Anda di halaman 1dari 14

PENDEKATAN IBNU ASYUR DALAM TAFSIR MAQASIDI

Khadijah bt Riddzwan (P119256)


Huurun Iin Binti Mohd Zahid (P120320)

1.0 PENGENALAN
Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai pedoman
hidup manusia. Al-Quran hadir sebagai cahaya yang menerangi hati yang gelap, menjadi
petunjuk di saat manusia terlupa. (Afrizal Nur MIS et.al, 2017). Al-Quran juga adalah ilmu
yang hakiki, dijaga oleh Allah dan sesuai untuk pelbagai bangsa sepanjang zaman. Di dalam
al-Quran terdapat ayat-ayat yang memerlukan kepada kesungguhan ilmu untuk
memahaminya bukan sekadar memahami daripada konteks ayat sahaja malah daripada sudut
munasabat ayat juga diambil kira agar memperoleh pemahaman yang sahih.

Seiring dengan pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan, serta derasnya arus cabaran
yang mesti dihadapi oleh umat manusia membawa dampak yang cukup tinggi atas
perkembangan pendekatan-pendekatan penafsiran. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor.
Pertama, bahasa al-Quran yang global serta berakhirnya wahyu selepas wafatnya Rasulullah
SAW memerlukan penafsiran-penafsiran yang sesuai mengikut perkembangan zaman.
Kedua, al-Quran sebagai kitab suci yang bersifat sohih li kulli zaman wa makan iaitu sesuai
di setiap zaman dan waktu selalu memberi penyelesaian terhadap cabaran umat terhadap
perkembangan tafsir.

Di antara metode yang wujud dalam memahami al-Quran adalah tafsir maqasidi. Tafsir
al-maqasidi bertujuan meneroka objektif al-Quran serta menentukan bagaimana kandungan
al-Quran memperluaskan maqasid (kesatuan) bersesuaian dengan objektif al-Quran (Islam,
2012). Metode ini boleh diaplikasikan dalam jenis tafsir yang lain seperti tematik, linguistik,
retorik, masyarakat dan lain-lain yang menghuraikan pelbagai aspek objektif yang dipilih.
Justeru itu, tafsir al-maqasidi mempunyai kaitan dengan konsep kesatuan tema yang disebut
sebagai al-wihdah al-mawdu’iyyah (Islam & Khatun, 2015)

Oleh itu, kajian ini akan menganalisis metofe tafsir maqasidi dan mengfokuskan
kepada pendekatan yang dibawa oleh Ibnu Asyur. Sepanjang puluhan tahun pengembaraan
intelektualnya, Ibnu Asyur banyak melahirkan karya-karya ilmiah, yang berbentuk syarh
(penjelasan) atas karya cendekiawan lain, tahqiq (komentar), kumpulan syair, dan buku-buku
ilmiah.serta banyak lagi buku-buku karyanya, termasuk manuskrip, catatan peribadi, ceramah
dan makalah-makalah ilmiah yang belum dibukukan. Menurut Ibnu Asyur, beliau
mempunyai keinginan yang lama untuk menulis tafsir,dengan mengatakan dalam kitabnya,
“Salah satu cita-citaku yang terpenting sejak dulu adalah menulis sebuah tafsir al-Quran yang
komprehensif untuk kemashlahatan dunia dan agama.”(Mani’ ‘Abd Halim Mahmud ,2006) .
Sebagai contoh , kitab al-Tahrir wa al-Tanwir banyak menggunakan metode ini
(Muhammad Imam Asy-Syakir) dalam menerangkan tafsiran ayat al-Quran. Hal ini
disimpulkan daripada metodologinya ketika menafsirkan ayat-ayat al-Quran. Ketika
menafsirkan tafsiran al-Quran, beliau berusaha mengungkap setiap i’jazul Quran, nilai-nilai
balaghah yang terkandung dalam sebuah ayat al-Quran serta menjelaskan uslub-uslub
penggunaannya. Beliau menjelaskan hubungan antara satu ayat dengan ayat lainnya, terutama
antara satu ayat dengan ayat sebelum dan selepasnya. Bukan sekadar memberi makna setiap
ayat , malah beliau mampu menerangkan ayat-ayat tersebut menjadi satu tujuan atau maksud
yang diperintahkan dan perlu mengambil ibrah daripada ayat tersebut. Metode inilah yang
dinamakan aliran tafsir maqasidi.
Tidak boleh dinafikan lagi, metode ini mempunyai hubungkait dengan maqasid al-Quran
dan maqasid syariah. Adapun istilah maqasid al-Quran merupakan dasar kepada maqasid
syariah itu sendiri dan semua maqasid syariah itu kembali kepada maqasid al-Quran. Dua
istilah yang mesti dibezakan. Diantara ulama yang melakukan kritikan analitis terhadap
maqasid al-Quran adalah Tazul Islam. Beliau menyatakan bahawa meskipun terdapat
perbezaan antara maqasid al-Quran dan maqasid syariah, tetapi fungsi keduanya tidak boleh
dipisahkan pada tahap penggunaannya. Sumber maqasid al-Quran terbatas dalam ruang
lingkup al-Quran manakala maqasid syariah boleh bersumberkan selain daripada al-Quran
seperti ijma’,qias dan sebagainya. Oleh itu, elemen maqasid al-Quran lebih luas berbanding
elemen maqasid syariah yang terhad kepada lima sahaja. (Sahlawati Abu Bakar et.al, 2020)

