Ini membawa kepada idea ‘komen konstruktif’ berbanding ‘komen destruktif’ yang
memang memenuhi jiwa orang yang tidak atau kurang beriman kepada Allah.

Sekali lagi, ingin ditekankan dalam kita memahami kalimah ‫ل‬ di sini yang

membawa makksud ‘tidak’, kita memulakan dengan ‫النفي‬ dahulu kerana dalam kita mahu

membersihkan sesuatu, hendaklah kita membuang yang karut atau kotor dahulu, kemudian
barulah diisi dengan yang bersih. Dan diri kita yang punya hati adalah wadah atau bekas yang
perlu dibersihkan dengan keimanan yang saheeh. Maka apa yang perlu ditekankan? Kita
buang yang kotor dan kemudian diisi dengan yang bersih. Samalah juga dalam tauheed kita
bahawa kita perlu membuang semua ilah yang ada di dalam hati kita dan di-ithbat –kan
dengan Allah.

2) ‫اله – المنافى‬

Kalimah ‫اله‬ ini telah dibahaskan dalam tajuk kita sebelum ini. Sekali lagi, apa yang perlu

disedari di sini: kita perlulah meletakkan konsep ‫اله‬ itu hanya pada Allah dan bukan pada

yang selain dari-Nya. Inilah proses pembersihan yang sepatutnya dalam kita mengangkat

Allah sebagai ‫اله‬ dan bukan makhluk lain.

‫المنافي‬ di sini bermaksud ‘yang dinafikan’. Maksudnya apabila kita melakukan

perbuatan nafi, maka kita perlulah tahu apa yang kita nafikan. Dalam konteks ini, yang kita

nafikan ialah ‫ اله‬.

3) ‫ال – الثبات‬

Perkataan ‫ال‬ membawa maksud ‘kecuali’. Perkataan ‫الثبات‬ bermaksud ‘perbuatan

meneguhkan atau peneguhan’. Apa yang kita teguhkan ?

4) ‫ال – المثبت‬

Yang kita teguhkan ialah ‫ ال‬. Maksudnya dalam kalimah tauheed ini, kita menafikan semua

tuhan atau ‫اله‬ yang patut wujud dalam diri kita kecuali ‫ المثبت‬. ‫ ال‬di sini membawa
maksud yang diteguhkan iaitu Allah. Tidak ada yang lain melainkan Allah sahaja yang berhak
diimani dengan sepenuhnya.
Inilah serba sedikit penerangan kalimah tauheed yang kita imani dan amalkan.
Lantaran apabila seseorang memahami dan mengamalkan ajaran dari kalimah tauheed,
pastilah dia menjadi manusia yang benar-benar dekat dengan Allah dan punya karakter yang
amat unggul kerana seorang Muslim itu sentiasa memberi manfaat kepada orang sekeliling
dalam apa jua kapasiti, yang mungkin payah ditanggapi oleh mereka yang tidak beriman.
Kedudukan Aqidah Al-Wala’ Wal-Bara’
1) bahagian penting dalam shahadatain (16:30)
2) bahagian dari ikatan iman yang terkuat (“Ikatan iman yang paling kuat adalah cinta
kerana Allah dan benci kerana Allah”- Dririwayatkan Ahmad dari al-Bara bin Azib)
3) sebab utama hati boleh merasakan manis iman (“Ada tiga hal jika seorang
mendapatkannya dalam dirinya maka akan merasakan kemanisan iman: hendaklah
Allah dan Rasulnya lebih ia cintai dari dirinya sendiri, hendaklah ia tidak mencintai
seseorang kecuali kerana Allah, hendaklah ia benci kepada kekufuran seperti bencinya
untuk dilemparkan dalam neraka setelah Allah menyelamatkannya dari neraka” –
Muttaqun Alaih)
4) tali hubungan di atas mana masyarakat Islam dibangun (49:10)
5) perintah syariat untuk mendahulukan hubungan ini daripada hubungan lain (9:24)
6) tali penghubung yang kekal di antara manusia hingga hari kiamat (2:166)
7) penyempurna keimanan (“Barangsiapa yang mencintai kerana Allah dan membenci
kerana Allah, memberi kerana Allah dan mencegah (pemberian) kerana Allah, maka
sungguh dia telah menyempurnakan iman”-Diriwayatkan Ahmad dan Tirmizi dengan
status Hassan)

‫البراء‬

Kita perlu memahami maksud ‫البراء‬ yang bermaksud pemisahan atau ‘dissociation’ atau tiada

persekongkolan atau ‘compromise’.

