Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN BAHASA MELAYU (UP1)

Tingkatan Empat

SOALAN 1 : MORFOLOGI

1. kata nama tunggal - masyarakat


- bangsa
- usia
- negara
- pihak
- rakyat [2 m perkataan + 2m binaan ayat]

2. kata majmuk - antarabangsa


- kerjasama [2 m perkataan + 2m binaan ayat]
* jika murid beri lebih, senaraikan setakat dua jawapan pertama sahaja. [8
markah]

SOALAN 2 : SINTAKSIS

1. ada sebuah gerai = frasa nama


2. untuk makan tengah hari = frasa sendi nama
3. sangat bersih, luas dan cantik = frasa adjektif
4. dimasak tidak begitu empuk = frasa kerja
5. sikap peramah pemilik gerai = frasa nama
6. selesa berkunjung = frasa adjektif
[6 markah]

SOALAN 3 : PENYUNTINGAN

1. 0 markah jika murid tidak menyenaraikan jawapan yang salah


2. terima jawapan jika murid membetulkan kesalahan dalam petikan yang ditulis semula

Petikan 1
1. ulangtahun = ulang tahun
2. mentaksirkan = mentafsirkan
3. tuntutan = menuntut
4. diselang selikan = diselang-selikan
5. pelbagai program-program = pelbagai program / program-program
6. dimekarkan = disuburkan
7. pengekalan = mengekalkan
*periksa jwpn calon setakat 6 jwpn pertama sahaja [6
markah]

Bahan 2
1. di atas = atas
2. pada = kepada
3. pelantar = peranti
4. menyaing = bersaing
5. terbilang = berbilang
6. atlit = atlet
*periksa jwpn calon setakat 5 jwpn pertama sahaja [5 markah]
SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD

Panduan pemarkahan

Deskripsi Markah
6 markah
Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat gramatis 5–6m
Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat masih gramatis 4
Isi cukup dan lengkap, mengikut urutan dan ayat kurang gramatis 3
Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat gramatis
Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat kurang gramatis 2
Isi tidak cukup, mengikut urutan dan ayat tidak gramatis 1
Ayat disalin bulat-bulat 0
Isi tidak mengikut urutan 0

Tatkala itu kertala sari sudah datang dari Daha,terlalu banyak beroleh harta daripada
emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta orang banyak dicurinya.

Setelah sudah Kertala Sari sudah datang ke rumahnya,maka ia pun bertanya kepada
ibunya,’’Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ muka surat 28


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Jawapan :

Ketika itu kertala sari sudah kembali dari Daha, terlalu banyak memperoleh harta seperti
emas, perak, pakaian dan duit berpuluh-puluh juta daripada orang ramai yang telah dicurinya.

Setelah Kertala Sari sampai ke rumahnya, dia/ia pun bertanya kepada ibunya, “Wahai ibuku,
ke manakah pergi bapaku kerana aku tidak melihatnya?”
[6 markah]

SOALAN 5 : PERIBAHASA

1. Peribahasa : bagai mencurah air ke daun keladi (1m)


Peribahasa lain : masuk telinga kanan, keluar telinga kiri (1m)

2. Peribahasa : bagaimana acuan, begitulah kuihnya (1m)


Peribahasa lain : ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi (!m)

3. Peribahasa : ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni (1m)


Peribahasa lain : berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (1m)
*periksa jwpn calon setakat 2 jwpn pertama sahaja [4 markah]

Bahagian B: RUMUSAN
[30 markah]

Pendahuluan
1. Rumusan membincangkan/tentang punca obesiti dan kesannya/obesiti 2m
terhadap seseorang.
2. Rumusan membincangkan/tentang punca-punca obesiti dan kesan- 2m
kesannya/obesiti terhadap seseorang
3. Rumusan membincangkan/tentang punca obesiti dan kesannya/obesiti 1m

Bahan 1- Punca Obesiti


P1- kandungan nutrisi yang tidak seimbang dalam menu harian 2m
P2- mengambil makanan berasaskan karbohidrat secara berlebihan 2m
P3- amalan pengambilan makanan segera 2m
P4- makanan harian yang tinggi kandungan kalorinya 2m
P5- amalan penggunaan ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor 2m
P6- faktor genetik atau keturunan 2m
P7- kadar metabolisme yang rendah 2m

Bahan 1 – Kesan
K1- seseorang itu akan mengalami pergerakan fizikal dan sosial yang terbatas 2m
K2- menghalang seseorang daripada melakukan aktiviti 2m
K3- mudah berasa lesu dan cepat letih 2m

Bahan 2 – Kesan
K4- mengakibatkan serangan jantung 2m
K5- mendatangkan penyakit diabetes 2m
K6- serangan strok secara tiba-tiba 2m

Kesimpulan.
Kesimpulannya, obesiti perlulah dielakkan agar kesihatan diri lebih terjamin 2m

Markah isi = 20 markah


Markah bahasa = 10 markah

Anda mungkin juga menyukai