2.0 SEJARAH TAFSIR MAQASIDI

Menurut Muhammad Ainur Rifqi, (2020), sejarah tafsir maqasidi , ia tidak boleh dipisahkan
daripada sejarah perkembangan tafsir itu sendiri. Meskipun kemunculan tafsir maqasidi
masih baharu, tetapi benih-benih penerapan maqasid syariah yang menjadi dasar tafsir sudah
terjadi pada fasa awal penafsiran. Pernyataan ini disokong oleh Zinal Hmam dan Hilal Tahir
(2018) bahawa tafsir maqasidi tersebut wujud sejak fasa awal perkembangan tafsir al-Quran
sehingga zaman tajdid. Setiap fasa tersebut, terjadi penafsiran al-Quran yang kemudian
menjadi asas kepada tafsir maqasidi.

Mengutip al-Dzahabi, Halil Thahir menjelaskan bahwa sejarah tafsir Al-Quran


dikelompokkan dalam tiga zaman, iaitu zaman Rasulullah SAW dan sahabat (marhalah
ta’sis), zaman tabi’in (marhalah ta’sil), dan zaman tadwin (marhalah tadwin), yang dimulai
pada akhir dinasti Umayyah. Ketiga zaman tersebut kemudian ditambah satu zaman lagi oleh
Shalah Abdul Fatah, iaitu zaman keempat, zaman tajdid.

Adapun istilah maqasid al-Quran tidak wujud lagi pada zaman Rasulullah dan zaman
sahabat. Hal ini kerana, segala persoalahan dan permasalahan yang timbul mereka boleh
berjumpa dan merujuk terus kepada Rasulullah SAW. Pada zaman tabiin masih lagi tidak
menemukan istilah tersebut, kerana pada ketika itu, tafsiran al-Quran sudah terbahagi kepada
dua, tafsiran bil ma’thur dan tafsiran bil ra’yi. Pada era modernisasi, penafsiran al-Quran
mengalami perkembangan termasuklah ilmu maqasid al-Quran yang mula mendapat
perhatian dalam perbincangan para ulama Islam.

Gagasan-gagasan Ibnu Asyur, pula tentang maqasid syariah atau tentang tafsir
maqasidi, terus mendapat minat para sarjana muslim kontemporer. Berbagai cara untuk
mengenalkan tafsir maqasidi terus dibuat. Salah satunya adalah Simposium Ilmiah
Internasional yang dilaksanakan pada tahun 2007. Momentum ini sebagai tanda penggunaan
teori maqasid syariah sebagai pendekatan baru dalam menafsirkan Al-Qur’an. Oleh itu,
metode ini semakin berkembang dan sebagai contoh, para saujana menggunakan tajuk
metode ini dalam disertasi-disertasi tajuk mereka sehingga ke hari ini.

3.0 DEFINISI TAFSIR MAQASIDI

i Tafsir

Menurut Syirbasyi (1994) kata tafsir dalam bahasa Arab berasal daripada kata al-fasr yang
berarti penjelasan atau keterangan, yakni menerangkan atau mengungkapkan sesuatu yang
tidak jelas.Ilmu tentang turnnya ayat , sejarah situsasi semasa diturunkan serta sebab -sebab
diturunkan

ii Maqasid
Dari sudut bahasa ia bermaksud matlamat, tujuan, hikmah dan rahsia. Imam ‘Iz Abdul Salam
berkata, kebanyakan maqasid al-Quran adalah perkara mengambil kemaslahatan dan menolak
kerosakan . Menurut Ibnu Ashur (2015), kata maqasid adalah jamak daripada maqsad iaitu
maksud, sasaran, prinsip, niat, tujuan, tujuan akhir. Pada istilah pula, maqasid al-Quran
adalah matlamat dan objektif penurunan al-Quran oleh Allah SWT untuk mencapai
kemaslahatan buat hamba-Nya. Di sini dapat kita simpulkan bahawa maqasid dalam al-Quran
ialah rahsia, hikmah dan tujuan al-Quran diturunkan adalah untuk mencapai kemaslahatan
dan menolak kerosakan. Hal ini amat jelas terdapat di dalam seluruh ayat al-Quran.