Dalam Pengantar Studi Aqidah Islam (Dr Ibrahim Muhammad bin Abdullah Al-Buraikan), ‫البراء‬
bererti: penyesuaian diri seorang hamba terhadap apa yang dibenci dan
dimurkai Allah dari perkataan, perbuatan dan kepercayaan serta orang
secara terus menerus dan penuh komitmen.

Konsep ini timbul dalam Islam lantaran inilah kesan tauheed yang bersih terhadap Allah. Dalam

al-Quran ada satu surah yang tidak dimulakan dengan Bismillah dan ia dinamakan surah ‫براءة‬

atau nama lain surah tersebut ialah surah ‫التوبة‬. Mengapa ia dinamakan surah ‫براءة‬ ? Kerana
ia dinuzulkan ketika perang dan memang ia berkaitan peperangan ke atas orang bukan Islam dan
di situ tidak ada kerahiman dari Allah untuk orang yang memerangi nama Allah. Itulah antara
satu sebab surah ini tidak diawali dengan Bismillah. Perlu diingat, bagi mereka yang berpenyakit
hatinya seperti golongan anti-Hadith, menyatakan bahawa surah itu silap ditulis sehingga
tertinggal bismillah dengan argumen yang tidak diterima oleh ulama mufassirin.

Konsep ‫ البراء‬amat besar dalam Islam lantaran inilah kesan dari shahadatain yang
sebenarnya. Isu yang timbul dalam dunia sekarang sehingga umat Islam ditindas adalah kerana
mereka tidak jelas konsep ini sehingga mencampur adukkan prioriti dalam ketaatan dan

pemisahan mereka. Dalam al-Quran dijelaskan apakah konsep ‫البراء‬ dan shahadatain ini:

1) ‫الكفر‬ - kekufuran

Apa-apa sahaja yang dibenci Allah (taghut), maka ia perlu dikufurkan oleh seorang Muslim.
Inilah yang ditunjuk oleh Nabi Ibrahim.(60:4)

Kufur di sini juga membawa implikasi kita wajib meninggalkan negeri kafir kecuali
berpergian ke sana kerana darurat dan kesanggupan memperlihatkan syiar Islam (“Aku
melepaskan diri dari tanggungjawab terhadap setiap Muslim yang bermukim di antara
kaum musyrikin” – Diriwayatkan Abu Daud)

2) ‫العداوة‬ – permusuhan

Dalam (60:4) juga, bilamana Allah bencikan sesuatu, maka kita perlu bermusuh dengan hal
tersebut. Perlu dijelaskan, yang kita kita musuhkan ialah amalan atau hal yang batil, tetapi
bukanlah orang itu sendiri. Ini penting disebabkan hak orang yang kita musuhkan itu masih
wajib kita tunaikan.

Dalam masa yang sama, bila kita bermusuh dengan apa yang Allah benci, maka kita tidak
boleh jadikan mereka pemimpin utama (60:1)

3) ‫القطع صلة‬ – memutuskan tali persaudaraan

Dalam (60:4), menceritakan bahawa dengan seseorang itu kufur, maka terputus hubungan
silatur rahim dengan individu tersebut kecuali yang seadanya sahaja

4) ‫البغض‬ – kebencian
Dalam (60:4), kebencian perlu wujud dengan kebencian yang komited hingga seseorang itu
kembali pada Allah. Sekali lagi ditegaskan, bukanlah diri individu itu yang dibenci tetapi
elemen kufurnya. Maka dari situ, kita masih terpanggil untuk mengingatkan dan berdakwah.

‫الولء‬

1) ‫الطاعة‬ -ketaatan

Kita perlu memberi kataatan kepada mereka yang ‘deserve’ al-wala’ dari Muslim. Ketaatan
mutlak hanya pada Allah dan Rasul. Beberapa kategori manusia dalam hal ketaatan ini:

1) wala’ mutlak : orang beriman yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian
mereka melaksanakan kewajipan dan meninggalkan larangan agama dengan ikhlas
semata-mata kerana Allah
2) wala’ di satu pihak dan bara’ di satu pihak: Muslim yang melakukan maksiat, melalaikan
sebahagian kewajipan dan melakukan sebahagian haram.
3) Bara’ mutlak: orang Musyrik dan kafir.

