Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROJEK PEMASANGAN
‘RANGKAIAN INTERNET
TANPA WAYAR’
SJK(C) KARAS - JBC7012
PENDAHULUAN

Projek pemasangan ‘Rangkaian Internet Tanpa Wayar’ di Sekolah SJK(C) KARAS


(masukkan nama sek anda) adalah bertujuan untuk memudahkan warga pentadbir, guru
dan murid memperoleh maklumat menggunakan capaian intenet dengan teknologi Wi-
Fi . Proses capaian sedia ada adalah sukar kerana pusat capaian yang terhad iaitu di
pejabat dan makmal komputer sahaja.

OBJEKTIF
1. Memudahkan warga pentadbir, guru dan murid memperoleh maklumat dari
dunia siber.
2. Memudahkan komunikasi di antara warga sekolah dan pihak luar seperti Pusat
Kegiatan Guru, Pejabat Pelajaran Daerah dan lain-lain.
3. Menggalakkan perkongsian maklumat di kalangan warga sekolah.
4. Informasi terkini dapat diperoleh dengan lebih pantas.

TEKNOLOGI Wi-Fi

Dalam perkembangan teknologi hari ini, teknologi komputer datang dengan satu konsep
yang memudahkan pengguna komputer untuk berkomunikasi dalam jarak jauh tanpa
pengunaan wayar. Teknologi Wi-fi ini juga kadangkala dikenali sebagai Internet tanpa
wayar. Ia banyak digunakan oleh ISP seperti Tmnet dan Jaring untuk memberikan
kemudahan internet percuma kepada pengguna , ia sering dikenali sebagai HOT SPOT.

2 Kompenen asas untuk melaksanakan Wi-fi ini.

a) Pemancar Wireless juga dikenali sebagai AP sebagai peranti utama untuk


menyebarkan internet kepada pengguna. Biasanya AP ini akan digandingkan
sekali dengan modem internet untuk mewujudkan rangkaian internet tanpa
wayar.
b) Sebelah pengguna pula mereka perlu mempunyai penerima pemancaran IP tadi.
Ada 3 pilihan untuk berhubung dalam teknologi Wi-fi ini , antaranya ialah
i. Kad PCMCIA – biasanya disambungkan kepada notebook sahaja . Kad ini
agak mahal tapi antara yang paling stabil dan tahan lama
ii. Wi-fi Dongle – boleh digunakan pada pc biasa atau notebook yang
mempunyai Universal Serial Bus ( USB ). Ia agak murah namun
kekuatannya sering terganggu jika USB teralih atau terganggu.
iii. Kad Wi-fi Pci adalah pilihan ketiga untuk pengguna berhubung dengan
AP. Kad ini akan diletakkan dalam slot PCI dalam komputer. Pci adalah
jauh lebih stabil memandangkan kedudukannya yang stabil di belakang pc.

Ada sesetengan komputer riba sekarang memang telah menyediakan Wi-fi terbina dalam.
Komputer riba seperti ini tidak lagi memerlukan 3 pilihan di atas.

AP HotSpot dan kad Wi-fi akan berkomunikasi dengan cara berikut :


a. Ap akan memancarkan signal untuk menyatakan Nama Rangkaian
b. Kad Wifi akan kenalpasti sebarang rangkaian yang menyebarkan sebarang
rangkaian tanpa wayar.
c. Setelah dikenalpasti nama yang betul “ Contohnya “SKTS” maka komputer akan
memohon kebenaran untuk masuk ke rangkaian tersebut.
d. AP akan izinkan jika WEP Key yang dinyatakan sama seperti yang dimasukkan
oleh pengguna. Jika sama maka dengan pantas pengguna boleh menggunakan
internet.

Untuk memastikan keselamatan agar rangkaian Wi-fi tidak diceroboh leh orang luar,
maka pihak makmal sekolah akan memastikan WEP key ditukar setiap 3 bulan atau
semester baru persekolahan.

Untuk pertama kali menghubungkan komputer dengan Wi-fi, pengguna harus berhubung
dengan guru makmal sekolah untuk mendapatkan Wep Key yang unik.

Wireless repeater akan diperlukan jika kawasan liputan agak besar.

SASARAN
1. Pihak pentadbir sekolah
2. Guru-guru
3. Staf sokongan.
4. Murid sekolah.

KEWANGAN
1. Sumber kewangan diperoleh daripada peruntukan komputer dalam
pendidikan, dan sumber-sumber lain.
2. Anggaran Perbelanjaan adalah seperi berikut :

Bil Perkakasan/Tujuan RM

Pemancar Wireless – Outdoor Access Point


1. ( Termasuk kos pemasangan dan penyelenggaraan 300
selama setahun )
Rangkaian dari Makmal Sekolah ke pusat sekolah
2. 150
( cadangan Pusat Sumber )
3. Optional : (300mbps) WIFI Extender 115
Optional : ( 150 MBPS ) Dongle USB
4. 105
Optional : ( 150 MBPS ) PCMCIA
5. 125

6. Optional : 16 port Gigabit Hub 300


Anggaran : Bergantung kepada PC dan Notebook Sekitar RM600

PENYATA SEBUT HARGA

Bagi mendapatkan harga terbaik pihak makmal sekolah telah pun meminta kepada
pembekal komputer untuk menyatakan sebut harga yang terbaik.

MASALAH DAN LANGKAH MENGATASI

Penggunaan teknologi sering diharapkan dapat memberikan yang terbaik kepada kita
semua, namun semakin maju sesebuah teknologi , banyak pula masalah yang boleh
terjadi.

Jarak yang Terhad


Teknologi wireless ini hanya memberi satu jarak yang agak terhad. Jika pemasangan
telah dilakukan di pusat sumber, dikhuariti jarak tersebut hanya limit kepada 3 blok
terdekat
Penyelesaian : Pemasangan repeater pada blok yang jauh. Melibatkan kos tambahan
kemudian.

Internet akan menjadi perlahan, dan mungkin amat perlahan


Bila semua guru dapat mengakses internet, dikhuatiri internet akan menjadi amat
perlahan. Ia boleh menjadi terus lumpuh jika ada pihak yang mengambil kesempatan
menggunakan p2p software seperti limewire atau Utorrent. Download yang besar juga
akan mengakibatkan internet slow.
Penyelesaian : Meminta pembekal komputer blok semua aktiviti p2p dan menasihatkan
guru guru agar tidak memuat turun perkara yang tidak perlu. Menaikkan kelajuan
internet.

Percerobohan Pengguna Luar


Memandangkan ia mengamalkan dasar terbuka, maka berkemungkinan ada tangan tangan
luar yang boleh menceroboh dan menggunakan internet sekolah.
Penyelesaian : Perlukan penyelengaraan berterusan dari pembekal komputer selama
setahun.

PENUTUP

Semoga pihak sekolah dapat meluluskan permohonan untuk RANGKAIAN INTERNET


TANPA WAYAR ini. Kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,
JURUTEKNIK KOMPUTER PPD SEGAMAT.

Anda mungkin juga menyukai