Tafsir maqasidi pula menurut Ridwan Jamal (2011), adalah jenis corak tafsir yang
membahas makna-makna lafaz al-Quran dan memperluas makna secara lughah dan disertai
penjelasan hikmah-hikmah dan tujuan-tujuan yang hendak diwujudkan melalui penurunan al-
Quran dan pensyariatan hukum-hukum Islam. Menurut Muhammad Idris Mesut pula,
perkataan maqasidi dalam ‘tafsir maqasidi’ adalah kata maqashid yang diletak di akhir
kalimah ‘ya’ nisbah dan tafsir maqasidi adalah tafsir yang menggunakan pendekatan maqasid
syariah atau kata lain, tafsir maqasidi adalah sebuah tafsir yang menjelaskan ayat-ayat al-
Quran dengan mempertimbangkam maqasid syariah. Tafsir maqasid tidak mengabaikan teori-
teori baku tentang penafsiran, seperti asbab al-nuzul, ‘am-khos, mujmal-mubayyan dan lain-
lain dalam penafsirannya (Ahmad Hidayat,2015)

Penggunaan istilah maqasid sebagai salah satu teori hukum Islam diperkenalkan oleh
Imam al-Haramain al-Juwainy lalu dikembangkan oleh muridnnya, al-Ghazali dan
perbahasan maqasid syariah diteruskan oleh Izzudin Ibn Abd Salam serta Syatibi. Seterusnya
Ibnu Asyur membahaskan ilmu ini secara mendalam yang menyebabkan ramai ulama ingin
mengkajinya. Daripada rentetan inilah tafsir maqasidi kemudian dijadikan istilah dalam
keilmuan oleh para ulama-ulama kontemperor.

Menurut Muhammad Faz Tazakka Basyaiban (2021), tafsir maqasidi secara bahasa
yang bersifat dan dalam bentuk jamak tafsir maqasidi diberi ya’ nisbat, dari kata maqashud
(sesuatu yang dituju atau yang dimaksudkan). Dalam kitab lughah seperti di al-Itqan,
Mabahith fi ulumil Qur’an, dan lainnya, tafsir boleh dimaksudkan sebagai menyingkap
makna yang tersembunyi, dalam definisi sederhananya menyingkap makna-makna al-Qur’an
sesuai dengan kemampuan manusia.

Secara istilah tafsir maqasidi menurut Wasfi Asyur dalam kitab tafsir maqashidi lil
Qur’an al-Karim ru’yah ta’sisiyah limanhaj jadidah fi tafsir al-Qur’an, tafsir maqasidi adalah
salah satu macam model penafsiran atau salah satu kecenderungan dalam aspek penafsiran
yang membahas bagaimana menyingkap makna atau pesan rasional dan tujuan yang variatif
yang dalam seputar al-Qur’an secara universal atau partikular, disertai penjelasan bagaimana
memberikan faedah dalam tujuan tadi dalam rangka merealisasi kemaslahatan bagi manusia.

Mufassir al-Quran pada zaman moden secara amnya menggunakan pendekatan


maqasid (berobjektif) dengan menjelaskan tema-tema dan tujuan surah di awal pentafsiran
dan memfokuskan kepada tujuan ayat tertentu. Pendekatan ini menjadi trend dalam tafsir
kotemporari (Islam, 2012). Sekadar contoh kajian mengemukakan beberapa penulisan yang
disebut sebagai tafsir al-maqasidi seperti Tafsir al-Manar oleh Rashid Rida, Tafsir al-Tahrir
wa al-Tanwir oleh Ibn ‘Ashur, Tafhim al- Quran oleh Abul ‘Ala Mawdudi, Fi Zilal al-Quran
oleh Sayyid Qutb dan Al-Tafsir al-Hadith oleh ‘Izzat Darwazah (Fikriyati, 2018; Islam &
Khatun, 2015). Secara dasarnya tafsir al-maqasidi memberikan perspektif yang jelas dan
pemahaman yang tepat mengenai kaitan diantara objektif al-Quran dan tafsir yang boleh
diperluaskan konsep dan prinsipnya