2) ‫النصرة‬ –pertolongan

Kita perlu menolong al-wala’ dengan apa daya yang mampu dan meletakkan al-wala’ prioti
paling atas. Dam hal memberi pertolongan juga, kita perlu sentiasa bermesyuarat dengan
Muslim (3:159)
Termasuk membantu mereka dengan meyeru kebaikan dan mencegah kemunkaran serta
menasihati Muslim (“Agama itu nasihat. ‘Untuk siapa?’ Untuk Alla, kitab-Nya, Rasul-Nya
dan pemimpin serta masyarakat umum kaum Muslimin” –Diriwayatkan Muslim) saling
tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan (5:2) dan bergabung dengan jemaah
mereka. (3:103 & 4:115)

3) ‫القرب‬ –kedekatan

Rapat dan mesra dengan apa-apa yang disukai Allah.(8:72). Ia juga bermaksud, terlibat
dalam harapan-harapan dan kesedihan kaum Muslimin. ( “ Perumpamaan kaum Muslim
dalam cinta, kasih dan sayanag sesama mereka bakkan satu tubuh; jika salah satu
anggotanya mengeluh sakit, maka seluruh anggota tubuh juga ikut menjaga dan tidak
selesa”- Diriwaytkan Bukhari)
Apabila kita dekat dan mesra pada Muslim, maka haram untuk diejek, diperleceh, diaib serta
menyebarkan namimah (berita menyebabkan permusuhan) (49:11-12)

4) ‫المحبة‬ –kecintaan

Mencintai kaum Muslimin dengan apa yang ia cintai untuk dirinya (“Tidaklah beriman salah
seorang di antara kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai untuk
dirinya “ – Diriwayatkan Bukhari).

Juga kita tidak berpaling dari bersama Muslimin dalam apa sahaja perkara sebagaimana
dinyatakan dalam (18:28). Dan perlu berlemah lembut (47:19), ihsan dalam perkataan dan
perbuatan (2:195).

Kesan dari ‫الولء والبراء‬


Setelah kita memahami idea di atas, serta mengamalkannya dalam kehidupan kita
seharian, ia membawa dua perkara atau kesan:

‫البراء – الهدم‬

‫ الهدم‬bermaksud pemusnahan. Pemusnahan ini bermaksud kita tidak memberi ruang


dalam hati kita kepada taghut dan sesuatu yang luar dari yang dihalalkan oleh Allah. Hal
ini penting kerana hati adalah bakkan bejana. Ia punya kapasiti terhad. Jika diletakkan
dengan sesuatu yang batil, maka yang sah akan payah atau terhad memenuhinya.

‫الولء – البناء‬
‫البناء‬bermaksud pembinaan. Pembinaan atau pengutuhan ini membawa implikasi
kepada hati yang akan sentiasa memberi ruang dan ‘support’ kepada al-wala’ yang
di’recognize’ oleh Allah.

Dengan adanya ‫ البناء‬dan ‫الهدم‬ dalam diri individu, maka ia akan membawa kepada

kesempurnaan iman dan amal. Dua komponen di atas membawa kepada ‫ الخلص‬,
elemen penting dalam mencapai ihsan sebagaimana yang dinyatakan dalam hadeeth
Jibril.
Bahagian kedua shahadatain: ‫محمد رسول ال‬
Ia sebagai ‫منهاج الولء والبراء‬ atau metodologi ‫والبراء‬ ‫الولء‬ . Jika kita faham apa
yang Allah mahu dan ingin kita amalkan, kita perlulah mencontohi Nabi Muhammad
sebagai contoh bagaimana konsep ini direalisasikan. Memahami konsep ini dan beramal
tanpa merujuk pada Nabi Muhammad adalah batil dan tertolak.

1) ‫ال – مصدرا‬
Allah adalah sumber wala’ dalam Islam. Kekadang silap faham timbul bilamana ada
sesetengah jemaah meletakkan wala’ hanya pada pemimpin mereka dan tidak
diletakkan pada orang yang berlainan jemaah. Hal ini adalah kesilapan dan perlu
dijelaskan agar kita tidak mencontohi Kristian yang menghormati pemimpin (rahib
mereka) sampai pada tahap yang melampaui batas agama. Allah adalah sumber dan
target utama al-wala’ dalam Islam dan dari point ini, seseorang akan lebih jelas dan
boleh ‘deduce’ apa yang sesuai dan tidak sesuai bila dilaksanakan dalam Islam dalam
hal ketaatan.

2) ‫الرسول – كيفية‬
Rasul menunjukkan kaedah bagaimana konsep ini diamalkan. Memahami seerah
amat penting untuk memahami had bagaimana konsep ini diamalkan dalam hidup
seorang Muslim.

3) ‫المؤمن – تنفيذا‬
Mukmin adalah pembantu. Mengamalkan konsep ini perlulah dibantu dan
membantu orang yang beriman. Inilah kesan yang unggul bila memahami dan
mengamalkan aqidah ini.

Komponen di atas adalah ‫كيفية البناء والهدم‬ yang membawa kepada ‫التباع‬ (mengikut)
Rasul dan hal ini adalah bukti kita cinta pada Allah.
Kesimpulan:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya
Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (3:31)

Anda mungkin juga menyukai