4.0 BIOGRAFI IBNU ASYUR

Menurut Halya Millati (2020), Ibnu Asyur merupakan tokoh maqasidiyyun selepas Al-
Ghazali dan Al-Syatibi. Nama penuh Ibnu ‘Ashur ialah Tahir bin Muhammad bin
Muhammad Tahir bin Muhammad bin Muhammad al-Shazili bin Abdul Qadir bin
Muhammad bin Muhammad bin ‘Ashur. Beliau digelar Ibnu Asyur kerana berketurunan
‘Asyuriyyah, Andalusia. Ibunya bernama Fatimah bin Muhammad al-Aziz bin Muhammad al-
Habib bin Muhammad al-Tayyib bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Bu Utur
seorang anak perempuan Menteri Tunisia ketika itu. Ibnu ‘Ashur dilahirkan pada tahun
1296H/1879 dirumah datuk dari sebelah ibunya iaitu Syeikh Muhammad al-‘Aziz Bu ‘Utur,
di kota La Marsa iaitu sebuah daerah disebelah utara pinggiran kota Tunis. Keluarga ‘Ashur
adalah keluarga pencinta Rasulullah SAW kerana jelas dari nama-nama yang tercatat di garis
keturunan beliau, baik dari pihak ayah atau ibunya, kebanyakannya menggunakan kata
Muhammad sebagai nama kebanggaan. Beliau juga hidup dalam suasana keluarga intelek dan
sentiasa cintakan ilmu.
Pendidikan pertama Ibnu ‘Ashur adalah dari ayahnya sendiri iaitu Muhammad yang
juga merupakan seorang ulama besar ketika itu. Ibnu ‘Ashur juga banyak belajar kepada
datuk daripada sebelah ibunya, iaitu Syeikh Muhammad al-‘Aziz Bu ‘Utur. Maka, kesan
pendidikan kedua ulama besar ini banyak mempengaruhi jiwa dan peribadi Ibnu ‘Ashur
semasa kecil. Pada usia enam tahun Ibnu ‘Ashur mulai mendalami ilmu al-Quran dan telah
belajar ilmu qiraah dibawah bimbingan Syeikh Muhammad al-Khiyari di Masjid Abu Hadid
di samping rumah datuknya di Basya, Tunis. Perjalanan pendidikan Ibnu Asyur hanya
seketika sahaja iaitu tiga tahun menuntut ilmu daripada ulama besar Masjid Jami’ Zaitunah
ketika usianya empat belas tahun. Beliau sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam
setiap mata pelajaran yang beliau ikuti, mulai dari ilmu-ilmu yang berkaitan langsung dengan
bahasa Arab, fiqh, usul fiqh, tafsir, hadis, dan lainnya sehingga telah dilantik menjadi guru
besar di masjid tersebut.

Dalam kerjaya, Ibn Asyur pernah dilantik ke jawatan penting antaranya kadi, mufti dan
juga Sheikh Islam bagi mazhab Maliki. Pada tahun 1923 beliau diberi jawatan mufti dan
ketua ahli syura iaitu jawatan tertinggi sebelum wujudnya jawatan Sheikh Islam. Pada 1932
beliau adalah orang pertama yang memegang jawatan Sheikh Islam dalam mazhab Hana di
Tunisia. Dalam pembangunan modal insan yang berkualiti, Ibn Asyur memperkenalkan
peraturan mewajibkan pendidikan di Tunisia. Beliau menggerakkan satu program untuk
membasmi masalah buta huruf dalam kalangan rakyat Tunisia. Beliau dianggap sebagai
pahlawan dalam membuka minda rakyat dan pemikiran. Usahanya membuahkan hasil dengan
lahirnya sekumpulan penggerak pembaharuan yang menyinari bumi Tunisia. Di antara guru
Ibn ‘Asyur adalah:

i Syeikh Abd al-Qadir al-Taimimiy (Tajwid dan Qiraat)


ii Muhammad al-Nakhliy (Ilmu Nahu, Balaghah dan Usul Fiqh)
iii Syeikh Muhammad Soleh (Mantiq)
iv Amru ibn ‘Asyur (Nahu, Balaqhah, Fiqh dan Faraidh)
v Syeikh Muhammad al-Najar (Ilmu Kalam dan Mustolah Al-Hadis)
vi Syeikh Muhammad Tohir Ja’far (Usul Fiqh dan Sirah Nabawiyyah)
vii Syeikh Muhammad al-‘Arabiy al-Dur’iy (Fiqh)

Manakala, sebagai ulama yang produktif, Ibnu ‘Ashur memiliki banyak karya ilmiah, di
antaranya adalah:

i Al-Tahrir wa al-Tanwir
ii Maqashid al-Shari‘ah al-Islamiyyah
iii Al-Nazhru al-Fasih ‘Inda Madhayiq al-Anzhar fi al-Jami‘ al-Shahih
iv Ushul al-Nizham al-Ijtima‘ifi al-Islam
v Alaisa al-Subhu bi Qarib
vi Naqdun ‘ilmiyyun li Kitab al-Islamwa Ushul al-Hukmi

5.0 ELEMEN MAQASIDI IBNU ASYUR DALAM TAFSIR MAQASIDI


Menurut Afrizal Nur MIS et.al (2017) menyatakan Ibnu ‘Ashur seorang yang bercita-cita
untuk menjadi mufassir yang bukan hanya mewujud serta menyusun sebuah kitab tafsir
sahaja. Namun, tafsirnya hendaklah mencakupi nilai-nilai al-Quran menuju kemaslahatan
dunia dan akhirat. Bahkan beliau juga bukan hanya sekadar kutipan atau penjelasan singkat
dari pendapat para ulama terdahulu dan sarat pengulangan yang membosankan. Menurut
beliau, tradisi ilmiah seperti itu tidak baik untuk dilestarikan, seolah-olah sang penulis tidak
memiliki apa-apa sumbangan kecuali hanya mengutip pendapat ulama lain. Dalam
pentafsiran, beliau menggunakan pelbagai pendekatan seperti tahlili, maudhui dan
termasuklah tafsir maqasidi. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dihuraikan, untuk
memahami paradigma tafsir maqasidi Ibnu ‘Asyur iaitu tentang kaedah yang beliau gunakan
dalam mencari dan merumuskan beberapa maqasidi iaitu maqasid qat’i dan zonni, kriteria-
kriteria maqasid, maqasid Al-‘Ammah, dan maqasid Al-Khassoh.

Ibnu Asyur telah memberi nafas baru dengan meletakkan elemen maqasid terdiri
daripada dua komponen iaitu, maqasid al-‘ala (memperbaiki individu dan masyarakat) dan
maqasid al-asliyyah (tujuan asal). Kedua-dua komponen ini terdiri daripada lapan elemen
iaitu memperbaiki aqidah, mendidik akhlak, pemantapan hukum syariat, mengatur dan
memelihara sistem manusia, kisah-kisah umat terdahulu, pengajaran bersesuaian dengan
keadaan umat, nasihat, peringatan dan khabar gembira serta kemukjizatan al-Quran.
Contohnya ialah penekanan dalam beberapa elemen iaitu :

i Memperbaiki Aqidah Manusia

Firman Allah, dalam surah Al-Nahl, ayat 89 :

َ َ‫ك َش ِهيدًا َعلَ ٰى ٰهَُٓؤٓاَل ۚ ِء َونَ َّز ۡلنَا َعلَ ۡيكَ ۡٱل ِك ٰت‬
ِّ‫ب تِ ۡب ٰيَ ٗنا لِّ ُكل‬ َ ِ‫ث فِي ُك ِّل ُأ َّم ٖة َش ِهيدًا َعلَ ۡي ِهم ِّم ۡن َأنفُ ِس ِهمۡۖ َو ِج ۡئنَا ب‬
ُ ‫َويَ ۡو َم ن َۡب َع‬

“ ٨٩ َ‫َش ۡي ٖء َوه ُٗدى َو َر ۡح َم ٗة َوب ُۡش َر ٰ‚ى لِ ۡل ُم ۡسلِ ِمين‬


akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas )Dan ingatlah (
mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas
seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk
menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-

orang yang berserah diri

Pandangan Ibnu Asyur ialah bermatlamat untuk memperbaiki individu, masyarakat


dan tamadun (Islam, 2018). Istilah islah al-i’tiqad adalah panduan utama mengesakan Allah
kerana tauhid adalah asas bagi semua prinsip dan tujuan. Menurut Quadir (2018) pula,
kepercayaan dan keyakinan kepada Allah adalah tujuan utama Al-Quran dan inti daripada Al-
Quran.

ii Mendidik akhlak beramal soleh

Firman Allah dalam surah Al-Isra’, ayat 8

ِ ‫َع َس ٰى َربُّ ُكمۡ َأن يَ ۡر َح َم ُكمۡۚ َوِإ ۡن عُدتُّمۡ ع ُۡدن َۚا َو َج َع ۡلنَا َجهَنَّ َم لِ ۡل ٰ َكفِ ِرينَ َح‬
٨ ‫صيرًا‬

“Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk (jalan) yang lebih lurus dan memberi
kabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi
mereka ada pahala yang besar”

Disini dimensi maqasid ialah mengatakan bahawa manusia yang beramal soleh akan
selalu diberi jalan yang lurus atau jalan yang di redhai Allah dalam setiap melakukan
perbuatan kebaikan dan Allah menjanjikan ganjaran pahala yang besar sebagai khabar
gembira. Maka, ia memperlihatkan ganjaran Allah itu sebagai satu usaha dan kewajipan
dalam meningkatkan ketaqwaan, menjaga akhlak dan beramal soleh di dunia untuk
kesejahteraan di akhirat.

iii Pemantapan hukum syariah atau mendidik beramal soleh

١٨٣ َ‫ب َعلَى ٱلَّ ِذينَ ِمن قَ ۡبلِ ُكمۡ لَ َعلَّ ُكمۡ تَتَّقُون‬
َ ِ‫صيَا ُم َك َما ُكت‬
ِّ ‫ب َعلَ ۡي ُك ُم ٱل‬ ْ ُ‫ٰيََٓأيُّهَا ٱلَّ ِذينَ َءا َمن‬
َ ِ‫وا ُكت‬

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana


diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”

Maqasid syariat adalah puasa khususnya kewajipan berpuasa maqashid adalah perintah
puasa dari Allah bukan hanya difahami bahawa puasa adalah tidak makan dan minum dari
terbit fajar sehingga maghrib, namun dimensi maqasid syariat disini membawa makna
menahan segala nafsu manusia samaada nafsu dalam bermaksiat kepada Allah, menahan
segala sesuatu yang akan menjadi kerosakan bagi manusia, bahkan aspek peringatan
tersembunyi dari Allah adalah manusia perlu menyedari dan cakna akan isu-isu sosial
kehidupan manusia lain. Keperihatinan terhadap orang yang memerlukan seperti faqir miskin,
asnaf, maka pensyariatan agar mengeluarkan zakat bagi setiap umat Muslim yang mampu
sebagai maksud memberi kesejahteraan kepada manusia yang kurang mampu dan
mangukuhkan lagi perintah pensyariatan berpuasa itu.

Sehubungan dengan itu, penetapan maqasid ini sekaligus merumuskan keseluruhan


kandungannya agar maqasidnya dapat dicapai oleh para pembaca dan natijahnya memahami
kandungannya secara lengkap dengan prinsip maqasid itu sendiri iaitu hifz al-Din dan hifz al-
Nas yang melindungi jiwa manusia yang lain, dan menghindari kemudaratan yang berakibat
hilangnya jiwa (Sahlawati et.al, 2020).

iv Mengatur dan Memelihara Sistem Manusia

Sebagaimana hakikat dan fitrah manusia telah ditentukan oleh Allah SWT sebelum manusia
diciptakan, demikian pula sifat gender lelaki dan perempuan. Sifat gender dan peranan
keduanya telah ditentukan sejak sebelum mereka lahir di dunia. Manusia diciptakan berbeza
bukan sahaja dari segi biologi, memiliki jantina dan fisiologi yang berbeza, tetapi mereka
diciptakan dengan fungsi sosial. Al-Quran menjelaskan prinsip persamaan sebagai nilai
sejagat dan memelihara sistem bagi kemanusiaan. Ia juga menggambarkan bahawa Allah
tidak memihak kepada seseorang hanya kerana statusnya sebagai lelaki atau perempuan. Ibnu
Asyur menyatakan maqasidi kesaksamaan gender ini selari dengan landasan prinsip dalam al-
Quran iaitu :

a) Lelaki Dan Wanita Adalah Sama Seperti Hamba Allah


َ ‫ت ۡٱل ِج َّن َوٱِإۡل‬
ِ ‫نس ِإاَّل لِيَ ۡعبُد‬
٥٦ ‫ُون‬ ُ ‫َو َما َخلَ ۡق‬
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-
Ku

b) Sama Dengan Orang Yang Menjaga Bumi


ٰٓ
١٦٥ ۗۡ‫ت لِّيَ ۡبلُ َو ُكۡ‚م فِي َمٓا َءات َٰى ُكم‬
ٖ ‫ض د ََر ٰ َج‬ َ ‫ض ُكمۡ فَ ۡو‬
ٖ ‫ق بَ ۡع‬ ِ ‫َوهُ َو ٱلَّ ِذي َج َعلَ ُكمۡ َخلَِئفَ ٱَأۡل ۡر‬
َ ‫ض َو َرفَ َ‚ع بَ ۡع‬
Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi dan Dia mengangkat (darjat)
sebagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas nikmat yang diberikan-Nya
kepadamu.
(Al-An’am :165)

c) Sama dengan dapat mencapai pencapaian


١٩٥ ‫ضي ُع َع َم َل ٰ َع ِم ٖل ِّمن ُكم ِّمن َذ َك ٍر َأ ۡو ُأنثَ ٰۖى‬
ِ ‫اب لَهُمۡ َربُّهُمۡ َأنِّي ٓاَل ُأ‬ ۡ َ‫ف‬
َ ‫ٱستَ َج‬
Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), “Sesungguhnya
Aku tidak mensia-sia amal orang yang beramal di antara kamu, samaada lelaki atau
perempuan.”

Ia adalah sunnatullah dan dari segi kemanusiaan, setiap manusia adalah mulia dan
terhormat, sama ada lelaki mahupun perempuan. Ibnu Asyur menyatakan lagi, sistem
kemanusiaan sudah cukup jelas dan hebat diceritakan dalam Al-Quran dan penciptaan Allah
terhadap manusia adalah sempurna. Masalah ketidaksamarataan gender ini tidak dilihat
tertumpu pada gender tetapi masalah berleluasanya ketidakadilan, masalah sosial dan
masalah keruntuhan nilai kemanusiaan, yang berakar pada persoalan metafizik dan
pandangan alam. Dalam pandangan Allah, hanya orang yang bertaqwa yang mendapat tempat
yang tinggi di sisiNya.

v Kisah-Kisah Umat Terdahulu

‫ُصبَ ِة ُأوْ لِي ۡٱلقُ َّو ِة ِإ ۡذ‬ ‚ِ ُ‫۞ِإ َّن ٰقَرُونَ َكانَ ِمن قَ ۡوِ‚م ُمو َس ٰى فَبَغ َٰى َعلَ ۡي ِهمۡۖ َو َءات َۡي ٰنَهُ ِمنَ ۡٱل ُكن‬
ۡ ‫وز َمٓا ِإ َّن َمفَاتِ َحهۥُ لَتَنُ ٓوُأ بِ ۡٱلع‬
٧٦ َ‫قَا َل لَهۥُ قَ ۡو ُمهۥُ اَل ت َۡف َر ۡۖح ِإ َّن ٱهَّلل َ اَل ي ُِحبُّ ۡٱلفَ ِر ِحين‬
Dia Qarun berkata, Sesungguhnya aku diberi harta itu semata-mata kerana ilmu yang ada
padaku. Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang
lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang-orang yang
berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka

Kisah keingkaran dan ketamakan Qarun dalam Surah al-Qasas diakhiri dengan
kemurkaan Allah sendiri dengan menenggelamkan Qarun bersama rumahnya ke dalam bumi.
Ketamakan Qarun dengan hartanya ini tidak terhenti di situ malah diakui oleh pengikut-
pengikutnya. Ibnu Asyur memberi contoh kisah Qarun ini supaya sikap mendabik dada ini
mengingatkan kepada manusia agar berhati-hati dengan jawatan, pangkat dan kedudukan
yang mulia diberikan Allah. Manusia seringkali diuji dengan kedudukan yang baik malah
memberikan gambaran bahawa kehidupan yang senang itu adalah anugerah sedangkan
mereka tidak memahami setiap kelebihan itu juga adalah ujian untuk mereka. Ibn Ashur juga
menetapkan kisah-kisah al-Quran sebagi elemen dalam maqasid al-Quran. Tujuan kisah-kisah
ini diungkap dalam al-Quran supaya menjadi bukti kebenaran al-Quran, peringatan kepada
orang yang beriman serta amaran bagi orang yang kufur.

6.0 KESIMPULAN

Maqasid dari segi prinsip dan objektifnya merupakan kaedah pemikiran yang membezakan
dan melihat, menganalisis dan menilai. Pemahaman yang mendalam mengenai maqasid al-
Quran berperanan mengelakkan pentafsiran yang terpengaruh dengan nafsu dan boleh
mengundang perselisihan. Apabila membuat pentafsiran, seorang mufassir perlu terlebih
dahulu memahami dengan jelas maqasid al-Quran agar tafsirannya menepati tujuan al-Quran.
Segala bentuk tafsiran al-Quran mesti mengikut proses atau metodologi yang boleh diterima.
Maka tafsiran al-Quran mestilah berpandukan maqasid al-Quran supaya tujuan utama al-
Quran dipelihara dan tidak mengikut hawa nafsu semata. Pandangan Ibn Ashur terhadap
maqasid al-Quran dan hubungannya dengan tafsir iaitu seorang mufassir hendaklah
mengetahui maqasid al-Quran untuk membezakan diantara tafsiran yang berdasarkan tujuan
al-Quran dan tafsiran yang menghuraikan makna dan teks. Pemahaman yang mendalam
mengenai maqasid al-Quran juga dapat mengelakkan pentafsiran yang terpengaruh dengan
nafsu dan boleh mengundang perselisihan
Rujukan

Ahmad Hidayat. (2021). Tafsir Maqashidy: Mengenalkan Tafsir Ayat Ahkâm Dengan
Pendekatan Maqâshid Syarî’ah. al Qisthâs; Jurnal Hukum dan Politik. 221-245

Al-Khalidi, S. A. al-F. (2012). Al-Tafsir al-Maudu’i Bayna al-Nazariyyah wa al-Tatbiq.


Jordan: Dar al-Nafais

Afrizal Nur MIS, Mukhlis Lubis Lc. MA & Hamdi Ishak ,Riau UKM

Ahmad Hidayat . (2015) tafsir Maqashid: Mengenalkan Tafsir Ayatahkâm Dengan


Pendekatan Maqâshid Syarî’ah Banten

At-Tihami al-Wazzani,Tauzif al-Maqasid fi Fahm al-Qur’an wa Tafsirih,


http://www.riyadhalelm.com.

‘Asyur, Muhammad Tahir bin. (1984). Al-Tahrir Wa Al-Tanwir. Tunisia: Dar al-Tunisiyyah
li al-Nashr
‘Asyur, Muhammad Tahir bin. (2011). Maqashid Al-Shari’ah Al-Islamiyyah. Beirut: Dar al
Kitab Libanoni.

Azmil Mufidah. (2013) Tafsir Maqasidi Pendekatan Maqasid Syariah Tahir Ibn Asyur Dan
Aplikasinya Dalam Tafsir Al-Tahrir Wa Al-Tanwir. Yogjakarta

Ahmad Asy-Syirbashi (1994), Sejarah Tafsir al-Qur’an Pustaka Firdaus

Fikriyati, U. (2018). Maqasid Al-Quran: Genealogi Dan Peta Perkembangannya Dalam


Khazanah Keislaman. ‘Anil Islam, 11(2), 1–21.

Islam, T. (2012). The Concept of “maqasid al-Quran”: its genesis and developments. The 2nd
Annual International Qur’anic Conference 2012, 9–24.

Islam, T., & Khatun, A. (2015). Objective-Based Exegesis Of The Quran: A Conceptual
Framework. QURANICA, International Journal of Quranic Research, 7(June), 37–54.

Haryati, Nani. (2017). Penafsiran ayat poligami menurut Muhammad Tahir Bin ‘Asyur
dalam Kitab Al-Tahrir wa Al-Tanwir (Disertasi PhD). UIN Sunan Kalijaga

Halya Millati. (2020). Ibnu ‘Asyur’s Maqashidi Interpretation Paradigm And Its Moderation
In Equality Discourses. Journal of Islamic Social Sciences and Humanities (Al
ABQARI). 26-47

Jamal, Ridlwan & Nisywan Abduh (2011), al-Judzur al-Tarikhiyah li al-Tafsir al-Maqasidy
li al-Quran al-Karim, Jurnal Al-Islam fi Asia Vol. I

Mani’ ‘Abd Halim Mahmud. (2006). Metodologi Tafsir Kajian Komprehensif Metode Para
Ahli Tafsir. Raja Grafindo Persada. Jakarta.

Muhammad Imam Asy-Syakir At-Tahrir wa at-Tanwir : Dimensi Tafsir Kontemporer,


Sebuah Tinjauan Atas Metodologi Ibnu ‘Asyur dalam Tafsirnya.
https://www.academia.edu/29574398/Ibnu_Asyur_Dan_Kitabnya_At_Tahrir_wa_Tan
wir

Sahlawati Abu Bakar, Haziyah Hussin & Wan Nasyrudin Wan Abdullah. (2020). Hubungan
Di Antara Maqasid Al-Quran Dan Tafsir Mawdu’i. e-Proceeding of The 2nd
International Conference On Contemporary Issues In Al-Quran And Hadith 2020
(THIQAH 2020). 68-81

Safriadi. (2016). Kontribusi Ibn ’Asyur dalam kajian maqasid al-syariah. Jurnal Ilmiah Islam
Futura, 15(2). 285-303.

Khalilah, N. ‘Azmy. (2019). Maqashid Al-Qur’an: Perspektif Ulama Klasik Dan Modern.
Muaṣarah: Jurnal Kajian Islam Kontemporer, 1(1), 8–18.
https://doi.org/10.18592/khazanah.v17i1.3002

Anda mungkin juga menyukai